Wednesday, November 2, 2011

The Way You Are [12]

Posted by Snow_Queen at 3:55 PM

Siwon memerhatikan seorang perempuang yang sedang duduk di atas tanah sambil merenung bangunan usang di hadapannya. Cawan kertas di tangan di pusing-pusing beberapa kali.
            Sudah hampir sepuluh minit dia memerhatikan perempuan itu namun tiada tanda-tanda figura itu akan beredar daripada situ.
            “Apa yang kau tengok?” Leeteuk yang baru selesai membeli beberapa barang menyoal Siwon yang ralit memerhatikan ke arah bangunan ibu pejabat Tripolis yang hampir runtuh itu.
            Leeteuk memandang ke arah bangunan usang itu apabila Siwon hanya menjuihkan bibir. Dapat dia lihat ada seorang perempuan berpakaian kasual sedang merenung bangunan itu.
            “Nak pergi mana?” Siwon mengerutkan kening apabila Leeteuk tiba-tiba sahaja meluru keluar daripada kereta dengan tidak semena-mena.
            Siwon menjulingkan mata apabila melihat Leeteuk menghampiri perempuan itu. dengan langkah yang berat, dia turut mengekori.
            “Ada yang boleh saya tolong?” Leeteuk mengukir senyuman manis kepada perempuan di hadapannya. Perempuan itu bangun dan menyapu tanah yang melekat di pakaiannya.
            “Ini ibu pejabat polis Tripolis bukan?” Leeteuk mengangguk.
            “Great! Aku dihantar ke tempat yang sudah hampir roboh ni.” Leeteuk menahan ketawa mendengar bebelan gadis itu.
            “Cik ni siapa?” Siwon mencelah. Perempuan itu melarikan pandangannya menghadap Siwon pula.
            “Elisabella.” Siwon mengambil lencana kuasa perempuan itu sebelum saling berpandangan dengan Leeteuk.
            “Apa tujuan cik Elisa ke sini?” Bella mengerutkan kening menahan pancaran matahari yang terkena mukanya.
            “Saya ditukarkan ke sini…Ke tempat yang akan musnah bila-bila masa sahaja.” Sinis kedengaran nada suara Bella.
            “Ibu pejabat Tripolis sudah berpindah ke tempat lain. Biar kami bawa cik…”
            “Bella please.”
            “Biar kami bawa Bella ke sana.” Leeteuk menawarkan diri. Bella mengangguk sebelum masuk ke dalam kenderaannya.

•°*”˜ ˜”*°•

“Duduk dulu.” Siwon menunjukkan ke arah sofa di satu sudut sebelum dia menghilangkan diri ke dalam sebuah bilik yang tidak jauh daripada situ.
            “Yesung!” Yesung yang sedang menandatangani beberapa dokumen hampir melatah apabila disergah oleh Siwon secara tiba-tiba.
            “Kau ni apa hal?” Yesung mengerutkan kening.
            “Dia di sini! Dia di luar!” Yesung bangun daripada duduknya apabila melihat Siwon menyelak tabir tingkap kaca biliknya.
            “Elisabella?” Yesung menyoal Siwon untuk mendapatkan kepastian. Dia sendiri sudah ingat-ingat lupa wajah anak perempuan Edward itu. Siwon mengangguk.
            “Apa yang dia buat di sini?”
            “Dia kata orang atasannya tukarkan dia ke sini.” Yesung buat muka apabila mendengar kata-kata Siwon. Mustahil! Kerana dia tidak menerima apa-apa memo daripada pihak atasannya mengenai pertukaran pegawai baru.
            “Eh, sekejap. Apa maksud kau dengan orang atasan?”
            “Dia adalah agen perisikan. Sama seperti kita. Dia berkerja di bawah WSU.” Yesung mengerutkan kening. Mencerna dalam-dalam ayat Siwon. Tidak pula dia tahu anak perempuan Edward itu berkerja sebagai ejen perisikan. Ah! Salahnya juga kerana tidak ambil tahu.
            Senyuman nipis terukir di bibirnya. Baru sahaja dia berkira mahu menghantar orang untuk mengawasi Bella namun kini tidak perlu dia bersusah-payah. Dia sendiri akan mengawasi perempuan itu dengan mata kepalanya sendiri.
            Baru sahaja dia berkira-kira mahu keluar, telefon pejabatnya berbunyi.
            Aku memandang sekeliling. Rupa-rupanya pejabat polis Tripolis dan pejabat TPID (Tripolis Investigation Department) diletakkan di dalam satu bangunan. Bangunan besar itu dibahagikan kepada dua sayap. Sayap sebelah kiri untuk pejabat polis manakala pejabat TPID berada di sebelah kanan.
            Mengikut agakkan ku, pegawai-pegawai di TPID tidaklah ramai mana. Dan mungkin juga mata aku mempunyai masalah kerana sehingga kini, aku tidak nampak kelibat kelibat pegawai perempuan melainkan mak cik tukang sapu.
            “Awak boleh masuk.” Aku memandang ke arah Siwon. Dengan pantas, aku bangun dan memasuki bilik ketua TPID.
            “Silakan duduk cik Bella.” Aku melihat seorang lelaki sedang mencatit sesuatu di dalam buku.
            “Saya, Yesung ketua TPID. Selamat datang ke TPID.” Yesung merenung wajah Bella yang putih dan tanpa cacat cela itu. Mata bulat gadis itu merupakan penarik utama untuk orang terus memerhatikan wajah itu.
            “Terima kasih. Saya harap, kita dapat berkerjasama dengan baik.” Aku mengukir senyuman nipis untuk ketua baruku itu. Lebih baik daripada Edison aku kira.
            “Errr…Masalahnya Cik..”
            “Panggil saya Bella.”
            “Bella, kita tiada rumah kosong untuk pegawai baru buat masa sekarang dan tambahan pula saya baru dapat tahu mengenai kedatangan Bella ke sini.”
            “Pegawai perempuan lain?” Aku bersuara dengan teragak-agak.
            “Pegawai perempuan lain semuanya sudah berkeluarga.” Yesung terdiam seketika. Berfikir.
            “Tak apa. Saya akan duduk di hotel sahaja.” Aku dengan selamba memberi cadangan. Yesung mengerlipkan matanya beberapa kali apabila mendengar butir bicara Bella.
            “Bella boleh duduk di rumah salah seorang pegawai di sini buat sementara waktu sebelum kami dapat cari rumah untuk Bella.” Aku mengerutkan kening apabila mendengar kata-kata Yesung.
            “Ah..Jangan risau kerana pegawai itu tak akan pulang dalam masa dua tiga minggu kerana ada tugasan. Siwon, kau tolong bawa Bella ke rumah Donghae.” Aku menarik nafas lega apabila mendengar kata-kata Yesung. Aku terus sahaja keluar selepas berjabat tangan dengan Yesung.
            “Kau gila?” Siwon memandang Yesung.
            “Gila apanya.” Yesung buat muka.
            “Kalau Donghae tahu mampus kau dikerjakan. Lagi pula kau tak fikirkan perasaan Angela?”
            “Aku akan cakap dengan Donghae mengenai perkara ni. Lebih baik kau pergi sekarang.” Yesung menghalau. Siwon menjulingkan mata dan beredar.
            Yesung menyandarkan badannya ke dada kerusi. Kedatangan salah seorang pegawai terbaik WSU memang merupakan bonus baginya namun entah mengapa dia berasa semacam. Tambahan pula, anak sulung Edward itu tidak tahu yang…Ah…Yesung mengeluh perlahan sebelum mendail nombor Donghae.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review