Monday, June 4, 2012

My Butterfly->23

Posted by Snow_Queen at 2:10 PM

Aku membuat beberapa pergerakan ringkas untuk membetulkan sendi-sendi yang sengal. Duduk di dalam kereta api selama enam jam mungkin merupakan heaven buat Kim Bum kerana lelaki itu asyik bercerita mengenai itu dan ini di tambah pula dengan kehadiran Ji Young yang suka menyakat namun bagiku, aku rasa sedikit terancam kerana takut Ji Young akan membocorkan rahsia aku.
Kami bertiga menuju ke lobi hotel. Kim Bum menyuruh aku duduk dahulu sementera yang menyelesaikan urusan penginapan kami bertiga.
Apabila melihat Ji Young yang melekat dengan Kim Bum, aku segera bangun dan mengeluarkan telefon bimbitku.
“Aku ni,” aku bersuara setelah panggilanku bersambut.
“Benda yang aku minta kau siasat tempoh hari, adakah kau boleh buat siasatan dengan lebih mendalam lagi?” Aku tersenyum mendengarkan suara di sebelah sana merungut.
“Ji Young dan ahli keluarganya. Jangan ada satu pun yang terlepas pandang. Aku kena pergi ni.” Aku segera mematikan talian apabila Kim Bum memberi isyarat agar menghampiri.
Dia menayangkan kunci bilikku di tangan. Aku tersenyum sebelum mengikuti langkahnya.
Lif berhenti di tingkat lima dan kami bertiga sama-sama kaku di dalam perut lif. Aku memandang wajah Kim Bum yang tampak berubah sebelum mengukirkan senyuman.
Pasangan di depan kami memberikan laluan untuk kami bertiga keluar dan Kim Bum, sedikitpun tak berpaling melihat ke arah Min Seo yang sudah masuk ke dalam perut lif bersama pasangannya.
Aku cuit tangan Ji Young namun Ji Young buat isyarat agar aku mendiamkan diri.
Kami saling berpamitan sebelum masuk ke dalam bilik masing-masing. Kim Bum berkongsi bilik dengan Ji Young, perkara itu agak melegakan bagiku.
Sekurang-kurangnya, Kim Bum ada Ji Young di sisi. Aku meletakkan begku di atas katil sebelum membuka pintu gelungsur balkoni membiarkan angin segar laut masuk ke dalam bilik. Aku menarik nafas panjang sebelum menarik keluar telefon bimbit dari kocek seluarku.
“Yu Mi, aku nak kau datang sini.” Yu Mi mengerutkan kening mendengar kata-kata Yu Na. Dia meninggalkan Sammy yang sedang leka bermain dengan bebola benang.
“Bila?”
Hah? Like now?!” Aku menjauhkan telingaku dari telefon. Aduhai minah ni memang boleh buat aku pekak!
“Ya, sekarang. Aku tak kisah apa pun yang kau guna tapi aku nak kau sampai sini sebelum malam.” Aku mengeraskan sedikit suaraku tanda aku sedang serius sekarang.
Entah mengapa aku perlukan kehadiran Yu Mi di sisiku sekarang. Menyesal betul aku tak ajak Yu Mi.
“Aku tengok apa yang aku boleh buat. And young lady, you owe me a story.” Yu Mi meletakkan ganggang telefon sebelum berlari keluar dari biliknya meninggalkan Sammy sendirian.

“Apa dia, Ji?” Kim Bum meneguk jus oren dan memandang ke arah Ji Young.
“Apa dia apa?” Ji Young buat muka tak bersalah.
Shot!” Ji Young memandang wajah Kim Bum seketika.
Are you, okay?” Kim Bum mengukir senyuman mendengarkan kata-kata Ji Young. Okaykah dia?
Okaykah dia melihat Min Seo di dalam dakapan Ryu? Okaykah dia apabila berkemungkinan dia bakal bertemu muka dengan Min Seo pada bila-bila masa saja dia berada di sini?
“Mungkin.” Ji Young garu dagu seketika. Parah dah budak ni.
“Kau nak kita tukar hotel?”
“Dan biarkan Yu Na fire kita hidup-hidup bila dia tengah penat? I don’t think so.” Mereka sama-sama ketawa.
“Ji, kau dan Yu Na..Kau orang dah saling mengenali bukan?” Kim Bum memeluk tubuh memandang Ji Young yang mula berdiri dan mengambil beg galasnya tanda mahu menuju ke bilik tidur.
“Mungkin.” Kim Bum baling bantal kecil yang berada di atas sofa ke arah Ji Young namun Ji Young terlebih dahulu mengelak dengan berlari anak masuk ke dalam bilik.
Kim Bum tersenyum kecil. Sekurang-kurangnya dia ada Ji Young dan Yu Na.
~~~
Aku dan Yu Mi ketawa apabila melihat wajah terkejut Kim Bum dan Ji Young.
“Kau tak kisah kan kalau aku bawa kawan sekali.” Aku memandang Kim Bum.
Kim Bum ketawa.“Tiru ayat aku.”
Aku sengaja membiarkan Yu Mi berjalan di hadapan bersama dengan Kim Bum manakala aku dan Ji Young di belakang.
Aku cuit lengan Ji Young dan buat isyarat mata bertanya bagaimana dengan keadaan Kim Bum.
Ji Young buat thumb up. Aku terus tersenyum lega.
Sewaktu di lobi, kami berempat sekali lagi bertemu dengan Min Seo. Kali ini Min Seo bersendirian.
Buat beberapa saat ini, tiada siapa pun yang bergerak. Yu Mi memandang Min Seo sebelum memandang ke arah Kim Bum.
Dia tahu mengenai kisah Kim Bum dan Min Seo melalui Yu Na tadi. Seriously, Kim Bum berhak mendapat perempuan yang lagi baik daripada  Min Seo.
Aku terkejut apabila Kim Bum tiba-tiba saja merangkul bahu Yu Mi dan menuju ke arah restauran hotel.
Kini hanya tinggal aku, Ji Young dan Min Seo. Min Seo menghampiriku.
“Aku, Min Seo. Aku rasa aku pernah nampak kau.” Aku tersenyum.
“Yu Na. Jiran Kim Bum.” Wajah Min Seo nampak seakan terkejut.
Sweetheart, Kim Bum dah panggil tu. Kalau kita lambat nanti dia akan tinggalkan kita.” Ji Young menyapa Min Seo sebelum menarik tanganku menuju ke arah restaurant.
Min Seo melihat sahaja kelibat Yu Na dan Ji Young sehingga hilang. Dia mengeluh perlahan.
Apakah kebetulan saja ada seseorang yang mempunyai nama yang sama dengan adik tirinya? Akan tetapi wajah Yu Mi lebih menggangu fokusnya.
Siapakah perempuan di sebelah Kim Bum itu?
Min Seo terkejut apabila ada sepasang tangan merangkul pinggangnya. Dia segera mengukirkan senyuman apabila Ryu berdiri di hadapannya.
Aku segera mengambil tempat duduk berhadapan dengan Yu Mi. Mahu saja aku ketawa melihat wajah Yu Mi yang kelat namun aku tahan. Silap haribulan melayang pinggan sudu dalam restoran ni.
Aku pandang Yu Mi. Rasa kekok pun ada apabila meja makan kami sunyi tanpa sebarang suara.
“Jadi, Yu Mi apa yang kau buat di sini?” Kim Bum terlebih dahulu memecahkan kesunyian antara kami.
Yu Mi pandang aku. Aku buat-buat tilik kuku untuk mengelak daripada bertemu pandangan dengan Yu Mi.
What the heck, Yu Na. “Aku melawat kawan di sini. Lepas ni kita nak buat apa?” Yu Mi cepat-cepat menukar topic.
“Balik bilik tidur.” Semua mata memandang ke arah Yu Na yang buat wajah selamba.
You’ve got to be kidding me!” Kali ini semua mata memandang ke arah Yu Mi.
“Emm..Maksud aku kita semua berada di sini hanya untuk tidur?” Wajah Yu Mi kelihatan merah sedikit. Kim Bum tergelak.
“Aku setuju.” Kim Bum menyampuk. “Apa kata selepas ni kita ke kelab? My treat.” Sambungnya lagi.
“Kalau Kim Bum belanja, aku tak ada hal.” Aku buat muka tak tahu malu. Meja kami bergema dengan ketawa selepas itu.

2 under spell:

arilman0224 said...

waaaa best2...cpt2 smbg deh...hehehe

anayue said...

kalau taksalah.. yuna tu adik tiri minseo kan??dan yumi kawan baik yuna sejak kecil.. mcm mna lak minseo bley tak kenal dorg.. ermmmmmmmmm cepat sambung!! pelisssssssssssssss

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review