Wednesday, April 11, 2012

My Butterfly ->5

Posted by Snow_Queen at 1:28 AM

“Lari! Biragon hilang kawalan!” Aku segera melompat naik ke atas bumbung sebuah kedai berhampiran apabila mendengar jeritan beberapa orang awam.
Dari kejauhan, dapat aku lihat beberapa ekor biragon bersaiz lima kali ganda besar daripada burung helang biasa yang berlainan warna sedang mengamuk dan sedang menuju ke arah kawasan little village, tempat ku sedang  membeli belah.
Baru sahaja aku mahu beredar, mataku dapat menangkap seorang kanak-kanak sedang menangis ketakutan menyorok di bawah meja sebuah café tidak jauh daripada bangunan tempatku sedang berdiri.
Tanpa berfikir panjang, aku segera melompat turun ke bawah dan menuju ke arah budak itu.
Mungkin kerana ketakutan, budak perempuan itu enggan bergerak daripada tempat duduknya.
Aku menoleh ke arah kiri apabila bunyi nyaring biragon kedengaran menghampiri.
Aku bangun dan berdiri di tengah-tengah jalan sebelum melutut dan meletakkan kedua belah telapak tanganku ke atas jalan raya.
Elifcier!” Serentak dengan itu, aku bangun dan menggengam erat kedua belah tapak tanganku.
Enam ekor biragon menjerit nyaring apabila pergerakan mereka jadi terbatas.
Aku menggetap bibir apabila keenam-enam biragon di hadapanku mula menjadi semakin liar.
Biragon hanya boleh dijinakkan oleh tuan mereka namun aku yakin keenam-enam biragon ini baru sahaja ditangkap kerana tiada sesiapa yang datang untuk mengawal haiwan liar ini.
Lainlah jika ada yang sengaja mahu mencetuskan huru-hara.

“Terima kasih!” Aku hanya tersenyum nipis apabila ibu kepada budak perempuan yang aku selamatkan tadi mengucapkan terima kasih entah buat kali ke berapa.
Baru sahaja aku mahu beredar, budak perempuan tadi memelukku sebelum mengikut langkah ibunya.
Aku berpaling ke serata tempat mencari jejaka yang menolongku di saat magisku semakin lemah kerana terlalu lama mengawal keenam-enam biragon liar tadi.
Di saat aku rasakan aku bakal menjadi mangsa amukan biragon-biragon berkenaan, tiba-tiba sahaja muncul sebuah sangkar emas besar sekaligus mengurung keenam-enam biragon tadi.
Kagum dan rasa terhutang budi bercampur baur. Bukan calang-calang orang yang boleh menghasilkan magis elements yang sebegitu kuat dan ampuh seperti sangkar emas ini.
Aku tergamam seketika apabila melihat seorang jejaka dengan selamba memandang ke arah enam ekor biragon tadi sebelum beredar.
Orang ramai mula muncul kembali setelah melihat keenam-enam biragon liar tadi sudah pun dikurung sebelum pemburu binatang liar berkenaan muncul dan meminta maaf kepada penduduk kampung little village.
Aku mahu memanggil jejaka tadi untuk mengucapkan terima kasih namun entah mengapa mulutku berat untuk menuturkan kata-kata.
Setelah kelibat jejaka tadi hilang daripada pandangan barulah aku bergerak menuju ke destinasi yang ingin ku tujui.
Meskipun beribu sesalan berbuku di dada kerana tidak mampu mengucapkan terima kasih kepada jejaka tadi, aku menanamkan azam baru di dalam diri.
Jika kami berjumpa sekali lagi, aku tak akan tunjukkan magisku yang lemah di hadapan dia!
Aku akan segera baiki diriku sebelum kami berjumpa lagi.
~~~
Aku mengucapkan terima kasih apabila dihidangkan air oleh tuan rumah.
Lord Heather hanya melemparkan senyuman nipis sebelum mengambil duduk di sebelahku.
Aku menghirup udara petang sedalam-dalamnya sebelum melepaskan sebuah keluhan kecil.
“Atuk tak sangka akhirnya kau balik jua ke sini.” Lord Heather berbicara setelah masing-masing lama mendiamkan diri.
“Saya pun tak sangka. Kalau ikutkan hati, saya mahu lupakan tempat ini tapi mungkin sudah takdir saya agaknya.” Aku memandang Lord Heather yang tenang menghirup minumannya.
“Bagaimana kehidupan kau selama ni?” Aku termenung lama apabila mendengar soalan Lord Heather.
“Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.” Lord Heather mengangguk lagi. Dia faham perasaan anak gadis di sebelahnya ini.
Luka sepuluh tahun dahulu, mungkin sudah sembuh namun parutnya akan kekal sampai bila-bila.
“Kau akan sambung belajar di Evening Falls?”
“Pada mulanya saya hanya mahu tunggu championship of wizards berlangsung tapi..”
“Tapi?” Aku berpaling ke arah Lord Heather. Perangai orang tua ni tak berubah langsung. Suka sangat menyampuk cakap aku dari dulu lagi.
“Tapi nampak gayanya terpaksalah saya masuk kolej kembali. Banyak benda berkaitan magis yang saya dah lupa.” Aku merenung kelopak-kelopak bunga cherry blossom yang berguguran akibat ditiup angin.
Aku mendepakan tangan ke arah hadapan dan membuat beberapa pergerakan.
Kelopak-kelopak cherry blossom tadi mula membentuk pusaran kecil sebelum jatuh mencium tanah.
Lord Heather tergelak kecil. “Mungkin kau patut masuk tadika. Magis kau begitu teruk. Masakan kawal elemen pun kau sudah lupa?”
Aku mencebik apabila Lord Heather ketawa sungguh-sungguh. Mungkin bagi orang tua itu perkara ini melucukan namun bagiku ini perkara serius!
Sepanjang aku tinggal di luar Negara, aku langsung tidak mengamalkan magis. Magis yang dahulunya menjadi darah dagingku kini seolah-olah menjadi benda asing.
Aku ingat, magisku tidak akan hilang jika aku tidak gunakan ia untuk beberapa ketika namun nampak gayanya telahan aku tersasar.
“Kalau magis kau tahap macam ni mimpi sahajalah nak masuk championship of wizards. Silap-silap haribulan peringkat penyingkiran pertama lagi kau dah tersingkir.”
“Atuk!” Aku membentak apabila Lord Heather terus-terusan memerliku.
“Nanti di Evening Falls, cari seorang guru bernama Denise. Kau sebut sahaja nama atuk dia akan faham.” Aku mengerutkan kening apabila mendengarkan kata-kata Lord Heather.
Belum sempat aku bertanya dengan lebih lanjut, Lord Heather meminta diri apabila diberitahu ada tetamu penting yang mahu berjumpa.
“Kamu mahu bermalam di sini?” Aku menerpa Lady Anne, isteri Lord Heather.
“Nenek ke mana tadi? Tak dapat Yu Na merasa biskut blueberry chip buatan nenek.” Aku mengadu manja.
“Kalau kamu bermalam di sini, esok pagi nenek jamin kamu dapat makan biskut kegemaran kamu tu.” Lady Anne jongket kening. Sengaja mengumpan selera anak gadis di depannya ini.
“Alah! Nenek saja je kan. Yu Na tak dapat nak penuhi permintaan nenek. Esok pagi Yu Na harus ke Evening Falls. Sebelum tu, Yu Na harus ke pecan dahulu untuk cari biragon untuk dijadikan teman bermain.” Lady Anne tergelak mendengar bicara Yu Na.
Ada-ada sahaja ulah Yu Na. Masakan Biragon boleh dibuat teman bermain. Haiwan liar yang berupaya mengeluarkan api daripada mulut seperti naga itu tugasnya hanyalah satu iaitu melindungi tuan mereka daripada sebarang bentuk bahaya.
“Tak usah. Nanti nenek suruh atuk carikan seekor biragon terbaik buat kamu hermmm?” Lady Anne menepuk bahuku perlahan-lahan.
Aku mengangguk sebelum mengikut Lady Anne menuju ke dapur. Malam ini, akan aku bermanja sepuas-puasnya dengan pasangan ini sebelum menghadapi hari-hari mendatang yang pastinya penuh dengan cabaran.


3 under spell:

Anonymous said...

huishhh sangat besssttttttt,....dah lama tunggu...cepat update ye cik snow....keterujaan melampau dh nie...nk bace next entry...gud job!!~ ^_^

Anonymous said...

warghhhh...nape sume pendek2 cik snow...best la...cpt la cmbg ...tahap saspen yg melampau dah nie...hehehe hiperbola pulak...apapun gug entry...thumb up...['_']

Snow_Queen said...

@anon: huhu cik snow lgi teruja nak habiskan cter ni cpt2 supaya bleh smbng BT keke

@anon:pendek2 sbb mls nak mnulis..InsyaAllah pasni panjanglah sikit..sikit je tau..hehe

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review