Monday, February 6, 2012

The Way You Are [23]

Posted by Snow_Queen at 12:39 PM

Aku meletakkan dulang di atas meja kecil yang terletak di tepi katil. Dengan perlahan aku mengejutkan Mia bangun. Sudah sampai masa untuk dia makan ubat.
            “Kau pergi mana hilang pagi-pagi buta?” Mia mengenyeh mata memandang Bella yang berpakaian serba hitam. Cermin mata hitam juga turut dikenakan oleh sahabatnya itu.
            “Aku keluar mencari kepastian.” Aku berdiri di hadapan Mia sambil berpeluk tubuh.
            “Jadi?” Mia jadi berdebar menungguk reaksi Bella.
            Senyuman yang diukirkan Bella menyebabkan Mia menjerit kesukaan.
            “Apa..Apa yang terjadi?” Yesung yang masih mamai menyerbu masuk ke dalam bilik Mia.
            Serentak aku dan Mia ketawa apabila memandang muka tak siap Yesung. Yesung pula hanya garu kepala tanda blur dengan tingkah kedua sahabat di hadapannya.
            “Tak ada apa-apa. Mia terkejut nampak lipas tadi.” Aku buat muka toya. Mia memukul lenganku tanda tak puas hati.
            Setelah Yesung keluar, aku melabuhkan punggung di pinggir katil.
            “Habis macam mana kau nak beritahu dia?” Mia menyoalku dengan penuh keterujaan.
            “Entah. Takkanlah aku nak pergi cakap dekat dia ‘Hai, sebenarnya awak bukan Donghae tapi Ryu. Suami saya.’, tak ke nanti pengsan dia?” Aku memandang Mia yang tiba-tiba sahaja ketawa galak sebelum dia mengaduh kecil. Aku tersenyum sinis.
            “Apalah kau ni. Ceritalah dekat dia perlahan-lahan.” Mia meraih jemari Bella. Gembira kerana wajah temannya itu sudah bercahaya seperti Ryu masih ada dahulu.
            “Sebelum tu aku nak kena yakinkan dia dahulu. Kau ingat dia akan percaya cakap aku membuta tuli macam tu sahaja? Sudahlah dia hidup di sini atas nama dan kenangan orang lain.” Aku mengembungkan kedua belah pipiku. Berfikir.

•°*”˜ ˜”*°•

Suasana di meja makan sunyi-sepi. Hanya kedengaran bunyi sudu yang berlaga dengan pinggan. Aku memandang wajah Hangeng, Leeteuk dan Siwon yang turut berada di situ. Pada anggapanku, pasti ketiga-tiga jejaka di hadapanku sudah tahu mengenai kejadian semalam.
            Aku pandang pula wajah Yesung sebelum melarikan pandangan ke wajah Donghae. Pandangan kami berdua bertemu sebelum aku melarikan pandangan ke arah lain.
            “Ada tak cara untuk musnahkan tempat tu.” Semua mata memandang ke arahku. Blur.
            “Maksud aku ada tak cara untuk musnahkan atau tutup dunia yang pernah ayah aku dan ayah Yesung masuk tu? Selalu dalam cerita-cerita aksi dekat televisyen kan ada banyak jalan cerita yang macam kita tengah alami sekarang.” Yesung memandang wajah Bella.
            “Mungkin ada seseorang yang boleh bantu kita.” Yesung berbicara setelah berdiam diri buat beberapa ketika. Semua mata kini memandang ke arah Yesung.
            Great. Bawa aku jumpa orang tu dan aku akan uruskan semuanya.” Kini semua mata memandang ke arah Bella pula.
            “Kalau kita bernasib baik, kita pasti akan dapat jumpa orang tu. Kau jangan berharap sangat. Sudah bertahun aku tak jumpa orang yang dapat membantu kita tu.” Yesung menjulingkan matanya ke arah siling. Berfikir adakah professor Kang masih lagi menetap di tempat yang sama.
             Siwon memejamkan matanya beberapa kali. Naik juling matanya sekejap melihat ke arah Yesung, sekejap ke arah Bella.
            “Kauorang merancang macam kauorang berdua sahaja di sini. Kita semua kan sekumpulan?” Leeteuk protes tanda tak puas hati.
            “Maaf. Aku tak rancang nak libatkan orang lain dalam hal ni. Aku tak nak nyawa kauorang tergadai sebab aku.” Aku meneguk air.
            “Dan aku tak bercadang untuk biarkan kau seorang diri dalam misi ni!” Yesung memandang Bella tajam.
            “Aku tak keseorangan. Aku ada Mia.”
            “Kau nak libatkan Mia? She’s sick!” Suara Yesung naik satu oktaf.
            “Dan kenapa kau kisah?” Aku jongket kening.
          “Sebab.,,Dia kawan aku. Aish! Kau jangan nak ubah tajuk. Sama ada kau suka atau tak, aku akan tolong kau.”
            “Kami pun!” Serentak Hangeng, Siwon dan Leeteuk bersuara. Aku terkebil-kebil buat beberapa ketika sebelum tergelak.
            Donghae memandang wajah Bella. Pertama kali dia melihat perempuan di depannya gelak dengan senang hati. Sebelum ini, di hadapannya, jangan harap nak lihat senyuman apatah lagi gelak sebegini. Hari ini dia tahu, Bella tidaklah sedingin mana pun. Tanpa sedar, jantungnya berdegup laju sewaktu perempuan itu melemparkan senyuman manis padanya.

•°*”˜ ˜”*°•

“Bila kau nak mula bertindak?” Yesung menyaoal Bella yang sedang bertinggung menghadap kolam ikan.
            “Kalau boleh sekarang tapi…Mia pun tak sembuh lagi. Mungkin aku kena fikirkan rancangan alternatif.” Aku menjawab tanpa memandang Yesung.
            “Nasib baik dia hanya terkena serpihan peluru…” Yesung menggumam sendirian namun dapat didengari dengan jelas olehku.
            “Yesung, kau suka Mia?” Yesung merenung Bella yang membelakangkannya.
            “Ada aku cakap aku suka dia ke?”
            “Tak. Tapi cara kau…”
            “Jangan nak merepek. Aku dah uruskan tempat persembunyian sementara waktu untuk kau. Malam ni kita ke sana.” Yesung terus sahaja beredar tanpa memberi Bella peluang untuk berbicara dengan lebih lanjut.
            Aku bangun dan bercekak pinggang untuk mengenakan Yesung apabila aku mendengar bunyi tapak kaki menghampiri namun telahanku nyata tersasar apabila Donghae pula yang muncul.
            Aku menjadi serba-salah apabila terpaksa berhadapan dengan Donghae. Tidak tahu mahu buat reaksi apa. Segala-galanya menjadi serba tak kena. Jantungku seperti biasa mula mengepam darah dengan kelajuan luar biasa.
            “Pelik. Aku tak tahu kenapa setiap kali aku nampak kau, hati aku berdebar. Aku tahu aku tak sepatutnya berperasaan begini kerana aku sudah mempunyai Angela tapi…” Donghae menjadi kaku apabila Bella secara tiba-tiba memeluknya.
            You’re mine!” Aku berbisik perlahan.
            “Bella…”
            “Mari aku beritahu siapa sebenarnya diri kau.” Aku menarik tangan Donghae menuju ke arah bilik tamu yang sedang Mia duduki sekarang ini. Biarlah lelaki ini mahu menganggap apa sahaja tapi aku akan berterus-terang sahaja mengenai semuanya. Mungkin juga aku mengambil keputusan drastik sebegini kerana tidak mahu hatiku terseksa lagi. Hanya tuhan yang tahu betapa seksanya hatiku. Dia dekat tapi aku tidak boleh menggapainya kerana lelaki ini hidup ats identiti orang lain.
Apa pun keputusan Dong..Tidak, keputusan Ryu, aku akan terima dengan hati terbuka.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review