Wednesday, October 26, 2011

The Way You Are [7]

Posted by Snow_Queen at 9:11 PM

Alex mengusap dada apabila dia disergah secara tiba-tiba. Segera dia meluku kepala Bella apabila gadis itu ketawa mengekeh kerana berjaya mengenakan dia.
            “Kau tak tidur malam tadi?” Alex menekan butang lif.
            “Teruk ke?” Segera Bella mengeluarkan compact powder dan melihat matanya. Dia mengambil span dan menenyeh bedak di bawah matanya. Alex tergelak.
            “Kau letak la berapa kilo tepung pun takkan berjaya menutup panda eyes kau tu.” Kedua-dua pegawai itu keluar menuju ke pejabat mereka.
            “Lewat?” Bella memandang Serene yang sedang mengenakan pengilat bibir.
            Nope. Mereka akan samp..Sudah sampai.” Serene segera bangun daripada duduknya.
            “Setahu aku mereka sepatutnya tiba di sini pukul sebelas. Sekarang baru pukul sepuluh setengah.” Serene berbisik padaku.
            Tell you what..Those guys are very strict ‘bout their work and time.” Bella jongket kening sebelum melangkah ke arah bilik mesyuarat.
            Setelah semua orang mengambil tempat duduk masing-masing masuk Edison, Nayoung dan beberapa orang kakitangan lagi.
            “Wow..Mereka angkut satu department mereka datang sini.” Emilia berbisik kepada Serene. Serene memberi isyarat supaya diam.
            “Selamat berkenalan semua. Mungkin Sir Edward sudah memaklumkan kamu semua tentang kami. Saya, Edison dan ini pembantu saya Hwang Nayoung serta beberapa orang kakitangan terbaik daripada WFNU yang akan membantu kamu semua mulai hari ini.” Edison memetik jari dan salah seorang daripada orang WFNU memberikan dia sekotak file.
            “Tutup telinga.” Bella berbisik kepada Alex. Alex jongket kening.
            “Di dalam ini semua adalah kes-kes yang kamu semua gagal selesaikan termasuk kes semalam. Jadi….Untuk mengelakan hal ini daripada berulang, saya akan kenakan tindakan disiplin yang tegas untuk sesiapa sahaja yang gagal. Saya tak mahu dengar khabar angin yang buruk tentang kumpulan kita.” Edison memandang muka pegawai-pegawai NSU satu demi satu dan pandangan nya berhenti apabila bertentang mata dengan Bella.
            Nayoung yang sedar akan hal itu menyiku Edison. Edison berdehem perlahan.
            “Saya akan bahagikan kamu semua dalam beberapa kumpulan baru dan mulai sekarang nama kumpulan kita adalah WSU (World Security Underground)….”

•°*”˜ ˜”*°•

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi dan menghidupkan komputer.
            “Hello, nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan. Sila cuba tiga puluh minit lagi, terima kasih.” Aku tarik sengih apabila mendengar Kevin mengomel.
            “Malam ni balik tak?”
            “Tengoklah.” Aku jawab acuh tak acuh saja.
            “Kami nak buat party sempena ayah naik pangkat. Sudahlah semalam kau tak balik rumah.”
            “Huh?” Aku mengerutkan kening.
            “Haha..Kau tak tahu kan yang ayah naik pangkat?”
            “Tak, ayah pun tak cakap apa-apa pada aku. Jumpa malam nanti.” Aku mematikan talian dan meluru menuju ke bilik Sir Edward. Kelihatan lelaki berusia lewat 60-an itu sedang mengemas barang.
            “Ayah! Kenapa ayah tak cakap ayah naik pangkat?” Aku berdiri sambil bercekak pinggang.
            “Ayah dah naik pangkat.” Sir Edward buat muka riak.
            “Ah..Ayah ni…”
            “Hah..Buatlah mulut muncung tu. Nanti tak ada sesiapa yang nak.” Sir Edward terdiam apabila melihat muka ceria anak gadisnya berubah.
            Aku ketawa kecil untuk menutup kegusaran hatiku. “Nak apply jawatan jadi pembantu ayah. Ketua yang baru ni tegas sangat.” Aku mengadu.
            Sorry jawatan tu dah ditutup. Ayah tahu Edison tu bagus. Kau jangan buat hal pula. Dulu ayah ketua kau bolehlah kau naik kepala. Sekarang dah lain.” Sir Edward mengusap kepala anak gadisnya sebelum menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

•°*”˜ ˜”*°•

 It’s her, right?” Nayoung memandang Edison yang berdiri membelakangkan dia. Edison tampak asyik memandang pemandangan luar tingkap.
            “Dia isteri Ryu kan?” Nayoung mendengus.
            “Kalau dia isteri Ryu pun..Apa masalah kau? Yang dah lepas tu biarkanlah. Kan kau kata kau dah lupakan segala-galanya?” Kali ini Edison berdiri menghadap Nayoung.
            I am. Aku cuma..Entah.”
           “Aku tak nak kau buat hal dengan sesiapa pun okay. Kau..” Kata-kata Edison terhenti apabila pintu biliknya diketuk.
            “Tuan, kita ada petunjuk terbaru mengenai George.” Edison memberi isyarat dia akan menyusul sebentar lagi.
            “Ingat! Kita berhutang dengan dia.” Nayoung buat muka sebaik sahaja mendengar kata-kata Edison.

•°*”˜ ˜”*°•

 “Hi, Deane.” Serene menegur Deane. Siapa sangka Deane akan berkerja dengan WFNU.
            “Hi, Serene. Dah lama kita tak berjumpa. Macam mana kerja? Mesti susah kan kerja dengan orang macam Bella?” Deane jongket kening.
            “Okay. Dan bila kau kerja dengan Bella bila masa pula kerja kau akan jadi senang?” Serentak ketawa kedua-dua mereka pecah. Deane berdehem perlahan apabila nampak kelibat Bella memasuki ruang kerja. Kerana Bella, dia minta tukar ke WFNU. Perangai annoying Bella, siapa yang boleh tahan?
            “Hai, Bella.” Aku memandang Deane dan berdiri menghadap dia.
            “Kerja apa yang kau buat di sana?”
            “Sama sahaja cuma ketua di sana lebih baik daripada kau.” Deane melemparkan senyuman manis.
            “Ah..Baguslah kalau macam tu. Aku ingat kau kena jadi tukang cuci ermm..Macam dulu-dulu.” Aku kembali duduk di tempat duduk ku.
            Deane mengepal penumbuk. Penghinaan dahulu masih berbekas di ingatannya.
            “Jadi, apa rasanya jadi kuli? Dengar kata Alex ambil alih tempat kau.”
            “Ermm..Jadi kuli lagi best daripada jadi ketua sebab bila apa-apa berlaku yang tanggung adalah ketua.” Aku menjawab tanpa memandang Deane sambil jari jemari ku ligat menaip di atas papan kekunci.
            “Dengar kata kau dah kahwin. Suami kau kerja apa?” Serene segera menyiku Deane apabila mendengar soalan itu. Deane buat muka blur. Dia salah soalankah?
            Pergerakan ku terhenti apabila mendengar soalan Deane namun sebelum sempat aku menjawab, Edison meluru ke arah kami dan memberi kerja kepada kami serta-merta.
            “Kalau ada masa bersembang, gunakan masa itu untuk menangkap penjenayah.” Edison terus keluar apabila usai memberikan tugas kepada anak-anak buahnya.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review