Friday, April 13, 2012

My Butterfly -> 6

Posted by Snow_Queen at 10:35 PM

“Kenapa dengan tangan kau?” Kelvin menegur lengan Ji Young yang kelihatan merah.
Ji Young menilik lengannya. Mungkin kerana sudah lama tidak menggunakan magis yang memerlukan banyak tenaga, tenaga dalamannya memberontak apabila dia menggunakan magis secara tiba-tiba.
Aku memandang Kelvin yang masih menunggu jawapan daripadaku.
“Mungkin terlanggar apa-apa tadi.” Kelvin jongket kening apabila mendengar jawapan Ji Young. Entah dia mahu percaya atau tidak dengan jawapan Ji Young.
Dia sudah masak dengan perangai Ji Young yang suka memendam semua benda seorang diri namun dia juga bukanlah yang jenis suka memaksa.
Jika Ji Young mahu meluahkan apa-apa masalah padanya, dia sedia mendengar namun jika Ji Young enggan berbicara apa-apa, dia tidak akan masuk campur.
“Ni kunci rumah kau di Evening Street. Kalau ada apa-apa masalah, kau boleh telefon aku nanti.” Kelvin meletakkan segugus kunci di atas meja sebelum beredar.
Aku segera berlalu ke dapur dan memulas paip air sebelum menadah lenganku di bawah air paip. Rasa hangat yang menjalar di seluruh tubuh sedikit demi sedikit hilang.
“Padan muka! Siapa suruh guna strong shield bila kau tak cukup tidur.” Aku membebel sendirian.
Wajah gadis yang aku tolong pada petang tadi melintas di fikiran secara tiba-tiba. Ada rasa kagum terdetik di hatiku apabila seorang gadis yang tidaklah sekuat manapun mampu bertahan begitu lama untuk mengawal enam ekor biragon sekaligus.
“Aku harap kita dapat berjumpa lagi.” Tanpa sedar, kata-kata harapan itu terluah di bibirnya.
~~~
“Yu Na!”
“Yu Mi!”
Dua orang gadis saling berpelukan apabila bertemu. Tanpa rasa malu, kedua-duanya saling menjerit kegembiraan tanpa mengendahkan pandangan orang sekeliling.
“Bila kau balik? Apa yang kau buat di sini?” Aku memandang Yu Mi dengan perasaan takjub.
Surprise! Aku akan sambung belajar di kolej ni sebab atuk paksa aku.” Aku segera menunjal dahi Yu Mi apabila mendengar jawapannya. Yu Mi mengekek ketawa.
“Aku rindu gila kat kau. Ada banyak benda yang aku nak cerita dekat kau. Jom ikut aku balik rumah. Boleh kita berborak sampai pagi lusa.”
“Tak kuasa aku nak menghadap muka kau sampai pagi lusa.” Aku baru sahaja mahu menunjal dahi Yu Mi sekali lagi namun kali ini Yu Mi lebih pantas melarikan diri meninggalkan aku terkulat-kulat sendirian di tengah-tengah orang ramai.
Senyuman terukir di bibir. Kalau ada Yu Mi, semuanya akan baik. Aku memujuk hatiku sendiri sebelum mengejar Yu Mi.


Bunyi cengkerik saling bersahutan meskipun malam masih muda. Selepas makan malam, sengaja aku bawa Yu Mi berehat-rehat di balkoni bersama dua cawan coklat panas yang dibubuh marshmallow.
“Pasti susah untuk kau selama ni kan? Hidup terpaksa menyembunyikan identiti diri dan berlagak biasa dengan mereka yang bukan daripada dunia kau?” Aku tersenyum tawar apabila mendengar bicara Yu Mi.
“Memang susah. Setiap hari aku terpaksa fikir bagaimana untuk berlagak biasa dan bagaimana aku terpaksa kawal diri aku apabila marah. Silap-silap haribulan aku tersumpah orang yang buat aku marah.” Aku menarik nafas panjang dan berpaling ke arah sebelah.
Nampaknya mamat yang suka senyum terlebih gula tu tiada di rumah kerana rumah jejaka itu gelap-gelita sahaja.
“Kau akan berpindah ke Cascada apabila pengajian dah bermula?”
“Tak tahu.” Yu Mi memandang wajah Yu Na yang kelihatan seperti sedang berfikir sesuatu. Apakah yang membuatkan jadi Yu Na seperti ini?
Temannya yang seorang itu kelihatan bukan seperti Yu Na yang dia kenal dahulu.
Yu Na yang dia kenal dahulu seorang yang ceria dan berhati waja. Mengapa sekembalinya dia ke sini, Yu Na seperti orang asing yang baru pertama kali dia jumpa?
Jika Yu Na rasa terseksa kerana tidak dapat bergaul dengan orang-orang biasa mengapa gadis itu seakan-akan berat mahu ke Cascada?
Apa atau siapa yang menahan Yu Na untuk terus tinggal di sini?
Cascada, sebuah Negari rahsia yang hanya didiami oleh orang-orang yang mempunyai kebolehan luar biasa.
Cascada juga merupakan seperti rumah buat golongan seperti kami. Tempat yang membuatkan kita dapat rasakan kehangatan dan kebahagian para penduduknya.
Di Cascada, ada pula Evening Falls sebuah pusat pengajian popular yang melahirkan ramai graduan yang cemerlang. Tidak kira sama ada daripada segi akademik mahu pun adab.
Baru sahaja dia mahu buka mulut bertanyakan sebab mengapa Yu Na kelihatan berat mahu ke Cascada, mereka dikejutkan dengan bunyi bising di rumah sebelah.

Aku bangun serentak dengan Yu Mi. Sempat aku menepis tangan Yu Mi yang memegang kejap lenganku.
“Bunyi apa tu?” Yu Mi berbisik. Aku sekadar menjongket bahu sebelum menghampiri tembok balkoni yang memisahkan balkoni rumahku dan Kim Bum.
Tiada apa yang aku dapat lihat melainkan kegelapan.
“Gunalah lightsaber kau.” Aku memandang Yu Mi.
“Kau punya trinitysaber?” Yu Mi memandangku. Aku menggetap bibir. Sudah hampir sepuluh tahun aku tak gunakan trinitysaber. Entah macam mana fungsi pedang tu pun aku sudah hampir terlupa.
Lightsaber!” Yu Mi buat muka sebelum menyeru senjata miliknya apabila aku berkeras menyuruh dia menyeru lightsaber sebelum kami sama-sama melompat masuk ke balkoni Kim Bum.
Errr..Ni tak dikira sebagai menceroboh kan?
Segera aku buka pintu gelongsor rumah Kim Bum yang tak berkunci. Dengan hanya ditemani samar-samar cahaya lightsaber, aku dan Yu Mi melangkah masuk ke dalam rumah Kim Bum.
Yu Mi menghalakan lightsaber ke arah kanan dan kiri untuk melihat gerangan yang menceroboh rumah jiran Yu Na.
Aku dan Yu Mi sama-sama terkaku apabila terdengar bunyi bising di bilik tidur Kim Bum.
Aku membisikkan rancanganku ke telinga Yu Mi. Yu Mi tunjuk thumb up tanda setuju.
Yu Mi menghampiri bilik tidur dan perlahan-lahan memulas tombol pintu sebuah bilik yang entah kepunyaan siapa ataupun bilik apa mankala aku pula berdiri tidak jauh daripada Yu Mi bersiap sedia untuk menangkap manusia durjana yang berani menceroboh masuk rumah Kim Bum.
Belum pun sempat kami bertindak, tombol pintu bilik Kim Bum terlebih dahulu dipulas daripada arah dalam.
Yu Mi yang terkejut terus sahaja menjerit dan menyerang manusia di depannya.
“Yu Mi. Jangan!” Aku segera menghampiri Yu Mi yang bagai dirasuk.
What the heck?” Yu Mi berhenti menyerang setelah mendengar suara orang mengaduh.
Suis lampu terbuka dan wajah Kim Bum yang sedang memegang kepalanya kelihatan.
Mata lelaki itu tajam memandang ke arah aku dan Yu Mi manakala aku dan Yu Mi saling berpandangan.





2 under spell:

llyana said...

akak...nape 3,4,5 x leh bca??

Anonymous said...

iyalaa..3,4,5 x leh bukak

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review