Wednesday, November 2, 2011

The Way You Are [13]

Posted by Snow_Queen at 3:56 PM
Aku menolak pintu kaca jabatan IT. Suasana senyap sunyi jabatan ini menyebabkan bulu romaku berdiri secara tiba-tiba. Seolah-olah ada mata-mata ghaib yang sedang melihatku.
            “Ada orang tak?” Aku bersuara namun hanya kesepian yang menyambut soalanku. Aku berpaling apabila ada orang menegurku dari arah belakang.
            Lelaki itu masuk ke dalam tanpa memperdulikan aku.
            “Kau pekerja di sini?” Aku mengekori lelaki itu. Lelaki itu duduk di satu sudut dan merenungku.
            “Kau..Pegawai..Baru..Di..Sini..Kan?” Aku menarik kerusi di depanku dan duduk.
            “Mana orang lain?”
            “Aku..Satu..Satunya..Pekerja..Di..Sini..” Lelaki itu kemudiannya mengoyak bungkusan lollipop yang diambil entah daripada mana sebelum memasukkan ke dalam mulut. Aku tersandar di dada kerusi. Berfikir.
            “Aku nak kau tolong aku buat sesuatu.” Aku meletakkan komputer riba dan beberapa keping cd di hadapan lelaki itu.
            Lelaki itu meneliti cd-cd di hadapannya sebelum memandangku.
            “Aku nak kau tolong buat apa yang patut dan…Urusan ini hanya antara kau dan aku sahaja.” Aku melemparkan senyuman manis.
           “Aku …Tak…Boleh…Langgar…Undang…Undang…” Lelaki itu menolak kembali komputer riba ke arahku.
            “Bagus! Aku akan kembali petang nanti. Senang berkerjasama dengan kau, Eric.” Aku menjeling sekilas tanda nama lelaki itu sebelum beredar.
            Eric hanya mampu memandang Bella keluar sebelum pandanganya kembali jatuh ke arah komputer riba di hadapannya.

•°*”˜ ˜”*°•

Aku meletakkan bagasi di atas katil sebelum duduk di pinggir katil. Aku perhatikan sekeliling bilik hotel yang baru sahaja aku tempah. Ada satu cctv di ruang tamu.
            Aku memerlukan satu ruang kerja dan agak mustahil untuk aku berbuat demikian di rumah Donghae. Aku bangun dan menghala ke arah cctv di ruang tamu. Aku meletakkan sehelai kain untuk menutup pandangan cctv tersebut sebelum aku buat ‘pembedahan’ ke atas cctv itu. Terima kasih kepada pihak hotel kerana membina bilik deluxe suit ini kalis bunyi.
            Aku kemudian memasang beberapa mini mikrofon dan kamera-kamera mini di kawasan-kawasan strategik.
            Apabila aku berasa cukup yakin dengan kerja-kerjaku, aku terus sahaja beredar. Aku akan kembali ke sini semula nanti.
            “Macam mana?” Eric mengusap dada apabila disergah secara tiba-tiba oleh aku. Aku tergelak kecil.
            “Ini…Kali…Pertama…Dan..”
            “Okey, terima kasih. Lain kali aku datang lagi.” Aku meletakkan secawan kopi panas di atas meja sebelum beredar tanpa memberi peluang kepada Eric untuk menghabiskan kata-katanya.
            Eric mendengus perlahan.
            “Kau buat apa di sini?” Aku memandang ke arah belakang. Kelihatan Leeteuk dan Seorang lelaki yang tak aku kenali bersamanya.
            “Oh, aku suruh orang jabatan IT format laptop aku.”  Aku mengukirkan senyuman kecil.
            “Hangeng.” Lelaki di sebelah Leeteuk memperkenalkan diri.
            “Bella. Nice to meet you.”
            “Kau nak makan malam bersama kami?”
            “Aku ada kerja yang perlu dibuat. Lain kali?” Aku mengerdipkan mata beberapa kali ke arah Leeteuk. Leeteuk tersenyum sebelum beredar.
            “Sweet huh?” Hangeng berbisik di telinga Leeteuk. Leeteuk menyiku rakannya itu.

•°*”˜ ˜”*°•

“Macam mana?” Aku tersenyum apabila mendengar suara Mia di talian sebelah.
            “Biasa. Tiada apa-apa yang menarik melainkan pegawai-pegawai yang hensem.” Mia tergelak kecil apabila mendengar kata-kataku.
            “Kau…Okay?” Hati-hati Mia menuturkan kata-katanya.
            “Mia…Please..Just don’t ask me that. Aku nak mulakan hidup baru di tempat ini. Jangan tanya aku apa-apa dan jangan sebut fasal ahli keluarga aku.” Aku merebahkan badan ke atas katil.
            “Tell you what, aku duduk serumah dengan lelaki.”
            “WHAT?!” Aku menggosok telinga apabila Mia menjerit.
            “Kenapa kau tak dapat rumah sendiri?” Mia menyoal lagi setelah bertenang.
            “Sebab mereka baru dapat tahu kedatangan aku hari ini. Mia, aku kena pergi dulu. Nanti aku telefon kau balik.” Aku memutuskan talian dan bangun menuju ke arah pintu. Ada bunyi pintu dibuka dari arah ruang tamu.
            Takkan lelaki tu dah balik? Tapi Yesung kata lelaki itu takkan balik selama dua tiga minggu. Jangan-jangan…
            Aku mencapai sepucuk revolver dan keluar. Keadaan yang gelap-gelita menyebabkan pandanganku menjadi terhad. Dengan perlahan-lahan aku melangkah ke ruang tamu.
            Aku menghalakan pistol ke arah hadapan apabila lampu ruang tamu dibuka secara tiba-tiba.
            “Ah!” Seorang gadis menjerit apabila melihat aku menghalakan senjata ke arahnya.
            “Bella.” Aku memandang Yesung yang berada di tepi dinding.
            “Siapa dia ni?” Gadis itu menyoal.
            “Aku pencuri.” Aku tersenyum sinis sebelum menyelit senjataku di pinggang.
            “Yesung….” Yesung memandang Angela.
            “Angel kenalkan Bella. Dia rakan sekerja kami mulai hari ini. Bella kenalkan ini Angel, teman wanita Donghae a.k.a tuan rumah yang kau tumpang sekarang.” Yesung menghala ke arah sofa.
            “Apa yang kauorang buat di sini?” Aku menyoal curiga.
            “Budak ni nak kemas rumah tapi takut nak datang seorang diri. Aku temankan. Aku lupa kau ada di sini.” Yesung buat muka tak bersalah. Angel berlalu masuk ke dalam bilik Donghae
            “Oh..Jangan buat muka macam tu.” Yesung memandang tajam ke arah Bella.
            “Buat muka macam mana?” Aku jongket kening.
            “Aku takkan khianati kawan aku.”
            “Aku tak kata apa-apa pun.” Aku tersenyum sinis sebelum berlalu masuk ke dalam bilik. Yesung mendengus kecil.



0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review