Saturday, April 28, 2012

My Butterfly ->12

Posted by Snow_Queen at 1:21 PM
Suara pelajar-pelajar yang memenuhi cafeteria tidak aku hiraukan. Perbualan dengan papaku semalam dan mimpi yang aku alami, kedua-duanya sedang diulang tayang di dalam fikiran.
“Macam mana dengan progress kerja kamu? Papa tak dengar sebarang khabar lagi.” Suara papa berjaya membuatkan aku terkedu.
Oleh kerana aku terlalu sibuk dengan pengajianku dan sibuk jaga tepi kain Kim Bum, hal yang di arahkan papa terus hilang daripada ingatanku.
“Yu Na tak berkesempatan lagi untuk buat benda tu. Bagi Yu Na masa, pa.” Aku seolah-olah sedang merayu agar nyawaku tidak di ambil.
Dengusan nafas papa di talian sebelah berjaya membuatkan peluh dingin keluar daripada dahi.
“Papa harap kamu dapat laksanakan tugas ni sebaik mungkin. Papa tunggu berita baik daripada kamu.” Aku mengeluh. Serabut!
Wajah seorang gadis tiba-tiba terlintas di fikiran.
Siapa gadis itu dan kenapa aku diperlihatkan kesengsaraan yang dia alami. Puas sudah aku korek di dalam memoriku jika gadis itu merupakan salah seorang kenalanku semasa aku belajar di luar Negara namun gagal.
Wajah sedih gadis itu yang melihat mayat ahli keluarganya yang bergelimpangan sebaik sahaja bangun tidur menyentak hatiku.
Selepas itu, keadaan mula berubah. Aku dan gadis itu berdiri saling berhadapan di dalam sebuah hutan berkabus.
“Tolong aku.” Suara lirih gadis itu menghantui fikiran.
“Mereka akan jadikan aku seperti mereka.” Gadis itu memandangku sambil air mata darah mengalir daripada tubir matanya.
Aku memerhatikan gadis itu. Gaun pendek berwarna hitam paras lutut dan rambut panjang melepasi bahu.
Di bawah sinaran cahaya bulan, kulit gadis itu kelihatan pucat seperti baru keluar dari peti ais.
Bukan warna putih manusia biasa. Itu yang aku pasti.
“Siapa?” Aku menyoal setelah lama mendiamkan diri.
“Turion.”
“Kau siapa?” Aku bertanya lagi namun gadis itu terus berpaling meninggalkan aku. Sebelum hilang, sempat gadis itu berpaling ke belakang dan memandangku dengan pandangan sedih.
Selepas itu, aku terus terjaga. Aku memandang surat khabar yang berada dalam dakapanku.
Aku pandang pula sebuah kolum yang terdapat di dalam surat khabar itu.
Pembunuhan kejam di vendetta lane: Pihak berkuasa menemui jalan buntu?
Tajuk itu menarik perhatianku namun kerana aku sudah lambat, terus sahaja aku campak surat khabar berkenaan ke tepi sebelum bersiap untuk ke Evening Falls.
“Hoi!” Aku memegang dada kerana terkejut apabila disergah Ji Young.
Meskipun hanya mengenakan jeans berwarna hitam, t-shirt warna hitam yang tertera tulisan gothic’s rock dan jaket kulit berwarna coklat cair, Ji Young nampak segak sekali.
“Kau dah sihat?” Aku menepis tangan Ji Young yang cuba mahu memegang dahiku.
 Dia nampak terluka dengan perbuatanku namun aku buat tak endah dengan ekspresi mukanya.
“Kau kenapa? Pagi-pagi lagi dah macam biragon hilang anak?” Aku memandang Ji Young yang tetap tersenyum.
“Tak ada…Macam mana nak ubatkan orang yang putus cinta?” Aku memandang Ji Young dengan pandangan berharap. Entah mengapa soalan itu yang keluar daripada mulutku.
Ji Young nyata terkejut dengan soalanku.
“Siapa? Kau ke?” Ji Young memandangku dengan renungan tajam.
“Bukan. Kawan aku.”
“Lelaki?” Aku teragak-agak untuk mengangguk.
“Kau suka dia?”
“Ji Young!” Aku menjegilkan mata. Ji Young ketawa kecil.
“Aku akan tolong kau tapi hari ni selepas kelas jangan lupa datang kemas rumah aku dan tolong belikan barang-barang dapur sekali. Aku akan text alamat aku nanti.” Aku mendengus geram apabila Ji Young mengucup pipiku secara curi apabila aku berpaling ke arah sebelah kanan.
Sebelum sempat aku baling apa-apa pada lelaki itu, Ji Young terlebih dahulu berlari meninggalkan aku.
“Cerianya muka kau pagi ni.” Yu Mi mengambil tempat duduk bertentangan denganku selepas dua minit Ji Young beredar.
“Ceria? Bala adalah.” Aku menggetap bibir.
“Bala? Kena cium dengan model terkenal pun bala ke?” Yu Mi tersengih nakal.
Shut up!”
“Kau dengan Ji Young ada apa-apa ke?” Yu Mi terus-terusan menyoalku.
“Tak.”
“Kau suka Ji Young?”
“Tak.”
“Sikit pun tak?”
“Yu Mi!” Yu Mi sudah tergelak apabila melihat muka Yu Na yang merah.
“Kau ni buta tahu tak.” Yu Mi menempelak.
Excuse me?”
“Ji Young tu suka kau. Dan untuk pengetahuan kau, dia tak ada teman wanita selama ni.” Yu Mi, padaku sudah kedengaran seperti mahu mempromosikan barang di pasar raya.
“Mana kau tahu dia tak ada teman wanita?”
See…Kau berminat nak ambil tahu.” Aku menjegilkan mata apabila Yu Mi sudah ketawa mengekeh.
“Walaupun aku bukan lelaki, aku tahu cara dia pandang kau. Pandangan yang dipenuhi dengan rasa sayang dan cinta. Pandangan yang mahu lindungi kau daripada segala bahaya. Pandangan yang…”
“Dah. Jangan nak merepek. Kau ni lepas terjun dalam soulless swam dah jadi tak betul ke?” Aku menggosok lengan apabila bulu romaku secara tiba-tiba berdiri tegak.
Teringat peristiwa semalam membuatkan ku sedikit seram. Yu Mi juga mungkin begitu apabila dia kelihatan sedikit pucat.
Soulless swam merupakan sebuah paya lama yang sudah menelan ribuan mangsa. Kami pula, dengan terpaksa, terjun masuk ke dalam paya berkenaan untuk menyelamatkan diri daripada black dragon.
Mujurlah ada trinitysaber dan lightsaber yang salah satu fungsinya adalah melindungi tuan punya senjata.
Selepas black dragon hilang, barulah aku dan Yu Mi mendaki naik ke tebing. Itu pun terasa pening-pening lalat kerana melihat beribu-ribu roh yang menakutkan yang berada di dalam paya berkenaan.
“Sumpah! Lepas ni aku tak mahu ke camilia dah. Kalau nak cari bahan-bahan untuk buat assignment, aku lebih rela cari hutan lain.” Yu Mi berbisik perlahan. Aku turut mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata Yu Mi.
“Tada~~” Yu Mi tiba-tiba meletakkan sebuah botol sederhana besar yang mengandungi cecair likat berwarna silver di atas meja.
Moonshine? Macam mana? Kan bahan-bahan kita tak complete?” Aku memandang Yu Mi. sungguh aku dah lupa pada benda alah ni.
“Alah, kalau kau tahu mana nak cari black market senang aja kau nak dapatkan bahan-bahan nak buat potion ni. Ni pun aku curi khazanah atuk untuk cari bahan-bahan yang kita tak dapat cari semalam.”
“Yu Mi! I love you!” Aku menjerit kecil tanpa memperdulikan pandangan orang ramai.
“Aku tahu. Mana lagi kau nak cari kawan terhebat macam aku kan?” Aku mencebik mendengar kata-kata Yu Mi.
Deadline nak hantar benda alah ni dilanjutkan sehingga ke tengah hari. Eh! malam ni nak hangout rumah aku? Atuk dan nenek dah tanya mana cucu angkat dia orang lari.”
“Malam ni aku ada hal.” Aku garu tengkuk yang tak gatal.
“Hal? Dating?” Yu Mi serkap jarang.
“Tak. Aku nak kena kemas rumah Ji Young.”
I knew it! Kau ada hubungan dengan dia.” Yu Mi menjegilkan mata.
Please! Itu cuma deal aku dengan dia sebab dia tolong aku.” Meskipun aku berkata begitu, senyuman nakal Yu Mi masih terukir di bibirnya.
“Yu Mi, aku tak suka kau senyum macam tu.”
“Ah~~ Kawan baik aku sedang bercinta. So~~ sweet.”
“Yu Mi!” Namun Yu Mi hanya terus ketawa tanpa memperdulikan ekspresi mukaku yang sudah masam.



0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review