Wednesday, November 2, 2011

The Way You Are [11]

Posted by Snow_Queen at 3:54 PM

“Dah tengok berita pagi tadi?” Yesung yang baru sahaja sampai di tempat rahsia SUJU menyoal Donghae yang sedang meneliti beberapa dokumenya.
            “Kes pembunuhan keluarga Edward?” Donghae memandang Yesung yang sedang mencicip kopi miliknya. Yesung mengangguk.
            “Kau rasa ada kena mengena dengan Molotov atau Black Dragon?” Donghae menyoal. Yesung angkat-angkat kening berserta senyuman sinis. Donghae menjulingkan mata sebelum kembali meneliti dokumen ditangan.
            “Ada yang terselamat.” Kata-kata Yesung menarik minat Donghae.
            “Anak perempuan Edward tiada di rumah sewaktu kejadian. Aku rasa perempuan tu akan jadi target Molotov dan Black Dragon yang seterusnya.”
            “Apa rancangan kau?” Donghae memandang Yesung yang kini sudah menjadi serius.
            “Aku akan hantar orang untuk jemput dia ke sini.” Donghae menjegilkan matanya. Yesung buat muka tak bersalah.
            “Kau dah hilang akal nak jemput orang asing ke sini? Fikirkan rancangan lain.” Donghae membantah.
            “Kenapa?”
            “Perempuan tu tak akan selamat kalau dengan kita. Kita pun ada isu tersendiri untuk di selesaikan.” Donghae kini bangun menghala ke arah pantri untuk mengisi cawannya yang kini sudah kosong.
            “Aku dengar suara majoriti.”
            “Maksud kau yang lain-lain bersetuju?” Donghae memalingkan badannya menghadap Yesung.
            “Aku hanya akan hantar orang untuk perhatikan dia.” Donghae menarik nafas lega. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia menyekeh kepala Yesung yang buat lawak tak menjadi di pagi hari.
            Keningnya bertaut apabila melihat Yesung meletakkan sekeping gambar di atas meja. Dia mengambil gambar berkenaan.
            Seorang gadis yang sedang tersenyum manis menjadi santapan matanya. Entah mengapa jantungnya kini berdegup laju. Seolah-olah organ penting itu akan meletup bila-bila masa sahaja. Dan dia sepatutnya tidak berperasaan begitu…
            “Apa motif kau beri ini pada aku?” Yesung ketawa kecil apabila mendengar pertanyaan Donghae.
            “Hadiah.”
            “Huh?”
            “Aku pergi dulu. Jangan lupa malam ni.” Donghae mengeluh kecil apabila kelibat Yesung hilang daripada pandangan matanya. Secara automatik, matanya sekali lagi menilik gambar di tangannya. Entah mengapa dia terasa begitu dekat dengan gadis di dalam gambar itu. Dia membalikkan gambar itu ke arah belakang.
Elisabella
            “Elisabella…” Dia menggumam sendiri. Tanpa disedari, ada senyum terbentuk di bibirnya.

•°*”˜ ˜”*°•

Aku duduk menghadap komputer. Suasana di pejabat sunyi sepi kerana kebanyakan pegawai sedang bertugas kini. Aku memandang sekeliling dengan ekor mata sebelum mencucuk thumb drive di cpu. Dengan pantas, aku copy beberapa maklumat yang diperlukan dan beberapa software ke dalam thumb drive peribadiku.
            Edison mendongak apabila melihat Bella masuk ke dalam biliknya. Gadis itu meletakkan sampul surat berwarna putih di atas meja.
            “Kau betul-betul nak berhenti?” Edison merenung wajah Bella meminta jawapan namun gadis itu hanya menjeling sebelum keluar.
            Edison mendengus dan membuka sampul surat di atas mejanya. Tanpa sedar senyuman kecil terukir di bibirnya.
            Aku memandu menuju ke arah rumah ibu ayahku. Meskipun aku tahu bahawa tiada sesiapa dibenarkan masuk ke dalam kawasan tempat jenayah sehingga siasatan selesai, aku buat tidak peduli. Ada benda yang harus aku ambil untuk membantuku di kemudian hari.



0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review