Monday, February 6, 2012

The Way you Are [21]

Posted by Snow_Queen at 12:38 PM

“Kau ingat lagi tak masa kita di special training force?” Aku yang sedang leka membaca buku yang diberi Yesung tersentak apabila Mia tiba-tiba sahaja bersuara.
            “Jangan bergerak banyak atau jahitan luka kau akan terbuka.” Aku menekan badan Mia yang mahu bangun.
            “Aku tak apa-apa.” Mia bangun dan bersandar di kepala katil apabila Bella usai meletakkan bantal di belakang badannya agar dia dapat bersandar dengan selesa.
Jari-jemari Bella diraih ke dalam tangan.
            “Waktu kita di training force, kau selalu buat benda ikut kepala kau. Arahan ketua, kau selalu bangkang kalau kau tak suka.” Aku tergelak kecil apabila Mia mengungkit hal itu.
            “Ingat lagi tak si botak? Kau selalu kenakan dia bila kau di denda tak tentu fasal.”
            “Mestilah aku ingat lagi. Yang paling aku tak tahan kau doodle kepala si botak tu dengan cat. Naik darah orang tua tu cari siapa yang conteng kepala dia.” Aku tersenyum kembali apabila mengingatkan muka ketua kami semasa di Akademi. Dengan ketinggian yang tak seberapa, kepala botak dan misai lentik, benar-benar membuatkan orang tua itu selalu jadi sasaran bulian anak-anak muridnya yang nakal.
            “Itu aku buat sebab dia cuba nak menggatal dengan aku. Memang padan muka si botak tu!” Mia buat muka sebelum ketawa. Ketawanya tidak lama apabila luka di perut menyengat menyebabkan dia mengaduh.
            “Kau okey?” Aku memegang lengan Mia. Mia menepuk lenganku menandakan dia okey.
            Muka pucat Mia aku pandang lama. Sahabat yang sukar untuk aku cari ganti. Yang selalu denganku sewaktu susah dan senang.
           “Ingat lagi tak kau pernah bertumbuk dengan geng Trio semasa latihan seni mempertahankan diri?” Aku mengangguk.
            Mana mungkin aku lupa akan hal itu. Sewaktu latihan dilakukan di dalam hujan lebat, aku mengambil kesempatan untuk balas dendam terhadap geng itu kerana mengenakan aku ketika aku sedang sedap-sedap tidur.
            Boleh pula geng Trio itu merwarnakan rambutku dengan warna hijau. Sungguh menyakitkan hati!
            Untuk hal itu, Mia jugalah yang bersusah payah pergi beli perwarna rambut baru untuk ku.
            “Tapi, keesokan harinya, kita semua terkejut apabila Tiffany dijumpai mati di dalam biliknya.” Kata-kata Mia menyebabkan aku rasa sedih.
            “Meskipun mereka adalah musuh kita, aku memang tak sangka betul hal itu akan berlaku. Kerana hal tu juga, aku rasa bersalah sebab bergaduh dengan dia.” Aku mengeluh kecil.
            “Dan hal itu menyedarkan aku yang kematian boleh menjemput kita bila-bila masa sahaja. Sewaktu aku kena tembak tadi, aku terfikir apa perkara yang paling aku kesalkan kalau aku mati dan aku hanya ada dua perkara yang aku akan kesal kalau aku mati begitu sahaja tanpa beritahu kau.” Mia memandang mata galak milik Bella.
            “Ish! Apa kau ni sebut fasal mati tengah-tengah pagi buta ni…” Aku mengerutkan dahi.
            “Bella, aku minta maaf sebab tak beritahu kau hal yang sebenarnya fasal Ryu. Dia yang minta aku rahsiakan hal ni daripada kau.” Kata-kata Mia menyebabkan jantungku berdegup laju.
            “Ryu, sebenarnya dia bukan seperti yang kau sangka…”
            “Apa maksud kau?” Aku memotong kata-kata Mia dengan tidak sabar.
            “Ryu, sebenarnya bukan berkerja sebagai jurugambar. Itu hanya kerja sambilannya sahaja. Dia sebenarnya adalah salah seorang pegawai dari WFNU (World Force National Underground). Aku dapat tahu pada malam dia tolong kau kalahkan Tony.
            Pada waktu itu, dia sedang bercuti daripada bertugas. Aku ingatkan selepas itu, aku tak akan berjumpa dengan dia lagi namun telahan aku silap bila dia selalu muncul di tempat kerja aku.
            Dia merayu untuk tahu semua benda fasal kau. Kata dia, dia jatuh cinta pandang pertama bila nampak kau.
            Aku beritahu dia yang aku tak mahu terlibat dengan hal peribadi dia… tapi dia tak habis-habis merayu pada aku.
            Bila aku nampak kesungguhan dia, aku tahu dia tak main-main jadi aku tolong dia. Cuma dia minta jangan beritahu kau apa kerja sebenar dia. Dia nak kau kenali dia sebagai Ryu, seorang jurugambar bukan pegawai WFNU.” Mia menarik nafas dalam sambil memerhatikan riak muka Bella yang tiada perasaan sebelum menyambung cerita.
            “Pada hari aku nampak Donghae di sini, aku sukar mahu percaya yang di dunia ini ada dua orang yang begitu serupa jadi…Aku ambil keputusan untuk menyiasat mengenai Donghae.
            Dan aku menemui hal yang tidak aku duga. Kau ingat lagi tak malam Ryu mati? Sebenarnya pada malam itu, Ryu sedang bertugas. Dia sepatutnya dapat berkas orang kanan Black Dragon pada malam itu namun kerana dikhianati oleh kawan-kawan baiknya sendiri, dia menjadi mangsa.
            Untuk menutup kes kematian Ryu, mereka telah mencipta cerita bahawa Ryu telah kemalangan jalan raya. Semuanya dilakukan dengan sempurna sehingga tiada bukti yang tertinggal.
            Aku juga telah siasat dengan hospital tentang malam kejadian dan menemui doktor yang bertanggungjawab menguruskan Ryu. Kau pergi buka komputer tu.” Mia menunjukkan ke arah pc yang terletak kaku di satu sudut bilik itu.
            Setelah komputer itu berjaya dihidupkan, Mia menanggalkan rantai yang dipakainya.
            Thumb drive? Aku memandang Mia. Bagaikan dapat memahami persoalan di kepalaku, Mia mengangguk dan menggesa aku supaya melihat maklumat yang ditemuinya.
            Hampir aku tergamam melihat maklumat di skrin. Aku berpaling memandang Mia. Senyuman nipis terukir di bibir kering itu.
            “Hal ni menjadi rumit kerana ada campur tangan pihak lain. Kalau kau nak tahu sama ada Donghae itu Ryu ataupun tidak, kau harus pergi ke alamat ni untuk dapatkan kepastian.” Mia menaip sesuatu di dalam telefon bimbitku.
            “Bella, aku minta maaf sangat-sangat. Kalau aku mati sekarang pun, aku tak menyesal sebab aku dah membantu kau sedaya-upaya aku. Ini sahaja yang aku dapat tolong kau sebagai seorang sahabat.” Aku segera menerpa Mia dan memeluk batang tubuhnya.
            “Bodoh! Aku yang harus minta maaf dekat kau sebab kau selalu risaukan hal aku dan sekarang kau membahayakan nyawa kau demi aku.”
            “Bella, aku tahu kau terharu tapi kau kena ingat aku ni sekarang pesakit.” Aku segera melepaskan tubuh Mia. Ketawa kami bersatu.
            “Aku pun bodoh. Bila aku dapat tahu ayah aku nak siasat mengenai kematian Ryu, aku halang. Dengan bodoh aku jawab aku mahu Ryu bersemadi dengan aman di sana.” Aku mengerutkan kening apabila sesuatu melintas di fikiran.
            “Mia, siapa kawan-kawan baik Ryu yang kau maksudkan?”
            “Kau kenal mereka. Malah kau pernah berkerja di bawah mereka.”
            “Kau maksudkan….” Mia mengangguk. Aku mengepal penumbuk.
            “Bella, apa pun tindakan yang kau nak ambil mulai sekarang, tolong ingat banyak nyawa yang kau nak kena jaga.” Mia mengusap bahuku.
            Aku mengukirkan senyuman nipis dan menyuruh Mia berehat kembali supaya lukanya segera sembuh. Aku mahu dia menyertai aku kali ini.
            “Errr Mia, apa perkara yang lagi satu?” Namun pertanyaanku hanya dijawab dengan senyuman misteri oleh Mia.


0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review