Wednesday, April 25, 2012

My butterfly ->10

Posted by Snow_Queen at 10:59 PM

Majalah di tangan diselak satu per satu. Meskipun tiada apa yang menarik minatnya, dia lebih rela berbuat demikian daripada melihat wajah Min Seo secara terang-terangan.
Senyuman sinis terukir di bibir apabila ekor matanya menangkap kelibat beberapa orang staff perempuan yang duduk di satu sudut sedang berbual-bual dan sesekali memandang ke arah dia.
Pasti memperkata mengenai dia dan Min Seo yang tak bertegur sapa. Bukti paling kukuh mengatakan dia dan Min Seo sedang dalam krisis ialah dia duduk di meja makan yang disediakan oleh pihak produksi manakala Min Seo pula berkurung di dalam bilik soleknya. Selalunya, dia dan Min Seo akan sama-sama duduk di dalam bilik solek Min Seo saja.
Min Seo hanya akan keluar apabila shoot seterusnya bakal berlangsung.
“Min Seo-ah, mari sini sekejap.” Kim Bum hanya mengerling Min Seo yang lalu di hadapannya dengan ekor mata.
Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia memeluk Min Seo dan minta maaf namun niatnya terbantut apabila director iklan produk penjagaan kulit yang mereka sedang shooting kini memanggil dia untuk bersiap sedia masuk ke dalam set.
Nampak gayanya terpaksalah dia tangguh dahulu niatnya untuk minta maaf dengan Min Seo.

Baru sahaja aku mahu menguak pintu bilik Min Seo, suara Min Seo bercakap dengan seseorang menarik perhatian.
Aku buka sedikit pintu bilik soleknya. Figura Min Seo sedang bercakap di telefon sambil menyapu blusher di pipi tidaklah begitu menarik minat ku buat masa ini.
Apa yang menarik minatku adalah apabila mendengar nama Ryu. Aku menelan air liur kasar.
Mahu beredar akan tetapi kaki ku enggan melangkah pergi. Seolah-olah memaksa ku untuk mendengar lagi perbualan di antara Min Seo dan Ryu.
“Bercuti? Ke mana?” Min Seo ketawa galak. Mendengar tawa Min Seo kini bagaikan pisau yang sedang menghiris hati.
Min Seo sudah beri ku jawapan yang jelas namun mengapa aku begitu bodoh dan yakin semuanya pasti akan kembali seperti sediakala?
Min Seo berpaling ke arah belakang apabila seakan-akan melihat kelibat seseorang di luar bilik soleknya.
Dia menguak lebar pintu bilik solek yang terbuka sedikit dan menjengah kepala keluar namun tiada siapa di luar. Dia menutup kembali pintu bilik soleknya dan kembali  bercakap dengan Ryu.

Peraturan di jalan raya dia sudah tak peduli. Jika mempunyai peluang untuk memotong kenderaan lain meskipun merbahaya dia sudah tak peduli.
Pedal minyak ditekan dan jarum meter terus naik. Satu per satu kenangan dia dan Min Seo terlayar di ruang minda.
Perkenalan mereka kali pertama sehinggalah saat keretakan hubungan mereka kini.
Akukah yang bersalah kerana menyokong apa sahaja keputusan Min Seo selama ini?
Akukah yang bersalah kerana kadang-kadang terpaksa meninggalkan Min Seo berbulan-bulan lamanya atas tuntutan kerja?
Air mata mula bergenang di tubir mata dan dengan kasar, dia mengenyeh mata.
Hatinya membisikkan satu semangat yang membuatkan ego lelakinya tercabar.
Telefon bimbit di seat sebelah di ambil dan nombor Min Seo didail. Hati bertambah panas apabila setiap panggilan yang dibuat tidak berjawab.
Tanpa memberi amaran, stereng kereta dipusing kasar membuat u-turn menuju ke arah kondominium mewah milik Min Seo.
Dia mahu berbicara empat mata dengan Min Seo. Dia tak akan biarkan hal ini berlalu begitu sahaja.
Pedal brek ditekan kasar. Berdecit bunyi tayar keretanya apabila terhenti secara tiba-tiba.
Pintu kereta dihempas kasar dan dia melompat melepasi divider yang memisahkan jalan raya dan laluan pejalan kaki.
Angin laut yang menyapa muka langsung tak mampu menyejukkan hati. Kaki ku serta-merta menjadi lemah dan aku jatuh terduduk di atas palang besi divider.
Air mata lelakinya yang ditahan-tahan semenjak daripada tadi akhirnya tumpah jua. Sketsa yang dia tonton di ruang parkir kondominium Min Seo benar-benar membuatkan dia hilang kewarasan akal namun tak pula dia menyerang Min Seo.
Bayangan Min Seo di dalam pelukan Ryu kembali singgah di ruang fikiran.
Tangan kanannya dikepal menjadi penumbuk dan dia, menjerit sekuat hati sebelum menumbuk angin.
Lagu romantic mobile berlagu. Meskipun matanya menjadi sedikit kabur akibat terlalu lama menangis, dia masih mengingati lagu khas yang diset untuk Min Seo.
Wajah Min Seo yang tersenyum di skrin dipandang sekilas sebelum dia bangun dan melemparkan telefon bimbitnya ke tanah sekuat hati berserta dengan jeritan.
Rambutnya diramas perlahan sebelum dia meninggalkan jambatan yang menyaksikan air mata lelakinya tumpah.



0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review