Aku mendongak memandang
langit malam. Aku menyandarkan badan pada palang besi balkoni.
Bintang-bintang
yang bergantungan di dada langit aku renung sedalam-dalamnya.
Seolah-olah
aku akan dapat jawapan kepada semua soalan yang sedang bermain di fikiranku.
Meskipun
jam sudah menginjak ke angka dua pagi, mataku enggan tutup.
Bagaimana
dia boleh masuk ke Cascada? Itu satu persoalan yang menghantui diriku.
Aku
mengarahkan pandangan ke arah balkoni Kim Bum. Gelap tidak bercahaya.
Telefon
bimbit di tangan aku genggam sebelum menekan angka dua.
Tidak
lama kemudian, suara serak-serak basah menjawab panggilanku menandakan si dia
belum bangun tidur.
“Hoi!
Dah pagi pun tak reti nak bangun ke?” Aku menyergah orang di hujung talian
namun hanya dengusan kasar aku terima sebagai jawapan.
Aku
menggeleng perlahan. Mamat ni betul lah tak berubah. Di Estonia kini sudah
pukul lapan pagi. Masakan dia tak masuk kerja.
“Bangun!”
Aku menjerit kuat.
“Kau
nak apa ganggu aku pagi-pagi ni?” Balas suara di hujung talian.
“Aku
nak kau bantu aku cari maklumat….”
~~~
“Saya bawa kawan.” Aku
memandang tok guru Denise yang sedang terapung di udara sambil membaca sebuah
buku lama.
Tok
guru Denise menjeling sekilas ke arah kami sebelum menyambung kembali bacaannya.
“Aku
ingat ada orang tu kata tak nak datang sini lagi.” Aku memandang Yu Mi dan Ji
Young yang ketawa kecil mendengar bicara tok guru Denise.
“Hari
ini saya nak belajar magis dengan kawan-kawan saya untuk quiz hujung minggu
ni.”
Beg
sandang ku letak di atas meja. Aku memegang dada kerana terperanjat apabila
sebaik sahaja berpaling ke belakang tok guru Denise sudah berdiri di
belakangku.
“Apa
kau kata tadi?” Tok guru Denise jongket kening sebelah.
“Saya
nak belajar magis..”
“Tak
boleh!” Aku, Ji Young dan Yu Mi saling berpandangan sebelum masing-masing
mengarahkan pandangan kembali ke arah tok guru Denise.
“Selagi
barang-barang di rak arah selatan tak habis di cuci kamu tak boleh berlatih
magis.” Aku menggetap gigi tanda geram.
Kalau
bukan kerana tok guru Denise ni orang tua dah lama aku voodoo.
“Tapi
ujian hujung minggu ni penting.”
“Kalau
kau dapat lap semua barang-barang di rak selatan dalam tempoh dua jam, aku akan
benarkan kau belajar magis dan aku akan latih kau juga. Deal?” Tok guru Denise tayang sengih.
Aku
menjeling tok guru Denise tajam sebelum menyinsing lengan baju.
“Kawan-kawan
kamu boleh tinggal di sini tolong atuk buat benda lain. Mari orang muda. Masa
tak tunggu kita.” Yu Mi dan Ji Young, masing-masing saling terpinga-pinga
apabila lengan mereka ditarik oleh tok guru Denise.
Aku
memandang tok guru Denise dengan pandangan kurang percaya. Heeee…Orang tua ni.
Buat aku cepat dapat darah tinggi aja!
Min Seo tersenyum lebar
apabila melihat sebuah meja yang hanya diterangi oleh lilin terletak di tengah
taman.
“Kim
Bum?” Min Seo memanggil apabila tak nampak bayang Kim Bum semenjak dia
menjejakkan kaki ke taman ini.
Sesaat
kemudian, bunyi alunan music lembut mula kedengaran sebelum sejambak ros merah
tiba-tiba muncul di depan muka.
Min
Seo berpaling ke arah belakang dan terus memeluk Kim Bum.
Kedua-dua
pasangan itu kemudiannya mula menikmati makan malam mereka dan bersembang.
Sebaik
sahaja mereka habis makan, music mula bertukar. Kim Bum bangun dan menghulurkan
tangan ke arah Min Seo.
“May I have this dance?” Min Seo dengan senang
hati menyambut huluran tangan Kim Bum.
Dalam
ketenangan malam, apabila music hampir habis dimainkan, Min Seo menekup mulut
apabila Kim Bum melutut dan memegang tangan kanannya.
“Kita
berkawan hampir dua belas tahun. Dalam tempoh masa itu, saya mengenali hati
budi awak dan terpikat dengan setiap satu perangai dan kelemahan awak. Han Min
Seo, will you be my life partner?
Semasa susah dan senang? Selama-lamanya?”
“Kim
Bum…” Min Seo menggetap bibirnya. Perasaannya mula bercampur-baur.
“Yes?”
“Kim
Bum bangun dulu.” Min Seo menarik tangan Kim Bum agar lelaki berdiri.
“Saya
tak nak kecewakan awak. Ini bukan masanya lagi. Masih banyak yang perlu saya
kejar. Kita masih muda. Baru berumur dua puluh empat tahun.” Berhati-hati Min
Seo menyusun bicaranya. Dia tak mahu menyakiti hati Kim Bum.
“Kalau
kita berkahwin pun awak masih boleh kejar cita-cita awak.” Kim Bum membantah.
“Awak
tak faham. Selepas kita berkahwin situasinya akan jadi berbeza dan..”
“I knew it.” Kim Bum memandang ke arah
lain. Air matanya hampir tumpah. Dia enggan memperlihatkan betapa kecewanya
perasaan dia kepada Min Seo.
“Kim
Bum, listen..” Min Seo masih mahu
memujuk.
“Jadi
benarlah khabar angin tu? Mamat keturunan bangsawan tu, adakah dia lebih baik
daripada saya?” Bibirnya digetap. Kebelakangan ini ada khabar angin mengatakan
Min Seo keluar dengan seorang jejaka berketurunan bangsawan.
“Kim
Bum. Awak tahu semua tu tak benar.”
“Jadi
mengapa awak tak boleh terima lamaran saya?” Kim Bum memandang Min Seo tajam.
Dan apabila Min Seo mendiamkan diri menambahkan rasa kecewanya.
“Beri
saya masa?” Min Seo cuba meraih tangan Kim Bum namun lelaki itu terlebih dahulu
menepis.
“Masa?
Untuk pilih siapa yang lebih baik untuk awak? Awak boleh ambil sebanyak mana
masa pun yang awak mahu tapi saya tak janji akan tunggu awak.” Sebaik sahaja
dia mengabiskan bicaranya, terus sahaja dia berlalu pergi meninggalkan Min Seo
sendirian di situ.
Min
Seo menggetap bibir. Air mata yang jatuh ke pipi dilap. Dia ingin menjerit
memanggil Kim Bum namun mulutnya enggan terbuka.
Maafkan
aku…Hanya itu yang mampu dia jeritkan di dalam hati.
0 under spell:
Post a Comment