Monday, February 6, 2012

The Way You Are [31]

Posted by Snow_Queen at 12:56 PM

Ryu, Yesung dan Angela terduduk kepenatan. Sepanjang mereka mencari Elisabella, sudah pelbagai jenis dan rupa makhluk yang mereka temui.
            Ada yang tidak mengendahkan kehadiran mereka bertiga ada yang menyerang mereka.
            Remang-remang senja sudah mula kelihatan. Ryu memandang ke arah langit. Terlukis kerisauan di wajah itu.
            Yesung menepuk bahu Ryu untuk menenangkan sahabatnya itu. Meskipun dia tahu Donghae sudah lama mati dan di depannya ini merupakan orang lain, dia tetap menganggap Ryu itu sahabat baik dia juga. Seperti Donghae!
            “Tak lama lagi malam bakal menjelma.” Sebaris ayat itu sudah cukup membuatkan Yesung dan Angela memahami betapa risaunya Ryu terhadap kehilangan Bella.
            Angela merenung ke arah lain. Hatinya kecilnya tersenyum dengan kehilangan Elisabella.
            ‘Kalau tak jumpa lagi bagus!’ Bisik hati jahatnya dan dia tersenyum sendiri tanpa disedari.

Elisabella terbaring kepenatan di atas tanah. Dia sudah tidak peduli dengan apa-apa pun.   Malah bau darah yang menyengat hidung pun dia sudah tidak ambil peduli. Yang dia tahu matanya benar-benar berat dan matanya sudah mahu tertutup.
            Kalau ada yang mahu menyerangnya lagi pun agaknya dia hanya akan berserah sahaja. Banyak sudah tenaga yang dipakai semenjak dia menjejakkan kaki ke Etopia ini.
            Dia berpaling ke arah kiri. Bangkai seekor ular gergasi menyapa pandangan matanya. Dalam hati, dia berterima kasih kepada alatan professor Kang yang banyak membantunya.
            Keamananya tidak bertahan lama apabila dia mendengar bunyi tapak kaki menuju ke arahnya. Secara automatic dia bangun dan melekapkan telinganya di atas tanah. Mahu mengenal pasti siapa yang menuju ke arahny.
            Dia bangun dan memanjat naik ke atas sebuah pokok yang sedikit tinggi dan berdaun lebat.
            Sengaja dia memilih dahan yang agak tinggi untuk bersembunyi. Beberapa ketika kemudian, berpuluh-puluh ekor kuda berwarna putih melalui tempat persembunyiannya.
            Dia meniup angin keluar daripada mulutnya untuk menutupi jejak yang menunjukkan kehadiran manusia di situ.
            Beberapa orang askar berpakaian hitam berkilat turun daripada tunggangan mereka. Bangkai ular gergasi yang terdampar di tengah jalan diperiksa sebelum dilaporkan kepada ketua mereka yang duduk di barisan belakang.
            Seorang lelaki berbadan sasa turun daripada tunggangannya dan menuju ke arah bangkai ular berkenaan.
            Tangan di depa ke arah hadapan dan serta-merta bangkai ular tadi berkecai menjadi abu.
            Tanpa sedar, Elisabella menelan air liur. Di dalam hati memuji kehebatan lelaki tadi.
            Apabila rombongan askar tadi mula bergerak, dia juga turut bergerak mengekori mereka. Seumpama angin, dia berlari dari pokok ke pokok.

•°*”˜ ˜”*°•

Nayoung menggetap bibir. Hatinya dikuasai ketakutan apabila ditangkap dan di bawa ke sebuah bangunan mewah yang seakan-akan istana.
            Entah bagaimana dia boleh tersilap langkah dan seterusnya ditawan. Kemungkinan ketika ini, tiada sesiapa pun yang menyedari kehilangan dia.
            “Selamat pulang, Tuanku.” Nayoung kaget apabila disapa begitu. Dia merenung seorang lelaki tua yang mempunyai rambut panjang berwarna kuning air separas bahu dan janggut putih separas dada.
            “Kami sudah lama menantikan kepulangan Tuanku. Hidup Tuanku!” Dan sebaik sahaja lelaki tua itu melutut, seluruh askar yang berkhidmat untuk kerajaan Etopia turut melutut dan melaung “Hidup Tuanku!”
            Nayoung menjadi tergamam. Bulu romanya menegak. Helah apakah ini?
            “Kami sentiasa akan berkhidmat untuk Tuanku. Tuanku ada apa-apa arahan?” Dan kata-kata lelaki tua dihadapannya dicerna dengan teliti. Perlahan-lahan otaknya mencerna situasi dan ayat lelaki tua itu.
            Serta-merta senyuman terukir di bibirnya.


“Tangkap mereka semua!” Arahan itu dilaungkan sekuat hati dan serta-merta askar-askar berpakaian serba hitam itu mengepung musuh mereka.
            Ingrie dan orang-orang bawahannya terkesima apabila diserang secara mengejut. Emas-emas di tangan terburai jatuh ke atas tanah.
            Mereka semua tidak berani melakukan sebarang pergerakan apabila pedang tajam sudah dihunus di tengkuk masing-masing.
            “Melutut!” Serentak kesemua tawanan mereka disepak supaya jatuh melutut.
Nayoung turun daripada kuda tunggangannya dan berdiri di hadapan Ingrie.
            “Apa semua ni, Nayoung?” Hampir terkeluar biji mata Ingrie apabila melihat Nayoung menuju ke arah dia.
            “Biadap!” Seorang askar menampar pipi Ingrie. Ingrie mengaduh kesakitan. Pipinya terasa pijar.
            “Bunuh mereka semua!” Sebaris ayat keluar daripada mulut itu dan serentak dengan itu, kesemua askar di bawah khidmat Nayoung melakukan tugas masing-masing.
            Dalam sekelip mata, banyak mayat bergelimpangan di tanah lapang berhampiran sungai suci Rhombus.
            Nayoung tersenyum sinis sebelum beredar.
            Elisabella yang mengikuti Nayoung semenjak daripada tadi menahan bunyi deruan nafasnya dengan menekup separuh daripada mukanya dengan telapak tangan.
            Perlahan-lahan dia cuba mencerna situasi dihadapannya. Semenjak dia mengekori askar-askar tadi sehingga ke sebuah istana dan kemudian dia terlihat Nayoung pula keluar daripada istana itu.
            “Mengapa mereka memanggil Nayoung, Tuanku?” Dia berbisik sendirian.
            Perlahan-lahan, bagaikan angin dia meninggalkan tempat kejadian.
            Nayoung tersenyum nipis. Tugasnya untuk membunuh Ingrie sudah dilaksanakan.
            Dia merancang untuk menguasai tempat itu. Lagi pula, bukankah rakyat Etopia sudah mengakui dia itu pemerintah di situ?
            Dia tertawa kecil. Angan-angannya mula tinggi melangit.
            Apabila sampai di perkarangan istana, perdana menteri Etopia, Jack melemparkan senyuman manis. Dia menghulurkan tangan untuk memimpin Nayoung ke singgahsana.
            “Bagaimana dengan tetamu lain yang tidak diundang, Tuanku?” Jack bersuara.
            Nayoung mengerutkan dahi. Jack segera menunjukkan bebola Kristal milinya.
            Wajah Yesung, Ryu, Elisabella dan Angela muncul.
            Nayoung terasa dadanya seakan dihimpit batu apabila wajah Ryu muncul.
            Mustahil! Bukankah lelaki itu sudah mati?!
            “Tangkap mereka semua dan bawa mereka menghadap beta.” Nayoung mengeluarkan arahan.
            “Ingat! Beta mahu mereka hidup-hidup. Sesiapa yang melanggar arahan, akan beta bunuh.” Selajur itu dia menyilangkan kakinya. Wajah Ryu menyapa pandangan matanya.
            Kenangan lalu mula bertandang di fikiran.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review