Monday, February 6, 2012

The Way You Are [26]

Posted by Snow_Queen at 12:41 PM

Aku, Yesung dan Ryu berdiri di hadapan sebuah bangunan lama yang tampak sedikit usang.
            Aku mengikut langkah Yesung yang pantas menyelinap masuk ke dalam bangunan itu bersama Ryu.
            Sebaik sahaja sampai ke makmal bawah tanah, bunyi dengungan mesin menyapa pendengaran telinga.
            “Professor Kang!” Yesung menyapa mesra seorang lelaki tua yang mungkin berada di dalam lingkungan tujuh puluhan.
            “Yesung.” Professor Kang berjabat tangan dengan Ryu sebelum memandangku lama. Terasa berdiri tegak bulu romaku apabila diperhatikan sebegitu rupa oleh professor Kang.
            “Ini anak Tuan Edward, Elisabella.” Yesung memperkenalkan kami berdua.
            “Edward? Oh! rupa-rupanya masa sudah lama berlalu. Tak sangka dia ada anak gadis yang begitu cantik. Mari duduk.” Proffesor Kang membawa kami ke sebuah bilik yang terletak bertentangan dengan makmal kerjanya.
            Kami masuk ke dalam sebuah bilik yang sederhana besar berwarna biru langit. Di dalam bilik ini terdapat satu sofa panjang, sebuah kerusi dan meja kopi kecil. Selain daripada itu, ianya juga dilengkapi dengan sebuah peti sejuk dan beberapa peralatan asas yang lain.
            “Takziah aku ucapkan ke atas kematian ahli keluarga kau.” Professor Kang menuturkan kata-kata itu sebaik sahaja tetamu-tetamunya sudah selesa duduk di tempat duduk masing-masing. Bella hanya mengangguk.
            “Prof, tujuan kami datang ke sini, kami mahu meminta pertolongan prof.” Yesung cuba membaca riak wajah kenalan lama ayahnya. Apabila lelaki itu tidak memberi tindak balas, dia menyambung lagi kata-katanya. Hasratnya untuk pergi ke sebuah dunia yang dikenali sebagai Etopia dinyatakan berserta harapan agar lelaki tua itu sudi membantu mereka.
            Ryu, Bella dan Yesung memandang antara satu sama lain. Masing-masing resah apabila professor Kang terus sahaja bangun sebaik sahaja hasrat mereka dinyatakan. Kini sudah hampir sepuluh minit lelaki tua itu menghilangkan diri.

•°*”˜ ˜”*°•

Ingrie menyedut rokok dalam-dalam. Kepulan-kepulan asap rokok berebut untuk keluar daripada bibir lelaki itu. Perlahan-lahan dia menyentuh sedikit bibir bawahnya yang bengkak akibat ditumbuk Elisabella sewaktu mereka menyerbu rumah Edward tempoh hari.
            Dia memicingkan matanya, memerhatikan orang-orang bawahannya melakukan tugasan yang diberi. Senjata-senjata di depannya diperiksa dengan teliti sebelum beberapa penambahbaikan dilakukan.
            Senyuman mula tergaris di bibir sebelum dia mengaduh perlahan. Heck! Aku akan balas dendam pada kau, Elisabella. Kau sudah cari fasal dengan orang yang salah.
            “Ini barang yang kau cari.” Ingrie merenung tajam barang yang berada di tangan Edison.
            Pantas sahaja tangannya ingin mencapai barang yang sudah lama dia idami itu. Barang yang merupakan simbol kekayaan baginya namun Edison lebih pantas menarik kembali barang itu. Ingrie merenung Edison tajam.
            “Aku nak kau jamin keselematan Elisebella sebagai tukaran kepada barang ni.” Edison membalas renungan Ingrie tanpa rasa gentar.
            “Kau ada hati pada musuh kau?”
            “Bukan urusan kau.” Edison menyelar Ingrie. Ingrie ketawa berdekah-dekah sebelum terhenti. Luka di bibirnya menyengat kembali.
            “Baiklah. Aku tak akan kacau dia tapi kalau dia masuk campur dalam urusan aku, aku tak dapat nak beri apa-apa jaminan.” Ingrie memberi isyarat agar Edison menyerahkan barang itu kepadanya. Lambat-lambat Edison menyerahkan barang itu sebelum beredar.
            Edison menggamit orang kanannya. “Selesaikan dia! Khidmatnya sudah tak diperlukan.” Orang kanan Ingrie mengangguk faham sebelum beredar.

“Aku tak dapat menyertai kamu. Pengembaraan menarik ini hanya sesuai untuk anak-anak muda seperti kamu. Mungkin ini tidak beberapa membantu tapi kamu semua mungkin memerlukannya.” Professor Kang meletakkan beberapa perlatan di atas meja kopi.
            Yesung, Bella dan Ryu memandang barang-barang di hadapan mereka dengan penuh minat.
            “Dunia di sana, tidak sama dengan dunia di sini. Dunia di sana seronok diterokai namun begitu jika tersalah niat, buruk padahnya.
            Di dunia sana, kamu boleh menggunakan kebolehan yang kamu kuasai semaksimum mungkin dan juga beberapa kebolehan baru yang tidak terjangkau dek akal biasa manusia dengan bantuan alat-alat ini yang kamu tak akan rasai di dunia ini.” Ketiga-tiga tetamu professor Kang mendengar penerangan lelaki tua itu dengan penuh minat.
            “Dan…Yang akhir sekali..Benda yang paling penting..” Perlahan-lahan professor Kang menyeluk saku jubah putih makmal yang dipakainya.
            Sebuah bekas emas yang berbentuk hexagon diletakkan di hadapan anak-anak muda di hadapannya.
            “Ini kunci untuk masuk ke Etopia dan untuk memusnahkan pintu dunia itu yang menghubungkan dunia mereka dan dunia kita ialah dengan….” Professor Kang melirikan senyuman nipis.

•°*”˜ ˜”*°•

Angin malam yang dingin terasa menyelimuti tubuh lantas dia memeluk tubuh sebelum beberapa saat kemudian terasa ada benda yang menyelimuti tubuhnya.
            Dia berpaling ke sebelah kanan dan melemparkan senyuman manis sebelum memeluk jejaka di sebelahnya. Jejaka itu pula memeluk bahunya dan mereka berjalan menyusuri kaki lima jalan Heatven. Orang ramai masih lagi berkeliaran melakukan urusan masing-masing.
            “Nak minum?” Ryu memandang isterinya. Dapat dia rasakan sejuk tangan sang isteri. Bella menganguk tanda bersetuju. Kedua-dua pasangan itu pantas masuk ke dalam sebuah café berhampiran.
            Dia terasa sedikit lega apabila masuk ke dalam café berkenaan. Hanya terdapat beberapa pasangan di dalam café itu. Dia dengan sengaja memilih tempat duduk yang sedikit terselindung sementara Ryu pula memesan minuman.
            Say ahhh…” Ryu menyuakan donut bersalut coklat ke arahnya. Bella memandang ke arah Ryu dengan pandangan pelik.
            “Semua orang dekat sini buat macam tu.” Bella memandang sekeliling. Terdapat satu dua pasangan yang saling main suap-menyuap. Terus sahaja dia memahami niat suaminya.
            “Malulah.” Bella memandang ke arah Ryu kembali.
            “Tak nak sudah.” Ryu menarik tangannya kembali namun terhenti apabila Bella terlebih dahulu memegang pergelangan tangannya dan menggigit donut yang disua. Dia kemudiannya turut menggigit bekas gigitan isterinya.
            “Kenapa ni?” Ryu mengusap tangan kanan isterinya.
            Nothing.” Bella mengukir senyuman nipis namun dia segera faham apabila Ryu memandangnya dengan muka lebih-baik-beritahu-sebelum-saya-tinggalkan-awak-dekat-sini.
            I’m thinking ‘bout us, about our future.” Dia memandang dalam anak mata Ryu. Ryu pula mendiamkan diri tanda menyuruh Bella meneruskan kata-katanya.
            “Kita tak pasti dengan apa yang bakal berlaku sepanjang pengembaraan kita ke Etopia. Kalau..Kalau ada apa-apa yang terjadi…”
            “Tak ada apa-apa yang akan terjadi sama ada pada awak ataupun saya. Jangan berfikir yang bukan-bukan.” Ryu menggengam erat tangan Bella. Bella tersenyum nipis sebelum mengangguk dan meneguk minumannya.
            “Donghae.” Kedua pasangan suami isteri itu mendongak. Wajah Angela menyapa pandangan. Gadis itu tampak berserabut.
            “Angel.” Ryu memandang Angela sebelum memandang ke arah Bella. Tiada sebarang riak yang terlukis di wajah isteri kesayangannya.
            “Boleh kita berbincang seketika?” Angela memandang wajah lelaki yang selalu menggangu tidur malamnya.
           Bella menganggukan kepala apabila dilihat Ryu kelihatan berat mahu memenuhi permintaan Angela. Dia tahu, pasti Angela mahu berbincang dengan Ryu.
            Wait for me here.” Bella mengangguk dan pandangan matanya mengekori kelibat Ryu dan Angela yang menuju ke luar café. Mereka berdua berdiri tidak jauh daripada café mereka.
            Sudah hampir sepuluh minit namun tiada tanda-tanda sama ada Ryu dan Angela mahu mengakhiri perbincangan mereka.
            Bella sudah mengembungkan kedua-dua belah pipinya tanda kebosanan. Matanya tajam memerhatikan Angela yang tiba-tiba sahaja memeluk Ryu dan Ryu mengusap rambut Angela.
            Bibirnya diketap. Ada api cemburu yang mula menyala namun dipujuk hatinya. Seolah-olah memahami keresahan hatinya, tiba-tiba sahaja telefon bimbitnya berbunyi.
            Sekilas nombor pemanggil dilihat sebelum panggilan itu dijawab.
            We need you here.” Dia lantas bangun dan menghampiri Ryu dan Angela sebaik sahaja terdengar suara cemas Mia.
            “Ehemm..” Ryu merenggangkan pelukan dia dan Angela.
            “Saya baru dapat panggilan kecemasan daripada Mia. Kita kena balik SEKARANG.” Sengaja Bella menekankan perkataan sekarang sebelum beredar menuju ke arah kenderaan Ryu yang dipakir tidak jauh daripada situ.
            Ryu tersenyum nipis. Dia dapat merasakan Bella sedang cemburu sekarang. Comel sungguh wajah Bella apabila cemburu.
            “Aku kena pergi.” Ryu menepuk bahu Angela sekali sebelum beredar. Angela hanya mampu melihat kelibat Ryu pergi. Titisan jernih keluar lagi daripada tubir matanya.


0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review