Wednesday, May 9, 2012

My Butterfly->20

Posted by Snow_Queen at 7:57 PM

They what?” Ricky memandang tuannya yang sedang galak ketawa.
“Sammy. They called me, Sammy.” Ricky menjawab meskipun dia terasa kecil hati apabila majikannya masih galak ketawa.
“Sam..Fuh..Sammy? What a name.” Aryana menjulingkan mata dan berdiri daripada duduknya. Dia memetik jari dan serta-merta suis lampu bilik terbuka.
Dia berdiri di hadapan meja solek dan memerhatikan bayangan yang terpantul di cermin.
Rambut berwarna dark brown separas bahu.
Bibir merah bak delima.
Hidung mancung.
Berkulit putih.
Badan yang ala-ala model.
Semuanya Aryana tilik satu per satu. Dia memandang Ricky yang masih setia berdiri di hujung katil.
It’s been a long time, Rick. Aku dah lama tunggu saat-saat ni.” Aryana menilik jari-jemari Yu Na yang runcing.
“Selepas semuanya selesai, aku akan lepaskan Yu Na. Dia masih muda dan perlu belajar banyak perkara. Aku rasa bersalah pula kerana ‘mencuri’ badan dia.”
“Pembetulan. Pinjam. Lady Aryana hanya pinjam badan dia sahaja. Lagi pun, dia cicit Lady, saya rasa dia akan faham nanti.
Kita memerlukan tubuh dia untuk menentang kejahatan.” Ricky memandang wajah Lady Aryana.
Setelah sekian lama menunggu, akhirnya di dalam keturunan Han, ada juga seseorang yang menyerupai Lady Aryana.
Yang berbeza hanyalah Yu Na tidak memiliki lesung pipit. Yang lain, semuanya sama.
Dan dia pula telah memainkan peranannya dengan baik sekali. Untuk menolong Aryana tanpa dicurigai, dia dengan sengaja menghampiri Lady Amy sewaktu perempuan tua itu sedang asyik memilih biragon untuk dihadiahkan pada Yu Na.
Untuk memanipulasi fikiran Lady Amy bukan kerja yang mudah. Dengan menggunakan sedikit magis, Lady Amy akhirnya tunduk padanya dan voila..Dia kini dapat berada di samping Yu Na dan Aryana sekaligus.
“Kekuatan dalaman budak ni agak kuat menyukarkan aku untuk menyesuaikan diri pada mulanya. Sebab tu, dia asyik pening kerana kami perlu ‘berlawan’.
Aku harap badan dia boleh bertahan lama kerana dia akan hidup pada waktu pagi dan aku hanya boleh menggunakan badan dia selepas dia tidur. Pada waktu malam.” Aryana memandang Ricky sekilas sebelum berjalan-jalan di dalam rumah Yu Na.
Setiap kali dia menggunakan badan Yu Na, dia menggunakan dua kali ganda tenaga daripada badan Yu Na. Selain itu, ingatan Yu Na mengenai beberapa perkara seperti magis yang telah lama diketahuinya juga akan terganggu.
Sebagai kesan, Yu Na akan selalu keletihan. Dia kemudiannya duduk di atas sofa.
“Hubungi Kyu Joong. Beritahu dia berita terkini. Kita perlu bersiap-sedia untuk berperang. Beritahu dia untuk kumpulkan orang-orang kita secepat mungkin.
Keturunan jahat tu akan dapat pembalasan yang setimpal kerana buatkan cicit aku menderita kehilangan keluarganya!” Aryana menggenggam penumbuk.
“Baik, Lady.” Ricky mengangguk.
Dia dapat tahu daripada Ricky bahawa siasatan Kyu Joong mengenai kematian ibu bapa Yu Na telah membuahkan hasil.
Kematian ibu bapa Yu Na telah dirancang dengan teliti bukannya kerana kemalangan seperti yang didakwa pihak berkuasa dan semuanya kerana motif yang sama.
Meskipun, dia telah mati bertahun lamanya, Ricky yang masih hidup telah menyeru dia kembali dengan bantuan Kyu Joong.
Mereka telah menempatkan dia di dalam badan Yu Na sehinggalah pada malam beberapa hari lepas, dia telah dapat menguasai badan Yu Na.
Kesian cicitnya yang seorang ini. Hidup dalam penderitaan dan kini dia pula harus menggunakan anak gadis ini untuk menghapuskan kejahatan yang mula mahu bangkit kembali.
Siapa sangka Bilbert yang dianggap telah mati pada malam sengketa berdarah di antara keluarganya dan keluarga Bilbert rupa-rupanya masih hidup dan sedang bersembunyi.
Itu pun dia tahu daripada mulut Ricky. Dan dia tak akan benarkan musuhnya itu cuba mengembangkan sayap kejahatannya sekali lagi.
Dia tahu apa yang diinginkan Bilbert…
“Untuk malam ni, kita akan pergi berseronok di Camilia. Dah bersedia?” Aryana memandang pembantunya.
“Saya rasa malam ni kita harus teruskan pencarian kita dahulu?”
“Ah..Aku tak ada mood untuk kotorkan tangan aku dengan tanah malam ni.”
“Lady..” Ricky memandang Aryana dengan pandangan tak bersetuju.
Aryana bangun dan memeluk lengan Ricky. “Ricky, kau ni suka paksa-paksa aku.” Ricky tersenyum nipis mendengarkan kata-kata Aryana.
“Dan Lady sepatutnya bertindak matang sesuai dengan usia Lady.” Aryana memuncungkan mulut mendengarkan kata-kata Ricky.
“Baiklah Ricky. Malam ini kita akan teruskan pencarian kita. Mari pergi!” Aryana terlebih dahulu melompat masuk ke dalam pendiang api yang masih menyala sebelum diikuti Ricky.
~~~
“Yu Na, kau nampak penat. Kau tak sihat ke?” Ji Young menegur Yu Na yang sedang membuat tutorial di library.
Yu Na menutup mulut apabila menguap. Ji Young mengerutkan kening. Sebenarnya sudah beberapa hari dia perasan wajah Yu Na yang tampak penat.
Seolah-olah gadis itu tak cukup tidur.
“Aku penat, Ji Young.” Yu Na menjawab tanpa memandang ke arah Ji Young.
“Apa yang kau buat kebelakangan ni?”
“Aku tak buat apa-apa. Aku tak tahu kenapa aku rasa letih semacam. Seolah-olah aku dah lama tak tidur.” Yu Na meletakkan kepalanya ke atas meja. Matanya sudah berat. Tulisan di atas kertas pun dia nampak semakin mengecil.
Ji Young menarik lengan Yu Na. Yu Na yang sudah mengantuk tak melarang.
Ji Young memeriksa nadi Yu Na. Keningnya berkerut.
“Denyutan nadi kau tak normal. Kau ada sakit apa-apa ke?” Ji Young melihat Yu Na yang hanya menggeleng.
Ji Young kemudiannya meletakkan telapak tangannya ke dahi Yu Na. Panas sedikit namun bukan kerana demam. Mungkin kerana suhu hawa dingin library ini yang tinggi.
“Tidurlah. Nanti aku kejutkan kau.” Dan Yu Na langsung tak memberikan apa-apa reaksi pada kata-kata Ji Young menandakan gadis itu telah selamat masuk ke alam lain.

Ji Young memicingkan pandangan matanya ke arah jalan raya yang kosong. Bunyi salakan anjing dan kucing yang sedang bergaduh tak dihiraukan.
Ada sesuatu yang pelik tentang Yu Na tapi apa dia?
Dia mengimbas kembali reaksi pelik Yu Na yang seakan-akan mahu lekas melarikan diri daripadanya.
“Kau dah bangun?” Ji Young menyapa Yu Na yang sedang menuruni tangga. Dan Yu Na pula tampak terkejut apabila dia menegur.
“Ah…Terima kasih. Aku pergi dulu.” Yu Na berjalan laju dan mengambil barang-barangnya di atas sofa.
“Kau tak mahu makan malam dulu?” Yu Na berpaling memandang ke arahnya.
“Aku tak lapar.”
“Nak aku hantarkan kau balik rumah?” Ji Young sudah mahu mengambil jaketnya.
“Tak perlu orang muda. Aku tahu jalan nak balik rumah sendiri.” Selepas itu, Yu Na terus menghilangkan diri.
Ji Young memandang telefon bimbitnya yang bergetar di atas meja. Nama ibu kesayangannya tertera di skrin.
“Ibu.” Suara Lady Elena kedengaran di talian sebelah.
“Makan malam? Ibu pastik ke nak suruh Ji Young balik untuk makan malam semata-mata?” Ji Young menarik senyuman nakal di bibir. Segala taktik ibunya sudah ada di dalam poket.
Kebelakangan ini, Lady Elena galak menyuruh dia menghadiri blind date. Sekejap dengan anak orang itu sekejap dengan anak menteri ini.
Fine! Ibu nak kenalkan kamu dengan seseorang. Datang dan berkenalan dengan dia dulu, hermmm?” Lady Elena memujuk. Ji Young menggeleng. Entah apa yang dikejar oleh ibunya. Umurnya baru dua puluh enam. Adakah Lady Elena takut dia akan membujang sehingga ke tua.
“Ji akan balik esok ibu dan Ji akan bawa kawan Ji untuk dikenalkan dengan ibu.” Spontan dia berkata demikian. Wajah Yu Na sudah terbayang di dalam fikirannya.
“Betul ke ni?” Suara teruja Lady Elena kedengaran teruja.
“Betul. Esok, Ji akan bawa dia jumpa ibu. Tapi ibu jangan takutkan dia pula.” Ji Young sengaja mengusik. Kini kedengaran suara Lady Elena memprotes dan dia hanya tergelak.
Selepas saling mengucapkan selamat malam, Ji Young mematikan talian. Harap-haraplah Yu Na tak baling kasut tumit tinggi pada dia lepas makan malam dengan ibunya nanti dan jauh di sudut hatinya, dia tahu Lady Elena akan sukakan Yu Na.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review