Thursday, December 29, 2011

The Way You Are [18]

Posted by Snow_Queen at 2:33 PM

Aku terduduk di sebalik pintu sebaik sahaja sampai di tempat penginapanku. Entah mengapa aku rasa tidak terdaya untuk berdiri lagi. Semenjak daripada tadi wajah      Donghae asyik bermain di dalam fikiran.
            Dengan sisa kekuatan yang masih ada, aku bangun dan buka suis lampu.
            Serta-merta cahaya lampu menerangi bilik hotel. Aku mengeluarkan senjata yang tersisip di pinggang apabila melihat keadaan biliku yang bersepah.
            Aku meletakkan senjata selepas memeriksa semua ceruk bilik hotel.
            Apa yang dicari? Persoalan itu berlegar-legar di dalam kotak fikiran sambil aku mengemas barang-barang yang berselerakan di dalam bilik. Anehnya tiada satu pun barangku yang hilang. Juga tiada kesan pecah masuk.

            “Mia, bilik aku kena pecah masuk.” Aku menghubungi Mia sebaik sahaja selesai mengemas.
            “Itulah…Tak ada pun barang yang hilang.” Pergerakanku terhenti semasa mahu menarik langsir. Sesuatu melintas di dalam fikiran.
            “Mia, aku telefon kau balik nanti.” Aku segera buka komputer ribaku yang tersorok di sebalik kepala katil. Sengaja aku sembunyikan di situ.
            Setelah menekan masuk beberapa data, aku melihat rakaman kejadian yang berlaku sepanjang ketiadaan diriku.
            Nampak gayanya penceroboh yang menceroboh masuk bilikku tidaklah pandai mana kerana dia hanya merosakkan cctv hotel sahaja.
            Keadaan bilik yang gelap menyukarkan aku untuk mengesan wajah suspek.
            Yang kelihatan hanyalah cahaya lampu suluh berwarna putih yang melilau ke sana dan ke sini.
            Aku menekan butang pause apabila tiada satu pun rakaman yang dapat memberi klu kepadaku.
            Kini aku beralih kepada rakaman suara pula. Headphone aku kenakan ke telinga.
            “Kau periksa di bilik tidur utama manakala aku periksa ruang tamu.”
            “Benda tu tak ada di dalam bilik tidur.” Keningku berkerut apabila mendengar perbualan penceroboh-penceroboh berkenaan.
            “Di ruang tamu pun tak ada.”
            “Kau fikir perempuan tu pegang cebisan terakhir peta yang kita cari?”
            “Aku tak tahu. Kita cari di sini pun sebab Edward mungkin serahkan benda tu pada anak dia.”
            “Atau pada SUJU?”
            “SUJU?” Aku menggumam nama itu.
            “Aku tak rasa macam tu. Kalau cebisan peta terakhir itu ada pada SUJU, mereka dah lama akan serang kita untuk dapatkan baki peta daripada Ingrie.”
            “Eh, bunyi apa tu?”
            Aku memandang jari-jemariku yang menari di permukaan kaca meja kerjaku. Rakaman suara sudah habis dimainkan.
            Ingrie, ketua Molotov. Apa kaitan Molotov dan SUJU? Peta apa yang mereka cari?
            Apa kaitan ayah dengan semua ini?
            Persoalan demi persoalan berlegar di dalam kotak fikiranku. Makin difikirkan, aku menjadi semakin pening. Pening kerana tidak menemui jawapan.
            Bunyi penggera kecemasan menyedarkan aku. Dengan pantas, aku hanya mencapai laptop di depanku dan berlari keluar daripada bilik.
            Semasa berlari menuruni tangga kecemasan, larianku terhenti.
            Imbasan wajah Ryu yang aku nampak sebelum aku pengsan semasa menyerang Molotov dan Black Dragon di sebuah gudang bermain di fikiran.
            “Pihak yang lagi satu itu…SUJU?”
            Tapi…Aku tersentak apabila dirempuh oleh seseorang. Aku mula berlari menuju ke bawah.

            Sampai sahaja di pintu hadapan hotel, dapat aku lihat ramai orang mula berkumpul sebelum bomba sampai beberapa ketika kemudian.
            Kepulan asap tebal daripada tingkat tiga dapat aku lihat dengan jelas.
            Dengan langkah yang malas, aku menuju ke arah café yang terletak di seberang hotel. Persoalan mengenai kejadian malam itu masih lagi berlegar di ruang minda.
            Aku menarik keluar telefon bimbit daripada kocek dan nombor Serene aku dail.
            “Hey.” Aku hanya mengukir senyuman tawar apabila mendengar bebelan Serene yang menyatakan dia merinduiku.
            “Serene, aku nak tanya sesuatu.” Aku mula menyatakan tujuan sebenar aku menelefon.
            “Kau ingat lagi tak malam aku ditugaskan jadi snipper?”
            “Kau…Ingat lagi tak ada lagi satu pihak yang muncul secara tiba-tiba? Kau tahu tak berapa orang?”
            “Lima? Kau pasti?” Aku menelan air liur yang terasa tawar di kerongkong.
            Aku mematikan talian setelah persoalanku terjawab.
            Adakah semua ini satu kebetulan? SUJU? Adakah mereka yang muncul di tempat yang sama sewaktu serbuan dilakukan di gudang itu?
            Wajah Ryu yang aku nampak itu adalah…Donghae?
            Siapakah mereka yang sebenarnya dan peta apa yang mereka maksudkan?
            Dan…Adakah dalang di sebalik pembunuhan ahli keluargaku, Molotov?

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review