Monday, February 6, 2012

The Way You Are [20]

Posted by Snow_Queen at 12:37 PM

Yesung mengeluarkan senjata apabila melihat titisan darah di atas lantai rumahnya. Donghae pula menyalakan suis lampu dan memandang Yesung.
            Yesung buat isyarat agar Donghae mengikutinya. Perlahan-lahan dia mengikuti arah titisan darah berkenaan yang berakhir di tepi sofa.
            “Mia! Bella!” Yesung menyisip kembali senjata di pinggang sebelum membantu Bella mengangkat Mia yang tidak sedarkan diri.
            Yesung mengangkat tubuh Mia menuju ke bilik kosong di tingkat bawah manakala Donghae membantu Bella berdiri dan memapah gadis itu menuju ke bilik yang sama.
            “Apa yang berlaku?” Yesung menyelimutkan tubuh Mia selepas memeriksa keadaan Mia.
            “Kami diserang oleh orang-orang Molotov.” Bella melabuhkan punggung di pinggir katil. Dilihat wajah pucat Mia. Nasib baik dia sempat membawa Mia ke klinik. Itu pun sempat dia mengugut agar doktor yang merawat Mia supaya menutup mulut mengenai kejadian ini.
            Dia tidak mahu hal ini menjadi kecoh.
            “Kau luka.” Donghae memegang lengan kiri Bella.
            “Aku okey.” Aku melihat kesan torehan pisau di lengan kiri.
            Yesung bergegas mengambil peti kecemasan dan membersihkan luka Bella. Sesekali gadis itu mengerutkan kening menahan kesakitan.
            “Aku ada benda nak cakap dengan kau orang.” Aku bangun dan keluar.
Yesung dan Donghae saling berpandangan sebelum membontoti langkah Bella.
            “Apa kaitan kau orang dengan Molotov? Macam mana kau orang kenal ayah aku? Apa nilai peta yang kau orang cari sehingga menyebabkan nyawa ahli keluarga aku diragut?” Yesung menghembuskan nafas perlahan apabila mendengar soalan-soalan Bella. Lambat-laun, dia tahu hari ini akan tiba.
            “Ayah kau dan ayah aku merupakan kawan baik. Mereka dahulu merupakan rakan sepasukan. Suatu hari, mereka berdua mendapat tugasan supaya memburu Black Dragon dan Molotov. Pemburuan mereka membawa mereka menerokai satu dunia yang berbeza. Dunia yang tak sepatutnya dimasuki oleh manusia kerana ketamakkan manusia akan menyebabkan dunia yang itu musnah.
            Malangnya, ketua black dragon dan ketua Molotov pada waktu itu juga, tersesat di dalam dunia yang sama. Rahsia yang sepatutnya disimpan, sudah tidak menjadi rahsia.
            Ketamakan Molotov dan Black dragon menyebabkan mereka hilang pertimbangan. Mungkin kerana marah tempat mereka diceroboh oleh manusia-manusia yang tamak, makhluk-makhluk di sana marah dan mula membunuh.
            Ayah kau, ayah aku dan Hugh, ketua Black Dragon terselamat manakala Fred yang juga ayah Ingrie terbunuh.
            Apabila ayah kau dan ayah aku berjaya membawa Hugh ke tali gantung, mereka sangka rahsia akan kekal menjadi rahsia namun percaturan mereka ternyata salah apabila Hugh berjaya melepaskan diri.
            Sekarang, Hugh berpakat dengan Ingrie untuk kembali ke dunia itu. Mengambil apa yang mereka boleh ambil. Mata mereka sudah ditutupi oleh kemewahan dunia lagi satu.” Bella terduduk mendengar cerita Yesung.
            “Cerita dongeng apa yang kau sogokkan pada aku ni? Jangan nak buat lawak bodoh dengan aku!” Dada Bella berombak kasar tanda dia sedang marah.
            “Kami tak buat lawak dengan kau.” Donghae menyampuk.
            “Kalau betul apa yang kau ceritakan pada aku, kenapa ayah tak pernah cerita pada aku? Kalau betul ini sepatutnya tinggal rahsia, kenapa muncul pula peta-peta ni?” Bella melayangkan salinan peta yang berjaya di ambil sebelum melarikan diri tadi ke muka Yesung dan Donghae.
            Yesung mengambil cebisan-cebisan kertas yang dilemparkan ke mukanya.
            “Ini…”
            “Betul. Ini salinan peta yang dibuat oleh ayah aku.”
            “Sebab ayah kau dapat rasa Hugh pasti akan kembali ke sana dan dia sanggup buat apa sahaja untuk menggagalkan rancangan Hugh. Peta ini, di lakarkan oleh Hugh dan dirampas oleh ayah kau. Mungkin ayah kau buat satu salinan jika ada sesuatu yang tak disangka terjadi, jadi kita boleh gunakan peta yang lagi satu ini.” Yesung meneliti peta yang kini sudah lengkap di hadapannya.
            “Kami pun, pada mulanya hanya mahu merampas salinan asal peta ini daripada tangan Hugh tanpa melibatkan mana-mana pihak seperti yang aku janjikan pada ayah aku tapi..Akhirnya aku terpaksa libatkan ayah kau. Maafkan aku.” Yesung memandang muka Bella yang kosong.
            “Kalau kita sudah ada peta yang lengkap ni pun, apa gunanya? Molotov dan Black Dragon sudah tahu aku memiliki salinan lengkap peta ni. Mereka pasti akan buru aku sehingga ke akhirnya.”
            “Yesung.” Donghae memandang Yesung. Yesung mengangguk sebelum menghilangkan diri.
            Ruang tamu sunyi-sepi. Donghae memandang Bella yang sedang bermain-main dengan salinan peta di atas meja.
            “Fasal semalam, aku minta maaf. Aku tak sepatutnya buat macam tu pada kau.” Aku memandang Donghae. Segera aku melarikan pandangan mata apabila jantungku sudah mula berdegup laju.
            “Tak payah nak ungkit fasal tu lagi. Aku anggap benda tu tak pernah berlaku.” Donghae mengangguk perlahan apabila mendengarkan kata-kata Bella namun mengapa hatinya terasa pedih seolah-olah dihiris pisau yang tajam. Sakit dan perit!
            “Ini…Untuk kau. Ayah kau tinggalkan pada aku. Aku rasa kau patut baca. Aku minta maaf kerana tak beritahu benda ni pada kau daripada awal lagi. Aku hanya mahu lindungi kau seperti mana yang ayah kau amanahkan pada aku. Aku pula, dah abaikan amanah tu daripada awal lagi. Aku tak pernah ambil tahu apa-apa mengenai kau sampailah malam ahli keluarga kau terbunuh tu. Pada waktu itu, barulah aku kelam-kabut mencari kau. Untuk lindungi kau. Aku tak tahu pun yang kau juga pegawai polis, dah kahwin…”
            “Pernah.” Kata-kata Yesung dipotong oleh Bella. Dingin dan gelap nada wanita Bella dapat dirasai Yesung.
            “Apa pun aku minta maaf. Ini sahaja yang aku dapat buat untuk kau.” Aku mengangguk perlahan dan mengusap perlahan kulit buku yang diberi Yesung.
            “Kalau kau tak kisah, aku dan Mia nak menumpang di sini. Esok, kami akan cari tempat persembunyian yang baru.”
            “Jangan kisahkah fasal tu. Aku akan tolong kau cari tempat untuk bersembunyi sehingga luka Mia sembuh.”
            Aku meminta diri masuk ke dalam bilik, meninggalkan Donghae dan Yesung diruang tamu. Sebelum itu, sempat aku mengambil kembali salinan peta berkenaan. Entah mengapa aku bertindak sedemikian.
            “Bella…Pernah berkahwin?” Donghae memandang Yesung.
Yesung hanya menepuk bahu Donghae sebelum berlalu masuk ke dalam biliknya. Donghae melepaskan keluhan kasar kerana tidak puas hati ditinggalkan tanpa jawapan.


0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review