Friday, April 6, 2012

My butterfly ->3

Posted by Snow_Queen at 6:55 PM

Tin minuman di tangan dicampak masuk ke dalam tong sampah berhampiran sebaik sahaja isinya habis diteguk.
Sebuah villa setinggi dua puluh lima tingkat dipandang sepi. Setiap tingkat hanya terdapat tiga unit villa sahaja bertujuan untuk memberi lebih privasi kepada para penghuni di sini.
Sebuah bangku kayu di kaki lima menjadi persinggahan. Hampir sepuluh tahun dia tidak berkunjung ke Mauritania dan kini, tempat ini membangun dengan begitu pesat sekali.
Tidak hairanlah Negara ini merupakan tempat yang wajib dilawati oleh pelancong-pelancong asing kerana ianya seakan-akan menyerupai sebuah Bandar futuristik.
Segalanya dikuasai oleh teknologi.
Di  Mauritania, di kalangan penduduknya, adakah golongan wizards atau yang lain-lain ada yang tinggal di sini?
Yang penting, dia tahu golongan itu tidak pupus kerana championship of wizards, game tradisi untuk Negari Cascada yang terletak di barat Mauritania masih berjalan seperti biasa pada setiap tiga tahun sekali.
Championship of wizards mengumpulkan wizards daripada seluruh dunia untuk merebut piala kebanggaan Cascada. Ianya diklasifikasikan sebagai sebuah permainan bertaraf antarabangsa.
Hanya peserta yang benar-benar layak sahaja yang akan dipilih untuk menyertai pertandingan itu setelah berjaya melepasi dua peringkat penyingkiran.
Tahun ini, giliran dia pula untuk mencuba nasib menyertai game itu. Layak atau tidak, itu belakang cerita.
Yang penting, dia harus berusaha sebaik mungkin meskipun nyawa menjadi taruhan. Pertandingan ini merupakan tiket untuknya.

Cascada, Negari tidak bertanda dan tidak wujud di muka peta Negara Mauritania diasaskan oleh magician-magician terhebat. Ianya sebuah Negara yang takkan terlihat oleh pemandangan mata kasar manusia biasa.
Tiada rasa bimbang jika terdapat manusia biasa mencerobohi Cascada secara tak sengaja kerana pintu masuk Cascada terletak jauh di dalam hutan rimba dan dilitupi oleh kabus tebal sehinggakan mahu melihat tangan sendiri pun mustahil.
 “Cik!” Lamunanku berkecai di bawa angin sebaik sahaja disapa oleh seseorang.
Seorang wanita yang berumur mungkin pertengahan empat puluhan memandangku sambil tersengih-sengih dan menghulurkan tangan.
“Saya Elise.” Wanita itu memperkenalkan diri sebelum mengajak ku masuk ke dalam bangunan yang terdapat di belakangku.
Villa of Saphiere. Aku sempat menjeling ukiran nama villa itu yang bertintakan emas sebelum masuk ke dalam bangunan.
Elise merupakan ejen yang menjual villa of Saphiere. Aku sudah menelefon wanita itu sebelum ke mari.
Lif mula bergerak sebaik sahaja Elise menyebut tingkat yang mahu dikunjungi.
Hebat bukan! Tidak perlu lagi bersusah payah menekan butang lif untuk menuju ke tingat yang diingini. Hanya dengan arahan suara, lif-lif di bangunan ini akan bergerak secara automatik.

Aku menolak sliding door untuk melihat pemandangan di luar. Dari tingkat dua puluh, aku dapat melihat hampir keseluruhan Bandar Tirana, ibu Negara Mauritania.
Senyuman lebar Elise sewaktu aku menandatangani kontrak pembelian rumah ini masih melekat di ingatan.
Mungkin wanita itu tidak dapat tidur dengan lena malam ini kerana sibuk mengira komisen yang bakal diperolehi apabila aku membeli rumah ini secara bayaran tunai.
Sebelum itu, sempat lagi Elise mahu promote agar aku membeli robot pembantu rumah untuk menolong mengemaskan villa yang besar ini.
Kalau aku mahu, dia akan tolong carikan satu robot pembantu rumah untukku.
Aku menggeleng perlahan tanda menolak cadangan Elise. Aku hanya mahu duduk bersendirian di villa ini.
Kehadiran robot pembantu rumah itu mungkin akan menyebabkan aku rimas atau aku mungkin akan jahanamkan robot itu sekiranya anginku tidak baik.
Bunyi kapal terbang yang sayup-sayup melintasi ruang udara menarik perhatian. Masih aku ingat lagi perasaanku sewaktu tiba di lapangan terbang antarabangsa Mauritania.
Perasaan yang sama aku alami sewaktu kali pertama aku ke sini mengikut ayahku ke mari atas urusan kerja.
Wajah mama dan Max melintas di dalam fikiran tiba-tiba. Wajah sedih mama tidak dapat aku usir daripada ingatan apabila aku beritahu mahu ke Mauritania dan akan menetap di sini buat beberapa ketika.
Meskipun mama dan Max memujukku supaya tinggal lama sedikit di Tallin, aku menolak. Lagi lama aku tangguh pemergianku, lagi sukar untukku menjalankan agendaku yang sudah dirancang dengan rapi.
Papa nampaknya sudah cukup memahamiku. Lelaki itu langsung tidak kelihatan sewaktu aku bertolak ke lapangan terbang bersendirian.
Sama ada misi yang diberi oleh papa berjaya atau tidak, bukanlah keutamaan bagiku kerana aku mungkin akan berubah fikiran pada bila-bila masa sahaja.
Aku menjadi kaget seketika apabila aku menoleh ke arah sebelah kanan. Seorang lelaki yang boleh tahan comelnya sedang buat senaman ringan.
Entah bila mamat ni keluar daripada rumah dia aku tak perasan. Mungkin kerana perasan dirinya menjadi perhatian, dia segera mengalihkan pandangan ke arahku.
Sebuah senyuman nipis dia lemparkan padaku sebelum menghampiri tembok yang menjadi pemisah antara balkoni ku dan balkoni rumahnya.
“Baru pindah?” Dia ramah bertanya. Aku mengangguk.
“Aku Kim Bum.” Dia menghulurkan tangan.
“Yu Na.” Aku menyambut huluran tangan dia.
“Macam familiar dengan nama tu. Anyway welcome to Saphiere. Kalau perlukan apa-apa bantuan, kau boleh cari aku.” Kim Bum melemparkan senyuman manis.
Aku menggetap bibir. Dengan senyuman terlebih gula itu, tidak mustahil mana-mana perempuan akan jatuh cinta pada mamat ni.
Bunyi loceng memecahkan suasana sunyi di antara kami. Kim Bum mengucapkan selamat tinggal sebelum menghilang ke dalam rumah.
Aku setia berdiri di situ. Tidak lama kemudian, aku dapat lihat seorang perempuan berdiri berhampiran sliding door rumah Kim Bum.
Aku menghilangkan diri ke dalam rumah sebelum perempuan itu menyedari kehadiranku.

Min Seo memandang ke arah luar. Baru sebentar tadi dia seolah-olah dapat melihat kelibat seseorang di balkoni sebelah.
“Rumah sebelah dah ada orang duduk ke?” Min Seo memandang Kim Bum yang sedang menuang jus ke dalam gelas. Kim Bum mengangguk.
“Perempuan?” Min Seo mengecilkan matanya memandang Kim Bum.
“Jangan cakap kau cemburu.” Kim Bum tergelak kecil. Min Seo mendengus sebelum duduk di atas sofa berwarna merah hati di ruang tamu.
“Mana ada cemburu. Tanya aja.” Kim Bum jongket kening mendengarkan jawapan Min Seo .yang kini sedang memilih siaran televisyen.
“Aku suka kalau kau cemburu. Selalunya asyik aku saja yang cemburu.” Min Seo tersenyum nipis mendengarkan jawapan Kim Bum.
“Kau yang suka fikir bukan-bukan. Semua lelaki yang aku jumpa atas urusan kerja. Tak ada maknanya aku suka-suka nak jumpa dia orang.” Min Seo memeluk lengan Kim Bum.
Hampir seminggu dia tidak dapat menemui lelaki itu kerana ada kerja di luar Negara.
“Tapi aku tetap tak suka.” Kim Bum mencebik.
“Tapi aku pandang kau aja.” Mendengarkan kata-kata Min Seo, Kim Bum mula tersenyum.
Kedatangan jiran baru mula dilupakan. Seluruh perhatiannya kini hanya ditumpukan untuk Min Seo.




0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review