Saturday, April 28, 2012

My Butterfly -> 13

Posted by Snow_Queen at 1:23 PM
Heck!” Aku memandang Ji Young dengan pandangan tajam. Ji Young hanya ketawa melihat reaksiku.
Well, itu salah satu cara nak ubat hati orang yang sedang kecewa.”
“Cari perempuan lain untuk dia? Kau nak kena baling dengan mangkuk salad ni ke?” Aku menunjukkan mangkuk salad yang terletak di hadapanku.
“Jumpa cinta baru cinta lama akan dilupakan. Kau tak pernah dengar pepatah ‘patah tumbuh hilang berganti?’ ke?” Aku menggetap bibir.
“Bagilah cadangan yang rasional sikit.”
“Hermm..Ada satu~~” Ji Young sengaja meleretkan nada suaranya. Mahu mengumpan minat Yu Na.

Langkahku terhenti apabila terdengar beberapa suara sedang berbincang dalam keadaan tergesa-gesa seolah-olah mahu melarikan diri daripada sesuatu.
Hajat di hati yang mahu mengisi gelas air yang kosong terus dilupakan. Dengan perlahan-lahan, aku menghampiri pintu bilik pejabat mini Lord heather yang terbuka sedikit untuk mencuri dengar perbualan orang-orang di dalamnya. Itu pun selepas memastikan tiada sesiapa di kawasan sekeliling.
“Vendetta Lane? Kau pasti?” Suara Lord Heather kedengaran.
“Pasti.” Balas suara seorang lelaki.
“Kalau macam tu, kita mesti bertindak sebelum Turion bertindak. Kita mesti pastikan apa motif mereka membunuh manusia biasa.” Kedengaran suara seorang perempuan pula. Yang aku pasti ianya bukan suara Lady Anne.
Vendetta Lane. Macam pernah dengar nama tu. Aku mengerutkan dahi mencari informasi itu di dalam kotak ingatanku namun gagal.
“Aku mahu kau orang berdua siasat hal ini dengan lebih mendalam. Aku tak mahu ada pembunuhan lain terjadi yang melibatkan manusia biasa. Ahli komuniti the circle pasti tak akan gembira dengan berita ni.” Suara Lord Heather kedengaran lagi.
“Mereka pasti akan gunakan alasan ni untuk menghentikan championship of wizards yang bakal berlangsung tak lama lagi.” Mungkin kerana terkejut, tanpa sedar aku mengeluarkan suara sedikit.
Suara-suara di dalam bilik mesyuarat mula diam. “Siapa?” Lady Amy menegur. Dia bangun dan menguak pintu bilik  mesyuarat yang terkuak sedikit.
Selepas memastikan pembantu Lord Heather masuk kembali ke dalam bilik mesyuarat, aku terjun kembali ke atas tanah sesenyap yang mungkin.
Ini kali pertama aku bergantung di siling. Tempat yang sesuai untuk menyembunyikan diri dalam keadaan terdesak?
Siapa sangka percaturanku untuk bermalam di rumah Lord Heather memberikan aku maklumat yang begitu berharga.
Ini merupakan kunci untukku melancarkan rancangan yang sudah lama diatur.
The game’s on!
Aku terus berlalu ke bilik. Rasa teruja sudah menguasai fikiranku. Tekak yang haus pun dilupakan begitu sahaja.
~~~
Aku mengusap bulu roma yang meremang sebaik sahaja Sir Elen masuk ke dalam kelas. Entah mengapa setiap kali lecture muda itu masuk ke dalam kelas, ada satu perasaan aneh yang muncul di dalam diriku.
Jangan salah faham! Aku bukan jatuh cinta kepada Sir Elen akan tetapi perasaan ini lebih kepada perasaan bahawa aku perlu lebih berhati-hati dengan guru muda ini.
Good evening ladies and gentlemen. What a nice day today, isn’t it?” Yu Mi menyiku lenganku sambil jongket kening. Aku pula hanya angkat bahu tanda tak faham mengapa Sir Elen tampak begitu teruja hari ini.
“Miss Madison, beri saya nama pengasas Turion.” Aku tersentak dengan soalan Sir Elen. Satu kelas juga mungkin begitu.
“B..Bilbert.” Lana menjawab dengan nada perlahan. Nyata dia juga dikuasai tanda tanya dengan perangai Sir Elen hari ini.
Excellent.” Sir Elen tersenyum puas.
“Miss Shim, bila peperangan pertama yang tercetus di antara pengikut Turion dan Cascada?” Aku tersentak apabila disoal secara tiba-tiba.
Aku mengerling Yu Mi untuk meminta tolong namun Yu Mi buat muka blur.
God, saya harap ada potion kuat ingatan untuk awak, miss Shim supaya sel-sel neuron awak dapat berkembang dengan bagus.” Meskipun disindir, aku hanya mampu tersengih-sengih sebelum menanyakan soalan kembali kepada Sir Elen.
“Ada ke?” Sir Elen memandang ke arah Yu Na.
“Apa yang ada miss Shim?”
“Potion untuk kuatkan ingatan?” Bukan sahaja Sir Elen tergelak namun seluruh kelas juga begitu apabila mendengarkan soalanku.
Yu Mi juga tak dapat menahan tawanya apabila mendengarkan soalan Yu Na. Terhingut-hingut bahunya menahan tawa agar ketawanya tak meletus dengan kuat agar Yu Na tak terasa dengan dirinya.
“Jenaka yang bagus, miss Shim. Mari kita sambung kuliah kita yang tergantung tempoh hari.” Aku mengerdipkan mata beberapa kali.
Lah! Aku tanya betul-betul orang tua ni ingat aku buat lawak pula. Aku memuncungkan mulut sebelum buka buku dan mula menumpukan perhatian terhadap apa yang di ajarkan.


0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review