Monday, March 26, 2012

My Butterfly -> 1

Posted by Snow_Queen at 8:33 PM

Sebuah teksi berwarna biru laju menyusuri lebuh raya yang kurang sibuk menuju ke  Adamstown yang terletak diarah utara Negara Estonia.
Sesekali, pemandu teksi itu menjeling ke arah anak gadis di belakangnya yang membisu semenjak daripada tadi. Ada keruh terlukis di wajah manis itu.
Beberapa ketika kemudian, anak gadis itu menurunkan tingkap dan menjenguk ke arah luar sewaktu teksi biru itu melalui sebuah jambatan yang merupakan nadi utama untuk penduduk Negara Estonia berulang-alik ke ibu Negara Estonia, Tallinn.
Di bawah jambatan berkenaan pula ada laut yang juga merupakan nadi utama bagi industri perkapalan bukan sahaja untuk Negara Estonia tetapi juga untuk industri perkapalan Negara-negara jiran untuk berulang-alik dari sebuah Negara ke sebuah Negara yang lain.

Dia tidak mengendahkan pandangan pemandu teksi yang sesekali menjeling tajam ke arahnya. Mata dipejam dan tangan kirinya dijulur keluar untuk merasai udara Estonia yang sudah lama di tinggalkan.
Apabila puas merasai udara petang Estonia, tingkap dinaikkan kembali dan badannya disandarkan kembali ke dada kerusi sebelum kembali merenung ke arah luar. Dia sekali lagi hilang di dalam dunianya sendiri.
 Perlahan-lahan teksi biru itu meninggalkan Tallinn sebaik sahaja pemandu teksi berkenaan memberi isyarat untuk ke kanan menuju ke arah Adamstown.
~~~

Aku hanya merenung badan teksi yang semakin hilang daripada pandangan mata sebelum meneruskan perjalanan menuju ke pinggir tasik taman Everlasting.
Mungkin kerana hari ini bukan hari minggu, kawasan tasik kedua terbesar di Estonia yang menghadap ke arah Tallinn lengang.
Sejambak bunga Lily yang sempat dibeli ketika di dalam perjalanan tadi diletakkan di pinggir tasik.
“Saya dah balik.” Aku mengukir senyuman nipis sebelum membuang pandang ke arah langit yang kian bertukar ke arah warna jingga menandakan senja bakal berlabuh sebentar lagi.
“Minta maaf kerana mengambil masa yang lama untuk kembali ke sini.” Pandangan berkalih pula ke arah sekawan burung yang sedang terbang di dada langit.
Hembusan nafas berat dihela keluar perlahan-lahan sebelum tali beg di bahu kiri dikemaskan. Seolah-olah sedang meraih semangat daripada benda tak bernyawa itu.
“Aku tahu kau pasti ke sini.” Satu suara menyapa.
Aku menoleh ke arah kiri apabila tuan punya suara tadi kini berdiri di sebelahku. Aku menghala pandanganku ke arah pemandangan yang menjadi perhatian jejaka tadi.
Bau haruman Hugo menusuk hidung. Kuat namun menyegarkan. Sesuai dengan personaliti lelaki di sebelahku ini.
“Macam mana kau tahu aku balik hari ini?” Aku menyoal tanpa memandang dia.
“Firasat.” Aku menjulingkan mata apabila mendengar jawapan lelaki itu.
“Kalau aku tak tahu, nama aku bukan Max.” Max tersenyum manis sebelum mengajak gadis di sebelahnya pulang.
Aku memandang Max yang sudah mencapai beg pakaianku dan menghala ke arah keretanya yang dipakirkan tidak jauh daripada taman Everlasting.
Aku memandang jambangan bunga Lily putih itu sekali lagi sebelum mengekori langkah Max yang sudah jauh ke hadapan.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review