Wednesday, April 25, 2012

My Butterfly ->11

Posted by Snow_Queen at 11:04 PM
Pandangan mataku berbalam apabila panahan cahaya matahari tepat jatuh di atas wajah. Beberapa ketika kemudian, pandanganku kembali menjadi normal.
Keningku berkerut seketika. Dinding putih yang terdapat lukisan mural dandelion berterbangan dan sofa yang berwarna coklat cair menjadi santapan.
Seolah-olah direnjat elektrik, terus sahaja aku bangun daripada duduk ku. Rumah siapakah ini? Seingatnya dia tak pernah menukar sofa merah hatinya kepada warna coklat dan dinding rumahnya tiada lukisan mural.
Good morning.” Yu Na menegur sebelum campak beg galasnya ke atas kerusi dan buka pintu peti ais.
Jus epal dituang ke dalam gelas dan dia mengambil satu cawan sebelum menuang air yang kelihatan jernih ke dalam cawan berkenaan.
“Teh madu. Baik untuk hilangkan sakit kepala kau. Mari duduk.” Yu Na mengisyaratkan ku agar duduk di meja kaunter di dapur.
Aku melihat sarapan sudah tersedia dan menghirup teh madu sedikit.
“Macam mana aku boleh, well…” Aku menggaru kepala yang tak gatal.
“Aku jumpa kau macam orang gila menjerit marah-marah entah nama siapa dekat taman depan sana.” Dan kata-kata Yu Na berjaya membuatkan aku mengingati kejadian malam semalam. Mengenai Min Seo.
Serta-merta selera makanku hilang. Teh madu yang disediakan Yu Na ku pandang sepi.
“Terima kasih. Aku minta maaf kalau menyusahkan kau.” Yu Na memandang Kim Bum dengan pandangan hairan.
Kenapa dengan mamat ni? Kim Bum di depan aku ni macam orang lain. Bukan lagi Kim Bum yang sweet dan murah dengan senyuman.
“Kau tahu kalau kau ada apa-apa masalah kau boleh bercakap dengan aku.” Yu Na menggigit bibir. What the heck Yu Na!
Sejak bila kau pandai nak offer diri jadi kaunselor tak bertauliah ni?
Thanks.
Shit! Aku dah terlambat. Tolong kunci pintu rumah aku sebelum kau balik.” Aku memandang Yu Na yang tergesa-gesa campak segala buku yang ada di atas meja ruang tamu ke dalam begnya sebelum menyambar snicker berwarna hitam dan berlari keluar tanpa sempat memakai kasutnya.
~~~
Lord Heather memeriksa mayat di depannya. Seorang lelaki dalam lingkungan tiga puluhan, berambut blonde dan bersut dijumpai oleh sekumpulan campers di tepi kaki bukit Camilia.
Melihatkan keadaan mayat, dipercayai mangsa sudah mati tiga hari lepas.
“Tengok luka mangsa.” Lady Amy menunjukkan luka di pergelangan tangan kanan mangsa. Lady Amy melirikkan mata memandang Lord Heather.
“Uruskan mayat ni sebaik mungkin. Jangan biar sesiapa tahu mengenai perkara ini terutamanya ahli komuniti the circle.” Lady Amy mengangguk faham apabila mendengar arahan daripada Lord Heather.
“Lord mahu saya panggilkan adik beradik Maxwell?” Lord Heather berdiam diri seketika sebelum mengangguk.
“Sampai motif pembunuhan ini diketahui, perkara ini tak boleh sampai ke pengetahuan umum. Buat laporan katakan mangsa mati kerana serangan biragon liar. Palsukan identiti mangsa. Tiada siapa boleh tahu lelaki ni manusia biasa.” Lady Amy mengangguk dan kembali memandang mayat di hadapannya apabila Lord Heather beredar.

Aku memandang sekeliling sebelum memandang Yu Mi yang sedang berada di atas pokok. Untuk kuiz subjek Herbology kali ini, kami dikehendaki menghasilkan ramuan potion berdasarkan situasi yang diberi.
Aku memandang senarai bahan-bahan yang ditulis Yu Mi sebaik sahaja kami dapat soalan yang diedarkan.
Setiap kumpulan diberi situasi yang berlainan dan satu kumpulan terdiri daripada dua ataupun tiga orang.
            Untungnya untuk kuiz ini, aku dan Yu Mi sekumpulan. Kalau tidak mahu pecah kepala juga aku mahu mengingati nama bahan-bahan yang diperlukan.
Dan terima kasih juga kepada Ji Young kerana bersabar denganku dan memaksaku menghafal list nama herba dan bahan-bahan lain yang jika dibukukan boleh jadi setebal novel cinta tiga ratus muka surat.
“Yu Mi! Tinggal lagi satu jam.” Aku mengingatkan Yu Mi.
“Tunggulah sekejap. Aku tak nampak lagi menatang tu.” Ujar Yu Mi yang merujuk kepada golden biragon. Aku menyandarkan badanku ke arah dinding batu yang terdapat di sebelah sementara menunggu Yu Mi memberi isyarat.
þ          Rosemary-checked
þ       Dust of Dew-checked
þ       One teaspoon of mermaid tear-checked
þ       Firagon skeleton (1 cm)-checked
þ        Golden egg-checked-checked
o      Golden biragon fur
o       Extract of chlorophyll
o        Slice of white fish meat
Aku memandang senarai di tangan sekali lagi. Ada lagi tiga bahan yang perlu di cari sebelum kerja mereka selesai.
Selepas itu, dia dan Yu Mi akan kembali ke kolej sebelum menghasilkan potion yang digunakan untuk mengumpan hantu untuk memberi klue untuk menyelesaikan kes pembunuhan yang menemui jalan buntu.
Potion ini diberi nama moonshine. Jangan tanya kenapa potion ini diberi nama sebegitu. Aku pun tak tahu!
Aku memandang Yu Mi yang tiba-tiba sahaja melompat turun daripada pokok akasia yang setinggi dua ratus meter dari tanah tanpa amaran.
Muka Yu Mi pucat semacam. Sebelum sempat aku bertanya apa-apa kepada Yu Mi, dia terlebih dahulu menarik tanganku menuju ke arah hutan tebal di hadapan kami.
Aku hanya mengikut tanpa mengetahui arah yang dituju.

Yu Mi meletakkan jari telunjuknya ke bibir tanda menyuruh aku senyap. Aku mengerutkan kening dan mahu bertanya lebih lanjut tapi sebelum sempat aku berbuat demikian, bunyi teriakan yang kuat dari arah atas kami memberi aku jawapan.
Angin menderu di sekitar kawasan kami dan juga bunyi teriakan black dragon kedengaran di angkasa.
Aku memandang wajah pucat Yu Mi. Meskipun sudah banyak yang aku lupa, nampaknya cerita haiwan lagenda ini masih kekal di ingatanku.
Black dragon merupakan binatang tunggangan Turion, kumpulan kegelapan yang tinggal jauh di dalam hutan Evil Sweep.
Ada yang mengatakan ahli kumpulan Turion tidak berjisim. Mereka hanya merupakan asap ataupun menyerupai binatang-binatang liar yang datang dalam pelbagai rupa mahupun bentuk.
Apa sekalipun cerita mengenai Turion, hakikatnya kami kini sedang bertarung nyawa untuk melepaskan diri daripada makhluk ini.
Jika tersilap langkah, aku dan Yu Mi mungkin menjadi makan malam black dragon. Sudah terbayang di dalam fikiranku, aku dan Yu Mi disembur dengan api yang keluar daripada mulut haiwan mitos ini sehingga rentung sebelum dimakan.


Aku dan Yu Mi, sama-sama terbaring di atas rumput padang kolej kami sebaik sahaja selamat keluar dari Camilia.
Arah utara padang kolej kami merupakan salah satu pintu keluar dari camilia. Bunyi derapan tapak kaki dan suara cemas menuju ke arah kami tak aku hiraukan. Sekarang, aku cuma mahu melelapkan mata dan menstabilkan kembali pernafasanku.
Sungguh, selama aku hidup, tak pernah lagi aku berlari sehinggakan aku rasa jantung mahu melompat keluar daripada dada apabila black dragon berjaya mengesan kedudukan aku dan Yu Mi.
Semuanya gara-gara aku yang terbersin tanpa sempat aku menekup mulut.
Bunyi nafas Yu Mi yang berat kedengaran. Mungkin Yu Mi juga berasa lega kami dapat keluar daripada Camilia hidup-hidup.
Kalau bukan kerana Yu Mi, mungkin sekarang aku dan dia sudah selamat dicerna di dalam perut black dragon.
“Yu Mi! Yu Na! Bangun!” Suara Miss Rebella menyapa.
“Stain, pergi ambil air daripada kolam miracle.” Miss Rebella mengarahkan.
Beberapa ketika kemudian, aku terasa kepalaku diangkat. Sungguh aku mahu buka mata namun mataku enggan terbuka. Seolah-olah digam.
Tidak lama kemudian, aku dapat rasakan ada cecair sejuk mengalir di dalam mulut sebelum menuruni rengkung. Sejuknya terasa sehingga ke perut.
“Yu Na, do you hear me?” Aku mengerutkan kening. Macam suara Ji Young.
Aku mengangguk perlahan. Hanya itu yang aku terdaya buat setakat ini.
Selepas itu, aku terus tidak sedar apa-apa lagi. Hilang sudah suara Ji Young, Miss Rebella. Lupa sudah aku pada Yu Mi yang terbaring di sebelahku.
Yang aku tahu aku mahu berehat dan tak mahu peduli dengan apa-apa lagi yang berlaku di sekelilingku.
~~~
Kepala yang rasa berpusing aku picit. Meskipun Ji Young berkeras agar aku bermalam di rumahnya, aku tetap berkeras untuk pulang.
Itu pun dia berkeras untuk menghantarku pulang. Ingin saja aku pindah rumah sekarang.
Entah mengapa aku rasa tak selamat selepas dia tahu kedudukan rumahku.
Baru sahaja mahu mengunci cermin balkoni setelah puas mengambil angin malam, aku dikejutkan dengan bunyi kaca pecah.
Kim Bum.
Entah kenapa nama itu melintas di fikiran. Aku segera keluar dan menekan loceng rumahnya berkali-kali namun tiada jawapan.
Dirasuk rasa risau, terus sahaja aku masuk kembali ke dalam rumahku dan panjat tembok balkoni untuk pecah masuk ke rumah dia.
Aku menutup hidung apabila bau sweet Gregory menusuk hidung. Figura Kim Bum yang sedang duduk bersandar di kaki sofa dan merenung tv menjadi perhatianku.
Kaca berserakan dan cebisan beberapa keeping gambar yang dikoyak bertaburan di atas lantai.
“Kim Bum.” Hati-hati aku melangkah mendekati Kim Bum yang hilang di dalam dunianya.
Aku melutut di depan Kim Bum dan memerhatikan muka Kim Bum yang pucat dan mata Kim Bum yang bengkak.
“Apa yang terjadi?” Bebola mata Kim Bum kini tepat memandang mukaku. Sekejap sahaja aku terasa mukaku panas akibat renungan lelaki itu.
Kim Bum ketawa kecil sebelum sebelah tangannya mengesat mata.
“Kau sakit?” Aku meraih tangan Kim Bum.
“Tak ada kena mengena dengan kau!” Aku menelan air liur yang terasa kesat. Kim Bum bangun dan berlalu menuju ke arah biliknya. Itu pun dalam keadaan terhuyung-hayang.
Aku menyapu kaca yang berserakan di atas lantai. Setelah itu, aku duduk mengumpul tin-tin kosong sweet Gregory sebelum masukkan ke dalam plastic sampah.
Cebisan-cebisan gambar yang bertaburan di atas lantai aku ambil. Sebahagian hatiku meronta-ronta untuk melihat gambar-gambar berkenaan dan sebahagian hatiku lagi memberi amaran jangan menceroboh privasi orang lain.
Sebelum sempat aku buat keputusan, tanganku terlebih dahulu pantas menyusun cebisan-cebisan gambar di atas meja.
Kim Bum dan Min Seo sedang makan malam.
Min Seo sedang main piano.
Min Seo kucup pipi Kim Bum.
Aku pandang pintu bilik tidur Kim Bum. Adakah lelaki tu dan Min Seo sedang dalam krisis?
Aku memarahi diri sendiri agar jangan mengambil tahu hal peribadi orang lain.
Setelah memastikan semuanya dalam keadaan teratur, aku kembali ke rumahku.
Baru sahaja aku mahu tertidur, tanganku tersentuh satu benda keras. Aku buka mata dan lihat surat khabar yang masih elok terlipas di sebelahku.
Oh! Pagi tadi aku tak sempat pun nak baca surat khabar. Dalam keadaan mamai, aku mengambil surat khabar berkenaan. Hanya mahu melihat headline news.
Itu dia! Gambar yang terpampang di muka depan surat khabar berkenaan berjaya membuatkan mataku terus terasa segar.
Gambar Min Seo dan Ryu, seorang lelaki berketurunan bangsawan menjadi santapan mata. Gambar kedua-duanya di sebuah restoran itali dan saling suap-menyuap menyebabkanku mengeluh.
Ini rupa-rupanya jawapan kepada masalah Kim Bum. Jawapan kenapa Kim Bum yang mesra tiba-tiba sahaja menjadi seperti orang asing.
Lelaki itu sedang terluka dan sedang melindungi dirinya daripada terus dilukai. Sedang aku asyik baca laporan berita berkenaan, telefon bimbitku berbunyi.
Nama yang tertera di skrin berjaya buatku berdebar. “Papa…”


1 under spell:

Lula An-Nada said...

wah entry nih yg paling panjang....hehehehe..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review