Monday, February 6, 2012

The Way You Are [30]

Posted by Snow_Queen at 12:55 PM

Aku ternganga memandang pemandangan di hadapanku. Sungguh cantik sekali. Hatiku seakan tidak mahu pulang kerana sudah tertarik dengan kecantikan dunia ini.
            Di kiri dan kanan kami dipenuhi dengan pepohon Fir dan di tepi-tepi jalan pula dipenuhi dengan semak bunga-bungaan yang pelbagai warna.
            Dia mengarahkan pandangan matanya ke arah Ryu, Yesung dan Angela sebelum ketawanya meletus tanpa dapat ditahan.
            What?” Angela memandang Elisabella dengan pandangan tak puas hati.
            Aku menahan tawa. “Cuma tengok diri kau orang sendiri.”
            Ryu, Angela dan Yesung saling tergamam. Mereka baru perasan bahawa diri mereka sudah berubah. Dari hujung rambut ke hujung kaki.
                                          -Ryu-
                                            -Yesung-
                                               -Angela-
            “Tapi kenapa kau tak berubah?” Yesung mengerutkan dahinya. Di antara mereka berempat, hanya Elisabella kekal seperti sediakala.
            Thank god. Aku tak mahu pakai pakaian macam dalam cerita anime yang selalu Kevin tengok…” Dan di akhir ayatnya, ada sendu berlagu di situ.
            Wajah ahli keluarganya tiba-tiba sahaja menari-nari di mata. Ryu memberi isyarat agar Yesung dan Angela bergerak dahulu. Kedua-duanya akur.
            “Sayang.” Aku mengangkat pandangan memandang wajah Ryu.
            Ryu mengusap wajah isterinya.
            “Saya selalu ada untuk awak. Mari kita selesaikan misi ini secepat mungkin dan hidup jauh daripada sini hermmm..” Aku mengukirkan senyuman nipis dan menganggukan kepala.
            Kini, aku hanya mempunyai Ryu. Di dalam hati, sempat aku titipkan doa agar misi kali ini berjalan dengan lancar.
            Let’s go.” Ryu menggengam tanganku dan bergerak menuju ke arah barat.


“Akhirnya Tuanku pulang juga.” Seorang lelaki berjanggut putih sehingga ke paras dada merenung bebola kaca miliknya.
            Senyuman tidak lekang semenjak daripada tadi apabila orang yang ditunggu selama ini muncul jua.
            “Ada penceroboh daripada dunia luar.” Seorang askar berlari-lari anak memasuki ke dalam kamar miliknya.
            “Sila berikan arahan.” Askar tadi memandang Tuannya.
            “Tak perlu buat apa-apa. Tuanku akan uruskan semuanya.” Askar tadi mengerutkan kening. Tidak faham akan butir bicara perdana menteri Etopia yang berusia ribuan tahun itu.
            Dia segera keluar apabila tidak menerima jawapan untuk soalannya yang seterusnya.

•°*”˜ ˜”*°•


Senjata milik Yesung terawang-awang di udara apabila musuh-musuh di hadapan mereka selesai ditumpaskan.
            “Kau okay?” Yesung memandang ke arah Ryu yang baru sahaja datang entah daripada arah mana.
            Di dalam perjalanan tadi, mereka berempat terpisah apabila diserang oleh sekumpulan makhluk yang tidak dikenali. Masing-masing melarikan diri tanpa sedar mereka terpisah.
            Ryu memandang makhluk di hadapannya. Dipandang mahkluk yang bermandikan darah di hadapannya. Separuh daripada badan makhluk itu, separuh kuda separuh lembu [?]
            Entah dia sendiri tidak dapat memberikan gambaran tepat mengenai makhluk di hadapannya.
            Serentak Yesung dan Ryu memandang ke satu arah. Masing-masing sudah bersedia dengan senjata di tangan masing-masing.
            Mereka menarik nafas lega apabila Angela muncul.
            “Sumpah aku rasa sekarang aku macam dalam permainan video.” Ryu dan Yesung tertawa kecil apabila mendengar kata-kata Angela. Angela hanya menarik sengih.
            “Mana Bella?” Yesung menuturkan soalan itu.
            Serta-merta wajah Ryu berubah. Dia mulai risau apabila Bella tidak muncul-muncul.
            “Ryu..”
            “Biar aku pergi cari dia.” Ryu sudah mahu bergerak namun ditahan Yesung dengan senjatanya.
            “Kita tak boleh bertindak sesuka hati di sini. Kau tahu kan hal itu?” Yesung mengingatkan.
            “Tapi…”
            “Kita akan cari dia bersama-sama. Kau jangan bertindak terburu-buru.” Yesung menenangkan Ryu yang kelihatan hilang arah.
            Angela menggetap bibir. Jauh di sudut hatinya, dia kecewa.

Aku terduduk di atas tanah. Terkejut dengan kuasa yang baru sahaja aku gunakan. Atau lebih tepat, badanku bergerak sendiri menghasilkan tenaga yang entah tidak diketahui dari mana datangnya.
            Dipandang pula musuh-musuh yang tumbang sekaligus akibat percikan cahaya keemasan yang baru tubuhnya hasilkan sebentar tadi.
            Aku bangun kembali apabila semangatku sudah diraih kembali. Benarlah kata professor Kang bahawa di sini, kami akan mengalami sesuatu yang luar biasa hebatnya yang tidak dapat kami rasai di dunia sebenar.
            “Kekuatan dalaman kamu akan menjadi penentu sekuat mana kuasa yang kamu bakal hasilkan.” Kata-kata professor Kang tiba-tiba terlintas di fikiran.
            “Semakin banyak kesusahan dan penderitaan yang kamu alami, semakin hebat kuasa kamu.
            Begitu juga untuk orang yang mempunyai hati-hati yang bersih. Tapi..Kamu harus ingat, jangan sampai kuasa itu yang mengawal dan memakan diri kamu!”
            Seketika kemudian, aku termangu apabila menyedari diriku kini berseorangan. Entah sejauh mana aku berlari apabila dikejar oleh makhluk yang tidak aku ketahui namanya ini.
Shit!
            Aku menggetap bibir apabila menyedari salinan peta yang diberi Yesung hilang.
            Tiga lorong di hadapanku, aku pandang sekali imbas. Jalan mana yang harus aku ambil?
            Seketika kemudian, aku terpandang akan butang merah di lenganku.
            Tidak! Aku tidak boleh mengalah begitu sahaja. Aku akan pastikan misi kali ini diselesaikan.
            Dengan hati yang berat, aku buat keputusan sendiri. Apabila bersendirian, mengikut kata hati mungkin merupakan langkah yang tepat!
            Dan sebaik sahaja dia melangkah ke arah lorong pilihannya, tanpa disedari, penampilannya berubah perlahan-lahan. Sekali imbas, pemakaiannya seperti pembunuh upahan pada zaman klasik.
            Pakaiannya bertukar menjadi warna putih dan tubuhnya dilitupi oleh robe panjang sehingga ke lutut yang juga berwarna sama. Di sebelah kanan wajahnya, terbentuk satu corak abstrak yang panjangnya sehingga ke pipi yang berwarna hitam.
                                          -Elisabella-

•°*”˜ ˜”*°•

Nayoung menyumpah apabila lengannya calar-balar akibat diserang oleh sekumpulan gargoyle. Makhluk hodoh dan pendek itu tidak diketahui daripada mana datangnya. Sungguh menjijikan!
            Dia melepaskan beberapa das tembakan sebelum menyelamatkan diri. Kali ini, dia tidak pedulikan akan harta-harta yang ingin dicari sebaliknya, misi utama yang diberi Hugh harus di laksanakan secepat mungkin.

Mia menggigit pen di tangan. Leeteuk yang menyedari keresahan Mia menegur gadis itu.
            Mia hanya tersenyum tawar sebelum melepaskan keluhan.
            “Mereka akan kembali ke sini dengan selamat.” Mia hanya mengangguk apabila Leeteuk memujuknya.


0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review