Wednesday, April 11, 2012

My Butterfly ->4

Posted by Snow_Queen at 1:23 AM

 
Lord Heather merengus perlahan. Mesyuarat yang diadakan ini sepatutnya memberikan mereka jalan penyelesaian bukan membawa kepada pertelingkahan.
Itu pun dia mengadakan mesyuarat tergempar ini atas desakan beberapa orang kuat komuniti the circle. Kalau tidak, rasa-rasanya sekarang dia sudah selamat tidur di atas tilam yang empuk bersama isteri tercinta.
“Kita tak boleh hentikan pertandingan ni semata-mata disebabkan oleh ugutan mereka.” Sampuk Lord Forbes yang mendiamkan diri semenjak daripada mesyuarat bermula tadi.
“Tapi kita tak boleh ambil risiko jika hal ini melibatkan nyawa peserta-peserta pertandingan berkenaan.” Lady doughnut pula meningkah kata-kata Lord Forbes.
Lord Heather memejamkan mata. Semuanya bermula apabila beberapa orang ahli komuniti the circle menerima ugutan daripada kumpulan Turion, pengikut ahli sihir kegelapan Bilbert untuk menghentikan pertandingan championship of wizard atau kesemua peserta-peserta yang menyertai pertandingan itu akan mati.
Dikatakan pada pertandingan kali lepas, salah seorang peserta pertandingan telah tersesat ke kawasan jajahan Turion dan merosakkan makam Lord Bilbert yang mereka kasihi.
“Kita buat perjanjian dengan mereka.”
“Jangan nak merepek! Kita tak akan berurusan dengan kumpulan sesat tu!” Lady Foxy menderam apabila keluar cadangan yang tidak masuk akal entah daripada siapa.
“Apa kata Lord Heather?” Kini semua mata memandang ke arah Lord Heather yang semenjak daripada tadi mendiamkan diri.
“Lord?” Salah seorang pembantu Lord Heather, Lady Amy menepuk bahu lelaki itu namun tiada tindak balas.
Beberapa ketika kemudian, bunyi dengkuran halus kedengaran.
Kesemua ahli komuniti the circle terkesima. Tidak sangka pengerusi persatuan mereka sempat melelapkan mata ketika mereka semua sedang risaukan hal kumpulan Turion.

Jantungnya berdebar-debar dengan laju sebaik sahaja dia muncul entah di hutan mana.
Meskipun sudah berpuluh-puluh kali dia bermimpikan hutan ini semenjak menyambut hari lahirnya yang ke lapan belas empat bulan lalu, dia masih lagi ketakutan.
Setiap hari, pasti situasinya berbeza. Hari ini, kali ini, tidak pula dia tahu situasi apa yang akan dia alami.
Sama ada akan dikejar oleh binatang buas yang bersaiz empat kali ganda besarnya, bebola-bebola api yang muncul entah daripada mana ataupun dikejar oleh makhluk-makhluk berkelubung hitam yang tak berwajah menunggang naga mengejarnya sehingga kepenatan sebelum mereka semua hilang disebalik kegelapan malam.
Kedua belah tangan dikepal untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Dia mula berjalan tanpa arah sambil memujuk hatinya sendiri bahawa semuanya akan berakhir sebaik sahaja dia terjaga nanti.
“Apa yang kau buat di sini?” Alice memegang dadanya apabila disergah secara tiba-tiba.
Dia menoleh ke arah belakang. Matanya dikecilkan untuk melihat tuan punya suara yang terselindung disebalik kabus malam.
“Siapa?” Dia memberanikan diri bertanya.
“Kau tak sepatutnya berada di sini. Pulang ke tempat asalmu. Tempat ini hanya akan menjadi perangkap maut buatmu.” Alice tergamam apabila melihat figura seorang gadis berambut panjang paras bahu yang mungkin sebaya dengan dia atau mungkin tua beberapa tahun daripadanya.
“Kau siapa?” Alice memberanikan diri bertanya.
“Kau tak sepatutnya kembali ke sini. Mereka hanya mahu gunakan kau untuk memenuhi agenda keji mereka. Tolong jangan ke sini lagi.” Suara sang gadis bertukar menjadi sayu tiba-tiba.
Alice merasakan wajahnya panas tiba-tiba. “Aku tak minta pun nak ke sini. Malah aku pun sudah penat kerana hidup dalam ketakutan setiap kali mahu masuk tidur!
 Aku tak minta semuanya jadi begini! Kalau kau tak mahu aku kembali ke sini, tolong aku! Tolong aku cari jalan agar aku tak ke sini lagi! Tolonglah!” Dia merayu kepada figura di hadapannya.
Mereka berdua saling mendiamkan diri dan hanya saling berpandangan.
Alice merasakan jantungnya berdebar dengan kencang semula apabila figura tadi mula menoleh ke arah kiri dan kanan. Seolah-olah sedang melihat benda yang tidak dapat dilihat oleh pandangan mata kasar.
“Lari! Mereka sudah datang!” Figura itu berlari ke arah dia. Belum pun sempat dia mengelak, figura itu merempuh batang tubuhnya kasar sebelum ghaib dan serentak dengan itu, dia bangun.
Alice mengusap wajahnya yang berpeluh. Dia melihat ke arah luar tingkap. Matahari sudah tegak di atas kepala.
Nasib baik hari ini merupakan hujung minggu. Kalau tidak, pasti dia sudah terlambat ke sekolah.
Rasa hairan menyucuk tangkai hatinya apabila tiada sesiapa yang mengejutkan dia bangun tidur.
Selalunya pasti ibunya akan mengejutkan dia sekiranya dia tidur melepasi angka sepuluh.
Alice mengusap mukanya sekali lagi sebelum bangun. Sebaik sahaja dia memulas tombol pintu bilik, jeritan nyaring miliknya kedengaran di seluruh kawasan kejiranan Vendetta Lane.



3 under spell:

arilman0224 said...

eh! apesal plak tu snow....bikin gua cuak jer...ngeee

arilman0224 said...

eh!apesal lak tu..pe yg terjadi? bikin hatiku panasaran jer ah cek snow nih....ngeeee

Snow_Queen said...

@arilman0224: Hehe..Cuak ke? snow lg cuak sbb nk fikir cmne nk endingkan bnda ni cpt2 haha *evil laugh*

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review