Tuesday, November 29, 2011

The Way You Are [15]

Posted by Snow_Queen at 1:27 PM
“Kau tak patut buat macam tu.” Yesung memandang Bella yang sedang leka main psp.
            “Buat macam mana?” Aku memandang Yesung. Yesung buat muka.
            “Okay, aku tak buat dah lain kali.”
            “Kalau kau buat lagi aku sekeh kepala kau.” Yesung memberi amaran namun kata-kata itu hanya disambut dengan ketawa Bella.
            “Oh, kau dah dapat cari rumah untuk aku?”
            “Tengah. Kau ingat nak cari rumah macam beli ikan kat pasar? Sabarlah.”
            “Lebih baik kau….” Yesung mengerutkan kening apabila muka Bella berubah menjadi pucat. Dia berpaling ke arah pintu. Kelihatan Donghae sedang berdiri di muka pintu.
            “Yesung, betul ke ada lelaki bersut hitam sedang berdiri di depan pintu pejabat aku?” Aku memandang Yesung sebelum memandang kembali ke arah pintu.
            “Kenalkan Donghae. Tuan rumah yang kau sedang tumpang sekarang.” Yesung menggamit Donghae supaya menghampiri.
            Aku hampir sahaja mahu pitam sebaik sahaja Donghae menghulurkan tangan kepadaku.
            “Donghae. Selamat berkenalan.” Hatiku memberontak mengatakan Donghae ialah Ryu namun akal waras masih lagi mampu mengawal mindaku.
            “Bella.” Aku menyambut huluran tangan Donghae lambat-lambat.
            “Aku perlukan kau sekarang.” Donghae memandang Yesung.
            “Aku pergi dulu. Ingat pesanan aku.” Yesung memberi kata akhir sebelum beredar bersama Donghae.
            “Hello.” Mia mendengus geram apabila sudah banyak kali dia menyebut hello namun orang di talian sebelah tidak menjawab. Hanya dengusan nafas sahaja yang kedengaran.
            “Bella~~~” Mia memanggil lagi.
            “M..Mia..Ak..Aku nampak dia. Dia berdiri depan aku.” Aku akhirnya dapat mencari kembali suaraku setelah sekian lama mendiamkan diri.
            “Apa yang kau merepek ni?”
            “Ryu…Aku nampak Ryu.”
            “Okay, ini tak lawak. Cuba cakap betul-betul dengan aku.” Mia yang tadinya sedang duduk kini berdiri dengan sebelah tanganya bercekak pinggang.
            “Ingat lagi tak aku kata aku tumpang rumah seorang lelaki?”
            “Errm…Do..Donghae?” Mia ingat-ingat lupa nama yang pernah disebut Bella dahulu.
            “A’ah..Mia..Muka dia serupa dengan Ryu. Apa yang aku nak buat ni Mia?” Aku memandang kaki ku yang menggigil.
            “Okay, kau bertenang. Tarik nafas…Lepas…Tarik..Lepas..Aku ke sana sekarang juga.” Mia memutuskan panggilan. Aku menggigit kuku tanpa sedar.
            “Bella.”
            “Huh?” Aku memandang ke arah pintu. Siwon berkerut kening memandang reaksi ku.
            “Nak makan tengah hari bersama?” Aku memandang Siwon lama sebelum mengangguk.

•°*”˜ ˜”*°•

Siwon garu dagu. Pelik apabila Bella tiba-tiba sahaja menyoal tentang Donghae bertalu-talu.
            “Jadi…Dia memang berasal dari sini. Kau pasti?” Aku memandang Siwon.
            “Aku amat-amat pasti. Kami membesar bersama semenjak daripada kecil. Tak akan aku tak tahu pula. Yang kau tiba-tiba berminat nak tahu fasal dia kenapa?” Aku terkedu apabila mendengar soalan Siwon. Haruskah aku beritahu Siwon tentang Ryu?
            “Kalau kau tiba-tiba berminat dekat dia, aku nasihatkan lupakan sajalah. Dia dah ada Angela.” Tegas kedengaran nada suara Siwon. Aku tergamam.
            “Aku tahu….” Perlahan sahaja tutur kataku. Hampir aku lupa mengenai teman wanita Donghae itu.
            Aku hanya memandang kelibat Siwon sehingga hilang daripada pandangan mataku. Jejaka itu meminta diri sebaik sahaja menerima pesanan ringkas daripada entah siapa.
            “Bella?” Mia memandang Bella yang sedang terbaring di atas katil. Dia terus sahaja bergegas ke sini sebaik sahaja menerima alamat penginapan rakannya itu.
            “Mia!” Aku bangun dan memeluk Mia erat. Mia membalas pelukan ku.
            “Macam mana aku nak teruskan hidup aku kalau dia ada di depan aku setiap masa nanti?” Mia mengesat air mata yang mengalir daripada wajah Bella.
            “Bella, dia bukan Ryu. Kau sendiri tahu akan hakikat itu. Kau kena ajar hati kau untuk terima kenyataan ni. Jangan terpedaya dengan perasaan kau.” Aku duduk di pinggir katil dan memeluk kaki.
            Setelah aku berusaha untuk meninggalkan segala kenangan di belakang, semuanya hancur dalam sekelip mata dengan kemunculan pelanduk dua serupa Ryu?
            “Menangislah..Aku ada di sini untuk kau.” Mia memeluk ku. Aku menghamburkan rasa di dalam pelukan Mia.
            Mia menarik selimut untuk menyelimuti tubuh rakan baiknya itu. Dia mengusap rambut Bella sebelum dia sendiri menuju ke ruang dapur. Nasib baik bilik hotel ni ada dapur sendiri.
            Mia mengeluarkan bahan-bahan masakan. Harap-harap mood Bella bertambah baik sebaik sahaja rakannya itu bangun daripada tidur.

•°*”˜ ˜”*°•

Yesung memandang Mia yang bersama dengan Bella di dalam bilik latihan seni mempertahankan diri. Dia mengenali Mia kerana mereka pernah berkerjasama sebelum ini. Beberapa ketika kemudian, Mia keluar mendapatkan Yesung.
            Suasana sepi seketika apabila masing-masing melihat Bella sedang berlatih menggunakan dagger.
            “Dia kenapa?” Yesung bertanya. Mia menarik lengan Yesung ke satu sudut.
            “Kau ada kawan bernama Donghae bukan?” Mia memandang Yesung. Yesung mengangguk juga walaupun dia berasa pelik apabila Mia tiba-tiba sahaja membangkitkan nama Donghae.
            Keningnya bertaut apabila Mia menyerahkan sekeping gambar. Hampir gugur jantungnya apabila melihat gambar Bella dan Donghae[?]
            “Itu Ryu, mendiang suami Bella.”
            “Men..Mendiang?” Mia mengangguk. Pandangan mata mereka bertemu.
            “Dia rasa resah apabila bertemu dengan Donghae dan aku tahu kau dapat teka mengapa bukan?” Mia jongket kening. Yesung mengangguk beberapa ketika kemudian.
            “Aku nak minta kau jaga dia bagi pihak aku. Aku khuatir dia akan jadi gila. Sudahlah baru kehilangan ahli keluarga, suami dan kini tiba-tiba muncul pula pelanduk dua serupa suaminya.”
            “Aku akan perhatikan dia.”
            “Dan..Ini adalah rahsia antara kita berdua. Kalau aku tahu ada orang lain tahu, aku cari kau dulu.” Mia memicingkan kepala memandang Yesung. Yesung buat muka.
            “Mia…” Serentak Yesung dan Mia berpaling ke arah Bella.
            “Aku pergi dulu.” Mia menepuk bahu Yesung sebelum beredar.
            Yesung menggigit bibir bawahnya. Apa yang dia perlu buat kini?

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review