Saturday, October 29, 2011

The Way You Are [8]

Posted by Snow_Queen at 10:39 PM
“Aku dah nak naik gila!” Aku menghantuk kepala ke atas meja. Mia yang baru sahaja sampai terkejut melihatku.
            “Aku baru sahaja jumpa kau beberapa belas jam yang lepas dan kau masih lagi baik tapi sekarang…” Ketawa Mia meletus.
            “Aku tak tahan kerja dengan orang macam dia tu. Strict gila..Mia tolong aku masuk skuad kebangsaan!”
            “Baru kau tahu macam mana orang-orang bawahan kau rasa bila kau jadi ketua. Mamat tu hensem tak?”
            “Yah! Bila masa pula aku strict? Aku berikan kebebasan kepada anak-anak buah aku okay dan mamat tu tak hensem. Full stop.” Aku buat muka.
            “Memanglah kau tak strict tapi kau tu annoying gila dulu.”
            “Yelah…Nasib baik kau tak boring dengan perangai aku kan…” Mia garu kepala apabila mendengar suara lirih Bella.
            “Aku balik rumah semalam.” Mia mengerutkan kening. Dia memandang Bella yang menggigit donut.
            “Kau panggil aku keluar semata-mata nak suruh dengar cerita kau balik rumah?” Mia menghembus anak rambutnya yang jatuh ke dahi. Dia memerhatikan suasana sekeliling Tom & Tom yang kini sudah dipenuhi pelanggan.
            “Aku balik rumah kami…Rumah Ryu. Aku baca diari mendiang. Aku rasa dia seolah-olah masih lagi hidup dan bernafas udara yang sama dengan aku.” Mia menggengam tangan Bella.
            “Ingat lagi tak malam tu..Malam dia tolong aku tumpaskan Tony. Lepas tu tak habis-habis dia cari jalan untuk buat aku annoying dengan perangai dia…” Aku menggigit bibir.
            “Kau sendiri tengok dengan mata kau yang Ryu dikebumikan. Bella..Dah terima masanya kau lepaskan dia pergi. Terima kenyataan.” Aku menangis.
            “Aku tahu..Aku cuma rindukan dia.” Aku menghembuskan hingus. Mia buat muka kau-ni-membantutkan-selera-makan-orang-lain.
            “Aku nak bercuti. Aku nak cari balik diri aku yang sebenarnya. Yang kuat macam dulu.” Mia terkebil-kebil apabila mendengar kata-kata Bella.
            “Kau nak pergi mana?”
            “Entah.”
            “Kau rasa ketua kau nak bagi cuti ke?”
            “Ayah aku ada..”
            “Kau memang..” Serentak ketawa aku dan Mia pecah sebelum diganggu dengan deringan telefon bimbit.
            “Aku kena pergi sekarang. Kau belanja eh.” Aku terus sahaja meninggalkan Mia dan berlalu pergi.
            “Kalaulah kau tahu rahsia terbesar Ryu, Bella…Maafkan aku kerana masih tiada kekuatan untuk bercerita. Aku tak mahu kau bersedih lagi…” Mia menggumam sendirian.

•°*”˜ ˜”*°•

“Ini adalah gambar terbaru George.” Kesemua mata fokus memandang ke arah skrin hologram yang memaparkan gambar seorang lelaki berkulit sawo matang dan mempunyai rambut panjang.
            “Dia dikehendaki atas kesalahan menyeludup pelacur ke luar negara. Sudah beberapa bulan kami menjejaki dia dan akhirnya kini kita sudah terima petunjuk terbaru.” Satu tab baru muncul dan menunjukkan gambar seorang lelaki sedang melakukan urusniaga.
            “Ada laporan menyatakan dia kini berada di ibu kota dan kini sedang melakukan urusniaga terbaru. Malam ini, kita akan buat serbuan di sebuah gudang yang terletak di pinggir ibu kota.”
            “Nanti sekejap.” Semua mata kini fokus ke arah Bella. Gadis itu sedang zoom gambar yang terpapang di skrin di tempat duduknya.
            “Ada apa-apa yang tak kena, cik Bella?” Nayoung menyoal.
            “Lelaki yang berurus niaga dengan George…Adalah orang-orang Molotov.” Alex dan Serene bangun mengerumuni Bella.
            “Kalau berurus niaga dengan Molotov, kita perlukan skuad kebangsaan. Orang-orang kita sahaja tak cukup untuk menangani orang-orang Molotov.” Edison memandang Nayoung.
            “Atas dasar apa yang kau cakap pihak lagi satu adalah Molotov?”
            “Tatu di pergelangan tangan dia. Tatu lambang api phoenix melambangkan kumpulan Molotov.” Dan kata-kata Bella disambut oleh gelak ketawa oleh pegawai-pegawai daripada WFNU.
            “Semua orang boleh ada tatu tu. Mari kita sambung perbincangan….” Nayoung terus dengan sesi membahagikan tugas. Bella mendengus kasar tanda tak puas hati. Sempat dia menangkap jelingan sinis Deane.

•°*”˜ ˜”*°•

Seorang lelaki botak mengunci pintu kontena terakhir dan memberi arahan kepada rakan-rakannya yang lain agar mengawasi tempat itu. Kapal akan tiba dalam masa setengah jam lagi. Usai buat kerja, dia beredar menuju ke arah sebuah gudang terdekat untuk memaklumkan perkembangan semasa.
            “ Team A dan B kepung bahagian pelabuhan dan yang lain-lain akan menyerbu gudang. Deane akan ketuai team A dan B. Nayoung ikut aku!” Edison memberi arahan.
            “Aku bet $500 misi ni akan gagal.” Serene memandang Bella yang sedang memeriksa peluru pistolnya.
            “Adakah kau sedang membuat taruhan mengenai misi ni?” Serene buat muka tak puas hati. Bella mengangguk dan menyelit pistol di pinggang.
            “$200.” Alex buat muka tak bersalah.
            “$200.” Serene akhirnya turut mengalah. Bersama sengihan di bibir, Bella dengan tangkas memanjat naik ke atas bumbung sebuah bangunan usang dan terbiar yang terletak bertentangan dengan kawasan gudang yang terletak di pinggir bandar.
            Senjata P90 yang sudah diubah suai diletakkan di atas tembok. Tugasnya malam ini adalah menjadi sniper. Terasa macam dalam movie pula. Dia tergelak kecil. Beberapa orang pegawai WSU yang berada bersamanya memandang antara satu sama lain.
            “Snipers!” Bella dengan jelas dapat mendengar suara Edison sebelum bunyi tembakan kedengaran. Laju sahaja orang-orang WSU memulakan tugas mereka dengan menembak sesiapa sahaja yang meloloskan diri keluar daripada bangunan gudang dengan ubat pelali. Dia juga turut tak ketinggalan.
            Beberapa minit kemudian, dengan jelas dia nampak Edison dan Nayoung mengejar sekumpulan lelaki dan saling berbalas tembakan. Dia dengan tangkas menembak ke arah beberapa sasaran. Tanpa disangka-sangka, muncul tiga buah van hitam entah daripada mana melepaskan tembakan.
            Beberapa orang pegawai yang ada sibuk mengumpulkan orang-orang George dan pihak lagi satu (pada Bella pihak lagi satu adalah Molotov)  bertempiaran lari mencari tempat lindungan.
            Snipers melepaskan tembakan. Bella menunduk apabila tembakan bertalu dilepaskan ke arah mereka. Suasana senyap sunyi menyebabkan jantungnya berdebar.
            “This is not good. Lari semua!” Bella memberi arahan dan mencari tempat perlindungan. Beberapa saat kemudian, bangunan itu bergegar dengan bunyi letupan.
            Dia terbatuk-batuk apabila kepulan asap memenuhi ruang roof top. Apabila terasa dirinya bertenaga kembali, dia bangun dan melihat kesemua sniper bersamanya sudah tak bernyawa. Bunyi tapak kaki menghampiri membuatkan dia dengan pantas menarik pistol di pinggang.
            Seorang lelaki berpakaian ala askar turut menalakan senjata ke arahnya.
            “Letakan senjata.” Lelaki itu memberi amaran.
            “Malangnya aku tiada niat untuk berbuat demikian.” Aku menarik sengih dan melibas tangan lelaki itu menyebabkan senjatanya tercampak. Lelaki itu dengan segera menyerang ku dengan tumbukan padu di perut. Aku melutut kesakitan. Lelaki itu menarik rambutku dan menarik ku ke arah dinding. Aku menendang dinding di hadapanku dengan kedua-dua belah kaki membuatkan tubuhku menghempap lelaki tadi. Aku segera bangun dan duduk di atas lelaki itu sebelum melepaskan beberapa tumbukan di mukanya.
            Aku menjerit kecil apabila dengan sekelip mata sahaja aku melayang ke arah dinding di tepi ku menyebabkan badanku terhentak ke bucu dinding.
            Aku menongkat badanku dengan tangan dan bersandar di dinding. Lelaki itu menghampiri. Apabila lelaki tadi semakin hampir, aku menendang kedua-dua belah lutut lelaki itu membuatkan dia rebah.
            Aku menarik p90 kepunyaan entah siapa yang berada berhampiran denganku dan melepaskan tembakan. Lelaki itu terus rebah tak sedarkan diri. Aku bersandar di dinding dan batuk beberapa kali. Nun di bawah sana, aku mendengar bunyi riuh-rendah dan sesekali bunyi tembakan kedengaran.
            “Well, tell ya misi ni akan gagal.” Dengan hanya berpaut pada dinding, aku berjalan selangkah demi selangkah menuruni anak-anak tangga. Sampai di bawah, aku tergamam apabila melihat kelibat sekumpulan lelaki sedang melarikan diri. Jantungku berdegup laju dan pandanganku menjadi gelap serta-merta.

•°*”˜ ˜”*°•

Ingrie, ketua kumpulan Molotov mendengus kasar. Malam ini, hampir-hampir sahaja dia ditangkap oleh WSU. Jari jemarinya dilarikan ke sekitar pelipis. Macam mana SUJU boleh mengesan kedudukan mereka?
            Dia mengingati satu per satu wajah musuhnya. Yesung, Donghae, Hangeng, Leeteuk dan Siwon…Serta-merta senyuman sinis terukir di bibirnya.
            “Ada apa?” Ingrie menjawab panggilan telefon yang dihulur padanya.
            “Kau tak payah risau perihal SUJU. Mereka tak akan bertindak sebarangan. Apa yang mereka nak ada pada kita dan apa yang kita nak ada pada mereka.” Ingrie memutuskan talian.
            Dia memetik jari dan seorang daripada orang suruhannya menghampiri. Dia memberi isyarat agar orang bawahannya mampir sebelum dia berbisik. Orang bawahannya mengangguk sebelum menghilangkan diri.
            Yesung melihat Leeteuk merawat luka Hangeng. Donghae pula sedang bermain dart bersama Siwon.
            “Kali ini kita bernasib baik. Aku tak dapat maklumat pula WSU berada di situ.” Yesung mengeluh kecil.
            “Ini satu-satunya peluang yang kita ada untuk mengesan barang yang kita mahu tapi…” Sengaja Donghae tidak menghabiskan kata-katanya. Yang lain-lain mengeluh serentak.
            “Geez…Jangan macam ni. Kita masih ada peluang. Buat sementara waktu, aku rasa mesti mereka akan menyepikan diri seketika. Sehingga waktu itu, let’s do out work properly.” Leeteuk menyudahkan kerjanya dengan menampal kain kasa di luka Hangeng sebelum dia beredar.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review