Saturday, October 29, 2011

The Way You Are [9]

Posted by Snow_Queen at 10:39 PM
Aku memegang kepalaku yang kini berbalut. Begitu juga dengan lengan kiri. Aku memandang sekeliling dan melihat seorang doktor lelaki berdiri di hujung katil.
            “Apa yang terjadi?” Aku berdehem perlahan apabila terasa tekak ku kering.
            “Kau pengsan.” Doktor tadi menghampiriku dan memberikan aku segelas air.
            Aku mengerutkan dahi dan beberapa saat kemudian kejadian malam itu berputar kembali.
            “Berapa lama aku pengsan, Joong ki?”
            “Cukup 24 jam. Kau kena banyak berehat dan dapatkan zat yang secukupnya. Kalau tak badan kau akan memberontak.” Joong Ki menarik kerusi dan duduk di sebelahku.
            “Siapa menang?” Aku memandang Joong Ki. Joong Ki mengerutkan kening.
            “Maksud aku George dapat ditangkap tak?”
            “Emmm..Kalau dengar khabar angin macam tak. Ketua kau tu memang menakutkan. Senyum pun tak.” Joong Ki berbisik perlahan.
            Aku ketawa. “Dia lebih menakutkan daripada tu.”
            “Kau dah bangun.” Aku memandang Serene dan Alex yang masuk bersama ke dalam wad khas untuk pegawai-pegawai WSU. Aku tadah tangan membuatkan Serene dan Alex mendengus. Masing-masing mengeluarkan dompet dan membayar duit pertaruhan mereka. Joong Ki menggeleng kepala.
            “Jadi…Apa yang terjadi?”
            “Macam yang kau cakap kumpulan Molotov memang terlibat dan kita juga gagal menangkap jerung-jerung besar. Ikan-ikan kecil yang kita berjaya tangkap semuanya enggan bersuara.” Alex memberi laporan.
            “Berapa orang mati? Edison mesti tengah bengang gila kan?”
            “Yang mati dalam lima belas orang. Yang lain-lain setakat cedera ringan. Memang mengamuk la pak cik tu. Habis kitaorang semua kena stay up dan buat apa yang patut.” Serene duduk di atas katil sebelah katilku.
            “Joong Ki, bagi aku cuti seminggu.” Aku pandang Joong Ki.
            “Yah..Kau nak melarikan diri ke?” Alex memandang Joong Ki memberi amaran agar jangan menuruti permintaan Bella.
            “Aku akan tulis surat MC sekejap lagi. Kau kena rehat banyak-banyak. Semalam mak cik dan Kevin datang melawat.”
            “Oh? Aku akan hubungi mereka.” Aku mencapai telefon bimbit Joong Ki yang tergantung di lehernya.
            “Weh!”
            “Pinjam sekejap.” Aku buat muka tak malu.
            “Kitaorang pergi dulu. Tak boleh lama-lama. Nanti si Nayoung tu pula jadi singa betina. Kau jaga diri baik-baik.” Aku hanya melambaikan tangan ke arah Serene dan Alex sebelum kelibat mereka hilang di sebalik pintu.
            Beberapa minit kemudian, Edison masuk ke dalam wad tempat aku dirawat. Aku buat muka.
            “Hai.”
            “Hai?” Aku jongket kening. Edison menarik kerusi yang terdapat di sisi sebelah kanan katil dan duduk.
            “Pihak atasan buat keputusan untuk tukarkan kau ke tempat lain.” Tanpa perasaan Edison menuturkan kata-katany.
            “Kenapa?” Aku kerut kening.
            “Jaga diri baik-baik. Surat rasmi akan sampai di rumah kau dalam masa beberapa hari lagi.” Edison terus bangun dan beredar. Dia sebenarnya terpaksa untuk berbuat demikian kalau bukan Nayoung mengugutnya. Maafkan aku Bella.
            Aku tercengang apabila ditinggalkan sendirian. Pelbagai persoalan yang bermain di  mindaku menyebabkan sakit kepala menyerang.
            Serasa diriku sedang dipermainkan, aku bangun dan cabut jarum IV drip dari lenganku sebelum meluru keluar meskipun kepalaku terasa pening.
            Pandangan mata rakan-rakan sekerja tak ku pedulikan. Bilik Edison menjadi destinasi utama.
            Nayoung berdiri serta-merta apabila melihat Bella berdiri di depannya. Edison yang baru sahaja mahu duduk, membatalkan niatnya.
            “Pergi berehat.” Edison memberi arahan.
            “Kenapa kau nak singkirkan aku? Berikan aku penjelasan!” Aku menghampiri Edison dan mencekak kolar leher beliau. Nayoung memegang lengan Bella.
            “Jangan nak buat masalah. Pergi daripada sini.” Nayoung memandangku dengan pandangan tajam.
            “Tak ada kena mengena dengan kau!” Aku menolak Nayoung menyebabkan badannya terhentak ke dinding.
            “Sebelum aku menjadi lebih gila, lebih baik kau berikan aku penjelasan!” Edison mencengkam bahu Bella. Nayoung meluru keluar dan memanggil dua orang bawahannya.
            Aku memandang ke arah belakang apabila terasa badanku ditarik secara kasar.
            “Lepas.” Aku menyiku perut lelaki di sebelah kananku dan memulas pergelangan lelaki di sebelah kiriku sebelum menghumbankan dia ke arah dinding.
            “Bella!” Serene masuk dan memegangku.
            “Lepas!”
            “Ahli keluarga kau sudah tiada!” Sekali nafas Serene menuturkan kata-katanya. Aku berpaling ke arah belakang untuk menghadap Serene.
            “Cerita karut apa yang kau beritahu aku ni?!”
            “Aku baru dapat panggilan telefon daripada Mia. Ada orang laporkan terdengar tembakan dari dalam rumah kau…” Sebelum sempat Serene menghabiskan kata-katanya, aku terlebih dahulu meluru keluar. Jantungku berdegup pantas. Sekiranya aku pulang dan mendapati ahli keluargaku masih dalam keadaan elok, aku akan belasah Serene secukup rasa. Masakan mereka mati sedangkan aku baru sahaja bercakap dengan ibu dan Kevin sebentar tadi.

Tanpa membayar tambang, aku meluru keluar daripada teksi sebaik sahaja sampai di kawasan perumahanku. Meskipun pak cik teksi berkenaan menjerit memanggilku, aku buat tak tahu sahaja.
            Hampir luruh semangatku apabila melihat pita siasatan di pintu pagar rumahku. Beberapa orang pegawai polis sedang menemu bual beberapa orang penduduk. Aku meluru ke arah satu stracther yang baru sahaja keluar.
            Kain yang menutupi mayat, aku tarik. Terserlah wajah Kevin.
            “Kevin!!” Aku mengoncang tubuh adik ku kini yang sudah kaku.
            “Bangun! Jangan nak main-main dengan aku!” Aku menggengam baju Kevin sekuat hati. Enggan menerima kenyataan.
            “Bella.” Aku memeluk Mia yang muncul entah dari mana.
            “Kami akan siasat hal ini secepat mungkin. Aku janji.” Mia menggetap bibir bawahnya. Dia mesti kuat untuk Bella.
            “Ibu dan ayah…” Mia menggeleng kepala sebelum sempat aku menghabiskan kata-kata aku.
            Terus sahaja aku melurut ke tanah apabila melihat reaksi Mia dan meraung sekuat hatiku. Mia memelukku.
            “Aku dah tak ada sesiapa. Mula-mula Ryu sekarang ahli keluarga aku?”
            “Kau ada aku. Kau ada aku, Bella.” Mia mengemaskan pelukan. Keningnya bertaut apabila Bella tidak memberi apa-apa reaksi. Lekas dia meminta pertolongan apabila melihat Bella terkulai layu di dalam pelukannya.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review