Sunday, May 6, 2012

My Butterfly-> 17

Posted by Snow_Queen at 11:43 PM

This is ridiculous.. Lord Heather memicit kepalanya. Sedang dia dalam dilema untuk buat keputusan, masuk seorang gadis ke dalam pejabatnya.
“Tak tidur lagi?” Lord Heather menjeling jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul dua pagi.
“Yu Mi haus. Kenapa atuk tak tidur lagi?” Yu Mi mendekati atuknya. Semenjak kedua ibu bapanya mati, dia tinggal bersama dengan atuk dan neneknya sebelum melanjutkan pelajaran ke luar Negara.
 Dan kini dia kembali untuk terus tinggal di sini. Hatinya berat untuk meninggalkan Lord Heather dan Lady Amy sementelah dia hanya ada mereka berdua.
“Atuk akan masuk tidur lepas ni.” Yu Mi memandang raut wajah atuk kesayangannya.
“Apa yang atuk risaukan?” Lord Heather hanya mampu tersenyum nipis.
Di dalam dunia ini dia tidak boleh menipu tiga orang perempuan. Pertama isterinya. Kedua Yu Mi dan ketiga, Yu Na cucu angkatnya.
“Baru-baru ni ada kes kematian yang melibatkan manusia biasa. Atuk tengah fikir sama ada untuk tangguhkan championship of wizards atau mansuhkan terus permainan tu.” Kata-kata Lord Heather berjaya membuatkan Yu Mi kaku seketika.
“Yu Mi percaya atuk mampu selesaikan kes ni tanpa melibatkan championship of wizards. Kita tak mahu hampakan Yu Na. Dah lama dia tunggu untuk masuk pertandingan ni.”
“Atuk juga berharap begitu tapi…” Yu Mi kini faham masalah yang sedang membelenggu atuknya cukup besar. Lord Heather yang dikenali semenjak dari kecil tak pernah ragu-ragu dalam buat keputusan.
“Ada apa-apa yang Yu Mi boleh tolong?”
“Tolong lindungi keluarga kita.” Yu Mi menggigit bibir apabila mendengar kata-kata atuknya. Entah mengapa hatinya terasa begitu sayu.
“Yu Mi janji. Yu Mi harap atuk boleh tangkap dalang di sebalik pembunuhan ni secepat mungkin.” Lord Heather hanya tersenyum mendengarkan kata-kata Yu Mi.

Lord Devian memandang sisa-sisa mayat ahli Turion di depannya.
Satu, dua, tiga…Hari ini, Malam ini, lima belas makhluk kegelapan yang menjadi pengikut setia Bilbert ditemui mati.
Kesan pembunuh tak dijumpai seolah-olah si pembunuh tidak wujud. Tangannya digenggam. Rasa marah dan tercabar mengusai diri.
“Mulai hari ini, kita akan berpindah ke kawasan baru. Kamu, uruskan mayat ni sebelum ianya dijumpai oleh the circle.” Seorang ahli kumpulan Turion mengangguk tanda memahami arahan Lord Devian.
“Kita akan tangkap siapa penjenayah yang membunuh saudara-saudara kita ini!” Sorakan bergema di setiap sudut hutan camilia. Lord Devian tersenyum puas hati.
~~~
“Kau pergi mana?” Ji Young memandang Yu Na yang sedang menutup pintu.
“Aku jalan-jalan sekejap dekat luar tadi. Tak boleh tidur.” Yu Na memandang Ji Young yang tampak comel dalam pakaian tidurnya. Huh! Comel?! Yu Na kau betul-betul dah gila!
“Kau kan tak sihat kenapa rajin sangat merayap sana sini.” Ji Young menghampiri Yu Na.
Yu Na terkedu. Berdua-duaan dengan Ji Young apatah lagi di rumah lelaki itu membuatkan jantungnya berdegup kencang serta-merta.
“Aku nak tidur! Selamat malam!” Terus sahaja Yu Na menarik berlari mahu naik ke atas. Ji Young ketawa melihat aksi Yu Na.
“Kau takut ke?” Yu Na menggigit bibir apabila mendengar suara nakal Ji Young.
Shut up!” Dan dia terus sahaja menghilangkan diri. Sempat lagi telinganya mendengar Ji Young tergelak.
Kurang neuron punya orang! Yu Na memarahi Ji Young dalam hatinya.
Tiba-tiba imej Kim Bum melintas di fikiran. Apa khabar jejaka itu hari ini?
Oh! Yu Na. Siapa sebenarnya yang kau suka? Kim Bum atau Ji Young! Hatinya mengherdik.
“Aku tak tahu. Jangan tanya.”
Kalau macam tu jangan permainkan kedua-dua mereka. Tarik diri kau sebelum terlambat.
Kau tahu pengakhiran semua ni kan? Hati berbisik lagi.
“Aku tahu…”
Bagus. Kau harus bertindak dengan pantas. Jangan biarkan mereka menjadi halangan kepada misi kau.
Just Shut up!” Yu Na memarahi hatinya pula. Dia duduk di pinggir katil.
Dahinya di picit perlahan-lahan. Kebelakangan ni dia selalu sahaja sakit kepala dan yang paling teruk sekali, dia selalu sahaja dapat mimpi ngeri.
Alice….
Bibirnya perlahan-lahan menyebut nama itu. Alice bukan mimpi ngeri. Ianya realiti.
Apa makna semua ini? Badannya direbahkan ke atas katil. Kepalanya terus ligat memikirkan persoalan-persoalan yang bertandang di fikiran.
Tapi…Macam mana dia boleh terbaring di atas jalan raya di luar tadi? Sleepwalking?

2 under spell:

arilman0224 said...

aduh...cpt2 post n3 baru ekk..can wait...hehehehe

Snow_Queen said...

@arilman: sat g baru snow marathon upload next chappy..^^
mne leh upload byk2 sbb snow tgh mls mnaip keh3

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review