Monday, February 6, 2012

The Way You Are [29]

Posted by Snow_Queen at 12:45 PM

Aku menyandarkan badan di sebuah pohon yang tak diketahui namanya. Pandangan ditala ke langit. Sinaran mentari berbalam-balam di kaki langit tanda matahari akan timbul sebentar lagi.
            Selepas perjalanan yang begitu panjang, akhirnya kami tiba di destinasi yang telah dikenal pasti.
            Hatinya berasa sedikit resah. Mungkin kerana mendengar berita yang sedikit mengejutkan daripada Serene pada pagi tadi. Pada saat dia menjejakkan kaki ke destinasi ini.
            Masih terngiang-ngiang suara Serene di telinga.
            “Kau dah dengar berita terbaru?” Soalan Serene menyentak hatinya. Dia diam tidak memberikan sebarang jawapan.
            Perlahan-lahan dia mengasingkan diri daripada Yesung, Ryu dan Angela yang sedang berehat di depan sebuah gua sambil bersembang kosong.
            “Ada mayat ditemui pagi tadi. Guess who?” Suara Serene kedengaran sedikit serak kali ini.
            You tell me.” Mendatar suaranya menjawab.
            Edison is dead.” Dan sebaris nama itu berjaya membuatkan seraut wajahnya berubah.
            Where, when, how, who…” Laju sahaja soalan-soalan itu keluar daripada mulutnya.
            “Semalam dekat Greenwith Alley. Kau kan tahu tempat tu sedikit tersorok. Kata pegawai forensic akibat dihentak benda keras dan tak ada tanda langsung Edison melawan.
            Berkemungkinan besar orang yang menyerangnya adalah orang yang dikenali. Kami di sini tengah kelam-kabut. Nayoung pun menghilangkan diri semenjak daripada semalam.” Kedengaran Serene mendengus nafas kasar.
            “Kau dekat mana ni?” Dan soalan Serene menyebabkan dia terkebil-kebil sendirian.
            “Dekat rumah. Aku baru balik dari pejabat.”
            “Okay, aku pun tak nak kacau kau dah. Aku chow dulu.”
            “Serene!” Hampir suaranya terjerit memanggil nama Serene.
            What?” Serene di talian sebelah mengerutkan kening. Terkejut.
            “Kalau ada apa-apa perkembangan terbaru mengenai kes Edison, e-mail aku. Aku mungkin tak dapat dihubungi untuk beberapa waktu.” Sempat aku menitipkan pesanan sebelum memutuskan panggilan.
            Sekarang, aku bersyukur kerana Ryu masih tidak mengingati apa-apa kejadian silamnya. Kalau Ryu tahu bahawa apa yang terjadi pada dirinya adalah disebabkan rancangan kawan-kawan baiknya sendiri apa perasaan lelaki itu?
            Sedang hatinya berbolak-balik dengan beberapa andaian, satu suara menyapanya.
            Yesung menghulurkan sebotol air kepada Bella yang kelihatan termenung jauh.
            “Kau marahkan aku?” Aku mengarit senyuman sinis di bibir. Botol air yang diberikan oleh Yesung aku buka sebelum isi botol itu ditelan.
            “Kenapa aku mesti marahkan kau?”
            “Sebab aku bawa Angela menyertai?” Kali ini jejaka itu mengambil tempat di sebelah Elisabella. Sedikit jauh.
            “Kenapa mesti dia?” Aku berpaling ke arah Yesung yang sedang memandang Ryu yang sedang mengajar Angela menggunakan peralatan-peralatan yang dibekalkan oleh professor Kang.
            “Selain daripada Mia, dia adalah calon yang terbaik untuk membantu kita. Aku cukup yakin dengan keputusan aku.” Yesung mengalihkan pandangan ke arah Bella yang kini sedang memandang ke arah Ryu dan Angela. Sukar sekali dia mahu menafsirkan riak muka Bella kala ini.
            “Kalau dah itu yang kau kata, aku percayakan penilaian kau. Tapi, kau kena tanggung apa sahaja akibatnya kalau kami bergaduh atau bermasam muka dan yang sama waktu dengannya  sebab aku tak ada niat untuk berbaik dengan dia.” Sinis sekali aku menuturkan ayat itu.
            Yesung hanya mengangguk kepala. Dia tersenyum tawar.

Sementara itu, di utara hutan National Forest Accrapolis, orang-orang Ingrie dan Hugh sedang bersiap-sedia untuk masuk ke Etopia. Dua buah lori yang mengandungi kotak-kotak kayu di letak di kaki bukit sebelum orang-orang suruhan Ingrie dan Hugh dikerah untuk mengangkut kotak-kotak berkenaan ke arah sebuah gua.
            Ingrie memandang Nayoung yang sedang memeriksa senjata sebelum mendekati gadis itu.
            “Aku tak sangka Hugh hantar kau ke mari.” Ingrie menjamah setiap inci tubuh Nayoung dengan pandangan matanya.
            “Habis tu takkan orang tua berkerusi roda itu sendiri yang harus ke mari?” Sinis sekali tuturan kata Nayoung.
            Ingrie ketawa. “Apa kata selepas misi ini selesai, kita makan malam bersama?” Tangannya memegang lengan Nayoung.
            Nayoung tersenyum sinis. “In your dream.” Lekas sahaja dia memijak kaki Ingrie sebelum mendapatkan anak-anak buahnya.

•°*”˜ ˜”*°•

Ryu dan Yesung memeriksa pintu gua yang juga tempat pertahanan mereka sekali. Setelah memastikan tiada sesiapa yang akan menjumpai mereka di sini dan juga sistem pertahanan yang dipasang berfungsi dengan baik, mereka bergerak ke arah Angela dan Elisabella yang buat hal masing-masing.
           Ready?” Yesung selaku ketua misi kali ini memandang Ryu, Bella dan Angela. Masing-masing mengangguk.
            “Ingat, kalau ada apa-apa kecemasan, tekan butang merah yang terdapat di lengan kau orang.” Yesung mengingatkan sekali lagi.
            Setelah memeriksa kelengkapan yang dipakai buat kali terakhir, Ryu memberikan seorang sebiji pil berwarna merah. Pil itu berfungsi untuk menyesuaikan suhu badan mereka dengan suhu dunia Etopia yang sentiasa sejuk tanpa salji sepanjang tahun.
            Ryu meletakkan sebuah kotak hexagon ditengah-tengah gua. Sesaat kemudian, kotak itu mula bergetar sebelum memancarkan cahaya berwarna kebiruan.
            Sesaat kemudian, keempat-empat tubuh anak muda itu hilang. Yang tinggal hanyalah sebuah kotak hexagon yang diam tidak bergerak lagi.



0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review