Tuesday, November 29, 2011

The Way You Are [17]

Posted by Snow_Queen at 1:31 PM

Air mineral di tangan diteguk. Pistol di tangan dipandang beku sebelum muncung senjata itu dihala ke satu arah. Seolah-olah orang yang dibencinya sedang berdiri di titik itu.
            “Kau…Dah…Bersedia?” Suara Eric kedengaran.
            “Yup!” Aku bangun daripada duduk apabila suasana di sekelilingku berubah. Daripada bilik yang kosong yang luas kini bertukar menjadi suasana Bandar yang sunyi sepi.
            Program simulasi ini merupakan antara latihan buat para pegawai TPID untuk mengasah seni mempertahankan diri dan teknik-teknik yang mereka pelajari selain membantu mereka berfikir dengan cepat dan bertindak dengan tangkas untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

            Senjata di tangan aku genggam kemas. Bersedia untuk menghadapi segala macam kemungkinan.
            Aku berpusing ke kiri dan ke kanan apabila terlihat kelibat yang berlari pantas di sekelilingku.
            Tembakan dilepaskan apabila seekor makhluk yang mempunyai fizikal seperti lintah menyerangku. Yang bezanya makhluk ini bersaiz sepuluh kali ganda besar dan mulutnya bertaring.
            Darah hijau terpecik di bajuku. Aku buat muka jijik.
            Aku berjalan untuk beberapa ratus meter sebelum aku lihat beberapa cahaya biru di hadapanku. Anehnya cahaya itu hanya berlegar-legar di kawasan yang sama sahaja.
            Aku mengambil lampu suluh khas yang terselit di pinggang dan menyuluh ke arah hadapan.
            Kelihatan beberapa orang bersut hitam sedang berdiri kaku. Cahaya yang aku nampak tadi merupakan cahaya senjata mereka.
            Aku berundur beberapa langkah ke belakang  apabila musuh-musuhku menalakan senjata mereka ke arahku.
            Eric memerhatikan kadar denyutan nadi Bella sebelum matanya melirik ke arah salah satu skrin besar di hadapannya.
            Dia kini terasa seolah-olah sedang melihat cerita aksi apabila melihat Bella dikejar oleh beberapa orang bersut hitam dan bertopeng dengan warna yang sama.
            Hampir dia ternganga apabila melihat aksi Bella di skrin. Gadis itu berlari ke arah dinding bangunan sebelum buat back flip. Hulu senjatanya dihentak ke belakang kepala salah seorang musuhnya sebelum sebutir bom dilepaskan ke arah musuh-musuhnya yang lain.

Aku mengesat peluh yang terbit daripada dahi sebaik sahaja musuh-musuh di hadapanku mati.
            Aku menekan butang di lengan dan menukar senjataku kepada FA MAS yang mempunyai kuantiti peluru paling banyak.
            Sebelum bergerak, aku meraba pinggangku untuk memastikan slicer dan saber yang terselit di pinggang masih ada.
            Sekali lagi, aku menekan butang yang sama dan memilih claw sebagai senjata tambahan. Kini aku terasa seperti wolverine pula.
            Baru beberapa tapak aku melangkah, tempat sekitarku bergegar dengan hebat.
            Aku memandang sekeliling tanda mengambil langkah berjaga-jaga.
Langit dipandang sekilas apabila hujan renyai-renyai mulai turun. Serentak dengan itu, jalan raya mulai retak. Aku meniarap apabila tiba-tiba sahaja jalan yang berada kira-kira dua ratus meter di hadapan meletup.
            Beberapa ketika kemudian, aku bergerak apabila suasana kembali senyap-sunyi meskipun hujan masih turun.
            Aku bangun dan menghampiri tempat letupan. Sebuah lubang besar terhasil akibat daripada letupan berkenaan.
Jantungku berdegup pantas apabila secara tiba-tiba sahaja seekor makhluk meluru keluar daripada lubang berkenaan sebelum menghilangkan diri.
            Aku mengaktifkan shield sebagai langkah berjaga-jaga.
Tindakanku merupakan langkah yang tepat kerana sebaik sahaja aku mengaktifkan shield, aku diserang bertalu-talu oleh makhluk berkenaan.
            Aku mendongak ke udara untuk melihat makhluk jenis apakah yang menyerangku.
Manusia bersayap seperti kelawar sedang melihatku sambil menyeringai.
            “Makhluk apa pula ni!” Aku mengambil slicer yang tersisip kemas di pinggang sebelum melayangkan senjata itu ke langit.
            Makhluk berkenaan seolah-olah mentertawakan aku apabila senjata yang aku baling tidak mengenainya.
            Aku juga turut ketawa apabila slicer kini mendarat di tanganku.

            Eric mengerutkan kening apabila melihat skrin. Mungkin Bella sudah gila apabila secara tiba-tiba sahaja ketawa tidak tentu fasal?
            Baru sahaja dia mahu mengalihkan pandangan daripada skrin, pandangannya kaku apabila melihat sebelah sayap manusia kelawar yang menyerang Bella terkoyak dua menyebabkan makhluk itu hilang kawalan dan jatuh dengan kasar di atas permukaan jalan raya.
            Tanpa memberi peluang, Bella meluru ke arah makhluk berkenaan dan membenamkan saber ke dalam jantung makhluk berkenaan sebelum gadis itu turut terbaring keletihan di atas jalan.

Aku menanggalkan digital glasses apabila keadaan sekelilingku mula berubah kembali ke keadaan asal.
            “Terima kasih, Eric.” Aku memandang ke arah observation mirror sebelum menanggalkan alat telekomunikasi dan keluar menuju ke arah pejabatku.

“Kalau Black Dragon dan Molotov sudah mempunyai dua daripada empat cebisan peta yang kita mahukan, kita perlu lebih berhati-hati mulai daripada sekarang.
            Mereka tahu kita mempunyai satu cebisan peta dan yang tinggal kini, hanya satu lagi cebisan peta yang entah berada di mana.” Hangeng memandang rakan-rakannya.
            “Kalau Edward masih hidup, dia mungkin tahu di mana cebisan peta terakhir itu.” Leeteuk mengurut tengkuknya.
            “Cebisan peta terakhir itu, aku percaya masih selamat walaupun di mana ia berada. Persoalan sekarang, bagaimana kita mahu dapatkan dua cebisan peta daripada tangan Ingrie?” Donghae menyoal.
            Yesung memandang muka rakan-rakannya. Bunyi ketukan di pintu mematikan niatnya untuk buka mulut. Semua mata memadang ke arah Bella yang berdiri di muka pintu.
            “Aku datang nak serahkan kunci rumah Donghae.” Aku meletakkan kunci rumah Donghae di hadapan lelaki itu. Tidak sedikitpun aku memandang ke arah dia.
            Donghae memandang beku kunci rumahnya sebelum melihat Bella melangkah keluar.
            Aku menggetap bibir apabila memandang wajah Donghae yang begitu dekat dengan mukaku. Entah angin apa yang merasuk lelaki itu mengejarku sehingga ke tempat letak kereta bawah tanah.
            “Apa hal?” Aku berlagak tenang dengan menyoal Donghae meskipun jantungku sudah berdegup laju.
            “Kenapa kau benci aku?” Donghae merenung dalam anak mata Bella. Entah mengapa ayat itu yang terkeluar daripada mulutnya. Dan dia sendiri tidak tahu mengapa dia marah apabila Bella memulangkan kunci rumahnya.
            Bukan dia tidak perasan yang selama ini Bella seolah-olah cuba mengelak daripada dirinya. Sepatutnya…Dia tidak sepatutnya terkesan dengan perlakuan Bella tetapi entah mengapa dia sentiasa mahu melihat wajah perempuan itu…Bukan! Lebih tepat lagi dia mahu Bella sentiasa dekat dengannya.
            Nafasku tertahan apabila wajah Donghae semakin dekat denganku namun akal warasku segera mengingatkan bahawa yang di hadapanku bukan Ryu. Di depanku ialah Donghae dan lelaki itu sudah mempunyai teman wanita.
Aku menolak tubuh Donghae. Lelaki itu terkebelakang beberapa tapak.
            “Oppa.” Kami berdua serentak memandang ke arah kiri. Kelihatan Angela sedang memandang kami berdua.
            Aku mendengus perlahan sebelum beredar menuju ke arah kenderaanku.
Donghae hanya mampu memandang pemergian Bella dengan ekor matanya.
            Angela menggetap bibir.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review