Monday, February 6, 2012

The Way You Are [27]

Posted by Snow_Queen at 12:44 PM

Sampai sahaja di depan rumah Yesung, tanpa berkata apa-apa Elisabella terus sahaja keluar daripada kereta dan berlari masuk ke dalam rumah Yesung.
            Ryu menarik senyuman segarit apabila melihat perlakuan Bella. Tahu isterinya merajuk dan mahu dipujuk.
            Selepas mematikan enjin, lekas sahaja dia berlalu ke dalam. Pandangan matanya jatuh ke arah Yesung, Mia, Leeteuk, Siwon, dan juga Hangeng. Wajah masing-masing terlukis dengan perkataan kita-dalam-masalah-besar.
            “Apa yang terjadi?” Dia memandang ke arah Yesung. Yesung mengeluh kasar.
            “Salinan peta ke Etopia sudah hilang.” Ayat yang keluar daripada bibir Hangeng menyebabkan dia hampir jatuh terduduk. Dia memandang sekilas ke arah Bella yang duduk di sebelah Mia. Tak dapat dia menafsirkan riak wajah itu.
            “Macam mana dan siapa?” Ryu menggumam sendirian.
            “Entahlah. Selepas ke rumah prof, aku terus balik rumah tapi bila buka je pintu rumah, hati aku dah tak berapa nak sedap dan instinct aku tepat apabila salinan peta itu hilang. Maafkan aku Bella.” Yesung memandang ke arah Bella yang mempercayainya untuk menyimpankan salinan peta itu bagi pihaknya.
            “Jangan risau. Yang paling penting, kita ada kunci untuk masuk ke dalam sana. Fasal peta tu, aku dan Mia sudah hafal jalan di dalam dunia sana tapi, aku tak berapa pasti koordinat yang tepat untuk buka pintu dunia itu…” Sengaja Bella meleretkan nada suaranya.
            “Aku ingat tapi, aku tak berapa pasti sebab dah lama aku tak ke sana.” Yesung menggaru dagu.
            “Kalau macam tu tak ada masalah kan? Tak ada apa yang perlu kita risaukan. Yang paling penting sekarang ini, kau orang harus cepat ke sana dan selesaikan hal ini secepat mungkin. Kami juga akan mainkan peranan kami di sini dengan sempurna.” Leeteuk memandang Siwon dan Hangeng yang masing-masing tersenyum nipis.
            “Tapi Mia, luka kau masih belum sembuh.” Bella memandang Mia.
            “Aku cadangkan kau cari orang lain untuk gantikan aku. Aku minta maaf sebab melambatkan kauorang.” Mia memandang Bella sebelum melirikkan matanya ke arah Yesung. Yang lain-lain mengangguk setuju.
            “Kalau macam tu, aku ada calon yang sesuai untuk tolong kita.” Yesung tersenyum sinis.
            “Siapa?” Serentak semua bersuara namun Yesung hanya sekadar tersengih.
            “Kalau macam tu, Mia boleh bantu kami kan?” Siwon memandang ke arah Mia dengan ragu-ragu namun sesaat kemudian dia tersenyum nipis apabila Mia menganggukkan kepala.
            “Kita semua akan bertolak ke Etopia pada malam esok. Ryu, kau dan Bella aku jemput di tempat persembunyian Bella dan Mia. Bawa barang-barang yang perlu sahaja dan yang paling penting, barang-barang yang diberi oleh professor Kang.” Yesung memberi kata putus. Yang lain-lain mengangguk tanda setuju.

•°*”˜ ˜”*°•

Aku menjeling Ryu yang hanya berdiam diri semenjak daripada setengah jam tadi. Entah apa angin mamat ni bawa aku ke taman di pagi-pagi buta ni.
            “Saya nak balik.” Ryu memandang ke arah Bella yang bersuara akhirnya setelah setengah jam mereka berdua di sini.
           Aku menggetap bibir apabila Ryu tidak memberi sebarang tindak balas. Eiii…Mamat ni aku balik sendiri juga karang. Sudahlah esok dia merancang untuk memanaskan badan dengan berlatih segala macam jenis seni pertahankan diri yang agak sudah lama ditinggalkan.
            Tidak betah duduk di sisi Ryu, aku terus bangun sebelum pergelangan tanganku direntap menyebabkan aku terduduk kembali. Aku memandang garang ke arah Ryu.
            “Awak nak apa?” Aku mengerutkan kening. Ryu tersenyum nipis sebelum memeluk tubuh isterinya. Dagu didaratkan ke atas bahu Bella.
            “Saya tunggu awak sejuk.”
            Kening berkerut. “Huh?”
            Tangan Bella diramas perlahan. “Saya tahu awak ambil hati fasal Angela tadi, kan?” Dia buka mulut akhirnya mengenai hal di café tadi.
            Serta-merta riak wajah Bella berubah apabila mendengar kata-kata Ryu.
            “Mana ada.” Tegas dia menafikan.
            “Ada.”
            “Tak ada.”
            “Ada!”
            “Tak ada!”
            “Ada, kan sayang?”
            “Fine! Ada. Puas hati?” Aku mengeluh kasar. Buang karan aja lawan mulut dengan mamat ni kalau apa yang diperkatakan itu betul. Makin membara hatinya apabila mendengar Ryu tergelak kecil.
            “Ha…Kan senang kalau berterus terang. Awak tahu dalam hati saya hanya ada awak seorang. Daripada dahulu sehingga sekarang.
            Kalau saya tak sayang awak, tak payah saya nak susah-susahkan diri untuk mengorat awak dulu. Lagi pun, benda yang kita susah nak dapat itulah benda yang paling kita hargai.”
            Tanpa sedar, bibirku tergaris senyuman kecil apabila mendengarkan kata-kata Ryu. Hati yang tadinya membara terus sahaja menjadi sejuk umpama disirami air.
            Ryu pula makin mengeratkan pelukan apabila melihat senyuman Bella daripada hujung ekor matanya. Tahu dia sudah berjaya memujuk buah hatinya yang seorang itu.

Nayoung memandang Hugh yang terus sahaja senyap sebaik sahaja dia selesai memberi laporan kepada lelaki itu mengenai pergerakan musuh-musuh mereka dan Ingrie.    Kemungkinan besar, lelaki itu sedang berfikir mengenai langkah mereka yang seterusnya.
            “Nayoung, kau tahu aku percayakan kau, kan?” Nayoung mengangguk sebagai jawapan kepada Hugh.
            “Beritahu Ingrie, siap-sedia untuk mengekori Yesung esok dan cari masa yang sesuai untuk menceroboh masuk Etopia. Kau, aku tugaskan untuk mengikuti Ingrie.         Setelah kau menceroboh masuk Etopia, aku mahu kau bunuh Ingrie dan orang-orang mereka. Bawa seberapa banyak orang kita yang kau mahu. Aku harap kau tak kecewakan aku.” Hugh memandang Nayoung dengan penuh harapan.
            “Baik Tuan!”




0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review