Tuesday, May 8, 2012

My Butterfly ->19

Posted by Snow_Queen at 2:52 AM

Aku merenung Sammy yang sedang tidur dengan nyenyak di atas sofa. Sesekali ekornya bergerak. Aku mengeluh sendiri.
Ingatkan Lady Amy akan menghadiahkanku seekor biragon namun sebaliknya dia menghadiahkan aku seekor kucing cashmere.
Kata Lady Amy, Sammy sesuai untukku kerana mudah untuk di bawa ke mana-mana.
Nama Sammy adalah idea Yu Mi. Bagiku, untuk menjaga seekor kucing memerlukan disiplin dan aku tak percaya aku mampu memenuhi tanggungjawab tersebut sementelah aku jarang berada di rumah.
Bagaimana kalau Sammy mati kelaparan?
Aku menggelengkan kepala apabila mula terbayangkan yang bukan-bukan. Dengan langkah yang malas, aku buka pintu gelongsor balkoni sebelum menapak keluar.
“Hai!” Aku berpaling ke arah balkoni rumah sebelah. Kelihatan Kim Bum sedang bersenam.
“Kau buat apa ni?” Aku menghampiri tembok balkoni yang memisahkan aku dan dia.
“Basuh kasut?” Aku jongket kening melihat Kim Bum ketawa kecil. Tanpa aku sedar, perlahan-lahan bibirku mengukirkan senyuman.
Dia dah okey! Thanks god!
“Dah lama aku tak nampak kau.” Kata-kata Kim Bum mematikan lamunanku.
“Aku banyak kerja di kolej.” Kim Bum mengangguk sebelum turun daripada mesin treadmill. Sebotol air mineral diambil dan dia meneguk air berkenaan dengan rakus.
“Kau macam mana sekarang?” Kim Bum mengesat peluh di muka dengan tuala kecil sebelum menghampiriku. Dia menyandarkan belakang badannya ke dinding.
Aku pula melompat duduk di atas tembok balkoni.
Guess I’m good.” Aku mengangguk. Aku memerhatikan susuk badan Kim Bum. Dah berisi sikit. Tak adalah sekeping macam mula-mula dia putus cinta dulu.
So…Kau dah mula kerja balik?”
Nope. Aku minta cuti panjang. Aku fikir sekarang masanya untuk aku buat benda yang aku tak boleh buat dahulu.”
“Contoh?” Dalam samar-samar kegelapan malam, mataku dan Kim Bum bertentang.
“Macam ambil gambar pemandangan yang cantik-cantik di Negara yang berlainan. Aku baru perasan yang kau ni banyak tanya.” Aku mencebik dan dia ketawa.
“Min Seo macam mana?” Aku menggigit bibir. Adakah jejaka ini akan memarahiku kerana bertanyakan mengenai Min Seo.
Kim Bum kelihatan termenung seketika sebelum menjawab soalanku. Dia mengeluh perlahan.
“Tipulah kalau aku kata aku dah lupakan dia. Dia cinta pertama aku. Tapi aku akan cuba untuk lupakan dia sedikit demi sedikit sebab aku sedar dia dah jumpa kebahagiaan dia dan aku pun sepatutnya mencari kebahagiaan aku sendiri.
Aku tak mahu menangis kerana dia lagi. Lagi pun kami satu agensi dan untuk buat-buat tak kenal adalah mustahil. Sebab itulah aku minta cuti panjang. Aku mahu rawat hati aku betul-betul dahulu dan apabila kami bertemu lagi, aku harap aku dah tak ada apa-apa perasaan untuk dia lagi.” Aku hanya mampu melemparkan senyuman nipis mendengarkan kata-kata Kim Bum.
“Ermmm…” Aku memandang Kim Bum yang sedang garu tengkuk. Adakah mataku tersilap melihat sebab muka Kim Bum kelihatan merah. Aku menunggu dengan sabar untuk mendengar apa yang mahu diperkatakan oleh dia.
“Terima kasih. Kau dah banyak tolong aku. Aku dah anggap kau macam kawan baik aku. Beritahu aku bagaimana aku harus balas budi baik kau?” Aku terus tergelak mendengarkan bicara Kim Bum dan mukanya bertambah merah.
“Hey! Kawan baik tak berkira tahu. Apa-apa pun aku gembira kau dah okay.” Aku terus terkaku apabila Kim Bum memeluk ku dan dia menggosok kepalaku menyebabkan rambutku sedikit kusut. Aku menepis tangan dia.
“Kau free hujung minggu ni?” Kim Bum mengangguk sebagai jawapan kepada soalanku.
Great. We’re going to vacation this weekend.” Aku melompat turun daripada tembok balkoni. Kim Bum yang pada mulanya melopong melihat reaksiku kini mengukirkan senyuman.
“Kita nak pergi mana?”
“Rahsia. Selamat malam.” Aku berpamitan dengan Kim Bum sebelum masuk ke dalam rumah.
“Selamat malam….” Kim Bum menarik kerusi dan duduk. Angin malam yang sejuk sedikitpun tak diendahkan.
Terima kasih Tuhan kerana menghadirkan seorang kawan baik kepadaku di saat aku sedang berada di dalam kedukaan.
Jari-jemarinya mengetuk permukaan meja kopi. Nama Yu Na berulang-kali bermain di dalam fikirannya.
Dia tiba-tiba sahaja teringatkan seseorang yang juga bernama Yu Na. Han Yu Na yang dikenalinya itu, adalah kawan semenjak dari zaman kecil. Muda tiga tahun daripada Min Seo.
Wajah manis seorang gadis pemalu berkulit hitam manis menjengah fikiran. Dia mengenali adik tiri Min Seo itu dahulu sebelum dia mengenali Min Seo.
Itu pun secara tak sengaja kerana dia menolong gadis berusia sebelas tahun pada waktu itu yang sedang dibuli oleh beberapa orang lelaki.
Semenjak daripada hari itu, dia dan Yu Na berkawan baik dan segala-galanya berubah sebaik sahaja dia ternampak Min Seo pada suatu hari pada musim cuti panas sewaktu menghantar Yu Na pulang ke rumah.
Ibu bapa Yu Na menjemput dia makan malam dan dia, tanpa berfikir panjang terus sahaja bersetuju.
Selepas itu, dia cuba untuk mendekati Min Seo dan nasib menyebelahinya apabila Min Seo menyambut salam perkenalan yang diberi dan dia pula…Seakan-akan melupai kewujudan Yu Na.
Wajah sedih Yu Na sewaktu dia memungkiri janji untuk menemani gadis itu ke pusat membeli-belah untuk memilih hadiah untuk hari jadi ibu tiri Yu Na, Puan Mine juga masih diingati.
Dia menipu Yu Na mengatakan dia ada hal sedangkan dia memilih untuk menemani Min Seo yang juga mahu membelikan hadiah untuk Puan Mine.
Wajah terkejut Yu Na sewaktu majlis hari jadi ibu bapa Yu Na juga bermain di fikiran.
“Cantik tak mak? Kim Bum yang tolong pilihkan hadiah ni.” Dan dia terus melihat wajah Yu Na yang berubah sedikit pucat.
Malam itu, selepas makan malam, dia mengekori Yu Na ke taman mini rumah keluarga Han.
“Aku minta maaf Yu Na.”
“Kau tak perlu minta maaf.” Suara Yu Na kedengaran agak dingin.
“Aku tahu aku dah berjanji dengan kau dulu tapi…”
“Aku tak mahu dengar apa-apa lagi. Aku penat!” Pertama kali, Yu Na meninggikan suaranya.
“Kenapa kau nak marah-marah ni?” Dia juga turut hilang sabar.
“Kau tak nampak ke? Aku sukakan kau. Kenapa kau tak pernah nak pandang aku walaupun sekali?” Kata-kata Yu Na bagaikan sembilu menusuk hatinya. Dia tak pernah menganggap Yu Na lebih daripada seorang kawan.
“Aku minta maaf. Aku tak boleh balas perasaan kau.”
“Aku tahu. Kau sukakan Min Seo.”
“Kim Bum-ah..” Serentak Yu Na dan dia berpaling apabila mendengar suara Min Seo.
“Maafkan aku, Kim Bum. Aku tak rasa kita boleh berkawan lagi.” Yu Na melihat wajah terkejut Kim Bum.
“Yu…”
“Mulai malam ni, kau dan aku adalah orang asing. Min Seo dah datang.”
“Hey! Apa yang kau orang sembangkan?” Min Seo menghampiri dan memeluk lengan Kim Bum.
Nothing. Selamat malam, Kim Bum.” Dan…Itu adalah kali terakhir dia berjumpa dengan Yu Na.
Dua tahun kemudian, setelah kematian ayah Yu Na, Min Seo beritahu Yu Na telah menghilangkan diri tanpa pesan.
Puas dia mencari namun usahanya menemui kebuntuan sehinggalah pada suatu petang dia mendapat khabar daripada Min Seo bahawa Yu Na ditemui mati akibat kemalangan.
Pemandu mabuk itu dipercayai melanggar Yu Na yang kebetulan mahu ke tempat kerja sementaranya.
Kim Bum tersedar daripada lamunannya apabila bunyi telefon bimbitnya berbunyi. Sekilas dia melihat nama di skrin sebelum menjawab.
What’s up, bro…”


3 under spell:

arilman0224 said...

hehehehe...best2..cpt2 smbg eh..x sabo nk tau ape jd strusnye...ngeee

Izzatie said...

rasa mcm Han Yu Na, adik tiri Min Seo ngan Yu Na, jiran Kim Bum ialah org yg sama je.. betul tak??

Anonymous said...

menarik,adakah Yu Na dgn Han Yu Na orang yang sama?Teruskan usaha anda.

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review