Tuesday, November 29, 2011

The Way You Are [14]

Posted by Snow_Queen at 1:25 PM
Seminggu di sini, aku sudah mula membiasakan diri dengan kehidupan di Bandar Tripolis. Aku melihat pemandangan di bawah sana.
            Bandar Tripolis, merupakan Bandar kedua terbesar di negara Anthem. Dan tidak hairanlah, jumah penduduk di sini agak ramai. Accrapolis, Tripolis dan juga Demipolis, merupakan lubuk emas bagi kerajaan dan yang sama waktu dengannya.
            Tiga Bandar ini juga dikenali sebagai bandar tiga segi emas kerana titik kedudukan ketiga-tiga Bandar ini menyamai bentuk segi tiga.
            Bunyi ketukan di pintu menyebabkan lamunanku tersasar. Aku berpaling dan melihat salah seorang perkerja bawahanku berdiri di muka pintu.
            “Ada apa Greg?”
            “Kami memerlukan puan di bilik siasatan. Lelaki itu tak mahu buka mulut.” Aku mendengus apabila mendengar kata-kata Greg sebelum mencapai file siasatan yang dipegang oleh lelaki berusia lewat 20-an itu.
            Selepas beberapa hari di sini, aku telah menerima kes mengenai penyeludupan dadah dan barang rompakan ke dalam Tripolis. Suspek ditahan apabila pihak kastam menemui dadah seberat kira-kira 100g di dalam beg suspek berserta barang-barang rompakan. Seorang pengawal keselamatan tercedera semasa suspek cuba melarikan diri. Macam-macam….
            Aku menyuruh Greg mendahului dahulu sementara aku singggah ke dalam bilik rawatan yang terletak di tingkat satu bangunan TPID.
            “Hi Anne, boleh aku pinjam barang sekejap?” Aku menyapa Anne, doctor yang bertugas pada hari ini.
            “Kau nak pinjam apa?” Anne mengerutkan kening. Aku mengukirkan senyuman sinis sebelum mengambil syringe needle yang terletak di atas tray berhampiran pintu.
            Anne tidak sempat berkata apa-apa apabila Bella terlebih dahulu menghilangkan diri.
            “Puan!” Aku mengangkat tangan apabila disapa oleh beberapa pegawai polis yang berada di dalam bilik siasatan itu. Aku memerhatikan suspek di sebalik observation mirror.


            Seorang lelaki berusia lewat 30-an. Rambut separas bahu, berkumis nipis, berkulit sawo matang, berketinggian seratus tujuh puluh lima. Mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.
            Suspek memerhatikan ku sebelum aku mengambil tempat duduk di hadapannya. Aku meletakkan file siasatan di atas meja.
            “Kau mengaku bersalah?” Aku mengukirkan senyuman manis terhadap suspek di hadapanku namun lelaki itu memalingkan kepalanya menghadap ke arah lain.
            “Kau bersendirian ataupun ada rakan subahat?” Aku memicingkan mata memandang ke arah suspek.
            “Jangan buang masa kau.” Lelaki itu bersuara akhirnya. Aku menyandarkan badan ke dada kerusi sebelum alat telekomunikasi aku cabut dan letak di atas meja.
            “Apa yang dia buat ni?” Seorang pegawai polis bersuara sendirian apabila melihat Bella menanggalkan alat teleomunikasi. Greg hanya angkat bahu.
           “Aku tak ada masa nak bermain dengan kau, Kris. Kau ada kena mengena dengan Black Dragon ataupun Molotov?” Aku menggetap gigi apabila lelaki itu tetap tidak memberikan sebarang reaksi.
            “Nampaknya tiada cara lain lagi….” Aku mengeluarkan syringe needle dan letak di atas meja. Kris memandang syringe needle berkenaan.
            “Apa tu?”
            “Ini? Bisa ular sahaja. Tiada apa-apa yang menarik.” Aku tersenyum nipis.
            “Kau nak ugut aku? Kau tak boleh buat aku begini!” Aku melihat dada Kris sudah berombak kencang.
            “Kenapa pula? Kami boleh hapuskan bukti dengan sesuka hati. Tiada sesiapa yang akan tahu…” Aku berbisik perlahan sebelum bangun dan mengambil syringe needle itu kembali.
            “Masuk dalam!” Arah salah seorang pegawai polis kepada orang bawahannya.
            “Pintu tak boleh dibuka tuan.” Pegawai polis berkenaan membuat panggilan kecemasan.
            “Ap..Apa yang kau nak tahu?” Peluh mula mengalir dari dahi lelaki itu sebaik sahaja aku melarikan jarum suntikan ke sekitar leher lelaki itu.
            “Semuanya…Termasuk siapa rakan subahat kau atau apa-apa sahaja.” Aku mencangkung di sebelah lelaki itu.
            “Ingat, kalau kau tipu aku takkan teragak-agak mahu membenamkan jarum ni ke dalam kulit kau.” Kris menelan air liurnya yang terasa kesat. Aku menalakan syringe needle ke arahnya.
            “Aku cuma mengikut arahan ketua aku sahaja…” Aku tersenyum sinis dan kembali bangun sebaik sahaja Kris selesai memberikan keterangan pengakuannya.
Setiap bukti yang terpancar di hologram skrin, lelaki itu akan menceritakan semuanya dengan teliti.
            “Kalau kau berkerjasama dengan baik begini daripada awal, aku tak perlu bersusah payah untuk turun ke sini.” Aku menyinsing lengan baju.
            “Ada apa?” Yesung bergegas turun ke bilik siasatan sebaik sahaja menerima panggilan.
            Dia memerhatikan observation mirror. Hampir terhenti jantungnya apabila melihat Bella menyuntik suspek dengan sesuatu sebelum anak sulung Edward buka pintu bilik siasatan.
            “Apa yang kau dah buat?!” Yesung dan beberapa orang pegawai polis merempuh masuk. Suspek menjerit-jerit seolah-olah terkena sawan.
            Aku tergelak kecil sebelum keluar. Yesung mengambil bekas jarum suntikan dan bau.
            Shut up! It’s just an espresso.” Yesung menggelengkan kepala.
            “Erk?” Kris mengerdipkan mata beberapa kali memandang Yesung. Yesung mengeluh perlahan sebelum keluar.
            Aku mengukir senyuman nipis sambil menyisip kopi espresso yang dibeli sebelum aku masuk ke bilik siasatan.
            “Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang mencipta espresso….”

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review