Monday, February 6, 2012

The Way You Are [22]

Posted by Snow_Queen at 12:39 PM

Aku memandang rumah agam mewah di hadapanku dengan perasaan gemuruh. Dengan jelas di hadapanku, terdapat beberapa orang lelaki bersut hitam sedang berkawal. Memang selayaknya rumah ketua polis dikawal sebegitu rapi.
            Aku datang ke sini bukannya untuk mengagumi tetapi untuk mendapatkan penjelasan. Dengan lagak yang tenang aku menghampiri. Seperti yang dapat ku agak, perjalananku dihalang oleh salah seorang daripada pengawal-pengawal berkenaan.
            “Aku datang nak jumpa pemilik rumah ini.”
            “Ada temu janji?” Tegas kedengaran suara pengawal yang menyoalku.
            “Tak ada. Tapi katakan Elisabella, pegawai TPID mahu berjumpa. Urgent!” Aku menunjukkan kad kuasaku.
            Lelaki tadi berlalu masuk ke dalam pondok pengawal. Beberapa minit kemudian, pintu pagar dihadapanku terbuka.

Aku hanya membiarkan sahaja badanku diperiksa. Sudah biasa diperlakukan sebegitu. Pegawal perempuan yang memeriksa ku tadi, menyuruh aku mengikutinya setelah memastikan aku tidak bawa barang-barang merbahaya.
            Park Hwang Soo melihat seorang perempuan yang berpakaian kasual dan bercermin mata hitam memasuki ruang pejabatnya. Sewaktu diberitahu seorang pegawai TPID mahu berjumpa, dia menjadi ingin tahu apa tujuan pegawai itu mahu berjumpa dengannya.
            Dia memberi isyarat agar pengawal-pengawal di dalam pejabatnya beredar apabila perempuan itu enggan buka mulut tentang tujuan kedatangannya ke sini.
            Aku melabuhkan punggung di hadapan Tuan Hwang Soo setelah lelaki itu menjemputku duduk.
            Tanpa membuang masa aku mengeluarkan maklumat yang aku bawa dan letakkan di atas meja. Tuan Hwang Soo mencapai sampul surat sederhana besar berkenaan setelah merenung sampul itu buat beberapa ketika.
            “Jadi, apa yang kau nak tahu?” Hwang Soo memandang wajah Bella yang tidak beriak.
            “Kebenaran. Adakah pegawai TPID yang berkerja di bawah Yesung sekarang merupakan pemuda yang bernama Donghae ataupun Ryu?” Aku menyilangkan kaki.
            “Air.” Masuk seorang wanita yang sudah agak berumur dan agak bergaya. Aku kira wanita ini mestilah isteri Tuan Hwang Soo.
            “Apa ni?” Madam Park mengambil kertas di atas meja suaminya setelah meletakkan dulang air di atas meja. Hampir terjojol keluar biji matanya apabila melihat kertas-kertas berkenaan.
            “Apa hubungan awak dengan lelaki-lelaki ini?” Madam Park menyoal Bella.
            “Kalau yang berkerja di bawah Yesung itu adalah Ryu, maka dia adalah suami saya tapi kalau sebaliknya, lelaki itu hanyalah orang yang berwajah seiras dengan suami saya. Saya datang ke sini hanya mahukan kepastian.” Aku memandang wajah Madam Park sebelum memandang wajah Tuan Hwang Soo.
            “Dia adalah Donghae kami!” Madam Park memandangku.
            Aku memandang wajah ibu Angela, yang juga merupakan teman wanita Donghae.
            “Adakah puan bercakap benar?” Aku memandang tajam wajah Madam Park. Madam Park mengangguk.
            “Saya amat berterima kasih kerana anda berdua sudi meluangkan masa untuk menjawab pertanyaan saya.
            Tapi sila ingat, jika anda tidak bercakap benar, anda berdua bukan sahaja menyebabkan saya kehilangan suami tapi juga bayi yang pernah berada di dalam kandungan saya.” Aku bangun dan kembali mengenakan cermin mata hitam ke muka.
            “Ba..Bayi?” Madam Park memandangku.
            “Saya keguguran apabila mengetahui suami saya mati. Saya pasti puan tahu apa rasanya kalau kita kehilangan anak yang kita kandung selama beberapa bulan.” Madam Park menggetap bibir apabila melihat air mata yang mengalir di sebalik cermin mata hitam itu.
            Dia perlahan-lahan menoleh ke arah suaminya tanpa menyedari senyuman sinis yang terukir di bibir Bella.

Angela yang baru sahaja sampai di rumah kedua ibu bapanya terkejut apabila bertembung dengan Bella di muka pintu.
            “Apa yang kau buat di sini?” Dengan kasar dia menyoal.
            “Bukan urusan kau.” Aku menjawab dengan dingin.
            “Aku hanya akan katakan ini sekali sahaja. Jauhkan diri kau daripada Donghae.” Angela menjeling Bella dengan ekor matanya. Dapat dia lihat perempuan di sebelahnya mengukir senyuman sinis.
            “Kau yang patut jauhkan diri daripada Dong..Ah bukan sepatutnya nama dia adalah Ryu.” Aku menoleh ke arah Angela sekilas sebelum beredar. Angela memusingkan badannya memandang Bella yang melangkah pergi. Apa maksud perempuan itu?

1 under spell:

Cik Miza said...

teng... teng... teng....

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review