Friday, April 13, 2012

My Butterfly ->7

Posted by Snow_Queen at 10:39 PM

Aku menyiku Yu Mi yang sedang menahan tawa di sebelahku. Rasa bersalah menggigit tangkai hati.
Hajat di hati mahu berbuat baik namun tak sangka niat baik itu telah bertukar menjadi mimpi ngeri bagiku.
Sorry.” Entah berapa kali aku sudah menuturkan kata maaf itu pada Kim Bum yang sedang mendemah ice pack di dahinya.
Aku dan Yu Mi saling berpandangan apabila Kim Bum ketawa tiba-tiba.
“Kenapa kau gelak?” Yu Mi menyoal.
“Sekurang-kurangnya aku tahu jiran aku ni penyibuk. Sekurang-kurangnya rumah aku ni selamat sekiranya aku tiada.” Dapat aku rasakan mukaku sudah merah. Entah ikhlas atau mamat ni sedang memerliku.
“Errr..Benda yang bercahaya tadi tu apa?” Kim Bum memandang lightsaber di tangan Yu Mi.
Yu Mi memandang lightsaber di sebelahnya. “Pedang permainan yang aku beli untuk adik aku tapi nampak gayanya aku dah rasmikan dahulu.”
Kini giliran aku pula menahan tawa. Harap-haraplah Kim Bum termakan kata-kata Yu Mi.
Nasib baik Yu Mi tak menanggalkan sarung lightsaber sewaktu menyerang Kim Bum tadi. Kalau tak, aku tak jamin mamat ni akan nampak matahari esok pagi.
Kim Bum memerhatikan lightsaber lama sebelum mengalihkan pandangan matanya padaku.
“Berani betul kau panjat tembok balkoni tu ya? Kalau jatuh tadi macam mana?”
Hello! Antara balkoni kita tu bukannya ada ruang pun. Kalau ada ruang sejengkal ke sebatu ke memang sah-sah aku tak panjat.” Aku menjeling Kim Bum tajam namun lelaki itu sebaliknya tersenyum.
I doubt that. Kau ni nampak macam suka buat keputusan ikut hati dan emosi bukan akal fikiran.”
“Wah! Macam mana kau tahu? Dia memang macam tu.” Aku menjegilkan mata pada Yu Mi yang ketawa kecil sebelum aku meminta diri untuk pulang.
“Pintu kat depan sana. Nak ikut balkoni pun boleh.” Kim Bum tersenyum apabila Yu Na hanya menjeling sebelum beredar ke balkoni.
Dia bangun dan menghadap cermin yang tergantung di dinding di sebelah tv. Sekitar dahinya diperiksa.
Harap-haraplah tak ada lebam. Kalau ada alamat esok pagi terpaksa bersoal jawab dengan Min Seo pula.

“Kau tak nak berpindah ke Cascada sebab mamat tu?” Yu Mi menyerangku dengan soalan berbisa sebelum kami sempat duduk pun.
“Jangan nak merepek. Dia dah ada mak we.” Wajah Min Seo melintas di fikiran.
“Baguslah kalau kau sedar. Aku tak nak kau glamor masuk surat khabar atau mana-mana majalah sebab ada skandal dengan mamat tu.” Yu Mi mengambil duduk bertenangan denganku.
“Kenapa?” Aku tersentak apabila Yu Mi tiba-tiba sahaja menyoal aku secara tiba-tiba.
“Kenapa apa?”
“Kenapa kau tak gunakan saja trinitysaber tadi?”
“Sebab aku dah lupa banyak benda fasal magis.” Aku memandang reaksi muka Yu Na yang bagaikan sedang melihat hantu di depan mata.
Oh.My.God!”
~~~
Sudah hampir dua minggu aku sibuk dengan kuliah dan kelas tambahan khas di Evening Falls. Setakat ini, semuanya baik-baik belaka. Harap-haraplah.
Berulang –alik antara Cascada dan Saphiere bukanlah masalah bagiku meskipun kadang-kadang aku terpaksa balik pada lewat pagi.
Dan sudah hampir dua minggu juga aku tak berjumpa dengan Kim Bum selepas malam itu. Ada rasa gusar membelit hatiku.
“Hoi!” Aku mendongak untuk melihat gerangan yang berani menggangu masa lapangku sementara menunggu kelas seterusnya bermula.
Nun, dari kejauhan seorang jejaka mengukir senyuman sinis kepadaku.
Baru sahaja aku berniat untuk melarikan diri, sepantas kilat itu juga kolar bajuku ditarik dari arah belakang.
“Kim Ji Young! Lepaslah! Kau nak mati ke?!” Aku menjerit.
Berbulu hatiku apabila mendengar Ji Young ketawa. Sesungguhnya berjumpa kembali dengan mamat ini merupakan satu mimpi ngeri.
Sangka ku, mamat yang menolongku tempoh hari merupakan lelaki gentleman akan tetapi nampak gayanya aku hanya bermimpi di siang hari.
Jejaka yang bernama Ji Young ini lebih menakutkan daripada hantu! Perwatakannya seratus lapan puluh darjah terbalik daripada imaginasiku.
“Kau ada kelas tambahan hari ni? Dah sampai level mana magis kau?” Sepakan ku tersasar apabila Ji Young terlebih dahulu melarikan kakinya. Macam tahu-tahu saja aku nak sepak kaki dia.
“Bukan urusan kau!” Aku mengemas buku-buku ku dan mahu beredar akan tetapi nampak gayanya lelaki ini tak akan melepaskan aku dengan mudah.
Oleh kerana terhutang budi, maka aku telan sahaja sikap kebudak-budakkan mamat ni.
Agaknya dengan hanya bergaduh sahaja kami boleh berkomunikasi.
Ni semua Yu Mi punya fasal. Entah macam mana dia boleh ringan mulut bercerita fasal aku pada mamat kurang neuron ni.
Aku menepis tangan Ji Young yang galak menarik rambutku.
“Kau nak keluar makan malam dengan aku?” Aku mengeluh apabila mendengar kata-kata Ji Young. Termasuk hari ini, entah sudah berapa kali dia mengajak aku keluar dengannya.
“Ji Young,
1.      Aku tak keluar dengan orang popular sebab orang popular menyusahkan!
2.      Aku tak suka kau!
3.      Aku tak mahu kena voodoo dengan peminat-peminat kau. Faham?!”
“Ais-krim mahu? Yu Mi kata kau suka choc double dutch.” Aku menggengam tangan kiriku yang tidak memegang apa-apa barang.
Geram sungguh aku dengan mamat ni!
“Ji..” Aku tersentak apabila melihat dua figura yang sedang berjalan menuju ke arah aku dan Ji Young berdiri.
Aku segera menarik tangan Ji Young menuju ke sebalik pokok Ara berhampiran yang sudah berusia ratusan tahun.
Belakang badan Ji Young menghadap batang pokok Ara manakala aku berdiri di hadapannya. “Jadi..Kau suka style yang macam ni?” Ji Young mengukir senyuman sinis.
Aku menjegilkan mata dan buat isyarat diam .
Ji Young mengalihkan pandangan ke arah tempat yang sedang aku lihat.
Sebaik sahaja kedua-dua figura itu sudah menjauh, aku melepaskan keluhan lega.
Lega kerana pasangan itu tidak melihatku.
“Kenapa kau menyorok daripada mereka?” Aku memandang Ji Young.
“Aku dah lambat.” Sempat aku menyepak kaki kanan Ji Young sebelum beredar.
“Yah! Shim Yu Na! You are dead when we meet again!” Aku hanya ketawa mendengar laungan Ji Young.
Ji Young memandang ke arah Yu Na yang makin menjauh. Mengapa gadis itu menyorok daripada Kim Bum dan Min Seo?
Apa hubungan antara Yu Na dan mereka berdua? Persoalan-persoalan itu terus berlegar di sekitar fikirannya. Ada rasa tak senang hinggap di hati.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review