Tuesday, November 29, 2011

The Way You Are [16]

Posted by Snow_Queen at 1:28 PM

Mia mengerutkan kening apabila melihat Bella yang sedang termenung semenjak daripada tadi tiba-tiba sahaja ketawa.
            Oh my gosh, Mia..” Aku memandang muka Mia yang berkerut-kerut seolah-olah baru tertelan buah limau masam.
            “Kau…Okay?” Hati-hati Mia menuturkan soalannya. Aku mengangguk.
            “Mia kenapalah aku emotional sangat. Aku yakin dia bukan Ryu walaupun muka mereka serupa.”
            “Dan…Atas dasar apa kau buat kesimpulan?”
            “Ryu berkerja sebagai photographer. Masakan tiba-tiba sahaja dia boleh jadi pegawai perisik. Impossible.” Riak wajah Mia berubah apabila mendengar kata-kata Bella. Hanya senyuman tawar yang mampu diberikan.
            “Ah! Aku harus balik ke pejabat sekarang. Terima kasih Mia sebab selalu temankan aku yang sengal ni.” Aku menepuk bahu Mia sebelum beredar. Mia mengetuk permukaan meja dengan jari-jemarinya. Berfikir.
            Aku menyemak beberapa sampul surat yang tertera namaku. Satu demi satu sehingga ke satu sampul yang tiada nama. Aku mengerutkan kening.
            Aku buka sampul surat berkenaan. Ada beberapa keping gambar dan surat. Dahiku serta-merta berkerut apabila melihat gambar ahli keluargaku dipangkah satu per satu dan tertera tanda ? di gambarku.
            Aku lihat pula surat yang terlipat kemas. Tiada tulisan tangan melainkan cantuman huruf-huruf daripada surat khabar. You’re my next beautiful target-M. Aku mengerutkan dahi sebelum meluru keluar menuju ke bilik forensik.
            “Tolong periksa jika ada cap jari di atas kertas ni.” Aku memberikan surat ugutan itu kepada salah seorang perkerja makmal di situ.
            Aku menyandarkan badan ke dinding. M…Siapa M? Adakah dia ada kaitan dengan kematian ahli keluargaku? Aku mengeluarkan telefon bimbit dan memberi pesanan ringkas kepada Mia agar da datang ke pejabatku.
            Setelah beberapa ketika menunggu, perkerja makmal tadi menyerahkan kembali surat ugutan itu kepadaku dan menyatakan tiada sebarang cap jari dijumpai. Aku mengucapkan terima kasih sebelum beredar.

•°*”˜ ˜”*°•

Aku memandang Mia yang sedang meneliti surat ugutan berkenaan. Ada kerutan di dahi gadis itu.
            “Kau rasa dia adalah orang yang sama yang bunuh ahli keluarga aku?” Mia meletakkan surat itu di atas meja dan menyandarkan badannya ke dada kerusi.
            “Mungkin juga. Ada ada kenal sesiapa dengan nama M?” Wajah Mia bertukar menjadi serius. Apabila ada perkara yang melibatkan ancaman nyawa, dia tidak boleh pandang ringan akan hal itu.
            Aku menggelengkan kepala. Mia menggigit bawah bibirnya.
            “Susah macam ni. Orang ni begitu bijak. Setakat ni, masih tiada petunjuk baru mengenai kes pembunuhan ahli keluarga kau. Kerja yang dilakukan oleh suspek sangat kemas dan cantik.” Mia bangun daripada duduknya.
            “Aku rasa mungkin pembunuh tu sekarang, sedang memerhatikan kau. Kau kena berhati-hati. Kau nak aku suruh orang awasi kau?” Kata-kata Mia disambut dengan ketawa Bella.
            “Kau merepek apa ni? Aku tahu jaga diri aku. Aku pegawai terlatih.” Aku menggeleng kepala dengan cadangan Mia. Mia mencebik.
            “Kau seorang. Kita masih lagi tak tahu suspek tu bergerak secara berkumpulan ataupun berseorangan. Jangan ambil risiko, Bella!” Tegas kedengaran nada suara Mia.
            “Ermmm…Boleh ganggu tak?” Serentak aku dan Mia berpaling ke arah muka pintu. Kelihatan Donghae di muka pintu. Mia menekup mulut tanpa disedarinya.
            “Masuklah.” Aku memberi kebenaran sambil mengemas gambar-gambar dan surat ugutan berkenaan sebelum memasukkan barang-barang itu ke dalam sampul surat bersaiz sederhana.
            Aku menyerahkan barang-barang berkenaan kepada Mia. Mia meminta diri dan berjanji akan menghubungi aku secepat mungkin jika ada petunjuk terbaru mengenai kes itu.
            “Ada apa?” Aku melabuhkan punggung di atas kerusi.
            “Yesung suruh aku berikan ini kepada kau.” Donghae meletakkan dua file ke atas mejaku. Aku menyemak file-file berkenaan sebelum memandang Donghae.
            “Yeusng suruh kita berkerjasama untuk kes ni?” Donghae mengangguk.
            “Aku minta maaf. Aku tak boleh.”
            “Kenapa?” Donghae memandangku dengan muka serius.
            “Sebab aku ada kes yang lagi besar menanti. Aku akan suruh Greg ambil alih tugas ni.” Aku menekan intercom dan memanggil Greg.

•°*”˜ ˜”*°•

“Benda ni tak berguna bagi kita.” Hugh, ketua Molotov merenung kosong dua bahagian peta di depannya sebelum muka Ingrie, rakan kongsinya direnung tajam.
            “Kau kena sabar. Untuk dapatkan dua lagi bahagian peta yang terpenting itu, kita perlukan rancangan yang rapi. Yang pasti, kita tahu siapa yang memegang dua cebisan peta yang terakhir itu.” Ingrie melakarkan senyuman sinis.
            “Lebih baik kau segerakan apa sahaja rancangan dalam kepala kau. Aku tak boleh tunggu lama-lama sangat.” Hugh bangun dan meninggalkan tempat pertemuan mereka.
            Ingrie mengepal penumbuk. Dia tahu lambat-laun, Hugh akan menjadi rintangan terbesarnya. Sebelum ketua mafia Black Dragon itu singkirkan dia, dia terlebih dahulu akan singkirkan lelaki tua kutuk itu!
            “Macam mana dengan rancangan kita?” Ingrie memandang orang kanannya.
            “Semuanya seperti yang dirancang.”
            “Pastikan pergerakan anak perempuan Edward tak terlepas daripada pandangan mata kau walaupun sesaat. Bila sampai masanya, perempuan itu akan kita hapuskan sebagaimana kita hapuskan ahli keluarga dia.”

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review