Monday, February 6, 2012

The Way You Are [25]

Posted by Snow_Queen at 12:41 PM

Sudah dua hari berlalu semenjak aku dan Mia mendiami ‘kediaman’ baru kami. Meskipun tempat berteduh kami hanya merupakan tinggalan bangunan lama, namun segala-galanya sudah Yesung lengkapi dengan kemudahan asas.
            Aku memandang skrin komputer di hadapanku. Sudah hampir satu jam aku cuba menceroboh masuk pangkalan data WFNU namun masih lagi gagal.
            Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku campak komputer ini ke luar tingkap.
            Aku beredar ke komputer sebelah dan melihat Edison yang sedang menunggu seseorang.
            Kalau aku bakal mati sekalipun, aku akan pastikan kau dan Nayoung terima balasan yang sepatutnya.
            Aku mendongak apabila terasa ada tangan di bahuku. Mia tersenyum nipis.
            “Makan?”
            “Sekejap lagi.” Mia mengeluh sebelum melarikan pandangan ke arah skrin komputer di hadapannya sebelum melabuhkan punggung di sebelah.
            Aku buat tak endah apabila jemari Mia sibuk menari di atas papan kekunci komputer sebelah.
            Orang yang ditunggu Edison sudah muncul. Senyuman sinis terukir. Kenapa aku langsung tak terkejut melihat gerangan yang bertemu dengan Edison?
            Aku memandang George yang kini sedang berbincang dengan Edison.
Jemariku pantas menekan papan kekunci dan tab baharu muncul. Rakaman suara perbualan Edison dan George dirakam. Nampaknya tak sia-sia usaha aku membahayakan diri mendekati Edison dua hari lalu.
            Aku mendekatkan imej gambar yang diberi George pada Edison. Riak wajah Edison mulai berubah.
            “Bunuh perempuan ni secara senyap.”
            “Kenapa Elisabella menjadi sasaran? Kau dah lupa apa yang dijanji?”
            “Buat kerja kau! Hugh tak suka orang yang cakap banyak.” George bangun dan meninggalkan Edison.
            “Kau makin popular sekarang.” Mia tersengih di sebelah.
            “Orang cantik memang selalu popular.” Aku menyeringai sebelum mataku terhenti di skrin komputer sebelah.
            “Mia!” Aku memeluk Mia sekuat hati apabila pangkalan data WFNU sudah terpampang di depan mata.
            “Sama-sama.” Mia tersenyum sinis sebelum merenggangkan pelukan kami.
            “Buat kerja kau nanti. Sekarang makan dulu!” Mia menarik lenganku ke meja makan.
            Bunyi pintu terbuka membuatkan jantungku berdegup laju.
            “Hai.” Aku mengukirkan senyuman tawar. Semenjak aku berpindah ke sini, aku langsung tak nampak batang hidung Ryu. Adakah lelaki itu masih sukar untuk menerima kenyataan atau dia langsung mahu menafikan hubungan dan ikatan kami berdua?
            Yesung melabuhkan punggung di sebelah Mia.
            “Kau kalau tak datang sini sehari tak boleh ke?” Aku sengaja menyakat Yesung untuk menutup kegalauan hatiku.
            “Suka hati akulah.” Yesung buat muka.
            “Yelah orang nak datang melawat mak we dia yang sakit kan….” Aku melirik mata ke arah Mia yang tersipu malu. Meskipun kedua-dua mereka tidak berkata apa-apa mengenai hubungan mereka, aku seakan sudah dapat mengagak apa sebenarnya hubungan kedua teman di hadapanku ini.
            “Aku keluar dulu.” Aku bangun setelah menyisip minuman.
            “Kau nak pergi mana? Bahayalah!” Yesung sudah mula membebel.
            “Kau membebel macam mak nenek. Aku keluar ke Rhythm sebentar.” Aku mencapai jaket kulit yang tersadai di bahu sofa sebelum beredar.

•°*”˜ ˜”*°•

Lagu On The Floor bergema kuat di lantai tari.  Pasangan tidak kira usia sudah lama larut di dalam setiap musik yang dimainkan.
            Aku menghayunkan badan mengikut rentak lagu. Meskipun orang ramai berada di sekitarku, entah mengapa aku tetap rasa aku keseorangan di sini.
            Baru sahaja beberapa minit menari, pergerakanku terhenti apabila diriku dikelilingi oleh beberapa orang lelaki.
            Aku ketawa sinis sebelum bergerak menuju ke arah lain dan terus menari. Hatiku menjadi sedikit hangat apabila diriku tetap diekori oleh kumpulan pemuda tadi.
            Baru sahaja aku mahu menarik senjata yang tersisip di pinggang, tanganku terlebih dahulu dipegang oleh seseorang.
            “Kauorang ada apa-apa masalah dengan isteri aku?” Aku memandang ke arah tuan punya suara.
            Ryu yang segak berpakaian kasual merenung tajam wajah-wajah pemuda yang mengelilingi Bella.
            Pemuda-pemuda tadi terus sahaja beredar sebaik sahaja Ryu menjeling tajam ke arah mereka.
            Lagu September 12 yang berentak perlahan membuatkan aku tersenyum.
            Aku berdiri menghadap Ryu kini dan merangkul lehernya. Perlahan-lahan kami bergerak mengikut rentak lagu.
            I miss you.” Bisikan Ryu menyebabkan aku tersenyum lebar.
            Me too.” Dan kami terus larut di dalam dunia kami sendiri.

•°*”˜ ˜”*°•

            “Dah lama kita tak buat macam ni kan?” Aku memandang Ryu. Dia..Sudah ingat sesuatukah?
            Jalan berpegangan tangan di taman merupakan kegemaranku bersama Ryu satu waktu dahulu.
            “Meskipun saya tak ingat apa-apa lagi, saya akan pastikan awak tetap berada di sisi saya.” Dia mengucup tanganku perlahan. Kucupan sebegitu membuatkan hatiku yang selama ini dingin terasa hangat.
            “Saya pun. Asalkan awak berada di sisi saya, sudah cukup. Memori boleh dicipta kembali tapi masa bersama, itu yang tidak boleh diganti.” Ryu meraihku ke dalam pelukan.
            “Selepas semuanya berakhir, saya mahu kita mulakan hidup baru sebagai orang biasa.”
Ryu memandangku sambil tersenyum.
            “Tiada bantahan.” Dan ketawa kami bergabung menjadi satu.
            Sungguh percintaan itu tetap merupakan sesuatu yang indah meskipun terdapat pelbagai halangan yang menanti.
            Jika sepasang kekasih ditakdirkan bersama, biar sekuat mana pun halangan yang datang, mereka pastikan kembali bersama akhirnya…Seperti pasangan kekasih ini yang terikat di bawah restu langit yang penuh dengan bintang-bintang bergemerlapan.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review