Sunday, May 6, 2012

My Butterfly->16

Posted by Snow_Queen at 11:40 PM
“Psstt..” Aku pandang kiri dan kanan untuk melihat siapa gerangan yang memanggilku.
“Yu Na!” Aku secara automatic menyepak kaki Ji Young yang muncul tiba-tiba kerana terkejut. Ji Young mengaduh kesakitan.
“Weh! Tak boleh ke kau layan aku baik-baik sikit?” Ji Young memandangku sambil buat muka minta simpati.
Over my dead body.” Aku mengukirkan senyuman sinis sebelum bertanya tujuan dia muncul di depanku pagi-pagi buta ni.
“Semalam, ada seorang manusia biasa ditemui mati dan dalam masa yang sama lima makhluk dari kumpulan Turion ditemui mati tak berapa lama selepas penemuan mayat manusia tu.” Aku memandang Ji Young.
“Macam mana kau boleh tahu berita ni?” Aku menyoal.
“Adalah. Jadi, benda peliknya di sini, memang sahih manusia tu dibunuh oleh kumpulan Turion. Persoalan terbesar sekarang ni, siapakah yang bunuh pengikut-pengikut Bilbert tu?
Dan apa motif kumpulan Turion bunuh manusia biasa? Yang peliknya macam mana manusia biasa berjaya masuk ke sini?” Ji Young berhenti berjalan dan menarik tanganku menuju ke arah café.
 “Mereka tak jumpa sebarang bukti siapa yang bunuh pengikut-pengikut Bilbert tu?” Ji Young menggeleng sebagai jawapan kepada soalanku.
“Mulai sekarang, aku tak akan biarkan kau balik seorang diri. Aku sendiri yang akan hantar kau balik.” Aku terus sahaja tergelak mendengarkan kata-kata Ji Young. Ji Young buat muka pelik.
Hello, aku ni dah besar bukan budak kecil. Aku tahu jaga diri aku sendiri.” Aku mengulum senyum namun muka serius Ji Young mematikan senyumanku.
Come on Ji Young. Kau tak perlu jaga aku sampai macam ni sekali. Lagi pun kita bukan ada apa-apa hubungan pun.”
Muka Ji Young berubah sebaik sahaja mendengar kata-kata Yu Na. Hatinya bagai dicarik-carik apabila mendengar ayat berkenaan. Sedaya upaya dia menampal senyuman palsu di bibir.
“Ji..” Aku menggigit bibir apabila terperasan akan perubahan di muka Ji Young namun sebelum sempat aku berkata apa-apa, Ji Young hanya tersenyum sebelum beredar.
Aku pula, kaku di situ tanpa berbuat apa-apa. Hanya mampu melihat Ji Young sehingga kelibat jejaka itu hilang.
Damn it Yu Na!
Aku mengepal penumbuk. Sepatutnya aku berterima kasih kepada Ji Young kerana banyak membantuku selama ini.
Menyelamatkan Kim Bum daripada terus di dalam depresi pun semuanya adalah idea Ji Young meskipun Ji Young tak tahu dan sekarang apa yang aku buat?

“Hey!” Aku memandang Yu Mi tanpa perasaan. Dia jongket kening tanda bertanya apa yang tak kena dengan aku hari ini.
Nothing.” Dan Yu Mi tergelak apabila mendengarkan jawapanku.
Funny. Ji Young pun cakap benda yang sama. Kenapa dengan kau orang berdua harini?” Aku memandang Yu Mi.
Sepanjang hari ini, aku langsung tak nampak kelibat Ji Young. Seolah-olah mamat tu cuba melarikan diri daripadaku.
Sudahlah kami tak sama kelas dan kini apabila dia melarikan diri cukup membuatkanku rasa bersalah.
“Nak lepak di The Crave sebelum balik?” Aku mengangguk. Kebetulan perutku lapar.
Aku baru sahaja mahu mengikut Yu Mi ke kaunter sebelum ekor mataku menangkap kelibat seseorang. Aku menyuruh Yu Mi memesan apa sahaja untukku sebelum aku menghampiri Ji Young yang sedang ralit membaca.
“Ji!” Ji Young mendongak memandangku seketika sebelum kembali menumpukan perhatian kepada buku yang di bacanya tadi.
“Ji, aku tak bermaksud nak cakap macam tu dekat kau pagi tadi. Well you know, kita tak pernah putuskan kita ni kawan dan kita pun sekejap gaduh sekejap baik. Kau tahu hubungan kita lebih daripada tu…”
“Macam apa?” Pertanyaan Ji Young membuatkanku terkedu seketika.
“Emmm..Love-hate relationship?” Ji Young ketawa mendengarkan jawapan Yu Na.
Aku terus sahaja tersenyum sebaik sahaja melihat Ji Young ketawa. Rasa lega menyapa hati.
“Hoi!” Aku dan Ji Young sama-sama berpaling ke arah Yu Mi.
“Kau orang berdua ni peliklah. Sekejap tadi muram ni dah ceria balik.” Aku dan Ji Young saling berpandangan sebelum ketawa menyebabkan Yu Mi terkebil-kebil sendirian.
“Cuba tengok perempuan yang duduk dekat hujung meja sana.” Yu Mi menunjukkan ke satu arah sebaik sahaja dia mengambil tempat duduk di sebelahku.
Seorang perempuan sedang khusyuk membaca di situ. Sebahagian rambutnya menutupi sebahagian wajahnya.
She’s cute.” Aku memandang Ji Young.
“Apa? Kau cemburu ke? Jangan risau, aku masih sayangkan kau.” Aku terus mencubit lengan Ji Young.
“Kau orang berdua ni berdating ke?” Yu Mi memandangku dan Ji Young dengan pandangan curiga.
Nonsense.” Aku menjawab.
“Aww..Janganlah macam tu darling. Kau tahu hubungan kita lebih daripada tu.” Ji Young sengih dan mengenyitkan matanya pada Yu Na.
Shut up!” Aku mendengus perlahan. Yu Mi pula masih memandangku dan Ji Young.
“Kenapa dengan perempuan tu?” Aku menukar topic.
“Anak saudara Bertha. Aku ingat dia dah tak ada ahli keluarga di sini.” Yu Mi menjawab sebelum mengunyah kentang goreng.
Aku kembali memandang ke arah perempuan dan jantungku hampir berhenti berdegup apabila perempuan itu mengangkat wajahnya.
“Yu Na!” Yu Mi menggoncangkan bahuku. Yu Mi pandang pula ke arah Ji Young.
“Yu Na?” Ji Young menepuk perlahan pipi Yu Na. Wajah Yu Na yang pucat tiba-tiba membuatkan dia risau.
“Semua ni…Hanya mimpi kan?” Aku berbisik perlahan.
Perempuan itu juga sama. Wajahnya pucat sebaik sahaja bertemu pandangan dengan seorang perempuan yang duduk tak jauh daripadanya. Tangannya terus sahaja menggeletar.
Keadaan itu disedari Bertha yang kebetulan lalu di sebelahnya.
“Alice, kamu tak apa-apa?” Bertha memandang wajah pucat Alice yang bagaikan baru sahaja ternampak hantu.
“Dia…Dia wujud..” Bertha mengerutkan kening mendengarkan kata-kata Alice.
Adakah anak saudaranya ini sakit? Walaupun sudah hampir tiga minggu gadis itu di sini, nampaknya Alice masih tak dapat menyesuaikan diri dan ditambah pula anak gadis itu baru sahaja mengetahui kebenaran asal-usul keluarga mereka.
Bertha berpaling memandang ke arah yang sama Alice sedang pandang sekarang.
“Kamu kenal dengan Yu Na?” Bertha bertanya kepada Alice namun Alice pula seolah-olah sedang meracau sendirian. Risau dengan keadaan Alice, dia terus sahaja meminta cuti untuk menghantar Alice pulang ke rumah.
Dia tak mahu Alice jatuh sakit lagi seperti mana pertama kali anak gadis itu datang ke sini.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review