Thursday, December 29, 2011

The Way You Are [19]

Posted by Snow_Queen at 2:37 PM
“Apa yang kau cari?” Mia memandang Bella yang sedang meyelongkar meja mendiang ayahnya. Sudahlah Bella datang secara mengejut ke rumahnya pagi tadi.
            Belum sempat dia nak mandi, Bella terus sahaja menariknya keluar daripada rumah. Nasib baiklah pakaian tidurnya sopan. Kalau tidak, jatuhlah saham selaku anak dara paling hot di Bandar itu. Harap-haraplah bau badan dia yang tidak mandi tidak merosakkan deria bau orang lain.
            “Peta.”
            “Huh?”
            “Peta!” Bella menguatkan suaranya kali ini.
            “Kalau setakat nak cari peta, dekat kedai berlambak. Siap boleh pilih saiz lagi.” Mia buat muka.
            “Bukan peta tu yang aku cari.” Bella memandang Mia yang kini buat muka tak faham.
            “Aku cari peta..Alah aku pun tak tahu macam mana nak cakap sebab aku sendiri tak pernah tengok peta tu.”
            “Kau nak suruh aku tolong kau cari barang yang kau sendiri tak pernah tengok?” Bella mengangguk mengiyakan kata-kata Mia. Mia menggelengkan kepala sebelum menyertai temannya.
            Setelah hampir satu jam berhempas-pulas mencari peta yang diingini Bella, Mia dan rakannya itu terduduk kepenatan di tepi dinding. Mia melihat muka Bella yang seakan kecewa.
            “Beritahu aku apa hal sebenarnya ini. Sudahlah kau datang sini secara mengejut.” Bella mengeluh perlahan apabila mendengarkan kata-kata Mia. Dia mencapai alat rakaman di dalam poket seluar sebelum menyerahkan benda alah itu pada Mia.
            Mia dengan pantas mengambil alat berkenaan daripada tangan Bella. Dia mendengar rakaman itu dengan teliti.
            “Kau…Rasa dalang pembunuhan ahli keluarga kau, Molotov?” Mia menyoal setelah selesai mendengar rakaman berkenaan.
            “Bukan rasa tapi aku positif mereka yang membunuh ahli keluarga aku. Aku…Aku akan pastikan setiap titis darah ahli keluarga aku dibalas dengan darah.” Mia memandang tangan Bella yang mengepal penumbuk.
            “Bella, kau jangan lupa kau tu penguatkuasa. Jangan sesekali terfikir nak buat benda bodoh macam tu. Biar undang-undang yang menghukum pesalah.”
            “Kau tak rasa apa yang aku rasa!” Bella bangun daripada duduknya. Enggan berbalah mulut dengan Mia.
            “Kau rasa apa kaitan SUJU dengan semua ni?” Mia mengalih topik perbualan.
            “Fasal tu, kau jangan risau. Aku akan siasat. Sementara itu, kita harus cari peta yang dimaksudkan oleh orang-orang bawahan Molotov.” Bella bergerak menuju ke rak buku di sebelah kanannya. Satu per satu buku di atas rak itu dipunggahnya.

Terhenti pergerakan Bella apabila mendengar soalan Mia. Otaknya segera berfungsi dengan laju.
            “Kalau aku jadi ayah, di mana aku akan letakkan barang yang bernilai sebegitu?” Dia menggumam ayat itu beberapa kali.
            Mia terkejut apabila melihat Bella memecut lari dengan pantas ke arah tingkat atas. Dengan segera, dia membontoti langkah Bella.
            Hampir ternganga Mia apabila melihat Bella menarik keluar sebuah kotak besar daripada almari baju milik Kevin. Dia melutut di hadapan Bella. Isi kotak berkenaan dipandang sebelum dia ketawa galak.
            “Kevin baca benda-benda macam ni?” Mia membelek satu per satu buku cerita di dalam kotak berkenaan. Ada Cinderella, Snow White, Sleeping Beauty, Peter pan….
Bella mengetuk kepala Mia. “Dulu ayah aku rajin bacakan cerita ni pada kami adik-beradik sebelum masuk tidur. Peter pan ni, buku kegemaran Kevin.” Bella mengusap kulit buku Peter Pan.
            Mia berhenti menggosok kepalanya apabila melihat mata Bella sudah mulai bergenang dengan air mata. Lantas dia menepuk perlahan tangan Bella.
Bella yang seakan mengelamun jauh tersentak sebelum senyuman manis terlakar di bibir.
            “Jadi, kita nak buat apa dengan buku-buku ni?”
            “Dulu, aku pernah nampak ayah keluarkan semua buku-buku ni dan bawa masuk ke bilik kerjanya. Bila aku tanya, dia hanya senyap sahaja. Aku pun buat tak tahu sajalah.”       Tangan Bella sudah ligat menyelak helaian muka surat buku Cinderella di hadapannya satu per satu. Begitu juga Mia.
            “Bella lihat ni.” Mia menyerahkan buku peter pan kepada Bella. Di tengah-tengah muka surat buku cerita berkenaan, ada satu kertas lusuh yang dicantum bersama dengan buku cerita berkenaan menampakan seolah-olah kertas itu adalah sebahagian daripada buku cerita itu.
            Dengan berhati-hati, Bella mengoyakkan muka surat itu sebelum menyimpan ia ke dalam beg sandang miliknya.
            “Kita dah jumpa cebisan terakhir peta tu..Kalau inilah peta yang dimaksudkan Molotov.” Mia bangun dan buat regangan untuk membetulkan pinggangnya.
            “Dua berada di tangan Molotov, satu di tangan SUJU dan satu lagi di tangan kau. Apa yang kau nak buat selepas ni?” Mia kembali bertinggung di depan Bella yang masih menyelak beberapa buku cerita lain.
            “Aku rasa ini hanyalah salinan peta itu sahaja. Ayah aku tak perlu bersusah payah untuk mengangkat sekotak buku cerita ni ke dalam pejabat dia kalau setakat hanya nak sorokkan satu cebisan peta ni sahaja.” Mia mengerutkan kening sebelum senyuman sinis terukir di bibir. Ada betulnya kata Bella itu.
            “Tengok.” Bella mengunjukkan satu lagi cebisan peta yang terdapat di dalam buku Alice in Wonderland.
            Pergerakan mereka terhenti apabila terdengar bunyi tapak kaki di anak-anak tangga. Masing-masing sudah mencapai senjata.

•°*”˜ ˜”*°•

“Mana Bella? Sehari suntuk aku tak nampak batang hidung dia di sini?” Leeteuk bertanya pada Yesung yang kebetulan masuk ke dalam pejabatnya.
            Emergency leave. Aku nak kau take over kes dia ni.” Yesung meletakkan file di hadapan Leeteuk.
            “Cuti kecemasan? Apa hal?”
          “Aku bukan pengawal peribadi dia. Mana aku nak tahu!” Leeteuk terdiam. Apa kena dengan Yesung hari ini?
            Jarang sekali hendak nampak Yesung naik angin sebenarnya.
            “Kau ni apa hal pula nak marah-marah?” Yesung meramas rambutnya sebelum beredar keluar daripada pejabat Leeteuk meninggalkan temannya itu tanpa jawapan.






0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review