Friday, April 6, 2012

My Butterfly ->2

Posted by Snow_Queen at 6:51 PM

“Yu Na!”
“Mama!
“Yu Na-ah!”
“Mama!”
Max menjulingkan mata apabila melihat Madam Hye Mi sudah mula buat drama swasta dengan adiknya di ruang tamu. Lagaknya bagaikan tidak pernah berjumpa dengan Yu Na meskipun budak berumur dua puluh satu tahun itu selalu berbual dengan mama mereka di telefon hampir setiap hari.
“Aigoo…” Madam Hye Mi memegang dadanya sambil memandang pipi anak bongsunya yang kelihatan cengkung. Pakaian Yu Na yang agak selekeh juga ditilik.
“Kamu tak makan ke di sana? Kenapa muka kamu cengkung sangat ni?” Madam Hye Mi menarik tangan anak perempuan tunggalnya untuk duduk di atas sofa.
“Alah, tak sampai seminggu nanti tembam balik budak ni nanti.” Max menyampuk selamba namun kata-katanya hanya disambut dengan jelingan tajam oleh Madam Hye Mi.
“Puan Shin!” Serentak Yu Na dan Max menekup telinga mereka apabila Madam Hye Mi menjerit nyaring.
“Sediakan banyak makanan berkhasiat untuk Yu Na.” Madam Hye Mi menyuruh sebelum menghalau Yu Na naik ke atas untuk mandi dan berehat sebelum makan malam disediakan.
~~~
Ruang makan meriah dengan keletah Max yang tidak sudah mengusik Yu Na sebelum anak gadis itu membalas balik usikan abangnya.
Madam Hye Mi menggeleng kepala. Hampir keluar sudah anak tekaknya menjerit menyuruh kedua-dua orang anaknya itu diam. Tak kuasa sudah dia hendak melarang.
“Mana adab kamu semua di meja makan?” Satu suara yang menegur itu berjaya membuatkan kedua beradik itu diam. Mata masing-masing mengarah ke arah seorang lelaki yang masih kelihatan segak dan gagah meskipun umur lelaki itu lewat empat puluhan.
Tuan Shim Kyu Joong memandang anak teruna dan anak daranya sekilas sebelum mengambil tempat duduk di meja makan.
“Papa.” Yu Na menegur sebelum menghadiahkan senyuman buat Tuan Shim.

***
Cadar berwarna krim bermotifkan bunga berwarna merah diusap perlahan. Sekitar bilik bujangnya ditatap perlahan.
Semuanya masih sama. Sama seperti sebelum dia meninggalkan bilik itu kecuali ikan emas peliharaannya yang sudah mati.
Bunyi ketukan pintu bilik membuatkan ku tersentak.
 Setelah diberi izin untuk masuk, papa melangkah masuk ke dalam sebelum mengambil duduk disebelahku.
Sekeping sampul surat sederhana besar yang dipegang papa kini bertukar tangan.
“Apa ni?” Aku bertanya tanpa ada niat mahu menyelongkar isi sampul surat berkenaan.
“Dokumen yang kamu akan perlukan setelah kamu ke Mauritania.” Tuan Shim menuturkan butir bicaranya tanpa memandang Yu Na.
“Papa! Boleh tak kal…” Aku menggetap bibir bawah apabila papa mengangkat tangan tanda menyuruh aku diam.
“Kamu dah lupa janji kamu pada papa? Sepuluh tahun dahulu kita tak mampu untuk berbuat apa-apa. Kini, sudah tiba masanya untuk dia kembali rasa apa yang kita rasakan.” Aku memandang tangan kananku yang digenggam erat oleh papa.
Aku meraup muka dengan kasar sekaligus merebahkan badan ke atas katil setelah kelibat papa hilang di sebalik pintu.
Udara malam yang menerobos masuk melalui jendela sedikit pun tidak dapat membuatkan aku tenteram sebaliknya membuatkan aku seakan-akan tidak mampu untuk bernafas.
Bagaimana reaksi mama dan Max apabila aku terpaksa pergi sekali lagi?

Ji Young merenung gambar yang terpampang di dada majalah. Gambar seorang gadis dan seorang jejaka menjadi santapan matanya.
Han Min Seo dan Kim Kim Bum, kedua-dua model di dalam majalah itu merupakan satu nama yang tidak asing lagi bagi penduduk Mauritania.
Hubungan teman tapi mesra yang terjalin di antara kedua-duanya juga sudah lama diketahui oleh semua orang namun tidak pula dia pasti apakah kedua-dua orang ini akan berkahwin pada akhirnya nanti.
Dia sebagai seseorang yang ‘dekat’ dengan Kim Kim Bum pun tidak dapat berkata apa-apa mengenai hubungan kedua-dua orang itu.
Majalah Mauritius edisi lepas itu sengaja dibelek-belek sementara menunggu beberapa orang krew majalah Mauritius menyusun setting tempat untuk dia ditemu ramah.
“Tuan Park telefon tadi. Dia sudah memutuskan pada semester hadapan, kau akan dimasukkan ke Evening Falls. Kali ini, Tuan Park akan pastikan berita kau pindah kolej tidak akan tersebar ke pengetahuan umum.” Ji Young memandang pengurusnya, Kelvin.
Lelaki itu sudah hampir lima tahun berkhidmat dengan dia. Semenjak dia mula-mula berjinak-jinak dengan dunia modeling ini lagi.
Senyuman sinis terukir di bibir. Evening Falls? Entah itu merupakan kolejnya yang ke berapa.
Dalam masa beberapa tahun ini agaknya sudah lima kali dia bertukar kolej. Bukan kerana masalah disiplin akan tetapi kerana kerap di ganggu dengan peminat-peminat fanatik.
Pelik! Dia bukan pelakon mahupun penyanyi. Tapi entah mengapa dia mempunyai peminat yang sebegitu ramai sehingga menyukarkan dia untuk bergerak ke mana-mana. Atau mungkin dia perasan dia popular seperti artis? Ha ha..
Harap-haraplah di Evening Falls nanti, dia akan dapat hidup dengan aman. Mungkinkah?
Kelvin menepuk bahunya apabila namanya sudah dipanggil. Dia bingkas bangun dan menuju ke arah wartawan yang bakal menemu ramahnya.
Bila masuk ke dalam dunia glamor ini, pandai-pandailah bawa diri. Bukan seminggu dua dia mahu hidup di dalam industri ini. Kalau ada rezeki mungkin juga bertahun-tahun.
Untuk itu, hubungan sosial dengan teman-teman media haruslah dijaga. Itu perkara pertama yang dia pelajari ketika melangkah masuk ke dalam dunia glamor dan penuh dengan cabaran ini.



0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review