Monday, April 23, 2012

My Butterfly ->8

Posted by Snow_Queen at 12:36 PM

“Apa hubungan Yu Na dan Kim Kim Bum dan Han Min Seo?” Aku menegur Yu Mi yang sedang ralit membaca.
“Rendahkan sikit suara kau tu! Kau nak kita berdua kena halau keluar dari library ke?” Yu Mi menjegilkan mata ke arahku.
Memang padan dua minah ni berkawan. Suka sangat jegilkan mata. Aku korek mata tu nanti baru tahu. Nak sangat jegil-jegil.
Aku menarik kerusi dan duduk di depan Yu Mi sebelum menutup buku yang sedang dia baca.
“Jawab soalan aku.” Aku merenung Yu Mi dan dia merenung ku kembali.
“Kau suka Yu Na?” Yu Mi jongket kening.
“Aku suka buli dia. Sekarang jawab soalan aku.”
“Cinta?” Yu Mi masih galak menyoal.
“Yu Mi!”
“Kim Bum tu jiran dia. The end.” Yu Mi kembali buka buku yang sedang dia baca tadi sebelum mencatat sesuatu di atas buku nota miliknya.
“Jiran je?” Aku jongket kening tanda tak percaya.
“Jiran je. Kenapa? Kau nak mereka ada apa-apa hubungan ke?” Yu Mi menjeling.
Aku hanya tersenyum kecil sebelum beredar.


Aku memandang tok guru Denise yang sedang mengelap barangan antik di atas meja khas yang terletak di satu sudut.
Selama dua minggu ni, aku hanya menolong pemilik kedai antik ni mengelap barang-barang di dalam kedainya dan iya, inilah kelas tambahan yang aku maksudkan.
Sangka ku, apabila sudah bertemu dengan kawan Lord Heather ini, aku akan segera belajar magis namun telahanku tersasar jauh.
“Atuk! Bila atuk nak ajar saya magis?” Aku bertanya setelah hilang sabar.
“Orang muda zaman sekarang…”
“Saya give up! Saya datang sini bukan untuk lap barang-barang lama ni tapi saya nak belajar balik benda-benda yang saya dah lupa.” Aku terus-terusan merungut.
“Barang lama bila digilap dan dijaga, akan tetap bersinar dan terus bertahan meskipun ditelan zaman.” Aku mengetuk kepalaku dengan pasu kecil di tangan mendengar falsafah orang tua berusia ratusan tahun itu.
“Saya nak balik!” Aku terus mengemas barang-barangku.
“Esok jangan lupa datang.” Tok guru Denise melemparkan senyuman kepadaku menampakkan giginya yang masih putih bersih.
Grrr! Aku menahan geram sebelum keluar daripada kedai antik di little village ini.
“Aku tak akan datang balik!” Aku mendengus kecil.
“Kau ni ada penyakit mental ke?” Aku berpaling ke sebelah kanan.
“Kau lagi!” Aku menjeling Ji Young. Ji Young sekadar melemparkan sengihan.
“Ajakan makan ais-krim tu masih laku kan?” Aku mahu tergelak apabila melihat Ji Young ternganga.
“Aku tanya bukan suruh kau ternganga macam orang kurang siuman.” Aku melampiaskan rasa sakit hati pada Ji Young.
Ji Young memberi isyarat agar aku mengikutinya.

“Hujung minggu ni macam mana? Kau dah bersedia?” Aku memandang Ji Young dengan pandangan pelik. Hujung minggu? Ada apa dengan hujung minggu?
Ji Yong jongket kening. Tahu benar dia yang Yu Na sudah terlupa.
Hello! Kuiz? Hujung minggu ni? Does that ring a bell to you?” Aku membeliakkan mata memandang Ji Young.
“Alamak! Aku lupa! Macam mana ni?!” Aku sudah bangun daripada duduk ku dan jalan berulang-alik di hadapan Ji Young dengan ais-krim masih di tangan.
Nasib baiklah taman permainan little playground tak ramai orang pada petang itu jadi bolehlah aku menggila sekejap.
Ji Young menjulingkan mata. Pening kepalanya mendengar Yu Na membebel sendirian. Dia menarik tangan Yu Na agar duduk kembali di sebelahnya.
“Aku boleh ajar kau.”
Aku memandang Ji Young dan mengerdipkan mata beberapa kali. “Iya?”
Ji Young menganggukkan kepala. “Dengan syarat kau kena kemas rumah aku dan teman aku keluar pada bila-bila masa aku nak. Deal?” Aku garu hidung mendengar kata-kata Ji Young.
Agak dah yang mamat ni tak akan ajar aku secara percuma.
Deal?” Ji Yong menyiku bahuku apabila aku mendiamkan diri terlalu lama.
 “Deal.” Aku tersenyum senang.
“Jadi, bila kita boleh mula?” Ji Young memandangku.
“Esok petang.”
“Macam mana dengan kelas tambahan kau?”
“Kau ajar aku semasa kelas tambahan tu. Lagi pun orang tua tu bukan ajar aku apa-apa pun melainkan suruh aku lap barang-barang lama dalam kedai dia.” Aku merungut dan menjeling sekilas jam di pergelangan tangan.
“Alamak! Aku dah lewat ni. Balik dulu!” Aku segera mencapai beg galas dan buku-buku rujukan yang dipinjam di perpustakaan sebelum melambai Ji Young.
Ji Young bangun daripada duduknya. Kali pertama. Ini kali pertama dia dan Yu Na dapat berkomunikasi secara baik tanpa perlu menyakitkan anak tekak masing-masing.
Perkembangan yang bagus! Bisik hatinya.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review