Tuesday, May 8, 2012

My Butterfly ->18

Posted by Snow_Queen at 2:49 AM

“Boo!” Aku menjeling tajam ke arah Yu Mi yang muncul secara tiba-tiba. Yu Mi memandang Yu Na dengan pandangan yang pelik sebelum dia memandang ke arah The Crave.
“Apa yang kau tengok?”
“Tak ada apa.” Yu Mi buat muncung sebelum mengejar langkah Yu Na. Kalau tak ada apa-apa kenapa Yu Na tengok The Crave macam nak robohkan kedai tu dengan hanya menggunakan kuasa pandangan mata sahaja?
Adakah Ji Young ada buat yang bukan-bukan terhadap Yu Na kerana perangai Yu Na semakin pelik sejak kebelakangan ni.
“Nenek suruh kau singgah rumah petang ni. Dia cakap dia dah jumpa haiwan peliharaan yang sesuai untuk kau.”
“Ya?” Aku menjawab dengan nada acuh tak acuh. Lupa sudah aku kepada janji Lady Amy yang mahu mencarikan biragon untukku.
“Uh-uh. Dan nenek suruh kau makan malam di rumah juga. Dia membebel kata kebelakangan ni susah nak jumpa kau.” Aku tergelak kecil mendengarkan kata-kata Yu Mi.
Lord Heather dan Lady Amy sudah aku anggap seperti keluargaku sendiri semenjak dari dahulu. Sementelah pula keluargaku dan keluarga Yu Mi juga saling mengenali.
“Hey! Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” Yu Mi memuncungkan mulutnya apabila melihat Yu Na seakan endah tak endah sahaja dengan apa yang sedang diperkatakan oleh dia.
“Aku dengarlah mak cik.”  Yu Mi terus sahaja menarik sengih mendengarkan kata-kata Yu Na.
“Aku kesian dengan atuk.” Aku pandang ke arah Yu Mi. Orang yang lalu-lalang di sekeliling mereka tak diendahkan.
Meskipun masih awal pagi, pekan little village sudah mula dipenuhi dengan orang ramai.
“Kenapa?”
This is super duper top secret.” Aku mengangguk tanda berjanji kepada Yu Mi tak akan dedahkan apa jua rahsia yang dia bakal beritahu padaku.
“Kau dah jatuh cinta?” Aku serkap jarang. Yu Mi ketawa.
No, silly! Atuk tengah pening dengan kes pembunuhan manusia biasa yang terjadi baru-baru ni. Dan juga dengan misteri kes pembunuhan pengikut-pengikut Bilbert.
Kemungkinan besar, championship of wizards tak akan berlangsung tahun ini atau permainan itu akan dibubarkan terus.”
No!” Tanpa sedar aku menjerit kecil. Yu Mi segera menekup mulutku. Dia melemparkan sengihan pada orang ramai yang melihat ke arah mereka berdua.
“Kau ni…” Yu Mi menjegilkan mata tanda amaran.
“Kau bergurau kan?” Aku menggengam erat pergelangan tangan Yu Mi apabila kami sudah jauh daripada orang ramai.
Unfortunately not!”
“Ak..Aku dah lama tunggu nak masuk pertandingan ni…Damn it!” Yu Mi menjerit kecil apabila Yu Na secara tak sengaja mengetatkan pegangan pada pergelangan tangannya.
“Dan sekarang kau nak patahkan tangan aku?” Aku pandang pergelangan tangan Yu Mi sebelum meminta maaf.
Sebenarnya, aku sudah tahu kemungkinan benda ini ketika aku mencuri dengan perbualan Lord Heather dengan beberapa orangnya. Dengan Yu Na sengaja aku berpura-pura terkejut kerana tak mahu kawanku itu mengesyaki sesuatu.
Yu Mi mengeluh. “Tapi..”
“Tapi?” Aku segera memotong kata-kata Yu Mi.
“Kalau kes pembunuhan tu dapat diselesaikan dalam masa terdekat ni, pertandingan tu akan berjalan seperti biasa.” Yu Mi memandang Yu Na yang termenung jauh sebelum rakannya itu tiba-tiba sahaja memetik jari.
“Aku tahu!”
“Apa yang kau tahu?”
“Kita akan tolong atuk selesaikan hal ni.” Yu Mi buat muka seolah-olah dia baru sahaja mendengar dia dijatuhi hukuman mati. Mata Yu Na yang bersinar-sinar dengan penuh harapan baginya sangat menakutkan.
No! atuk tak mahu kita terlibat dengan hal ni.” Giliranku pula memuncungkan bibir.
“Tapi..”
“Tak ada tapi-tapi. Biarkan sahaja mereka yang pakar selesaikan hal ni. Kita punya tugas adalah untuk selesaikan assignment yang berlambak-lambak sebelum cuti semester tiba.”
“Tapi..”
“Apa yang tapi?” Aku dan Yu Mi serentak memandang ke arah belakang. Ji Young sedang tersengih-sengih memandang ke arah mereka berdua.
Well, good morning to you too Ji Young.” Yu Mi menyapa Ji Young dengan nada sarkastik.
“Apa yang kau orang bincangkan? Mind to share?” Ji Young sudah berdiri di sebelah Yu Na. Lengannya diletakkan di atas bahu Yu Na.
Yu Na menjeling Ji Young sebagai isyarat tidak suka akan perbuatan lelaki itu namun Ji Young hanya buat tak faham dengan pandangan mata Yu Na.
Nothing. Hal orang perempuan.” Yu Mi menjeling ke arah Yu Na sebagai isyarat supaya tak dedahkan apa yang sedang mereka bincangkan.
Right. Hal orang perempuan dan..Shit! kelas aku dah nak bermula. Jumpa kau orang nanti.” Aku segera berlari meninggalkan Yu Mi dan Ji Young.
Ji Young memandang kelibat Yu Mi sehingga hilang daripada pandangan selepas gadis itu meminta diri untuk beredar.
Something’s up..Definitely!” Ji Young memicingkan pandangan matanya. Aku akan tahu juga nanti. Sama ada daripada Yu Na mahupun Yu Mi.

Tuan Kyu Joong melihat bintang-bintang yang bertaburan di dada langit. Pen di tangannya di putar-putar beberapa kali.
Kenderaan yang bersesak-sesak di bawah sana tak diendahkan apatah lagi pemandangan malam Tallin yang mula disimbahi dengan lampu-lampu neon.
“Adakah masanya sudah tiba?” Dia menggumam sendiri.
“Semuanya harus berjalan mengikut rancangan. Yu Na tak akan hampakan aku bukan?” Dia merenung dada langit dengan pandangan tajam. Seolah-olah Yu Na sedang berada di situ dan sedang menjawab persoalan yang dia timbulkan.
Sedikit demi sedikit ketawa Tuan Kyu Joong mula kedengaran. “Adakah kau dah bersedia? You’ve no idea what’s coming for you, old friend.
Perancangan yang sudah berpuluh-puluh tahun disusun dengan rapi ini akan mengejutkan kau. Kau dah bersedia menerima hadiah daripada kami?” Tuan Kyu Joong bangun daripada duduknya dan mencapai kot hitam miliknya yang tersadai di sofa. Sekilas dia memandang gambar Yu Na sebelum senyuman sinis terukir di bibirnya.
Game’s on!”




2 under spell:

Izzatie said...

siapa plakl Tuan Kyu Joong nie?? Dia ayah Yu Na ke??

Snow_Queen said...

@izzatie: Dia ayah angkat Yu na..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review