Monday, June 4, 2012

My Butterfly->22

Posted by Snow_Queen at 2:03 PM

Kawasan Dhlia Bay kelihatan lenggang. Sekali-sekala hanya dua tiga pasangan kekasih lalu-lalang di situ.
Lampu-lampu neon yang berkelipan di seberang laut Tirana utara ini kelihatan sungguh mengasyikkan.
Aku menarik rapat jaket Ji Yong ke tubuh agar tubuhku kekal hangat. Bau minyak wangi Ji Young yang melekat di jaket berkenaan membuatkan aku rasa tenang.
“Nah!” Sepasang tangan menghulurkan secawan kopi panas padaku. Aku menyambut huluran Ji Young seraya mengucapkan terima kasih.
Kami masing-masing melayan perasaan sendiri. Angin laut yang menyapa tubuh membuatkan aku sedikit menggigil.
“Aku minta maaf.” Aku berpaling ke kanan untuk memandang Ji Young.
“Aku terpaksa gunakan kau agar ibu tak paksa aku menghadiri mana-mana blind date lagi.” Aku terus saja tergelak mendengar kata-kata Ji Young.
What the…” Ji Young buat muka.
Blind date? Ji Young, model terkenal Mauritania dipaksa menghadiri blind date.” Aku tersenyum mengejek.
“Hello, ibu aku yang paksa. Aku ni sebagai anak yang taat hanya menurut perintah.” Aku tersenyum.
“Dan kau tak berkenan dengan mana-mana perempuan yang diperkenalkan oleh ibu kau?” Ji Young mengangguk.
“Kau memilih sangat kot…”
Ji Young menyilangkan kaki. Minuman di tangan dihirup. “Bukan memilih. Kau nak aku pilih spoil brat jadi isteri aku? I don’t think that’s a good idea.
Sepanjang aku dipaksa menghadiri berpuluh-puluh blind date, macam-macam kerenah dan perangai yang aku jumpa.
           Playgirl? ulat buku? Shopaholic? Kaki kelab? You name it, semua dah aku jumpa.  Tapi kau lain…” Ji Young memandang wajah Yu Na yang disimbahi cahaya lampu jalan.
          “Aku bukan pasangan blind date kau.”
          “Ibu aku nampaknya betul-betul sukakan kau.” Kata-kata Ji Young berjaya membuatkan bulu romaku berdiri tegak.
         “Ji, lebih baik kau beritahu ibu kau yang hubungan kita bukan seperti apa yang dia sangkakan.” Aku menggeleng apabila terbayang aku dan Ji Young sama-sama berdiri di altar. My worst nightmare!
          “Kalau aku nak seperti yang dia sangkakan macam mana?” Soalan Ji Young berjaya membuatkan jantungku berdegup laju.
         Over my dead body.” Ji Young bagaimana pun hanya tersenyum mendengar Yu Na.
         “Ji, aku serius ni.” Aku menyiku dia namun Ji Young hanya buat tak endah denganku. Kami masing-masing kembali senyap dan melayani perasaan sendiri.
         “Kau ingat lagi tak dekat anak saudara Bertha?” Ji Young memandang Yu Na sekilas sebelum mengangguk.
          “Kenapa dengan dia?”
          Aku memusingkan cawan kopi di tangan beberapa kali.
         “Kami tak pernah bertemu sebelum ni tapi sebenarnya kami pernah berjumpa.”
         “Hah?” Ji Young buat muka konfius. Apa yang Yu Na bebelkan ni? Tak pernah berjumpa tapi pernah berjumpa?
         “Di alam nyata, aku tak pernah jumpa dia. Pertama kali aku jumpa dia, di the crave. Tapi aku dah jumpa dia dua tiga kali di alam mimpi. Pelik kan?” Aku mengeluh sendiri.
         “Pelik tapi mungkin tak mustahil. Mungkin kau pernah nampak dia di mana-mana dan secara tak langsung terbawa masuk dalam mimpi.”
         Tak! Ingin saja aku menjerit begitu. Mimpi yang aku alami bila bertemu dengan Alice adalah pelik bagiku.
         Aku ingin bertemu sekali lagi dengan Alice namun selepas hari pertama kali kami bertemu, aku sudah tak nampak bayang Alice. Mungkin aku patut tanya Bertha jika aku boleh jumpa anak saudaranya nanti.
         “Mari aku hantar kau balik. Dah lewat malam ni.” Aku memandang Ji Young yang sudah bangun. Lelaki itu sedang menaip sesuatu di telefon bimbitnya.
          Aku mengikut langkah Ji Young menuju ke arah keretanya yang dipakir tak jauh dari Dhlia Bay.
         “Terima kasih untuk malam ni, Ji.” Aku menanggalkan jaket Ji Young dan berikan kembali jaket itu padanya.
           Your welcome. Tak nak jemput aku masuk?” Ji Young sudah tersengih nakal.
          “Bila aku dah pindah nanti baru aku bagi kau masuk. Good night.” Aku terus saja menutup pintu. Ji Young tergelak kecil dengan perangai Yu Na. Dia memeriksa telefon bimbitnya yang bergetar. Sebaik saja melihat skrin, matanya terbeliak sebelum senyuman terukir di bibirnya beberapa saat kemudian.
           Sebaik saja selesai berbual dengan Yu Mi dan memastikan Sammy masih hidup dalam jagaannya, aku memandang beg galas traveler yang terletak di hujung katil.
           Esok adalah harinya di mana aku dan Kim Bum akan bercuti sama-sama. Idea bercuti ni pun adalah idea Ji Young.
           Sebenarnya sambil bercuti ini, aku mahu mengumpulkan sedikit maklumat di Bandar Gleaneagle yang mengambil masa enam jam perjalanan dari Tirana.
           Pada Kim Bum aku sudah awal-awal memberitahu agar membawa saja kameranya. Manalah tahu ada pemandangan yang menarik di Bandar yang bakal kami kunjungi ini.
            Nampaknya mamat tu terlebih excited bila aku beritahu kami akan menaiki kereta api untuk percutian kami esok.
            Sebaik sahaja selesai membersihkan diri, aku menarik selimut sehingga ke dada. Semoga perjalanan kami esok bakal berjalan dengan lancar.
~~~
“Maaf lambat.” Kim Bum memandang Yu Na yang sedang  membayar minuman di kedai runcit kecil yang terletak di dalam stesen kereta api Tirana.
               It’s ok…” Aku jongket kening memandang figura yang berada di belakang Kim Bum.
               “Oh! Aku minta maaf sebab bawa kawan tiba-tiba. Dia nak ikut aku sangat. Kenalkan abang aku, Ji Young.” Aku ternganga dua saat sebelum kembali ke alam nyata.
               “Hai, Yu Na. Kim Bum banyak cerita fasal kau.” Ji Young mengukir senyuman nakal dan menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Yu Na.
             What the heck. “Oh! Kau model terkenal tu. Yang kena paksa ikut blind date oleh ibu kau kan? Nice to meet you.” Kim Bum memandang sekilas ke arah Ji Young dan Yu Na.
             “Ah..Gadis yang manis ni tahu rahsia aku. Segan pula rasanya.” Ji Young buat-buat malu.
            Kalau diikutkan hati mahu saja aku sepak kaki Ji Young namun aku tahan perasaanku.
            Baru saja Kim Bum mahu buka mulut, kereta api ke Gleaneagles sampai. Kim Bum mengambil beg galasku dan berjalan dahulu meninggalkan aku dan Ji Young.
            “Jadi inilah lelaki yang kau tolong ubati kekecewaan dia? Adakah sebab kau tak mahu dia tahu kau ni witch sebab tu kau menyorok tempoh hari bila kau nampak dia di Evening Falls?”       
            Aku menjeling tajam ke arah Ji Young seraya memberi amaran agar jangan menyebut hal witch mahu pun Evening Falls.
             Bila Ji Young cuba memaut pinggangku, aku segera cubit lengannya sebelum masuk ke dalam kereta api.
            Ji Young tergelak perlahan. Perancangan asalnya adalah ingin mengajak Kim Bum melepak pada hari ini namun apabila Kim Bum membalas pesanan ringkasnya menyatakan mahu pergi bercuti bersama jirannya yang cantik, Ji Young terus saja mendapat idea untuk mengenakan Yu Na.
              Dan sekarang dia di sini untuk membuat hidup Yu Na huru-hara dan memastikan bahawa Kim Bum dan Yu Na tiada apa-apa hubungan melainkan hanyalah jiran.
             Lagi pun dia dahulu yang bawa Yu Na jumpa Lady Elena kan? Hatinya berbisik nakal.
            Welcome to hell, Yu Na. Perjalanan yang mengambil masa selama enam jam ni telah bertukar menjadi mimpi ngeri!
           Ji Young menutup pintu compartment kami. Kereta api perlahan-lahan mula bergerak meninggalkan stesen.
         Aku duduk di tepi tingkap. Kim Bum duduk setentang denganku. Dia mula mengambil gambar. Ji Young pula duduk di sebelah Kim Bum.
         Lelaki itu tampak khusyuk membaca buku (atau buat-buat khusyuk).
         “Aku tak tahu pun kau ada abang.” Aku bersuara setelah hampir sepuluh minit mendiamkan diri. Entah kenapa aku rasa lemas apabila berdiam diri.
         “Ji Young ni abang tiri aku. Sama ibu lain ayah.” Kim Bum memberitahu. Aku mengangguk dan secara tak sengaja pandangan mataku dan Ji Young bertemu.
         Dia buat flying kiss padaku apabila Kim Bum memandang ke arah lain. Aku pula menyangkan penumbuk secara curi padanya.
        “Kau tak kisah kan kalau aku keluar sekejap?” Kim Bum memandangku. Aku mengangguk.
         Behave, Ji.” Kim Bum menjeling ke arah Ji Young sebelum keluar. Sebaik saja Kim Bum menutup pintu compartment mereka, Ji Young terus saja mengambil alih tempat duduk Kim Bum.
          “Adakah kau suka adik aku?” Mataku terbeliak mendengar soalan Ji Young.
          “Aku anggap dia sebagai kawan saja.”
         “Baiklah aku percaya.” Ji Young senyum mengejek.
         Seriously, Ji. Aku sepak kaki kau kang.” Aku memberi amaran.
          I love you too.” Ji Young mengerdipkan matanya beberapa kali.
          “Kenapa kau nak ke Gleaneagles?” Muka Ji Young kini bertukar menjadi serius.
          “Aku nak buat kajian sikit.”
         “Kajian apa?”
         “Rahsia.” Aku buat kening double jerk.
         “Baik kau beritahu aku atau aku akan beritahu Kim Bum yang kau suka dia.”
        What the heck. Kau pernah tak ada pengalaman kena campak luar dari kereta api? Kalau tak ada mari aku tolong adakan.” Aku menyepak kaki Ji Young.
        “Yu..” Muka Ji Young kelat menahan sakit apabila Kim Bum tiba-tiba saja muncul.
        “Jadi kau orang dah saling berkenalan?” Kim Bum mengukir senyuman manis.
       We’re having a blast time. Right Ji Young?” Aku mengukir senyuman semanis mungkin.
       Right.” Ji Young turut memaksa dirinya senyum.
       Kim Bum tersenyum lebar sebelum memeriksa gambar-gambar yang ditangkapnya. Percutian bersama abang dan kawan baik?
 This is going to be a good memory! Or so he thought?

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review