Friday, June 22, 2012

My Butterfly->24

Posted by Snow_Queen at 9:00 PM

Avvett, segah namanya, ia adalah sebuah kelab malam terkenal di kalangan para pelancong yang datang ke Gleaneagle.
Lantai tari sudah dipenuhi oleh ramai manusia yang datang mencari hiburan. Bunyi muzik yang hampir boleh memekakkan telinga tak diperdulikan langsung oleh para pengunjung.
Kami berempat  masuk ke dalam Avvett setelah kad identiti kami diperiksa oleh pengawal di pintu masuk.
Aku buat tak endah pada siapa pun yang kini memegang tanganku asalkan aku tak hilang i dalam lautan orang ramai.
Aku memandang Ji Young yang membawaku ke satu sudut kosong. Setelah pelayan membawa pesanan kami, Yu Mi bangun menuju ke lantai tari diikuti oleh Kim Bum.
Kini hanya tinggal aku dan Ji Young dan aku sedikit demi sedikit mula merasakan jantungku berdegup laju.
“Kau rancang nak jodohkan Kim Bum dan Yu Mi ke?” Aku memandang Ji Young yang kini sudah duduk di sebelahku. Oleh kerana muzik yang terlalu kuat, setiap kali mahu berbual, Ji Young terpaksa menjerit ditelingaku.
“Mana ada. Tapi bagus juga idea kau.” Aku tergelak. Ji Young menjulingkan mata.
Kim Bum tersenyum melihat Yu Mi menari. Sekali lihat, seolah-olah Yu Mi sudah biasa ke tempat-tempat begini.
Dia menarik tangan Yu Mi dan mereka berdua kini tenggelam di dalam dunia muzik.
“Nak menari?” Ji Young memandangku.
“Aku tak menari.” Aku menggeleng.
Please~~” Ji Young dah buat muka comel. Aku mengeluh sebelum mengikut Ji Young keluar dari kelab menuju ke lounge yang terletak di luar.
Di luar pun tak kurang meriahnya dengan para pengunjung memenuhi setiap sudut lounge. Bunyi ombak yang menghempas pantai pula seolah-olah menjadi muzik tambahan.
Muzik yang kuat masih dimainkan dan semua orang tenggelam dalam dunia sendiri. Aku dan Ji Young memilih satu sudut sebelum menari.
“Kata tak pandai menari?” Ji Young memandang Yu Na yang kelihatan comel meskipun hanya memakai pakaian yang ringkas dan make up nipis.
“Siapa kata aku tak pandai menari? Kan aku kata aku tak menari. Ada beza di situ.” Aku tersenyum sinis dan Ji Young tergelak. Rentak badannya dan Yu Na bergerak seirama.
Setelah hampir satu jam menari, aku mengangkat tangan tanda mengalah.
Ji Young membawa aku menuju ke bar berdekatan. Setelah memesan minuman, kami memerhatikan orang ramai.
“Jadi, Kim Bum tak tahu yang kau juga witch?” Aku memandang Ji Young. Dia nampak terkejut apabila aku mengemukakan soalan berkenaan.
Perlahan Ji Young mengangguk. “Ibu berkenalan dengan ayah aku yang juga witch. Mereka jatuh cinta dan voila kini aku berada di sini. Namun hubungan mereka tak panjang setelah ayah aku menghilangkan diri entah ke mana.
Beberapa bulan kemudian, ibu kahwin dengan ayah Kim Bum dan Kim Bum pun lahir.
Aku tak berapa rapat sangat dengan Kim Bum sehinggalah aku berpindah kembali ke Tirana sebab selama ini aku tinggal dengan nenek.” Aku memandang wajah Ji Young yang seakan sunyi.
Wajah Ji Young ini sama seperti bila aku beritahu dia yang kami tak ada apa-apa hubungan. Nampaknya masih ada lagi benda yang aku tak tahu mengenai Ji Young. Kalau diikutkan hati mahu saja aku memeluk lelaki itu untuk menghalau kesunyiannya pergi namun akal warasku melarang.
“Bagaimana Kim Bum boleh masuk ke Cascada kalau dia hanyalah manusia biasa?” Ji Young memandang wajah polos Yu Na yang dipenuhi dengan perasaan ingin tahu namun sebelum sempat dia menjawab, suara Kim Bum menyapa kami kedengaran.
Aku jongket kening apabila melihat tangan Yu Mi berada dalam pegangan Kim Bum. Hermm…Perkembangan yang bagus ni hatiku berbicara.
May I have this dance?” Kim Bum menyuakan tangannya ke arahku. Aku ketawa sebelum menyambut huluran tangan Kim Bum.
Yu Mi mengambil tempat duduk Yu Na sebelum memesan minuman. Dia dan Ji Young sama-sama melihat ke arah Kim Bum dan Yu Na yang sedang menari tak jauh dari mereka.
“Apa yang kau buat di sini sebenarnya?” Ji Young bertanya tanpa memandang Yu Mi.
“Aku pun tak tahu. Yu Na yang suruh aku ke sini secepat yang mungkin. Aku rasa dia segan kot dua orang lelaki dan dia seorang saja perempuan.” Yu Mi tergelak sendiri dengan andaiannya.
Apabila lagu bertukar, suasana di antara Kim Bum dan Yu Na juga berubah. Tarian mereka kelihatan ermm macam mana nak cakap ya? Kelihatan seperti mereka saling menggoda.
Yu Mi ketawa lagi. Menggoda? Nampaknya kepala dia dah pening dengan segala bunyi bising di kelab ni.
Yu Mi memandang muka Ji Young yang kelihatan tegang memandang Kim Bum dan Yu Na.
Oh.My.God!” Ji Young memandang Yu Mi yang menjerit kecil.
“Kau dah jatuh cinta pada Yu Na kan?” Ji Young terkejut mendengar tuduhan Yu Mi.
Ji Young menghirup minumannya sehingga habis tanpa memperdulikan soalan Yu Mi.
It’s true, right? Muka kau tadi macam nak tumbuk Kim Bum saja.” Yu Mi menyiku lengan Ji Young.
“Kalau betul pun aku tak boleh buat apa-apa. Dia sukakan adik aku bukan aku.” Ji Young tersenyum lemah.
Yu Mi menggeleng. “Kau ni aku kata bodoh karang kau marah aku pula.” Ji Young jongket kening mendengarkan kata-kata Yu Mi.
“Budak tu pun sukakan kau cuma dia masih tak sedar dengan perasaan dia sendiri. Dia agak lembab dalam hal-hal cinta ni.” Yu Mi memusingkan tubuhnya menghadap bar kembali. Dia memesan secawan lagi minuman.
“Apa maksud kau?” Ji Young teruja ingin tahu.
“Kalaulah kau perasan macam mana muka dia waktu kau orang berdua bergaduh hari tu dan juga dia excited telefon aku beritahu dia dan kau makan malam bersama dengan ibu kau.
Yu Na bukannya seorang yang jenis berterus-terang. Dia dah biasa pendam semuanya seorang diri. It’s your job to make she realize her feeling towards you.” Yu Mi mengukir senyuman nipis.
Ji Young yang mendengar kini menarik senyuman lebar sehingga ke telinga.
“Gembira nampak?” Yu Mi dan Ji Young serentak memandang ke arah Yu Na dan Kim Bum yang menghampiri.
Yu Mi mencebik apabila Kim Bum mengambil minuman dia daripada tangannya. Dia terasa mukanya merah apabila Kim Bum mengenyitkan mata padanya.
“Aku rasa lebih baik kita balik sekarang.” Aku memandang jam tangan yang menginjak ke angka dua belas tengah malam.


Perbualan kami berempat terhenti apabila terdengar seseorang memanggil nama Kim Bum.
Kami serentak berpaling dan melihat Min Seo yang ragu-ragu memandang ke arah Kim Bum.
Min Seo kelihatan seperti orang mabuk melihatkan cara jalannya yang tak berapa nak stabil.
Aku tertanya-tanya di mana teman lelaki Min Seo.
“Boleh kita berbual sekejap?” Min Seo memandang Kim Bum dengan penuh harapan.
“Aku tak ada apa-apa nak dibualkan dengan kau.” Min Seo terasa hatinya pedih mendengarkan bicara Kim Bum.
“Aku tahu kau cintakan aku dan kau tak boleh menafikannya!” Aku dapat rasakan suasana yang tegang memenuhi ruang lobi. Wajah Min Seo kelihatan dia seperti dalam keadaan marah.
Nasib baiklah tiada orang yang melepak di lobi sekarang melainkan hanya kami dan penyambut tetamu di kaunter yang memandang kami dengan pandangan curiga.
“Aku cintakan orang lain. Dan orang itu adalah dia.”
Aku memegang lengan Ji Young secara automatik apabila melihat Kim Bum menarik tangan Yu Mi dan bibir mereka bertemu.
Jauh di sudut hatiku, entah mengapa aku rasa lega kerana bukan aku yang ditarik Kim Bum.
Min Seo nampak terkejut dengan apa yang berlaku di depannya. Yu Mi jua terkejut namun entah mengapa dia tak berdaya untuk berbuat apa-apa. Otaknya tak dapat menafsirkan apa-apa ketika ini.
Ji Young memerhatikan wajah Yu Na. Dia mahu melihat reaksi Yu Na namun wajah Yu Na ketika ini hanyalah dipenuhi rasa terkejut.
Seminit kemudian, Kim Bum merenggangkan pelukannya dengan Yu Mi. Dia menelan liur perlahan.
Jantungnya kini berdegup dengan laju melihat wajah Yu Mi yang tiada apa-apa reaksi dan kali ini dia dengan perlahan sekali lagi menarik Yu Mi ke dalam pelukannya dan mengucup Yu Mi.
Yu Mi pula tanpa sedar merangkul tengkuk Kim Bum. Min Seo mendengus kuat sebelum beredar.
“Aku rasa baik kita beredar.” Kata-kata Ji Young menyedarkan aku.
Aku mengikuti langkah Ji Young menuju ke lif. Sebaik saja pintu lif tertutup, Ji Young meletakkan kedua belah tangannya di dinding lif menyebabkan Yu Na terperangkap.
“Jadi?”
“Jadi?” Aku buat muka toya dan mengawal riak mukaku.
“Macam mana dengan kita?”
“Kita? Kenapa dengan kita?” Aku mengerutkan kening namun sebelum sempat aku menyambung kata-kataku, Ji Young memegang daguku agar pandangan kami bertemu.
Jantungku sekali lagi mula buat larian marathon. Apakah Ji Young dapat mendengar degupan jantungku?
“Kau tahu maksud aku, Shim Yu Na.” Ji Young mengukir senyuman nipis.
“Tepilah.” Aku segera menolak Ji Young apabila pintu lif sudah terbuka.
Belum sempat aku memulas tombol pilikku, Ji Young terlebih dahulu menarik bahuku agar kami saling berhadapan.
“Selamat malam, sweetheart.” Aku memejamkan mata apabila Ji Young mengucup dahiku.
Dan aku berdiri di hadapan pintu bilik untuk beberapa minit meskipun Ji Young telah selamat masuk ke dalam biliknya.
Damn you!’ Aku menyumpah sendirian sebelum berlalu masuk ke dalam bilik. Ji Young pula tersenyum sendiri sebelum berlalu menuju ke bilik tidurnya.


2 under spell:

lysa said...

so sweet...bez...

e-la said...

ohohoho...da lame x singgah sini...tgk2 da bnyk n3 bru...hohooho..cite nie best...gud job...next please.. ^^

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review