Monday, February 6, 2012

The Way You Are [32]

Posted by Snow_Queen at 12:59 PM
Hampir luruh jantungku apabila secara tiba-tiba sahaja mulutku ditekup dan diseret sehingga ke belakang semak.
            Apabila pergerakanku dilepas, serentak aku berpaling ke belakang.
            “Ryu!” Segera aku memeluk Ryu. Erat.
            Angela tersenyum pahit. Yesung yang memahami raut wajah Angela hanya menepuk bahu Angela perlahan tanda memberi sokongan kepada gadis itu.
            “What happen to you?” Ryu meneliti wajah Bella yang mempunyai lukisan di bahagian wajah sebelah kanannya.
            “I don’t know. Ianya berlaku secara tiba-tiba. Menakutkan?” Aku berundur ke belakang dan memegang pipiku dengan tangan kanan.
            Ryu menarik tanganku dan memeluk ku. “Bagi saya, awak sentiasa cantik.” Dan dia membalas pelukan itu.
            “Macam mana awak boleh kenal saya?” Aku bertanya dengan nada perlahan.
            “Magic.” Dan kami tertawa kecil.
            “Oh! kita kena bersembunyi. Nayoung ada di sini.” Aku segera merungkaikan pelukan Ryu.
            “Nayoung?” Yesung memandang Elisabella bersama kerutan di dahi.
            “Nanti aku cerita. Sekarang kita harus cari tempat yang selamat dahulu untuk bersembunyi.” Aku segera menarik tangan Ryu. Yesung dan Angela segera mengikut langkah Elisabella.

•°*”˜ ˜”*°•

Kelu lidah Ryu dan Yesung untuk berbicara sebaik sahaja Elisabella habis bercerita.
            Aku memandang ke arah Angela yang mungkin sudah tidur di satu sudut.
            Untuk keselamatan, kami telah menaburkan sejenis serbuk berwarna biru di sekeliling kawasan tempat kami berehat.
            Entah apa fungsi serbuk itu pun, dia tidak tahu namun arahan yang diberi oleh professor Kang tetap diingati.
            Aku memandang semula wajah Ryu. Suamiku itu kelihatan termenung jauh. Entah mengapa aku tidak mampu untuk bercerita mengenai pengkhianatan Nayoung dan Edison terhadap suamiku itu.
            “Kau ingat tak malam Ryu kemalangan dulu?” Dia mengangguk apabila mendengar kata-kata Mia.
            “Kemalangan itu sememangnya dirancang. Mereka memang mahu menghapuskan Ryu kerana Ryu adalah batu penghalang kepada hampir kesemua urusan mereka.” Aku mengeluh pula. Dan kebetulan pula dengan kesilapan yang sengaja dilakukan ibu bapa Angela telah berjaya membuatkan Nayoung dan Edison percaya Ryu telah mati. Aku pun.
            Serta-merta wajah Edison dan Nayoung menari di dalam kepala namun ianya tidak lama apabila terasa tangan yang memeluk tubuhku.
            Aku membuka mata dan tersenyum nipis apabila pandangan mata bertemu dengan Ryu. Ryu menarik kepalaku agar bersandar di dadanya.
            Ingin aku ketawa kecil apabila mendengar bunyi degupan jantung lelaki itu berdegup dengan laju. Apakah aku penyebabnya?
            Terasa rambutku dibelai dan mataku terpejam rapat secara automatic. Yesung pula hilang entah ke mana.
            “Perasan tak?” Aku menyoal.
            “Apa?”
            “Saya rasa sudah lama langit ni senja. Adakah di sini tiada malam?” Aku mendongak memandang langit yang berwarna separuh jingga separuh biru. Kelihatan butiran bintang-bintang dan bulan tergantung di langit. Cantik sekali.
            “Mungkin juga.” Ryu mengeratkan lagi pelukan.
            “Lain kali, jangan hilang macam tu sahaja!” Tegas kedengaran nada suara lelaki itu. Aku mengangguk.
            Seketika kemudian, tanpa sedar bibir kami bertaut sehinggalah ada satu deheman yang menyebabkan suasana romantis antara kami berkecai.
            Aku segera menyorokan mukaku di dada Ryu. Malu untuk melihat wajah Yesung.
            Makin merona wajahku apabila aku mendengar Yesung tertawa kecil. Manakala Ryu hanya menjelirkan lidah ke arah Yesung sebelum dagunya mendarat di atas kepalaku.

Angela mengesat air mata yang merembes keluar. Dia dengan tidak sengaja ternampak akan perlakuan romantis antara Ryu dan Bella. Dan sepantas kilat itu juga dia kembali baring.
            Tekaknya yang dahagakan air tidak dipedulikan. Dia berpura-pura untuk tidur dengan harapan luka dihatinya akan segera sembuh.
            Aku terjaga apabila terasa Ryu bergerak.
            “Ke..” Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, pandanganku menangkap sekumpulan makhluk yang melalui tempat rehat kami.
            Rupa makhluk berkenaan kelihatan bengis seolah-olah sedang memburu mangsa mereka. Mereka juga mempunyai sepasang kepak hitam dan senjata ti tangan.

            Ryu memberi isyarat agar kami semua diam manakala Yesung pula bersiap-sedia dengan senjatanya.
            Anehnya, makhluk-makhluk itu seakan tidak menyedari kehadiran kami di sini. Seolah-olah kami ini ghaib dari pandangan mata mereka.
            “Serbuk tu…” Perlahan Angela menuturkan kata-katanya. Yesung yang terdengar hanya mengukirkan senyuman nipis.

•°*”˜ ˜”*°•

“Macam mana kita nak masuk dalam temple tu kalau kita nak kena lalui istana ni?” Angela membebel sendirian apabila memandang peta di tangan. Yang lain-lain diam seakan-akan sedang merancang strategi.
            “Kita tak boleh ambil risiko. Hanya seorang sahaja yang boleh pergi ke temple tu dan yang lain alihkah perhatian seluruh askar dari istana berkenaan.” Yesung memberi buah fikiran.
            “Habis tu, siapa yang akan menceroboh masuk temple tu?” Ryu memandang Yesung. Kalau boleh, dia tidak mahu Bella yang pergi.
            “Kita vote.” Elisabella mengutarakan cadangan. Ryu menelan liur. Perkara yang paling ditakutinya bakal terjadi.
            Angela memejam mata sambil tangannya mengambil kayu yang berada di dalam tangan Yesung. Yesung halakan pula tangannya ke arah Elisabella sebelum ke arah Ryu.
            “Siapa dapat kayu yang panjang, dialah yang akan ke temple berkenaan.” Yesung memberi kata putus sebelum masing-masing mengunjukan kayu yang berada di tangan masing-masing.
            “So…” Aku berdehem perlahan apabila melihat saiz kayu di tanganku.
            “Aku yang akan pergi.” Ryu membantah.
            Yesung mahu buka mulut namun terlebih dahulu ditegah oleh Elisabella.
            Gadis itu menarik Ryu jauh sedikit daripada pandangan Yesung dan Angela.
            “Bella…” Ryu memandangnya dengan penuh perasaan.
            Aku menggetap bibir. Ni yang lemah ni bila dengan suara Ryu yang lunak semacam.
            “Sayang…” Sengaja pula aku melunakkan suara sambil melingkarkan tangan ke pinggang Ryu.
            “Awak tak percayakan saya, hermm?” Aku memandang wajah Ryu dengan penuh kasih.
            “Yes, I do. But I’m afraid…”
            “Kalau macam tu awak mesti percayakan saya sepenuh hati. Hei, ini Elisabella lah. Tak pernah berputus asa sebelum berjuang.
            Lagi pula, kalau ada apa-apa yang bakal berlaku, saya akan tekan butang kecemasan ni dan puff..Saya akan kembali ke dunia nyata.” Aku cuba memujuk Ryu.
            “Promise me. Jangan tercedera.” Ryu memeluk isterinya.
            “Ok.” Aku tersenyum nipis sebelum menunjukkan isyarat ok kepada Yesung.

“Wow! Rilek Mia. Kau nak bunuh kita semua ke?” Hangeng memandang Mia yang sedang membawa kereta dengan kelajuan tinggi.
            “Mia, berhenti ke tepi.” Suruh Siwon.
            “Oh! shut up.” Mia membalas dengan nada jengkel.
            “Mia!” Siwon memegang bahu Mia dari arah belakang. Mia terpaksa akur dan berhenti ke tepi jalan sebelum turun.
            Siwon keluar dan mengambil alih tempat pemandu manakala Mia masuk ke belakang kereta dengan perasaan sebal. Sengaja dia menghempas pintu tanda protes.
            Hangeng memandang Siwon. Siwon hanya angkat bahu.
            Beberapa jam kemudian, Hangeng, Siwon, Leeteuk dan Mia sampai di kaki bukit National Forest Accrapolis. Selang beberapa minit kemudian, beberapa orang pegawai TPDI tiba.
            Leeteuk memberi arahan berasingan kepada anggota-anggota TPDI yang membentuk kumpulan kecil.
            “Aku akan jejak kawasan persembunyian Yesung.” Mia menawarkan diri. Leeteuk ikut serta manakala Hangeng dan Siwon mengetuai dua buah kumpulan TPDI menuju ke arah utara National Forest Accrapolis, tempat kedudukan kumpulan Ingrie dan anak-anak buahnya yang sudah dapat dikesan selepas penahanan Hugh. Dan mereka harus sampai ke destinasi masing-masing seperti yang telah dirancang sebelum ini.


0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review