Saturday, April 28, 2012

My Butterfly ->14

Posted by Snow_Queen at 1:26 PM
Yu Mi pandang Ji Young. Ji Young pandang Yu Mi balik. Serentak dengan itu, mereka pandang pula ke arah Yu Na yang sedang bersila di atas tanah.
Gadis itu kelihatan teruja sambil memasukkan bahan-bahan untuk menghasilkan potion strong memory.
“Yu Na, aku tak rasa ini merupakan satu cadangan yang bagus. Kalau jadi apa-apa pada kau lepas ni macam mana?” Yu Mi kini duduk bertinggung di hadapan Yu Na.
Yu Na pula hanya tayang sengih apabila mendengar kata-kata  Yu Mi. Hari ni, tiada apa atau siapa pun yang dapat menghalang dia daripada buat kerja gila ini.
“Aku setuju dengan kata-kata Yu Mi. Kalau tiba-tiba kau berubah jadi pelik atau gila lepas minum potion ni macam mana?” Yu Na mendongak memandang ke arah Ji Young yang sedang berdiri.
Wajah jejaka itu kelihatan risau.
“Apa-apa pun yang berlaku selepas aku minum potion ni, aku akan bertanggungjawab.”
“Banyaklah kau punya bertanggungjawab. Nanti tak fasal-fasal aku juga yang kena ketuk kepala dengan atuk sebab biar kau buat kerja gila ni.” Yu Mi mengembungkan pipi.
“Masukkan silver rain and voila..Here’s my very first strong memory potion.” Yu Na tayang sengih bangga selepas memasukkan bahan terakhir untuk potion strong memory.
Buku yang dipinjam di perpustakaan tadi untuk di jadikan rujukan ditutup setelah potion yang dihasilkan tadi sudah selamat diletakkan dalam cawan kopi kosong yang dia beli di vending machine tadi.
“Sedia?” Yu Na jongket kening sambil pandang ke arah Yu Mi dan Ji Young.
“Kejap! Aku tak sanggup nak tengok.” Yu Mi terlebih dahulu memeluk lengan Ji Young dan tutup mata.
Ji Young pula hanya mampu menelan air liur yang terasa kesat di dalam mulut apabila Yu Na mula meneguk potion strong memory. Perempuan ni memang dah gila!
Yu Mi buka sebelah mata apabila Ji Young menyuruh. Dia lihat Yu Na masih lagi sihat bertenaga.
“Huh! Buku ni tipu aku ke apa?” Yu Na buat muka.
“Kau ingat lepas minum potion tu segala apa yang kau lupa tu kau boleh ingat terus? Mungkin potion tu ambil masa untuk berkesan.” Ji Young menyelar.
“Betul juga. Kalau esok pagi aku bangun dan aku masih tak ingat apa-apa aku akan saman siapa yang buat buku ni.” Yu Na senyum jahat sebelum beredar meninggalkan Ji Young da Yu Mi terkebil-kebil sendirian.
“Aku rasa kawan kau tu ada skru longgar dalam kepala.” Ji Young memandang Yu Mi.
Yu Mi tergelak. “Kau baru tahu ke?”
~~~
Aku buka pintu gelongsor balkoni untuk membiarkan angin masuk. Sudah dua tiga hari juga aku tak menjejakkan kaki ke rumahku ini kerana sibuk.
Aku buat beberapa pergerakan ringkas sebelum memandang ke arah balkoni Kim Bum.
Langsir bertutup. Adakah lelaki itu tiada di rumah ataupun sedang mengubati hatinya di mana-mana?
Macam mana dengan keadaan dia? Dah makan ke belum?
Aku mengeluh apabila pelbagai soalan mula timbul di dalam fikiran. Enggan membiarkan diriku terus risau, aku mengambil keputusan untuk menjenguk Kim Bum.

Min Seo tertawa riang apabila Ryu membisikkan sesuatu yang kelakar padanya. Beberapa orang perempuan yang lalu-lalang memandang ke arah dia dan Ryu.
Senyuman nipis terukir di bibir. Siapa yang tak cemburu apabila di damping oleh jutawan yang dikenali seluruh dunia?
Meskipun dia tahu Ryu playboy, entah mengapa hatinya berubah juga untuk menyukai Ryu meskipun dia segala cerita kurang enak lelaki itu.
Mungkin juga kerana dia melihat kesungguhan Ryu untuk memikat dia sehinggakan lelaki itu sanggup meninggalkan dunia playboynya.
Mungkin juga kerana Ryu boleh beri dia sesuatu yang Kim Bum tak boleh beri.
Dia menggigit bibir apabila nama Kim Bum melintas di fikiran. Apakah jejaka itu boleh maafkan dia?
“Are you okay, Luv?” Min Seo mengukir senyuman apabila Ryu memeluk pinggangnya.
“Okay. Penat sikit.” Ryu tersenyum menampakkan giginya yang putih bersih.
Min Seo membalas senyuman Ryu. Inilah yang Kim Bum tak boleh beri pada dia.
Perhatian. Dia perlukan perhatian daripada seseorang. Oleh kerana jadual kerjanya dan Kim Bum selalu bercanggah, maka waktu mereka untuk bersama menjadi kurang.
Hatinya mula berubah sewaktu menjadi model untuk pelancaran koleksi musim panas untuk jenama Ashé.
Dia berkenalan dengan Ryu setelah diperkenalkan oleh kawan-kawannya. Pada mulanya dia buat tak peduli sahaja namun kesungguhan Ryu yang sanggup pergi ke mana sahaja dia pergi dan selalu memberi kejutan yang tak disangka, dia tewas juga akhirnya.
Akhirnya, dia bersama Ryu meskipun dia dan Kim Bum belum berpisah.


0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review