Wednesday, May 9, 2012

My Butterfly->21

Posted by Snow_Queen at 8:06 PM

“Ji?” Aku menghampiri Ji Young yang sedang menggatal dengan beberapa orang pelajar perempuan.
“Awww…My sweetheart is here. See you guys later.” Ji Young seperti biasa menghadiahkan senyuman membunuhnya kepada perempuan-perempuan di hadapannya.
Aku menjegilkan mata memandang Ji Young. Sweetheart? Kalau diikutkan hati mahu saja aku menyepak kaki Ji Young namun bila diingatkan budi baiknya padaku, terus saja aku membatalkan niat yang jahat itu.
“Apa dia, sayang?” Ji Yong merangkul leher Yu Na.
“Kau kalau tak panggil aku dengan panggilan macam tu boleh mati ke? Jatuh saham aku.” Aku buat muka.
“Jatuh saham? Hello, saham kau akan melonjak-lonjak naik sebab keluar dengan model terkenal tanah air.” Ji Young dah buat muka bangga dia.
Whatever, Ji. Aku cuma nak cakap terima kasih sebab hantar aku balik semalam.” Ji Young melepaskan rangkulannya pada leher Yu Na dan memandang Yu Na dengan wajah serius.
Aku mengerutkan kening. Apa hal mamat ni buat muka serius? Tapi comel juga dia walaupun dia tengah buat muka serius. Desis hatiku nakal.
Darling, kau tak ingat apa-apa ke semalam?” Ji Young menyoal.
Aku memicingkan pandangan. “Ada apa-apa yang perlu aku ingat? Kenapa? Kau ada buat apa-apa ke pada aku waktu aku tengah tidur?” Aku sudah bercekak pinggang.
Ji Young mengukir senyuman nakal. Dia mendekatkan wajahnya pada Yu Na sebelum berbisik perlahan. Jari-jemarinya dilarikan ke pipi Yu Na.
We’re having a blast night, yesterday.” Aku segera menyepak kaki Ji Young. Aku rasa mukaku sudah merah.
“Yah! Nak bergurau pun tak boleh ke?” Ji Young menggosok kaki kirinya. Lebam lagilah kaki aku nampak gayanya.
“Salah kau. Jangan nak mengusik aku dengan benda bukan-bukan.” Aku menjeling.
“Serius, kau tak ingat apa-apa?” Ji Young memandang Yu Na dengan pandangan pelik.
“Nak ingat apa? Semalam aku tertidur dekat library. Pagi tadi aku bangun, aku dah ada dekat rumah. Aku fikir kau yang hantar aku balik rumah sebab kau seorang saja dengan aku semalam.” Aku memberitahu.
Never mind. Jadi kau berhutang dengan aku makan malam.” Aku mengerutkan kening mendengarkan kata-kata Ji Young. Apa lagi yang mamat ni nak kenakan aku?
“Jangan nak fikir yang bukan-bukan. Aku memang serius nak makan malam dengan kau sebab petang ni aku ada urusan di Tirana. Dan semestinyalah kau yang belanja.” Aku memandang Ji Young yang sudah tarik sengih lebar.
Fine. Jumpa kau nanti.” Aku meninggalkan Ji Young kerana sudah lewat mahu ke kelas seterusnya.
I’ll pick you up at six.” Ji Young menjerit. Pandangan orang ramai tak dihiraukan.


Ji Young buat muka apabila melihat Yu Na. Gadis itu memakai seluar jeans berwarna putih paras betis, t-shirt berwarna coklat yang dipadankan dengan jaket kulit berwarna sama, beg silang berwarna hitam jenama converse dan kasut flat berwarna putih baldu. Rambut gadis itu diikat sanggul.
“Kau pakai macam ni saja?” Aku jongket kening dan buat muka tak puas hati.
“Kau nak aku pakai apa? Dress? High heel?” Ji Young mengangguk. Aku menjegilkan mata.
“Kau tak bercadang nak belanja aku makan di restoran makanan segera saja kan?” Ji Young mengukir senyuman nakal.
Macam tahu-tahu saja mamat ni. “Tak.” Aku menjawab.
“Bagus. Untuk malam ni, aku yang akan pilih restoran makan malam untuk kita berdua. Jom.” Ji Young membuka pintu keretanya.
Aish! Kalau macam inilah pakaian minah ni, mau ibu aku kena serangan jantung.
Dia menghidupkan enjin. Di dalam fikirannya sudah terangka beberapa rancangan.

Aku menutup pintu kereta dan memandang bangunan di hadapanku. Aku pandang pula Ji Young yang tayang muka tak bersalah.
“Kau nak makan baju ke, Ji?” Aku sudah bercekak pinggang.
“Jangan risau. My treat.” Ji Young memegang pergelangan tangan Yu Na kuat. Khuatir gadis itu bakal melarikan diri.
Sebaik saja kami berdua masuk ke dalam butik pakaian berjenama ini, pekerja-pekerja butik itu mula menekup mulut dan kaku apabila melihat Ji Young.
Ji Young mengacukan beberapa helai dress ke tubuhku sebelum meletakkan dress berkenaan di atas lenganku.
Dalam masa sepuluh minit saja, sudah bertimbun baju dalam peganganku.
“Ji, kau tengah buat lawak apa ni?” Aku berkata sambil menggetap gigi. Beberapa pandangan pekerja-pekerja wanita yang memandangku dengan pandangan sinis tak aku hiraukan.
Minta-minta tak masuk surat khabar atau pun internet desis hatiku.
Aku tersentak apabila Ji Young menolak ku ke arah bilik persalinan pakaian.

“Kalau kau tak suka juga yang ini, aku dah tak peduli. Lebih baik aku balik. Kita makan maggi je dekat rumah aku.” Ji Young ketawa mendengar kata –kata Yu Na.
Dia mengerling jam tagan jenama tag heuer di pergelangan tangannya. Baru pukul tujuh. Dia sudah berjanji mahu berjumpa dengan Lady Elena pukul lapan malam.
Aku keluar dari fitting room dan berdiri dengan wajah yang masam di hadapan Ji Young. Ji Young yang sedang membaca majalah memandangku tanpa berkelip.
“Errr..Ji?” Ji Young tersentak melihat wajah Yu Na yang sudah merah.
“Kita ambil yang ini.” Ji Young buat keputusan. Strapless dress berwarna turquoise yang panjang separas lutut menjadi pilihan.
Ji young bangun dan menuju ke arah rak pameran kasut. Dia memerhatikan setiap pasang kasut yang berada di situ sebelum mencapai pump shoes berwarna hitam.
Sequin clutch yang berwarna gold juga turut dicapainya.
Aku yang sedang menunggu di kaunter terkejut apabila Ji Young tiba-tiba saja melutut dan menanggalkan kasutku.
“Ji..” Aku memandang sekeliling. Wajahku sudah terasa panas.
My lolliderella is so dazzling, right?” Pekerja di kaunter mengangguk mendengarkan kata-kata Ji Young.
Aku menggetap bibir. Entahkan ikhlas entahkan tak minah tu mengangguk. Usai Ji Young membuat pembayaran, dia menarik tanganku menuju ke arah luar. Sempat dia memberi autograph yang diminta oleh pekerja-pekerja kedai berkenaan sebagai rasuah agar kami berdua tak menjadi berita hangat di muka hadapan surat khabar esok.
Hampir terhenti jantungku apabila Ji Young berhenti di hadapan sebuah hotel mewah. Biar betul mamat ni nak makan kat sini?
Aku menggetap bibir. Memang wang bukanlah masalah bagiku kalau aku ni jenis anak orang kaya yang boleh berbelanja sesuka hati tapi aku hidup selama ini pun bergantung pada elaun bulanan yang diberi oleh papa.
Pekerja hotel menundukkan badan apabila melihat kami berdua masuk. Aku mengikut langkah Ji Young dengan lemah.
“Tempahan atas nama Lady Elena.” Ji Young memberitahu pada pekerja di restaurant hotel. Pekerja berkenaan menilik buku di tangannya sebelum membawa kami berdua ke satu arah.
Aku menelan air liur yang terasa kesat apabila kami dibawa ke arah seorang perempuan yang kelihatan berumur dalam awal empat puluhan.
“Ji….” Aku sudah mengecilkan mataku memandang Ji Young.
“Senyum…” Ji Young menggengam tanganku sebelum menarik ku ke arah meja yang terletak di satu sudut restoran berkenaan.
“Ibu.” Hampir putus nafasku mendengar perkataan yang keluar daripada mulut Ji Young. Mahu saja aku menyepak kaki mamat tu namun segera aku mengingatkan diriku bahawa kami tak berdua di sini.
“Kenalkan, Yu Na.” Ji Young merangkul bahu Yuna. Aku menjeling Ji Young sekilas sebelum mengukirkan senyuman semanis mungkin.
Lady Elena memelukku sebelum menjemput kami berdua duduk.
“Ibu ingat kamu bergurau je nak kenalkan teman wanita kamu pada ibu. Akhirnya penantian ibu nak dapat menantu bakal terlaksana.” Aku mencubit paha Ji Young apabila mendengar kata-kata Lady Elena.
“Ouch!” Ji Young memandang Yu Na. Lady Elena memandang kami berdua dengan pandangan pelik.
“Jadi Yu Na, macam mana kamu dengan Ji Young boleh berkenalan?” Lady Elena memandang Yu Na dengan wajah bercahaya.
“Ji Young tolong saya selamatkan seorang budak yang hampir kemalangan.” Aku mengukir senyuman nipis. Meskipun aku tak menerangkan secara detail namun ingatan mengenai Ji Young menyelamatkan ku daripada menjadi mangsa biragon menjengah ingatan.
“Iya? Romantiknya.” Lady Elena tersenyum lebar. Aku ketawa kecil. Romantik? Biar betul Lady Elena ni…
“Ada tak Ji Young buli kamu?” Lady Elena memandang anak bujangnya dengan pandangan nakal.
Aku memandang Ji Young seraya tersenyum sinis. “Banyak kali.” Tanpa segan silu aku memberitahu.
But you know I love you~~” Aku menepis tangan Ji Young yang sekali lagi merangkul bahuku namun Ji Young hanya buat tak endah.
Perbualan kami terhenti apabila pelayan datang menghantar makanan. Ji Young menuangkan minuman ke gelas Lady Elena dan gelasku sebelum ke gelasnya sendiri.
Entah mengapa hatiku rasa senang melihat layanan Ji Young pada ibunya. Ji Young yang berada di sebelahku ini tampak lain.
“Makan banyak-banyak, bu. Malam ni Yu Na belanja.” Ji Young tergelak. Aku menyiku Ji Young.
“Ji..” Lady Elena menegur. “Maafkan Ji Young, Yu Na. Dia ni kadang-kadang macam budak-budak sikit. Adik dia lagi matang daripada dia.”
“Tak apa. Saya dah biasa.” Aku menjeling Ji Young tajam dengan senyuman masih di bibir.
“Papa kamu kirim salam. Dia minta maaf sebab tak dapat sertai kita.” Aku perasan muka Ji Young sedikit berubah apabila perihal papanya disebut.
Namun lelaki itu berjaya mengawal ekspresi mukanya kembali sebelum mengubah topik perbualan kami.
“Jadi Yu Na, apa yang kamu suka fasal Ji Young.” Hampir tercekik daging yang sedang aku kunyah apabila mendengar soalan Lady Elena.
Aku meneguk air dan berdehem perlahan. Lady Elena memandang wajah Yu Na yang seakan-akan sedang berfikir.
“Dia macam fairy godfather bagi saya.”
Fairy godfather?” Lady Elena tersenyum. Dia memandang Ji Young yang kini sedang merenung Yu Na.
Dia pasti yang anak terunanya yang seorang ini menyukai Yu Na secara serius.
“Setiap kali saya dalam kesusahan, dia pasti ada untuk tolong saya. Dia sanggup temankan saya untuk buat kerja gila.” Aku berhenti seketika dan tersenyum.
Ingatan mengenai Ji Young dan Yu Mi yang menemaniku menghasilkan potion strong memory menjengah fikiran. Meskipun mamat itu tak bersetuju dengan tindakan aku, namun dia tetap berada di sisiku.
Dan dia tak pernah rungut meskipun potion itu tak berkesan padaku.
“Lagi?” Dengan penuh teruja Lady Elena bertanya.
“Lagi? Ermm…Dia selalu ada untuk memberikan buah fikiran ketika saya ada masalah. Saya sukakan dia yang boleh bergaul dengan semua orang tanpa mengira pangkat mahupun darjat.” Ji Young tanpa sedar tersenyum sendiri.
Shim Yu Na! Kau tak tahu apa yang kau baru buat pada aku desis hatinya.
“Aunty setuju. Walaupun dia boleh jadi nakal tapi kadang-kadang dia boleh jadi sweet dalam masa yang sama kan?” Aku mengangguk tanda mengiyakan kata-kata Lady Elena.
Dan tiba-tiba sahaja aku seperti sedang bermimpi apabila mendengar patah perkataan yang keluar daripada mulut Lady Elena.
Mendengarkan hal itu ianya berjaya membuatkan aku tercekik air liur sendiri. Ji Young kelam-kabut menyuakan air padaku.
“Kah..Kahwin?” Aku bertanya sekali lagi untuk mendapatkan kepastian.
“Kamu berdua kan suka antara satu sama lain. Nak tunggu apa lagi?” Dan perkataan kahwin itu berjaya menghantuiku sehinggalah makan malam antara kami berakhir.
Kim Ji Young! You’re dead meat!




4 under spell:

Anonymous said...

hye snow queen :)
cter snow semua best2 wlaupun fantasy
bca bkali2 pun xboring.^_^
hehehe..gud job

Anonymous said...

mana bab 22.lmbt lg ke?

Snow_Queen said...

@anon: Hai!
Tengs sebab sudi baca juga =)

mizz kee said...

sumer cter snow best2...sgt sker cter fantasy...keep up de gud work...^^

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review