Monday, February 6, 2012

The Way You Are [24]

Posted by Snow_Queen at 12:40 PM

“Kerana takut Angela tidak dapat menerima kenyataan, kami telah tukar identiti Ryu dan Donghae.
Apabila menerima berita kematian Donghae, kami bergegas ke hospital, hanya mayat Donghae yang menyambut kedatangan kami. Apabila kami melihat wajah lelaki yang serupa dengan Donghae di katil sebelah, kami rasa tuhan telah berikan kami peluang kedua jadi tanpa berfikir panjang, kami telah bayar sejumlah wang kepada doktor yang menguruskan Donghae untuk menguruskan segala-galanya. Kalau ada duit, segala-galanya menjadi.
Apabila melihat senyuman Angela, kami jadi lupa akan kesalahan yang kami buat. Kami ‘tanamkan’ memori Donghae ke dalam kepala Ryu. Buat dia percaya yang dia adalah Donghae dan kebetulan pula Ryu hilang ingatan, jadi makin mudahlah kerja kami.
Kawan-kawan Donghae pun tak tahu mengenai perkara ini.
Mak cik lupa untuk ambil tahu mengenai insan-insan yang mungkin terluka akibat permergian ‘Ryu’. Yang kami tahu, kami mahu Angela bahagia. Maafkan kami. Kalau bukan sebab mak cik, tentu kamu sudah mempunyai sebuah keluarga bahagia. Tentu kamu dapat lihat anak kamu membesar dengan kepala mata kamu sendiri.
Tolong jangan ambil tindakan terhadap kami….Mak cik merayu…”
Dua pasang mata melihat ke arah Ryu yang terduduk di atas kerusi. Mungkin terkejut apabila mendengar cerita sebenar mengenai dirinya yang selama ini tertanam di sebalik identiti Donghae.
            Mia menggengam jemari Bella yang sejuk. Dia sendiri sudah bantu apa yang dia boleh bantu. Sekarang, segala-galanya terserah kepada Ryu.
            “Tapi, bila masa pula kau ada baby?” Mia memandang Bella.
            “Errr..Part tu aku tipu supaya orang tua tu lembut hati kalau-kalau dia menipu ehehe..” Aku buat muka tak bersalah. Mia memandang muka Bella. Tak sangka rakannya itu mahir memanipulasi perasaan orang lain. Bahaya betul budak ni!
            “Aku tak boleh nak kata apa. Beri masa pada aku untuk berfikir. Semuanya…Terlalu mengejut.” Ryu mengukir senyuman tawar.
            “Saya faham. Ambil ni. Kalau tak dapat membantu banyak..Sikit pun jadilah.” Aku mengambil diari Ryu dan menyerahkan ia kembali kepada pemiliknya.
            Ryu mengambil diari berkenaan sebelum beredar.
            “Malam ni, Yesung akan bawa kita ke tempat persembunyian kita buat sementara waktu. Aku akan sibuk dalam masa seminggu ni. Sementara tunggu luka kau sembuh, aku akan buat apa yang patut. Tak sabar untuk berkerjasama dengan kau sekali lagi.” Aku menepuk bahu Mia.
            “Aku pun tak mahu lepaskan peluang untuk menyertai pengembaraan yang menarik ni.” Mia tunjuk thumb up.
            “Tapi kan…Aku rasa Yesung sukakan kau. Kau tak rasa ke?” Aku pandang wajah Mia.
            “Rasa apa? Pahit? Masin?” Mia buat muka kerek.
            “Sudahlah. Aku nak keluar sekejap. Sebelum makan malam, aku akan balik. Jaga diri elok-elok.”
            Mia membelek alat rakaman yang merakam pengakuan ibu bapa Angela. Bijak sungguh Bella untuk merakamkan pengakuan itu. Manalah tahu jika tiba-tiba ibu bapa Angela mengubah fikiran dan menafikan kata-kata mereka pula…Semoga kali ini kau bahagia Bella…

•°*”˜ ˜”*°•

Hampir empat jam menunggu, akhirnya dia muncul jua. Aku memegang dada. Jantung ni suka betul buat aku rasa gelabah. Dengan langkah yang yakin, aku menghampiri dan seperti biasa muka masam itulah yang ditayang padaku meskipun ada riak terkejut pada wajah manis itu.
            “Nak pergi mana?” Dengan penuh sopan aku bertanya.
            “Sibuk!” Dia hanya menjeling sekilas sebelum buka langkah meninggalkan diriku terkulat-kulat di hadapan pintu perpustakaan.
            Baru beberapa tapak dia berjalan, hujan turun dengan lebatnya. Aku mengukir senyum. Payung ditangan aku buka dan dengan perlahan aku melangkah menghampiri dia.
            “Sekarang boleh beritahu saya mana awak nak pergi?” Aku memayungkan dia yang terkebil-kebil ditengah-tengah jalan.
            “Pejabat.” Pendek sahaja jawapan yang diberi namun itu sudah cukup untuk membuatkan aku gembira.
            Benarlah kata Mia bahawa gadis manis di sebelahku ini sukar untuk didekati oleh orang yang tak dikenali.
            Sungguh tidak aku rasa lama berjalan dengan si dia yang berdiri rapat di sebelah. Tahu-tahu sahaja kami sudah berdiri di depan pejabat dia.
            Tanpa kata, dia terus sahaja berlari masuk ke dalam pejabat. Hatiku retak sedikit apabila dia memperlakukan aku sebegitu rupa. Sekurang-kurangnya, ucaplah terima kasih.
            Tak apa Ryu, dah perempuan macam ni yang kau suka..Terima sahajalah.
            Aku mengeluh perlahan sebelum berlalu pergi.
            Baru beberapa tapak aku melangkah, bahuku ditepuk oleh seseorang.
            Lidah terkelu apabila melihat si dia berdiri sambil memegang secawan kopi panas.
            “Errr..Untuk kau. Terima kasih.” Si dia terus sahaja berlalu pergi sebaik sahaja mengucapkan kata-kata keramat itu.
            Hampir sahaja aku mahu menjerit “Elisabella, saranghae!”
            “Hoi!” Aku terkejut apabila disergah oleh Siwon secara tiba-tiba. Diari yang ku baca, aku letak ke tepi.
            “Leeteuk ajak keluar. Kau nak join?” Aku mengangguk tanda mahu mengikut. Siwon buat isyarat agar aku segera turun ke bawah.
            Aku melompat dari katil dan mengambil jaket kulit yang tersadai di atas kerusi. Diari itu aku pandang sekilas sebelum beredar.
            Mungkin banyak lagi yang aku perlu belajar mengenai diri aku dahulu tapi…Macam tak sangka yang aku boleh jadi bersungguh-sungguh untuk memikat Bella dahulu. Apa istimewanya gadis itu? Senyuman manis terukir di bibir mengenangkan wajah Bella yang ketawa galak pagi tadi. Aku pasti akan cari balik memori kami berdua!

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review