Sunday, May 6, 2012

My Butterfly ->15

Posted by Snow_Queen at 11:37 PM

“Duduk diam-diam!” Kim Bum menjeling ke arah Yu Na yang sedang tekun menempek krim di mukanya.
Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia menghalau keluar Yu Na dari rumahnya namun entah mengapa dia tak berdaya untuk berbuat demikian.
Malah, dia tak berdaya untuk buat apa-apa pun dalam tempoh masa ini. Panggilan telefon daripada agensi, pengurus, wartawan, kawan-kawan dan ibu bapanya langsung tak dihiraukan.
Dia pasti berita mengenai Min Seo dan Ryu sudah tersebar luas di dada akhbar dan mereka mencari dia untuk memberikan mereka penjelasan.
Kerja-kerja photoshoot yang sepatutnya dia hadiri pun dia tak ambil kisah. Biarlah jika agensi nak saman pun. Dia mampu bayar.
Yang dia tahu, dia nak bercuti panjang dan tak mahu berbuat apa-apa. Dia mahu lari daripada realiti buat seketika.

Aku memandang muka Kim Bum yang tampak susut. Rasa simpati menjentik tangkai hati. Perlahan-lahan aku melarikan pencukur ke sekitar dahu jejaka di depanku ini.
Sungguh aku hampir tak mengenali Kim Bum yang tampak tak terurus ni. Entah dah berapa lama tak makan agaknya mamat ni.
Bau busuk dalam rumah dia tak payah nak cakaplah. Agak kalau ada yang nak merompak rumah mamat ni pun, kompem perompak tu fikir tak sampai dua kali untuk batalkan niat mereka.
“Mandi! Lepas ni makan.” Aku memberi arahan pada Kim Bum sebaik sahaja aku selesai cukur muka mamat tu.
Aku segera menutup pintu bilik air. Harap-harap mamat tu tak lemaskan diri dalam bath tub sudah.
Sementara menunggu Kim Bum bersihkan diri, aku segera mengemas sekitar rumah Kim Bum.
Sampah yang bertaburan dicampak masuk ke dalam plastik sampah. Pintu balkoni dibuka seluas-luasnya. Biar udara segar masuk.
Bantal-bantal yang berterabur, disusun kembali ke atas sofa. Televisyen yang entah berapa lama tak bertutup, aku tutup.
Penyegar udara disembur ke sekitar sudut rumah sebelum aku mula mengemop lantai.
Gerakanku terhenti apabila melihat gambar-gambar yang bertaburan di atas lantai dan katil sewaktu aku masuk ke dalam bilik Kim Bum.
Gambar Min Seo yang berselerakan, aku ambil dan masukkan kembali ke dalam kotak berkenaan.
Jantungku berhenti berdegup seketika apabila melihat sekeping gambar seorang gadis yang sedang buat peace.
Apabila mendengar bunyi air berhenti, aku segera memasukkan baki-baki gambar yang berselerakan ke dalam kotak di atas nightstand sebelum beredar.

Bulat mataku melihat pinggan lauk dan nasi habis. Aku pandang pula Kim Bum apabila lelaki itu menghulurkan mangkuk nasi padaku.
“Nasi dan lauk dah habis. Kalau ramen okay tak?” Kim Bum mengangguk.
Aku duduk dan perhatikan Kim Bum yang makan ramen dengan begitu berselera sekali.
Aku menongkat dagu dengan kedua-dua belah tangan.
“Terima kasih.” Aku hanya tersenyum apabila mendengar ayat itu daripada mulut Kim Bum. Perkataan pertama yang aku dengar daripada dia hari ini. Dan aku hanya mampu tersenyum.

Usai mencuci pinggan mangkuk, aku melangkah ke arah bilik Kim Bum. Jejaka itu tenang dalam tidurnya.
Mungkin, ini malam pertama jejaka itu dapat melelapkan mata setelah sekian lama dalam proses merawat hati yang luka.
Goodnight.” Aku membetulkan selimut Kim Bum dan tanpa disangka-sangka, sebaik sahaja aku berpusing untuk beredar, pergelangang tanganku direntap dan aku jatuh di atas dia.
Aku memandang Kim Bum cemas apabila kini aku sudah selamat berada dalam pelukan dia.
“Min Seo-ah..” Aku menggetap bibir apabila mendengar nama itu yang terkeluar daripada bibir Kim Bum.
Aku cuba bangun namun gagal apabila tubuhku dipeluk dengan kuat oleh Kim Bum.
“Jangan pergi.” Aku mendengus perlahan sebelum meletakkan kepala di atas dada Kim Bum.
Degupan jantung lelaki itu aku kira satu per satu sebelum perlahan-lahan aku melepaskan diri daripada pelukannya.


0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review