Monday, February 6, 2012

The Way You Are [33] -FINAL-

Posted by Snow_Queen at 1:05 PM

Debaran di dada bertambah hebat. Tanganku pula sedang menjalankan tugasnya dengan sebaiknya.
            Seekor makhluk yang menyerupai makluk-makhluk seperti malam kelmarin dijeling sekilas. Masih nyenyak tidur. Apa yang menyebabkan dadanya sesak, ketinggian dan besar makhluk ini lain daripada makhluk semalam. Makhluk yang berada di belakangnya mempunyai ketinggian gergasi.
            Menggeletar tangannya cuba menyelesaikan puzzle di hadapannya. Ada sembilan keping gambar di hadapannya yang mesti dicantum kembali.
            Sekali tersilap letak, kepingan-kepingan gambar tadi akan bertukar kedudukan dan dia akan terpaksa menyelesaikan puzzle itu sekali lagi.
            Hatinya terdetik mengakui keindahan pemandangan temple ini sewaktu dia mula-mula menjejakkan kaki ke kawasan ini.
            Temple ini terletak di tengah-tengah tasik dan ada empat buah jambatan yang menghubungkan temple ini dengan darat. Jambatan itu, masing-masing dari arah utara, selatan, barat dan timur.
Heck!
            Dia hampir menyumpah apabila sekali lagi dia tersilap meletakkan kepingan puzzle.
            Dia menjeling sekilas ke belakang. Minta-mintalah makhluk ini tidur lama-lama sikit.
            Apabila hampir satu jam dia berusaha, akhirnya dia berjaya juga menyelesaikan puzzle itu.
            Lukisan itu bergulung-gulung di udara sebelum hilang daripada pandangan mata.
            Aku menggetap bibir. Menahan debar.
            Tanpa dapat ditahan, sekali lagi aku menoleh ke belakang untuk melihat jika makhluk gergasi itu sudah bangun.
            Seketika kemudian, tapak aku menyelesaikan puzzle tadi, merenggang sedikit demi sedikit dan akhirnya membentuk bulatan.
            Di tengah-tengah bulatan berkenaan, terkandung cairan likat berwarna silver. aku terkebelakang apabila bunyi-bunyi pelik mula terhasil dan kadang-kadang terdapat tangan yang menjulur keluar seolah-olah ingin menggapai sesuatu.
            Aku pusing ke arah belakang apabila terdengar bunyi dengusan nafas yang kuat.
            Makhluk tadi sudah terjaga dan memandang aku tajam dengan matanya merah.
            Tanpa berfikir panjang, saku robe diseluk dan seutas rantai berloketkan jam dicapai sebelum aku campak masuk ke dalam kolam di belakangku.
            Makhluk tadi berlari menuju ke arahku dan dengan segera, aku mengelak ke tepi.
            Semakin lama, kolam itu menghasilkan bunyi ngilu yang kuat sebelum bangunan temple itu bergegar.

            Perdana menteri Etopia dan bala tenteranya memandang langit yang tiba-tiba sahaja bertukar wajah.
            Daripada berwarna biru kepada warna putih semata-mata.
            Ryu, Yesung dan Angela juga menyedari perubahan itu.
            Belakang mereka saling bertemu. Yesung dan Ryu tersenyum nipis. Tahu bahawa Elisabella sudah berjaya melaksanakan misi mereka.
            “Mari kita pergi sekarang.” Yesung berbisik secara senyap.
            Serentak mereka bertiga menekan butang merah di lengan masing-masing.
            “Mereka sudah hilang!” Tempik salah seorang askar yang menyedari kehilangan tiga orang musuh mereka.
            Nayoung menggetap bibir menunjukkan rasa marah namun ketakutan sedang memuncak di hatinya. Dia mahu pulang!

•°*”˜ ˜”*°•

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Kesakitan yang menyengat di tangan tidak dihiraukan.
            Yang penting baginya sekarang, adalah untuk pergi daripada sini namun mengapa butang kecemasannya tidak mahu berfungsi?
            Sudah berkali-kali dia cuba untuk menekan butang itu namun gagal. Mahu saja air matanya tumpah namun kewarasan akal menghalang.
            Dia tahu, jika dia menangis, dia akan lemah dan dengan mudah dia akan di serang.
            Ketakutan yang perlahan-lahan cuba menelan hatinya cuba diusir jauh-jauh.
            Refleks badannya bergerak tergolek ke arah kiri apabila tiang temple tempat dia bersembunyi disembur hamburan api.
            Ya! Makhluk yang menyerupai kerbau ini berupaya untuk menghasilkan semburan api daripada mulutnya dan hentakan yang dihasilkan oleh makhluk ini berkemungkinan besar akan menyebabkan dia hilang nyawa serta-merta.

Yesung terpaku apabila dia tiba-tiba sahaja dipeluk oleh seorang gadis.
            “Awak tak apa-apa?” Seolah-olah baru tersedar daripada mimpi, Yesung melihat Mia yang sedang menangis. Perlahan-lahan dia membalas pelukan Mia.
            “Kau orang, okay?” Leeteuk memandang Ryu dan Angela. Kedua-dua sahabatnya itu mengangguk.
            “Mana Bella?” Kata-kata Mia menyentap hati Ryu.
            “Bukan dia dah kembali dulu daripada kami?” Ryu memandang Mia. Dan melihat gelengan Mia adalah mimpi ngeri buatnya.
            “Kau nak buat apa ni?” Yesung memeluk tubuh Ryu apabila lelaki itu cuba menghampiri pintu masuk Etopia.
            “Aku nak cari Bella!” Ryu menolak Yesung namun Yesung terlebih dahulu memberi isyarat agar Leeteuk membantunya.
            “Kau jangan nak buat keputusan terburu-buru. Nanti Bella dah kembali kau pula hilang. Mari kita tunggu dia dahulu. Aku janji, kalau dalam masa setengah jam dia tidak kembali, kita akan sama-sama masuk cari dia, okay?” Yesung memujuk.
            Ryu terpaksa akur.
            Mia menahan debar di dada. Dalam diam dia berdoa agar Elisabella selamat kembali.
            Telefon bimbitnya berbunyi. Lekas dia mengangkat panggilan itu apabila nama Siwon tertera di skrin.
            “Kami sudah jumpa tempat persembunyian Ingrie, tapi…”
            “Tapi?” Mia mengerutkan keningnya.
            “Kosong. Yang ada hanyalah kotak-kotak kosong.” Siwon merenung kotak-kotak di hadapannya.
            Apabila menamatkan panggilan, dia ternampak satu objek yang terselit di salah sebuah kotak yang ada.
            Objek yang menyerupai kunci hexagon kecil itu dipandang. Siapa sangka, Ingrie juga tahu bagaimana caranya untuk menceroboh Etopia.
            Dengan senyap, dia menjauhkan diri daripada kumpulan penyiasatan.
            Kunci itu disimpan di dalam poket. Sekembalinya dia ke ibu pejabat, dia akan ke makmal dan meleburkan kunci ini.
            Biar tiada sesiapa pun yang akan tahu rahsia untuk ke dimensi yang wujud selain daripada dunia manusia ini.

Seluruh tubuhnya terasa kejang. Saat itu, dia seolah-olah ternampak bayangan ahli keluarganya sedang melambai-lambai ke arahnya.
            Dia tidak mampu untuk melawan lagi. Makhluk ini bukan lawannya.
            Penyesalan datang bertalu-talu di dalam hati.
            Mengapa dia harus mati di saat dia sudah berjumpa kembali dengan Ryu?
            Dia rasa bersalah kerana tidak menepati janjinya dengan Ryu!
            Dan dia tidak dapat mengucapkan terima kasih kepada Mia dan sahabat-sahabatnya yang lain kerana telah banyak membantunya.
            Dan…Janjinya dengan Ryu untuk hidup di tempat lain setelah semua ini berakhir. Dia tidak dapat tunaikannya.
            Maut sedang menanti dan dia pasrah.
            Keningnya berkerut menahan kesakitan apabila terasa kepalanya seakan mahu meletup.
            Telinganya seakan mahu pekak apabila bunyi bising bergema di seluruh ruang temple itu.
            Makhluk tadi yang baru sahaja mahu menamatkan riwayat mangsanya terkaku apabila seluruh temple itu mula bergegar seolah-olah bakal runtuh.
            Dalam keadaan separuh sedar, aku terasa tubuhku sedang berada di awang-awangan.
            Kelihatan cecair silver daripada kolam di sebelahku mula menyaluti tubuh dan lukisan yang ada di wajah sebelah kanannya mula bercahaya semakin lama semakin terang.
            Dia menjerit kesakitan biasan-biasan cahaya yang mengenai makhluk itu menyebabkan makhluk itu menjerit kesakitan sebelum tubuhnya berkecai seolah-olah baru sahaja dihiris dengan pisau yang halus lagi tajam.
            Selepas itu, dia sudah tidak sedar akan apa-apa lagi.

•°*”˜ ˜”*°•

Dia tertawa perlahan apabila terasa ada jemari halus yang membelai lengannya.
            Sebaik sahaja mata dibuka, kelihatan seorang budak lelaki dalam lingkungan lima tahun sedang memandangnya dengan senyuman di bibir.
            Serta-merta dia juga turut tersenyum.
            “Daddy kata aunty Mia dan uncle Yesung nak datang. Daddy suruh kejut mummy.” Xander memandang wajah mummy kesayangannya.
            “Cakap dekat daddy nanti mummy turun.” Sempat dia mengucup pipi Xander sebelum anak kecil itu berlari keluar daripada biliknya.
            Aku bangun perlahan-lahan dan menuju ke arah meja solek. Sikat rambut dicapai sebelum rambutku yang panjang mencecah bahu disisir manakala sebelah tanganku lagi, menggosok perutku yang semakin hari semakin membesar.
            Sebelum keluar daripada bilik tidur, sempat mataku tertancap gambar perkahwinan kami setelah kami berpindah ke Aquapoliss.
            Sedar tak sedar, sudah hampir lima tahun kejadian buruk itu berlaku. Nayoung pula, sehingga ke hari ini tiada khabar berita. Berkemungkinan besar terperangkap di Etopia.
            Mengenai Ingrie dan orang-orangnya pula, kehilangan mereka masih menjadi misteri bagi pihak berkuasa. Bagi kami yang mengetahui cerita sebenar, kami sepakat untuk mendiamkan diri.
             Hugh dan orang-orangnya sudah dijatuhkan hukuman yang setimpal. Dengar kata, Serene telah dilantik menggantikan Edison di WSU dan kes kematian Edison juga telah diselesaikan oleh Serene. Siapa sangka, Ingrie akan membunuh orang kuatnya sendiri?
            Dengar kata, Leeteuk dan Hangeng sedang bersaing untuk merebut hati Serene. Serene katakan kepadaku, the best man win sebelum ketawa jahatnya meletus. Aku hanya tersenyum simpul. 
            Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara di muka bumi ini lagi dan yang lebih penting, hidup di sisi Ryu. Sama-sama membina sebuah keluarga impian kami.
            “Sayang.” Aku mengusap dada apabila tiba-tiba sahaja Ryu memelukku dari arah belakang. Lelaki itu tertawa perlahan.
            “Fikir apa?” Ryu mengucup ubun-ubun isterinya.
            Nothing.” Aku tersenyum manis.
            “Mia dan Yesung dah sampai. Jom turun.” Ryu menarik tanganku menuju ke tingkat bawah.
            “Bella!” Mia yang baru sahaja duduk bangun dan menerpa rakan baiknya itu.
            “Oi! Agak-agak la, tak nampak aku ada bawak orang lain dalam perut ni?” Aku menjegilkan mata ke arah Mia namun Mia hanya ketawa.
            “Macam mana dengan life kau?” Mia memandang ke arahku.
            “Macam inilah. Aku semakin bahagia. Kau?” Aku memandang Mia yang semakin anggun dari hari ke hari.
            Mia mengangguk dan tersenyum manis sekaligus menunjukkan rasa hatinya yang dia juga sedang bahagia kini.
            “Mia, kau ingat lagi tak malam kau cedera tu? Kau ada kata ada dua perkara yang hendak diberitahu pada aku. Satu mengenai Ryu dan satu lagi, sampai sekarang kau masih tak beritahu aku. Ingat lagi tak?” Mia mengerutkan keningnya. Berfikir.
            Seketika kemudian, wanita itu tersenyum manis dan mengangguk.
            “Perkara lagi satu, adakah berkait dengan Yesung?” Aku meneka.
            Mia melopong. “Macam mana kau tahu?”
            “Adalah…” Aku senyum meleret.
            Rakan baikku ini kini telah berhenti kerja dan kini mengusahakan sekolah seni mempertahankan diri manakala Yesung masih kekal dengan kerjanya cuma kerjanya semakin sibuk bila dinaikan pangkat.
            Suara kanak-kanak yang mengilai di taman menarik perhatian ku.
            Dapat aku lihat Ryu, Xander, Yesung dan Henry, anak sulung Mia yang sebaya dengan Xander sedang bermain bola sepak.
            “Kalau lelaki bertemu macam itulah gayanya.” Mia mencebik.
            “Kalau macam tu, kau mengandunglah lagi. Doa biar dapat anak perempuan pula.” Aku menyiku Mia.
            “Uh, silap-silap haribulan anak perempuan aku tu ikut perangai ayah dengan abang dia? matilah aku..” Ketawa kami meletus.
            “Aku ada benda nak bagi kau ni.” Mia meletakkan sekeping kad. Aku mengerutkan kening.
            Mia memberi isyarat agar aku membuka sampul surat berkenaan.
            Senyuman terukir di bibir apabila melihat jemputan kad perkahwinan berwarna keemasan yang tertulis nama Siwon dan Angela.
            Siapa sangka akhirnya jadi juga mereka berdua. Tak sia-sialah aku menyuruh Siwon mengurat Angela sebelum kami berpindah ke Aquapoliss ni.
            “Mummy!” Suara Xander sudah menjerit disusuli dengan ketawa Ryu.
            “Hermm, dah mulalah tu.” Aku bangun dengan bantuan Mia menuju ke arah taman.
            Ryu menggamit ku supaya pergi ke arahnya. Mia menyertai pasukan bola sepak yang dibentuk secara tak rasmi berkumpulan dengan Xander.
            “I love you, not only for what you are but for what I am when I’m with you. 1437.” Aku tersenyum apabila Ryu membisikan kata-kata cinta di telinga.
            What I feel for you seems less of earth and more of a cloudless heaven.” Kali ini giliran Ryu pula tersenyum. Dia cukup yakin Elisabella adalah miliknya. Buat selama-lamanya!
            Meskipun ingatannya masih tidak kembali, baginya yang penting kini adalah keluarganya dan Elisabella. Dia tidak kisah mengenai kenangan lalu. Kini dia hanya mahu mencipta memori indah bersama Elisabella sehingga hembusan nafas terakhirnya.
            Angin berlalu menjatuhkan kelopak bunga-bunga blossom yang ditanam di sekitar kawasan di taman mini itu.
            Semusim lagi telah berlalu dan setiap musim yang berlalu diharapkan akan membawa kebahagiaan kepada setiap insan yang menghirup udara di muka bumi ini.            Ingatlah! Di dalam setiap kesusahan ada kesenangan. Semoga anda semua juga dapat menarik senyuman manis dan bahagia seperti Elisabella…

A/N: tamat sudah cerita ini dan seperti biasa Snow harap korunk semua terhibur membaca karya yang tak seberapa ni. Maafkan snow sekiranya ada bercanggah fakta dan lain-lain lagi maklumlah snow agk lama juga meninggalkan TWUA ni. Segala komen yang diberi amatlah dihargai =)

9 under spell:

Anonymous said...

yea..mmg syok ar TWUA....macam biasa la..karya snow mmg sentiasa best..keep up the good work...aja!aja!fighting! (^__^)

Y-niey said...

karya snow mmg bez....
terhibur sgt..
TERBAIK!!!!~~``
(^____^)

pinkpurle amie said...

your story snow never let me down... this story makes me smile always specially part i know that ryu is donghae....
hwaiting snow... keep on writing ;p

x sabar nak tunggu cter snow seterusnya ;p

love amie <3

pinkpurle amie said...

your story snow never let me down... this story makes me smile always specially part i know that ryu is donghae....
hwaiting snow... keep on writing ;p

x sabar nak tunggu cter snow seterusnya ;p

love amie <3

pinkpurle amie said...

your story snow never let me down... this story makes me smile always specially part i know that ryu is donghae....
hwaiting snow... keep on writing ;p

x sabar nak tunggu cter snow seterusnya ;p

love amie <3

Snow_Queen said...
This comment has been removed by the author.
Snow_Queen said...

@anon: thanks dear <3..sudi2lah jenguk blog ni lg n komen2 =)

@y-niey: thank you so much..sudi2lah dtg lepak sini and komen lagi hehe

@amie:thanks dear..harap terus setia baca karya snow smpailah snow dah xlrat nak mnulis hehe

Cik Miza said...

saya sangat suka.. snow mmg terbaik la... (^___^)v

Snow_Queen said...

@cik apple: Tengs dear ^^
sila2 dtg sini lg..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review