Sunday, June 26, 2011

Black Fantasy: Piggy Back [23]

Posted by Snow_Queen at 1:06 PM 3 under spell


Junhyung meredah lautan manusia di depannya. Matanya meliar memerhati kawasan persekitaran. Dia menoleh ke belakang apabila terasa tangannya di rentap.
            Doo Joon menunjukkan satu arah. Junhyung mengikuti langkah Du Joon.
            “Betul ke apa yang kau kata?” Junhyung menjerit melawan suara muzik yang kuat. Sebelum sempat Doo Joon berkata-kata bunyi muzik senyap dan digantikan dengan persembahan live oleh kumpulan penyanyi jemputan. Doo Joon angkat bahu apabila Junhyung memicingkan pandangan ke arah pentas. Lebih tepat lagi ke arah vokalis perempuan yang sedang menyanyi sekarang.
            Sebaik sahaja persembahan tamat, G dan rakan-rakannya berjabat tangan dengan Yu Jin.
            “Aku seronok berkerjasama dengan kau. Jumpa lagi.” G mengukir senyuman manis.
            “Aku pun. Terima kasih. Kalau ada apa-apa boleh aku minta tolong kauorang lagi kan?” Aku mengukir senyuman meleret. Gembira kerana dapat kawan baru.
            “Tak ada hal!” Vic turut menarik sengih.
            Aku memasukkan tangan ke dalam poket jeans sambil memerhatikan G dan rakan-rakan sehingga kelibat mereka hilang. Sebaik sahaja aku menoleh ke arah belakang, jantungku serta-merta berdegup laju.
            “Seronok?”
            “Apa hal?”
            “Apa hal? Kau keluar tanpa pengetahuan aku dan kau tanya apa hal?” Junhyung sudah hilang sabar. Kedua-dua belah bahu Yu Jin dipegang erat.
            “None of your business.” Aku menjulingkan mata.
            “It is my business. Ingat aku bertanggungjawab terhadap kau.”
            Baru sahaja aku mahu menjawab lidahku menjadi kelu sebaik sahaja ternampak kelibat Top menuju ke arah kami. Terus sahaja aku merebahkan diriku ke dalam pelukan Junhyung.
            Junhyung mengerutkan keningnya. Pelik dengan kelakuan Yu Jin.
            “Yu Jin.” Dahinya semakin berkerut apabila melihat kemuculan seorang lelaki.
            Aku menggetap bibir apabila mendengar suara Top.
            Top memandang Junhyung. Junhyung memandang Top. Suasana persekitaran terasa pelik.
            Junhyung cuba merenggangkan badan Yu Jin daripada badannya namun gagal apabila Yu Jin mengeraskan diri.
            “Aku rasa dia dah mabuk. Kau ada apa-apa pesanan untuk dia?” Junhyung mengawal situasi apabila menyedari keenganan Yu Jin untuk berhadapan dengan lelaki di hadapannya.
            Top menggelengkan kepala. Dia menjadi hampa apabila Yu Jin enggan bercakap dengannya. Bukan dia tak tahu Yu Jin hanya sekadar berpura-pura mabuk.
            Junhyung mencempung tubuh Yu Jin dan beredar.
            “Turunlah! Kau berat.” Junhyung bersuara setelah yakin mereka sudah jauh dari lelaki tadi.
            Aku melompat turun dari dukungan Junhyung. Aku memberi pandangan maut ke arah lelaki di sisiku.
            “Siapa dia?”
            “Pak we kau?” Junhyung meneka apabila Yu Jin mendiamkan diri tidak menjawab soalannya. Junhyung menggengam tangannya. Dia cemburu!
            “Terima kasih.” Hanya itu yang mampu aku luahkan. Aku enggan berbicara tentang Top.
            “Lain kali, kalau ada apa-apa beritahu aku. Jangan buat semuanya seorang diri. Apa gunanya aku di sini kalau macam tu?” Aku berhenti melangkah apabila mendengar kata-kata Junhyung.
            Junhyung menoleh sedikit apabila perasaan Yu Jin berhenti bergerak.
            “Kau terlalu baik. Aku khuatir aku akan menyakiti kau.” Aku meluahkan rasa hatiku. Junhyung melepaskan keluhan kasar dan menoleh sepenuhnya ke arahku. Rambutku di usap perlahan sebelum tubuhku diraih ke dalam pelukannya.
            “Naik.” Aku terperanjat apabila Junhyung tiba-tiba sahaja merenggangkan pelukan antara kami dan mencangkung.
            “Huh?”
            “Biar aku gendong kau sampai rumah.”
            “Eh?”
            “Cepatlah! Penat tau mencangkung.” Junhyung sudah kembali ke perangai asalnya.
            Aku tergelak perlahan sebelum memeluk leher Junghyung erat.
            Junghyung jalan perlahan-lahan. Dia suka apabila Yu Jin dekat dengan dirinya. Ah! Kerana perempuan ini, dinding yang aku bina supaya tidak di hampiri oleh mana-mana perempuan roboh dalam sekelip mata.
            “Dia…Orang yang pernah aku sukai.” Aku meluahkan rahsia hatiku. Junhyung diam tidak menjawab.
            “Sebenarnya aku saja yang bertepuk sebelah tangan. Sekarang dia dah ada mak we.” Aku melepaskan keluhan kasar.
            “Kau larikan diri daripada dia sebab dia dah ada mak we? Ridiculous.” Junhyung mencebik.
            “Aku tahu tapi aku tak kuat setiap kali aku berhadapan dengan dia.” Aku memuncungkan bibirku sedikit.
            “Kalau kau buat macam tu..Nampak sangat la yang kau suka dia. Lain kali kalau kau jumpa dia berlagak macam biasa sahaja.” Junhyung ikhlas memberi nasihat meskipun hatinya perit.
            “Betul juga cakap kau. Entahlah..Aku pun tak faham dengan perangai aku ni. Mungkin juga wayar dalam kepala aku dah tercabut.” Aku ketawa kecil untuk menutup kegalauan hatiku.
            “Lain kali, kalau ada apa-apa kau boleh bagitahu aku, okey?” Junhyung tergelak kecil kemudiannya apabila hanya dengkuran kecil Yu Jin yang menjawab.
            “Sleepy head!” Tapi aku cintakan sleepy head ini…I care about her
            Junhyung terus berjalan. Dia berdoa semoga perempuan kesayangannya ini sentiasa dilindungi. Nasib baik Doo Joon kebetulan berada di parti yang sama dengan yang Yu Jin hadiri kalau tidak, sampai ke sudah dia tidak tahu Yu Jin sedang buat kerja gila. Tapi itu yang menariknya tentang Yu Jin bukan? Dia suka buat kerja gila.

Black Fantasy: The party: First Clue [22]

Posted by Snow_Queen at 12:09 PM 0 under spell
Bunyi muzik yang kuat menyapa gegendang telingaku meskipun aku baru sahaja berdiri di hujung jalan menuju ke gudang lama yang dinyatakan oleh bartender Han. Langkah kaki diatur satu per satu.
            Sampai sahaja di hadapan kawasan gudang, dapatku lihat kawasan luar gudang itu sudah dipenuhi oleh ramai orang. Ada sebuah kolam besar di luar gudang itu dan beberapa buah speaker besar turut diletakkan di tepi kolam dan beberapa bahagian kawasan luar.
            “Yu Jin?” Seseorang menahanku di pertengahan jalan menuju ke gudang. Lambang bunga yang berada di dada kirinya menyakinkan ku pemuda yang berdiri di hadapanku ini merupakan salah satu orang bartender Han. Dibelakang pemuda itu, terdapat beberapa orang pemuda. Masing-masing membawa peralatan muzik.
            “Ambil ni.” Beg gitar diberikan kepadaku.
            “Siapa nama kau?”
            “Kau boleh panggil aku G.”
            Aku mengangguk sebelum menggalas beg gitar itu dan berjalan bersama mereka menuju ke destinasi yang sudah berada di depan mata kami.
            Kami ditahan oleh dua orang lelaki yang bertubuh sasa yang berkawal di depan pintu pagar gudang berkenaan. Pengawal barangkali.
            “Sila tunjukkan kad jemputan.” Tiada kemesraan di dalam nada suara pengawal yang menahan kami.
G menunjukkan kad jemputannya dan kami berlima dibenarkan masuk.
            “G…Kenapa kau lambat?” G berjabat tangan dengan seorang lelaki yang agak muda.
            “Reven sakit perut. Jadi kitaorang terpaksa mencari ganti.” G memandang diriku.
            “Oh! Baiklah. Kau boleh mula sekarang. Hiburkan tetamu-tetamu aku dan kau akan dapat upah yang lumayan seperti biasa.” Lelaki berambut coklat berkenaan mengukir senyuman nipis. G mengangguk dan memberi isyarat agar kami mengikutinya.
            Sebuah pentas sederhana besar menarik perhatianku. Kawan-kawan G sedang menyiapkan peralatan mereka.
            “Lagu apa yang kau nak nyanyi?” G menghampiriku. Aku berbisik kepadanya beberapa buah lagu. G mengangguk tanda faham sebelum dia mendapatkan kawan-kawannya yang lain.
            Muzik yang dimainkan oleh DJ dihentikan. Semua tetamu memandang ke arah pentas apabila kami semua sudah mengambil tempat masing-masing. Aku mematahkan jari-jemariku beberapa kali. Nasib baiklah aku tahu bermain gitar walaupun tidak beberapa mahir.
            “This is song is for you guys….” Suara pekikan bergema memenuhi setiap ceruk ruang gudang sebaik sahaja muzik mula dimainkan.
“Desde que te fijaste en mi
Y me liamaste por mi nombre
No he vuelto a tener mas control
Te quiero es un secreto a voces

Mi mente gira sin descansar
Siento que hay algo muy especial
Y Cada vez que cierro los ojos
Lo unico en lo que puedo pensar
Es en ti y en mi no ves

Cualquier cosa que tu
Haces me pone bien
No lo puedo evitar, uh uh ah ah
Todo lo que tu
Dices me pone bien
No lo puedo evitar uh uh ah ah

Quiren que me defienda
Nohay nada que dure siempre
Cualquier posibilidad
Se evapora facilmente

Y Cada vez que cierro los ojos
Lo unico en lo que puedo pensar
Es en ti y en mi no ves

Todo lo que haces…
Todo…

Cualquier cosa que tu
Haces me pone bien...
Todo lo que tu
Dices me pone bien...

Todo lo que haces
Todo lo que tu
Todo lo que haces
Todo lo que tu
Todo lo que haces…”

Nafas ditarik panjang sebaik sahaja lagu everything you do version Spanish tamat dinyanyikan. Aku memberikan isyarat untuk bersedia ke lagu seterusnya.
To the beat of my
To the beat of my
To the beat of my heart

I'm thinking about,
Letting it out.
I wanna give in,
I wanna go out.
Been looking around
I've finally found,
The rhythm of love,
The feeling of sound.
It's making a change,

The feeling is strange.
It's coming right back.
Right back in my range.
Not worried about anything else,
I'm waking up

To the beat of my,
To the beat of my,
To the beat of my heart.

[Chorus:]
The beat of my heart,
The beat of my heart,
The beat of my heart,
It tears us apart.
The beat of my heart,
The beat of my heart,
The beat of my heart,
Now I'm back to the start.
To the beat of my,
To the beat of my,
To the beat of my heart,

I'm up from my down.
I turn it around.
I'm making it back,
I'm not gonna drown.
I'm taking a stance.
I won't miss a chance.
I want you to see
I'm not scared to dance.

The way that you feel
Could never be real.
I want you to know I finished the deal.
So I'm sayin to you
I'll always be true.
To the rhythm inside,

To the beat of my,
To the beat of my,
To the beat of my heart,
[Chorus]

Away Away,
Away Away,
Away Away,
Away Away,
Away Away,
Away Away,
To the beat of my,
To the beat of my heart,
Away Away,
Away Away,
To the beat of my,
To the beat of my heart,

The beat of my heart,
The beat of my heart,
The beat of my heart,
It tears us apart,
The beat of my heart,
The beat of my heart,
The beat of my heart,
Now I'm back to the start,

[Chorus]

Away Away,
Away Away,
To the beat of my,
To the beat of my heart,
Away Away,
Away Away,
To the beat of my,
To the beat of my heart.”

            Tempat bertukar. G kini mengambil alih pentas manakala aku berdiri di sisinya bertindak sebagai pemain bass.
            Suara serak-serak basah G mula kedengaran. Bulu romaku berdiri tegak sebaik sahaja mendengar suara G menyanyi.
            ‘Sedap juga suara mamat ni!’ Suara hatiku berdetik memuji suara G.
            Lagu yang dinyanyikan oleh G menusuk hatiku. Seolah-olah lelaki ini memahami liku-liku perjalanan kisah cintaku yang hanya bertepuk sebelah tangan.
            Tanpa disedari oleh Yu Jin, ada sepasang mata yang memerhatikan gerak-gerinya. Insan itu menggetap bibirnya apabila melihat wajah Yu Jin yang sudah berubah. Ada rindu yang bertandang.
I’ve been trying to believe
I’ve been trying but it’s over

She’s been hoping for
that you will find your love again

I’m flying paperplanes
With all the letters she writes

Why don’t you realize now
That everytime you break it

She cries
Haven’t been around to see her
All night
Haven’t been around to hold her
I try but she cries
Haven’t been around to tell her
That I try the best that I can

Words I change the way I feel
I deny it to be better

Shes been close to me
And I I wanna lose a friend

I’ve been looking for a way
To say im sorry

She’s been waiting for you
But everytime your gone

She cries
Haven’t been around to see her
All night
Haven’t been around to hold her
I try but she cries
Haven’t been around to tell her
That I try the best that I can

You I wanna make it stop
I think I have seen enough
Things have just been way to rough
Tired of the same old bluff
I I wanna make you cry
I just wanna say goodbye
I I need your seek and hide
Living on the same old lie

She cries
Haven’t been around to see her
All night
Haven’t been around to hold her
I try but she cries
Haven’t been around to tell her
That I try the best that I can

***
“Kau ada selama setengah jam untuk memantau kawasan ni selama kita sedang berehat. Aku akan cover line untuk kau.” G berkata sambil memetik tali gitarnya. Aku mengangguk dan sempat mengucapkan terima kasih sebelum beredar.
            Top meredah lautan orang ramai untuk menghampiri belakang pentas. Tabir yang melindungi belakang pentas di angkat.
            G dan beberapa orang rakannya serentak mendongak apabila ada yang menghampiri.
            “Ada apa yang boleh aku bantu?” G bersuara apabila melihat seorang lelaki yang tidak dikenali menghampiri.
            “Aku cari perempuan yang menyanyi tadi.” G bertukar pandangan dengan rakan-rakannya.
            “Aku tak berniat jahat. Dia kawan sekolej aku.” Top lekas menerangkan apabila dapat mengesan riak tidak senang G dan rakan-rakannya.
            “Maaf! Kau tak boleh jumpa dia. Kalau tiada apa-apa lagi sila beredar.” Tegas kedengaran nada suara G.
            Lautan manusia ku redahi. Aku bersandar di dinding bersama dengan segelas minuman di tangan. Di belakangku, terdapat sekumpulan lelaki sedang berkumpul. Sewaktu membuat persembahan tadi, sempatku meliarkan mata untuk mencari target-targetku untuk mendapatkan maklumat mengenai pewaris Amy ataupun Amytheist.
            “Malam lusa kita semua di minta berkumpul di tempat biasa.”
            “Ketua tak pernah buat mesyuarat tergempar sebelum ini.”
            “Mungkin orang tua tu ada maklumat fasal Amytheist.”
            Aku mengoyangkan kepala mengikut rentak muzik yang dimainkan DJ apabila kumpulan lelaki tadi mula bergerak.
            “Hoi!” Salah seorang daripada kumpulan lelaki tadi menyergahku apabila kami berlanggar.
            Aku ketawa galak dan menyanyi entah apa.
            “Lepaskan dia. Perempuan ni mabuk.” Rakan lelaki tadi menenangkan rakanya.             Sebaik sahaja kumpulan lelaki tadi beredar aku berhenti ketawa dan merenung ke arah mereka tajam sebelum membetulkan kembali rambutku yang sengaja ku kusutkan sebentar tadi.
            Ini merupakan petunjuk pertama yang ku dapat setelah sekian lama berada di sini. Rancangan seterusnya sudah mula terangka di dalam fikiranku.
            Langkahku terhenti apabila melihat Top berjalan ke arahku. Jantungku mula berdegup kencang. Lekas aku melarikan diri mendapatkan G dan rakan-rakannya.

*credit to
m2m-everything u do *spanish version
c21-she cries
Hillary duff-beat of my heart



Saturday, June 25, 2011

Black Fantasy: Which one? [21]

Posted by Snow_Queen at 11:40 PM 0 under spell

“Yu Jin tak turun makan?” Soal nanny Mia apabila tidak nampak kelibat Yu Jin di meja makan. Selalunya gadis itu orang pertama yang akan sampai di meja makan.
            “Tak tahu.” Nanny Mia meminta diri selepas melihat angin Junhyung yang nampak tidak baik. Junhyung pula terus sahaja makan tanpa memperdulikan keadaan sekeliling.
            Yu Jin duduk di atas katil. Dia melihat nota-nota mengenai Amytheist yang berselerakan di atas katil. Jari-jemarinya di bawa ke dahi dan pelipisnya dipicit perlahan. Bayangan Top dan Eva kembali hadir di mindanya. Perlahan-lahan dengusan nafas kasar dilepaskan seolah-olah dengan berbuat demikian segala beban di bahunya turut akan hilang.
            Merasakan fokusnya sudah hilang, kesemua nota-nota berkenaan diletakkan ke dalam buku-buku yang berselerakan di hadapannya sebelum dia membuka pintu gelungsur balkoni. Wajah Junhyung dan Top bersilih ganti. Telapak tangan dilekapkan ke dada kiri. Dapat dirasakan degupan jantungnya.
            “Siapa pilihan hatiku sebenarnya? Aku menyukai Junhyung kah?” Yu Jin menarik senyuman kecil. Geli hati dengan persoalan kedua yang tiba-tiba sahaja muncul. Aku menyukai Junhyung? Merepek! Baru sahaja kenal masakan aku sudah boleh jatuh suka pada mamat itu.
            ‘Kalau kau tak suka dia atas alasan apa kau koyak nombor telefon pelajar perempuan yang cuba mengorat dia?’ Akalnya meningkah.
            “Errr…” Digaru kepalanya yang  tak gatal. Oh! Aku nak selamatkan budak tu dari jadi mangsa patah hati. Si Junhyung tu kan dingin dengan perempuan. Hatinya mempertahankan tindakannya pada petang tadi.
            ‘Oh…Alasan apa lagi yang kau nak beri? Kenapa kau nak menafikan tunas rasa yang sudah mula bertunas dalam hati kau?’ Akalnya terus-terusan menguji.
            “Hei! Diamlah! Banyak songeh pula kau ni. Suka hati akulah nak menafikan ke nak suka ke.” Yu Jin mencebikkan bibirnya.
            “Yu Jin okay?” Sepantas kilat tubuhnya berpusing menghadap pintu balkoni. Nanny Mia memandangnya dengan wajah yang risau.
            “Ehehe…Okay. Ada apa Nanny?” Yu Jin garu pipinya yang tak gatal. Menahan malu sebenarnya.
            “Nanny hantarkan makanan. Ada atas meja tu. Kalau lapar nanti makanlah.” Segaris senyuman terukir di wajah orang tua yang sudah dianggap seperti ibunya.
            “Okay.” Keluhan terluah dari bibirnya sebaik sahaja Nanny Mia keluar. Baru sahaja dia mahu melangkah masuk, dia mendengar bisikan seseorang di belakangnya. Badannya dipusing ke arah belakang menghadap luar. Anehnya! Tiada sesiapa.
            “Yu Jin, aku ni bartender Han. Aku nak beri kau maklumat.” Suara Bartender Han kedengaran.
            “Oh?” Keningnya terangkat sebelah.
            “Pukul dua belas malam ini, ada parti yang di adakan di sebuah gudang lama yang terletak di hujung Bandar. Aku sudah letakkan alamat di atas katil kau. Di sana kau boleh dapatkan maklumat mengenai pewaris Amy.”
            “Terima kasih.”
            “Hati-hati. Di sana kau bukan akan menjadi tetamu tetapi penyanyi jemputan. Aku sudah uruskan segala-galanya. Di sana akan ada yang cover line untuk kau. Jika kau terjumpa orang-orang yang memakai lencana berbentuk bunga, mereka merupakan orang-orang aku.” Sejurus selepas itu, suara bartender Han tidak kedengaran lagi.
            Dia menghampiri katil. Cebisan kertas di ambil. Bibir bawahnya digigit. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul sebelas malam. Ini bermakna dia mempunyai sejam sahaja lagi. Lencana bunga yang diletakkan di atas cebisan kertas tadi di ambil. Segera dia menyalin pakaiannya kepada pakaian yang sesuai. Jampi dikenakan dan mukanya menjadi pucat seperti mayat. Solekan ringkas di kenakan. Rambutnya bertukar warna ke warna perang gelap. Sepantas kilat, dari balkoni, dia terjun ke bawah tanpa menghasilkan sebarang bunyi. Bilik Junhyung yang sudah gelap dipandang sekilas sebelum dia beredar.

Saturday, June 11, 2011

Black Fantasy: Greenwitch (20)

Posted by Snow_Queen at 11:32 AM 6 under spell
“Aku tak suka.”
“Apa yang kau tak suka?” Tanpa nada aku menjawab soalan Junhyung.
“Aku tak suka kau tayang muka tenuk kau ni.” Junhyung menarik pipi kananku. Aku menepis tangan Junhyung dan menggosok pipiku yang perit akibat dicubit.
Apabila lampu isyarat untuk pejalan kaki sudah hijau, Junhyung menggengam erat tanganku. Tak pula aku menarik kembali tanganku. Aku tersenyum nipis tanpa Junhyung sedar. Apabila sampai di seberang jalan, Junhyung masih tak lepaskan pegangan tangannya. Bandar Greenwitch merupakan pusat pentadbiran bagi St.Blair maka tidak hairanlah Bandar ini sesak dengan pengunjung.
“Hermm..Kita boleh tanya fasal pewaris Amy di sini.” Junhyung berhenti di depan sebuah kelab.
“Tempat apa ni?” Aku memandang Junhyung dengan pandangan risau.
“Percayakan aku, okey.” Junhyung menarikku masuk ke dalam kelab berkenaan. Ramai orang sedang melepak di situ dan ada pula yang sedang membuat urusniaga. Junhyung menuju ke arah kaunter.
“Hey!” Bartender di situ menyapa Junhyung. Junhyung mengangkat tangan.
“Apa hal? Bukan kau kata nak rehat sebulan dari cover kes untuk persatuan kau?” Bartender Han memandang Junhyung dengan pandangan pelik.
“Bukan aku tapi mak we aku.” Junhyung meletakkan tangannya atas bahuku.
“Mak we kau?” Bartender Han memandang Yu Jin dari atas ke bawah dan ke atas semula.
“Apa yang boleh aku tolong?”
“Saya sedang mencari pewaris Amy, seorang witch yang mencipta  Amytheist pada zaman pemerintahan raja Zenry.”
Bartender Han mengusap janggutnya seolah-olah sedang berfikir.
“Klasik kes kau ni. Aku tak jamin boleh cari tapi aku akan minta tolong beberapa orang kawan aku.” Bartender Han tersenyum nipis.
“Babe, saya nak pergi atas. Tunggu dekat sini tau!” Junhyung mengenyitkan mata dan beredar mendaki tangga menuju ke tingkat atas. Aku berdehem perlahan untuk cover diri sendiri yang tengah malu-malu kucing.
“Apa yang kau nak buat dengan Amytheist?” Bartender Han berbisik.
“Saya ditugaskan untuk membunuh Amytheist.” Aku juga turut berbisik. Bartender Han menggamitku mengikutinya. Aku dibawa ke dalam sebuah bilik kecil yang sedikit hapak yang terletak di belakang bar. Di dalam bilik itu terdapat sebuah meja panjang dan beberapa buah kerusi. Lampu bilik itu agak suram juga. Bartender Han memeluk tubuhnya.
“Betul ke apa yang kau cakap tadi?” Suara Bartender Han bertukar menjadi serius.
“Apa yang betul?” Aku mengerutkan dahi.
“Kau kena bunuh Amytheist?” Aku mengangguk.
“Kalau macam tu kau kena berhati-hati. Secara jujurnya bukan kau seorang sahaja yang mencari Amytheist tapi beratus-ratus orang lagi. Mereka semua ingin memiliki Amytheist, jika mereka tahu niat kau, kau akan dibunuh kerana menghalang jalan mereka untuk memilik benda kotor itu! Perkara ni, lebih baik kau senyapkan sahaja. Buat kerja kau dengan hati-hati seperti kau tak wujud di atas muka bumi ini. Aku akan tolong kau. Kalau kau perlukan apa-apa bantuan, kau boleh cari aku.” Bartender Han menerangkan semuanya dengan senafas sahaja.
“Tapi, apa kerja yang Junhyung buat? Persatuan?” Aku cuba mengorek rahsia Junhyung.
“Kau tak tahu?” Bartender Han mengerutkan keningnya.
“Betul juga. Dia tak cerita mungkin kerana dia tak mahu kau risau. Kalau kau nak tahu apa yang dia buat, lebih baik dia sendiri yang cerita. Aku tak nak masuk campur. Mari pergi. Nanti Junhyung cari kau pula.” Bartender Han menarikku keluar dari bilik kecil itu.
Aku keluar dari kelab yang diberi nama R n B itu. Aku bersandar di tepi dinding dan memikirkan kata-kata Bartender Han.
Adakah aku patut buat semuanya seorang diri? Kalau betul tugasanku ini merbahaya, aku tak mahu melibatkan orang lain.
Sedang aku tenggelam di dalam lamunan sendiri, aku terkedu kerana mendengar suara yang seolah-olah aku kenali. Pintu kelab R n B kedengaran dibuka. Aku menghendap melalui cermin kaca kelab dan telahanku ternyata benar. Kelihatan Top dan Eva sedang berurusan dengan Bartender Han. Aku menundukkan pandangan apabila Top dan Eva keluar dari kelab dan tanpaku sedar aku mengekori langkah mereka.
Melihat Top dan Eva sedang bergelak ketawa dengan  gembira umpama sembilu yang menusuk kalbuku sehinggakan aku rasakan tiada lagi udara di sekelilingku untukku terus bernafas.
Aku berhenti di belakang seorang pemuda bertubuh besar yang kebetulan berada di sebelahku untuk menyorok apabila Top dan Eva berhenti melihat barang-barang yang dijaja di tepi jalan.
Aku terus mengekori langkah mereka apabila mereka mula bergerak untuk melihat barang-barang lain yang terdapat di sekitar kawasan itu.
Sekumpulan pelajar universiti yang tiba-tiba datang entah dari arah mana menyebabkan aku terpisah dengan Top dan Eva. Aku kehilangan punca sebelum pergelangan tanganku direntap dari belakang.
“Kau tahu tak penat aku cari kau! Aku suruh kau tunggu aku di mana?!” Suara Junhyung meninggi. Aku terkedu. Bagaimana pula aku boleh lupa akan pesanan Junhyung?
Aku memandang sekeliling untuk mencari kelibat Top dan Eva namun gagal.
“Jom balik!” Junhyung menarik tanganku menuju ke arah stesen kereta api.
Junhyung berasa sebal. Hampir separuh nyawanya seakan melayang apabila Yu Jin hilang secara tiba-tiba. Jantungnya seakan-akan mahu berhenti berdegup. Nasib baik dia berjumpa kembali dengan Yu Jin. Junhyung mengerling ke arah Yu Jin yang mendiamkan diri semenjak dari tadi. Muka Yu Jin  mendung sekali. Kereta api bergerak dalam kelajuan sederhana. Mujurlah waktu-waktu begini kereta api lengang kalau tidak terpaksa lah mereka berhimpit dengan orang ramai.
“Aku minta maaf.” Junhyung memandang ke arah Yu Jin yang duduk di sebelahnya menanti jika ada apa-apa lagi yang ingin diperkatakan gadis itu namun dia hampa apabila Yu Jin terus mendiamkan diri. 

Black Fantasy: Jealousy (19)

Posted by Snow_Queen at 11:29 AM 2 under spell
Aku menolak buku how to summon Amytheist ke tepi. Segala nota yang aku catit aku lipat dan letak di atas buku itu. Kini aku tahu tanggungjawab aku begitu berat. Menjadi guardian merupakan tugas yang berat. Aku menghidupkan telefon bimbitku. Berpuluh-puluh pesanan ringkas dan panggilan masuk. Aku baca pesanan ringkas berkenaan satu per satu.  
Kebanyakannya dari Winnie. Tiada satu pun dari Top. Adakah Top tidak tertanya-tanya dimanakah aku atau…rindukan aku? Ah Yu Jin! Orang yang sedang mabuk bercinta itu takkan pandang kau lagi. Pandangannya sudah beralih arah..Hati bilalah kau nak terima hakikat yang Top bukan untuk kau. Dia untuk orang lain. Aku menutup kembali telefon bimbitku.
Aku sepatutnya fokus terhadap tugasan aku. Ermmm..Di mana patut aku mula dahulu untuk mencari pewaris Amy? Esok ponteng kelaslah. Alang-alang cari pewaris Amy, boleh juga aku berjalan-jalan sekitar St.Blair.
Junhyung yang baru mahu memulas tombol pintu bilik Yu Jin terhenti pergerakannya apabila lampu bilik Yu Jin sudah di matikan. Apa yang aku buat ni?! Junhyung mengetuk kepalanya. Dia menggeleng perlahan dan menuju masuk ke dalam biliknya yang terletak bertentangan dengan bilik Yu Jin.
***
“Tak pergi kelas?” Junhyung mengerutkan kening apabila melihat Yu Jin yang sedang membaca surat khabar sambil makan sarapan.
“Tak. Aku ada hal hari ni.” Yu Jin berkata tanpa memandang ke arah Junhyung.
“Hal?”
“Ermm..Kau tak pergi kelas? Dah lambat ni?” Yu Jin memandang jam tangan di pergelangan tangannya yang sudah menunjukkan pukul lapan pagi.
“Nak pergilah ni!” Junhyung berlalu. Yu Jin mengusap dadanya apabila mendengar bunyi pintu dihempas.
“Aish! Apa kena dengan mamat tu? mood swing?”
“Ingat aku teringin nak tahu sangat ke dia nak pergi mana?” Junhyung melemparkan begnya ke seat belakang. Enjin dihidupkan dan keretanya meluncur laju di atas jalan raya.

Aku mengerutkan kening apabila melihat Junhyung sedang baring di atas bonet keretanya. Bukan tadi dia dah berambus ke? Siap bunyi ekzos macam harimau mengaum nak terkam mangsa.
Aku menghampiri Junhyung.
“Hey mister!” Aku mengetuk permukaan bonet. Junhyung buka matanya.
“Bukan kau sepatutnya sudah berada di dalam kelas?” Aku memeluk tubuhku.
“Ehmm..Aku tiba-tiba rasa malas nak pergi kelas.” Junhyung bangun dari pembaringannya.
“Kau ni pelik.” Aku terus berlalu tanpa memperdulikan Junhyung.
“Yah! Tunggu aku!” Junhyung melompat turun dari bonet keretanya dan mengejar langkah Yu Jin yang laju semacam itu.
“Kenapa kau ikut aku?” Aku menjeling Junhyung yang kini sudah berada di sebelahku.
“Hobi.” Dia tarik senyuman sinis.
“Whatever.” Aku julingkan mata. Malas mahu melayan kerenah Junhyung.
***
Kereta api sesak dengan para penumpang yang mahu ke tempat kerja mahupun kolej. Tempat duduk sudah penuh maka terpaksa aku dan Junhyung berdiri.
“Ouch!” Aku menggosok lenganku yang dilanggar orang yang baru masuk ke dalam gerabak.
Junhyung menarikku dekat dengannya. Dia meletakkan sebelah tangannya di dinding atas sedikit dari bahuku seolah-olah mahu melindungiku dari orang ramai. Junhyung leka memandang sekeliling tanpa menyedari aku sedang merenung mukanya. Ada perasaan halus yang menyelinap masuk ke dalam hatiku. Tanpa ku sangka, Junghyung memandang ke arahku. Aku segera melarikan pandangan ke arah lain. Junhyung tunduk sedikit badannya dan berbisik di telingaku.
“Tak baik renung anak teruna orang macam tu di tempat awam.” Dapat aku rasakan mukaku sudah merah mendengar bisikan Junhyung di telingaku. Aku menjeling Junhyung yang tersenyum nipis. Bertambah merah mukaku.
“Panas huh? muka kau merah sangat.” Junhyung tergelak dan ianya bertambah galak bila aku cubit lengannya.
Aku cepat-cepat meloloskan diri apabila sudah sampai di stesen Sway. Junhyung meletakkan kedua belah tangannya ke dalam kocek. Aku perasan beberapa pasang mata gadis dan budak-budak sekolah menengah memandang ke arah Junhyung.
Kini aku harus menunggu kereta api yang menuju ke Greenwitch pula.
“Ini nombor saya!” Aku terkedu apabila seorang budak sekolah menengah menghampiri kami dan memberikan Junhyung secebis kertas yang mengandungi nombor telefonnya.
Perasaan marah tiba-tiba sahaja merasukku apabila Junhyung mengambil kertas itu dan mengucapkan terima kasih. Segera budak tu berlari ke arah kawan-kawannya dan dapat aku dengar budak itu menjerit kegembiraan walaupun dengan suara rendah.
“Kecil-kecil lagi dah gatal.” Aku menggumam sendirian.
“Apa dia?” Junhyung memandangku.
“Nothing!” Aku menjeling. Junhyung tersenyum nipis.
Apabila aku sudah nampak kepala kereta api yang menuju ke Greenwitch sudah semakin hampir, segera aku rampas kertas yang mengandungi nombor telefon itu dari tangan Junhyung dan campak ke arah landasan kereta api sebelum aku menarik tangan Junhyung masuk ke dalam kereta api.
Dapat aku lihat jelingan tajam budak tadi terhadapku sebaik sahaja pintu kereta api tertutup.
“Hey missy, kenapa kau campak nombor tu?” Junhyung memandangku tajam.
“Aku tak suka.”
“Kenapa?”
Aku terdiam apabila mendengar kata-kata Junhyung. Betul juga..Kenapa aku buat macam tu. Nampak macam aku cemburu pula pada hal aku dan Junhyung bukannya ada apa-apa hubungan pun.
“Sebab aku nak selamatkan budak tu.” Aku menggetap bibir apabila melihat Junhyung sudah tersenyum sinis.
“Betulah! Lagi pun budak tu mesti bawah umur lagi. Kalau kau bercinta dengan budak tu nampak macam ayah dan anak. Kalau kau gatal nak bercinta aku boleh kenalkan kawan-kawan aku.” Aku terus mencari alasan untuk menyelamatkan diri.
“Alasan budak tujuh tahun. Kalau kau suka aku kau boleh berterus-terang..”
“Ha! You wish!” Aku segera keluar apabila sudah sampai ke stesen Greenwitch. Junhyung mengikut dari belakang. Senyuman masih tak lekang dari bibirnya.


 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review